Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selepas menghabiskan masa beberapa jam di dalam kawasan Super Nintendo World, kami keluar untuk ke kawasan lain pula di dalam Universal Studio Japan (USJ) ini. Memang dah target untuk habiskan masa seharian di dalam kawasan USJ.
Ada kawasan dan ride Jurassic Park kat sini. Kami tak naik pun, sekadar ambil gambar depan jeep ikonik filem Jurassic Park ni je.
Kebanyakan bangunan-bangunan menarik ni menempatkan kedai-kedai merchandise, restoran, dan ride/indoor performance.
Seterusnya! Mari naik ride Spiderman. Dengar cerita ride Spiderman ni akan ditutup tak lama lagi iaitu pada 22 Januari 2024. Kami pergi USJ ni pada 4 Disember 2023, jadi alhamdulillah sempat merasa.