Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahukah anda, terdapat satu 'ferris wheel' yang unik boleh dinaiki ketika anda ke Dotonbori, Osaka? Ianya unik kerana gondolanya bukan bergerak dalam bentuk bulatan, tapi dalam bentuk segi empat!
Ferris wheel yang unik ini terdapat di dalam bangunan Ebisu Tower, yang menempatkan pasaraya popular, iaitu Don Quijote yang terletak di Dotonbori.
Nampak tak gondola-gondola yang mengelilingi struktur berwarna kuning tu? Haaa, yang kuning tu la 'ferris wheel'nya! Bangunan ini menempatkan pasaraya Don Quijote atau lebih dikenali sebagai Don Don Donki di Malaysia.
Untuk menaiki 'ferris wheel' ni, anda perlu naik ke Tingkat 3F kerana kaunter tiket dan tempat beratur untuk menaiki 'ferris wheel' berada di sini. Harga tiket cuma 600 Yen seorang.
Berdekatan dengan kawasan beratur untuk menaiki 'ferris wheel'.
Tiket. Jumlah 1800 Yen untuk kami 3 beranak.
Barisan tak panjang sangat pun masa kami datang.
Antara maklumat dan fakta berkenaan 'ferris wheel' yang dipamerkan di sepanjang tempat beratur.
Peringatan keselamatan.
Macam biasa, peringatan keselamatan sama seperti jika ingin menaiki ride di taman tema.
Kat sini tak ada 'tourist trap' yang mana biasanya akan ada jurukamera ambilkan gambar anda dan kemudian anda boleh beli selepas habis ride. Kat sini, anda boleh berikan kamera atau telefon pintar anda kepada staf untuk ambilkan gambar ketika kita berada di dalam gondola.
Haaa..ni contohnya, staf ambilkan gambar kami 3 beranak. Ianya perlu diambil dengan cepat sebab gondola ni sebenarnya bergerak. Sebab tu ada peringatan supaya sediakan kamera siap-siap ketika beratur. Satu gondola cuma ada 4 kerusi sahaja.
Untuk keselamatan, ada safety bar yang tak benarkan kita berdiri ketika di dalam gondola.
Pemandangan dari dalam gondola.
Masa kami naik ni dah nak dekat sunset, jadi pemandangan sangat cantik sebenarnya.
Gayat juga tinggi-tinggi ni.
Lagi pemandangan Bandar Osaka menjelang sunset.
Ikonik juga kalau tak silap replika chef ni. Restoran terkenal.
Cukup 15 minit untuk lengkap satu pusingan 'ferris wheel' segi empat ni. Kami disambut oleh staf.
Keluar je dari gondola dan kembali ke dalam bangunan, anak kami disapa oleh seorang staf wanita yang memberi peluang kepada anak kami untuk main mesin gacha ni.
Kandungan gacha tu? Ada candy dan juga stiker maskot Don Quijote!
Ni ha kalau nak tengok lebih jelas macam mana rupa 'ferris wheel' ni dari depan.
Dua tarikan menarik di Dotonbori, iaitu Tombori River Cruise dan juga 'ferris wheel' Don Quijote Dotonbori.
Bersambung di Episod 9 : Halal Ramen Naniwaya di Dotonbori, Osaka
----------------------------------------------------------------------
Senarai Episod dalam Siri Travelogue Nara - Osaka - Tokyo 2023
Episod 1 : Persiapan sebelum bertolak
Episod 5 : Nara ke Osaka (Bande Hotel Osaka)
Episod 6 : Jalan-jalan di Dotonbori, Osaka
Episod 7 : Cheesecake Halal Uncle Rikuro di Osaka!
Episod 9 : Halal Ramen Naniwaya di Dotonbori, Osaka
Episod 12 : Menaiki Shinkansen dari Osaka ke Tokyo
Episod 13 : Melawat Masjid Terbesar di Tokyo dan Gayat di Shibuya Sky!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
No comments :
Post a Comment