Thursday, 12 March 2026
[Lagu Raya AI 2026] Raya Tetap Sama Rasanya
Wednesday, 7 January 2026
Positif (Official Music Video)
Sunday, 4 January 2026
Stress (Official Music Video)
Jemput dengar, lagu kedua saya, 'Stress'.
Lagu ini adalah kesinambungan kepada lagu 'Komplen' yang diterbitkan sebelum ini.
Friday, 14 November 2025
Komplen (Official Music Video)
Thursday, 13 November 2025
Single pertama saya, 'Komplen' (Video Lirik)
Monday, 1 January 2024
Cipta logo menggunakan AI
Petang tadi saya cuba mencipta logo untuk akaun instagram @phoneographymy yang tak pernah ditukar profile picturenya sejak diwujudkan pada tahun 2017 yang lalu.
Nak buat sendiri, memang tangan tak berseni sangat, jadi saya gunakan AI dari Bing Image Creator untuk ciptakan logo. Setelah mencuba 'prompt' yang berbeza berkali-kali, akhirnya saya dapat logo ini yang saya rasakan sangat menarik!
Ada bendera Malaysia, ada Harimau Malaya, dan ❤️ di penjuru atas sebelah kanan. Bentuk logonya pula petak, inspirasi dari logo Instagram. Bagi saya memang cukup sempurna dan kena dengan cita rasa saya.
Hebat kan apa yang AI (Artifical Intelligence) boleh lakukan untuk kita? Dan juga sebenarnya sedikit menakutkan sebab tak terfikir apa lagi yang AI ni boleh lakukan di masa akan datang.
*Artikel asal ditulis di FB Areev Izat pada 27 Oktober 2023.
Saturday, 27 May 2023
[SmartTag - Peranti wajib ada zaman sekarang?]
Beberapa hari yang lalu telah viral cerita tentang seorang pempengaruh terkenal yang telah kehilangan beg di sebuah lapangan terbang. Beliau telah memohon pertolongan warganet sebagai salah satu ikhtiar mendapatkan semula begnya dengan mengongsikan lokasi beg yang dikesan menggunakan aplikasi di telefon pintar. Beliau mengesan lokasi beg menggunakan peranti Apple AirTag yang mungkin diletakkan di dalam beg beliau. Alhamdulillah dengan bantuan orang ramai, beliau berjaya mendapatkan semula begnya.
Mungkin ramai yang dah tahu tentang Apple AirTag, tapi tahukah anda, Samsung juga mempunyai peranti yang memiliki fungsi yang sama, iaitu Samsung SmartTag.
Samsung SmartTag ini bukanlah produk baharu, kerana ia telah dilancarkan 2 tahun lepas pada tahun 2021, bersama-sama dengan siri model Samsung Galaxy S21. Kalau dilihat pada kotak SmartTag itu sendiri, ia mencadangkan penggunaannya pada haiwan peliharaan, beg bagasi, dan juga kunci. Tapi tahukah anda, nak kesan lokasi kereta anda pun boleh? Ya, letakkan sahaja SmartTag anda di dalam kereta. Saya sendiri dah cuba dan menjadi.
Bagaimana SmartTag ini berfungsi? SmartTag mengesan lokasi berdasarkan telefon pintar Samsung lain yang berada berdekatan dengannya, dan kemudian menghantarkan informasi berkenaan kepada telefon pintar kita, atau telefon pintar yang telah disambungkan atau disetkan. Ia berfungsi dan bergantung kepada gelombang Bluetooth Low Energy (BLE), yang mana ia hanya boleh berkomunikasi dengan telefon pintar pada jarak paling jauh 120 meter. Pendek kata atau kalau nak senang faham, selagi ada orang yang menggunakan telefon pintar Samsung berdekatan dengan SmartTag kita, selagi itu kita boleh dapat informasi tentang lokasi terkini SmartTag berkenaan.
Itu kalau kita 'terpisah' atau berada jauh dari lokasi SmartTag. Macam mana pula kalau kita pasang SmartTag pada kunci rumah, tapi kita lupa letak dekat mana di dalam rumah? Macam mana nak cari? Ha, kalau yang ini lebih mudah, boleh gunakan aplikasi Samsung SmartThings, pilih untuk bunyikan penggera yang ada pada SmartTag. Bunyinya agak kuat. Kalau tak nak gunakan penggera, boleh gunakan 'radar' signal SmartTag untuk mengesan lokasinya di dalam rumah. Macam mana pula kalau telefon pintar anda yang hilang dan tak tahu letak di mana dalam rumah? Anda boleh gunakan pula SmartTag tadi untuk membunyikan penggera pada telefon pintar. Mudah kan?
Kes yang berlaku pada pempengaruh terkenal tersebut sebenarnya telah membuka mata betapa pentingnya penggunaan peranti seperti AirTag dan SmartTag ni dalam kehidupan seharian kita. Tak salah 'melabur' sedikit demi keselamatan harta benda mahu pun haiwan peliharaan kesayangan kita kan? Nak letak dalam beg sekolah anak untuk mengetahui lokasi mereka pun, boleh juga. Banyak aplikasinya, bergantung kepada kreativiti kita. Asalkan jangan salah guna untuk tujuan yang tidak baik atau tanpa kebenaran.
Info lain Samsung SmartTag ;
1. Menggunakan 1 biji bateri jenis CR2032.
2. Hanya boleh digunakan pada telefon pintar siri Samsung Galaxy, dengan minimum perisian Android OS 8.0.
3. Semasa baru dikeluarkan dahulu, harga RRP kalau tak silap adalah RM109. Sekarang macam dah susah nak jumpa, di Shopee pun harga bermula sekitar RM160-RM200.
Kalau tak salah saya, di pasaran terdapat juga beberapa peranti seperti Apple AirTag dan Samsung SmartTag ini, yang mungkin harganya lebih murah tapi membawa fungsi yang serupa. Mungkin boleh cuba juga yang itu?
Penafian : Ini adalah artikel dan review peribadi penulis serta tidak dibayar.
Tuesday, 22 June 2021
Words -part19-
Tak salah kalau kita bodoh sebab tak diajar. Tetapi amatlah salah kalau kita bodoh sebab tak nak belajar. - 11 Mei 2021
Menyebar fitnah memang mudah dan sedap, tapi bila dah salah, nak mengaku memang susah dan gagap. - 11 Mei 2021
Zaman dulu orang segan atau malu nak tunjuk kebodohan, zaman sekarang orang beriya-iya nak tunjuk kebodohan kat media sosial. - 22 Mac 2021
Masalah kebanyakan 'agamawan' zaman ini adalah, dia rasa dia layak untuk beri nasihat dan pandangan kepada umum, walaupun yang diulas tu bukan bidang kepakaran dia. - 22 Januari 2021
Kebodohan tidak mencari manusia. Manusia yang selalu mencari kebodohan. - 18 Januari 2021
Duit tidak mampu membeli kebahagian. Ia cuma mampu membeli rasa teruja yang bersifat sementara. - 2 Oktober 2020
Zaman sekarang tak perlu tunggu April Fool, setiap hari pun ramai yang kena tipu dengan berita palsu. - 1 April 2020
Mengatakan kebenaran untuk mengubah persepsi seseorang adalah sukar, kerana manusia memilih untuk percaya apa yang mereka mahu percaya. Apa yang mereka terlebih dahulu percaya. - 27 Oktober 2019
Nak jadi seorang netizen, tak perlu jadi bijak, cuma kena berkeyakinan tinggi. Sebab kalau salah boleh delete sahaja dan buat macam tak ada apa-apa. Pernah nampak orang share artikel atau berita palsu/fitnah kemudian minta maaf bila sedar diri salah? Jarang. - 1 Oktober 2019
Pendidikan atau pengajaran yang paling meninggalkan kesan sebenarnya bermula dari rumah. - 29 September 2019
Salah satu cara untuk menjadi bijak tanpa membuat apa-apa adalah dengan tidak mengongsikan apa-apa artikel viral yang sumbernya tak diketahui dan tak disahkan. - 26 September 2019
Nak martabatkan Bahasa Melayu bukan setakat guna tulisan Jawi sahaja, tapi betulkan juga tatabahasa dan ejaan dalam kegunaan harian kita. Pisang goreng dengan goreng pisang pun masih ramai tak tahu beza. - 5 September 2019
Jadilah si gelojoh menyebar ilmu, bukan si gelojoh menyebar fitnah. - 11 Julai 2019
Sesuatu yang jijik dan hina adalah apabila kita gigih mengejek, mengecam, atau mengutuk seseorang tapi hakikat yang sebenarnya adalah kita yang tak betul. - 3 Julai 2019
Kalau nampak kesalahan orang, bukan main gelojoh dan ringan jari-jemari serta mulut nak mengkritik dan mengecam. Tapi kalau sendiri buat salah, berat betul jari-jemari dan mulut nak minta maaf. - 1 Julai 2019
Kita hidup di zaman sebahagian besar manusia cuma berfikir di hujung jari. - 13 Jun 2019
Dah zaman Malaysia Baharu, dah masuk tahun 2019, zaman kamera handphone pun dah boleh zoom Bulan, tapi sebahagian besar Netizen masih lagi dengan budaya share atau forward artikel atau berita secara membabi-buta tanpa membuat semakan fakta terlebih dahulu. Jangan gelojoh supaya tak terserlah bodoh. - 4 Jun 2019
Mengaku rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tapi hanya bergaul dan hidup dalam kelompok kaum sendiri sahaja. Tak hairan kenapa majoritinya susah pergi jauh, dalam kehidupan dan bila di negara orang. - 1 Jun 2019
Kalaulah bersangka baik itu semudah bersangka buruk, pasti aman hidup bermasyarakat. Kalau. - 31 Mei 2019
Andai tak mampu menambah pahala, janganlah pula kita sengaja menambah dosa. - 27 Mei 2019
Dalam dunia ini, biar pun kita tak kaya harta, tapi biarlah kita kaya dengan adab dan akhlak yang baik. Ini dah la miskin harta, ditambah pula miskin adab dan akhlak, lebih baik jangan membiak. -14 Mac 2019
Kalau diperhatikan, golongan yang cenderung dengan antivaksin, yang percaya Bumi itu mendatar, yang percaya Illuminati, dan segala macam perkara lain yang luar dari kebiasaan, adalah golongan yang sama. Adakah golongan ini paranoid dengan perkara yang mereka sendiri tak paham? - 14 Februari 2019
Jika kita mempunyai ilmu yang baik walau secebis, eloklah dikongsi, bukan gunakannya untuk membangga diri. Kelak yang malu diri sendiri. - 31 Januari 2019
Cinta mampu membuatkan manusia menjadi bodoh. Tapi politik mampu membuatkan manusia menjadi terlalu bodoh. - 26 Januari 2019
Rasa sangat menjengkelkan bila tengok orang yang tak paham dan tak berilmu tapi komen acah-acah tahu dan pandai dalam apa yang dikomen. Rasa macam nak marah atau tegur, tapi lebih baik sambung scroll dan abaikan. Sebab kat dalam media sosial ni, semua adalah pemenang, tiada pengalah. - 24 Januari 2019
Mengecam kesalahan orang dengan mengeji dan memaki hamun. Adakah yang mengecam itu lebih baik atau sebenarnya lagi teruk dari yang dikecam? Lebih baik diam dari cakap tak serupa bikin, kerana sekeliling memerhati. - 16 Januari 2019
Orang yang kita kenal di dunia sebenar kebanyakannya adalah orang yang berbeza ketika di dalam media sosial. Di dunia sebenar kita kenal luarannya, di media sosial kita kenal dalamannya. - 16 Januari 2019
Sentiasa akan ada kecacatan pada sesuatu sistem. Tapi perlukah kita manipulasi dan ambil kesempatan akan kelemahan sistem itu dan ketepikan nilai moral, kejujuran, integriti, dan maruah diri? Apatah lagi kalau tindakan tersebut memberi kesan negatif kepada orang lain? Generasi dan masyarakat yang baik bermula dari diri sendiri. - 11 Januari 2019
Tak guna gelojoh untuk kelihatan bodoh. - 1 Januari 2019
Kalau bodoh, jangan memandai-mandai. Kalau pandai, jangan membodoh-bodoh. - 5 Disember 2018
Selalunya manusia mempunyai ego bukan kerana mereka yakin betul, tapi kerana mereka tak biasa kalah. - 18 Oktober 2018
Antara perkara sia-sia yang boleh kita lakukan di media sosial adalah cuba berdebat dengan netizen yang lain. Tak semua orang boleh terima pendapat kita, dan kita pun tak semestinya akan dapat terima pendapat orang lain. - 16 Oktober 2018
Manusia memang sentiasa cenderung untuk baca, dengar, dan paham perkara yang mereka suka. Yang sama wavelength dengan diri mereka. - 15 Oktober 2018
Mempunyai peluang bukan sentiasa bermaksud mesti ambil peluang. - 14 Oktober 2018
Bila hati dah hitam, semua perkara nak kecam. - 22 September 2018
‘Dajjal’ yang sebenarnya pada zaman ini adalah telefon pintar. Mudah je media mahu pun sesiapa nak ‘sesatkan’ atau trigger golongan netizen yang jahil dan naif. - 5 September 2018
Zaman ini adalah zaman dunia tanpa sempadan. Dan juga zaman di mana masyarakatnya (dibaca : netizen) menunjukkan kebodohan yang juga tanpa sempadan. - 2 September 2018
Kalau diikuti la pentaksub-pentaksub politik yang sibuk bertelagah kat media sosial ni tetiap hari, popcorn ?? pun boleh habis stok. #ifyouknowwhatimean - 11 Ogos 2018
Zaman sekarang adalah zaman telefon pintar, tapi ramai yang tak pintar menggunakannya. - 2 Ogos 2018
Tak susah nak uji betapa mudahnya netizen negara ini percaya dengan segala yang dilihat atau dibaca di internet. Hantar ‘Gohet Gostan’ pun dah cukup. - 29 Julai 2018
Bersangka buruk, busuk hati, tak boleh bertolak ansur, mudah gelabah, mudah kena pengaruh, kuat maki hamun. Kemudian berbicara tentang agama umpama sempurna. Demikianlah perangai sebahagian netizen dewasa ini. - 12 Julai 2018
Manusia sering fokus kepada perkara yang 'besar', sedangkan kadang kala perkara 'kecil' itulah yang mencerminkan siapa diri mereka yang sebenarnya. - 6 Mac 2018
Manusia yang sengaja melanggar lampu merah tatkala manusia lain sabar berhenti dan menunggu, adalah sejenis kategori manusia yang tak sepatutnya dibiarkan membiak. - 20 Oktober 2018
Kalau taknak susah, jangan susahkan orang lain. Kalau nak senang, senangkan dulu orang lain. - 22 September 2017
Umpama kereta-kereta yang berebut nak jalan dahulu sampai berlakunya kesesakan apabila traffic light di persimpangan rosak, begitulah lumrahnya manusia sekiranya tiada panduan dalam hidup. - 16 September 2017
Melakukan sesuatu perkara yang betul dan yang sepatutnya adalah sesuatu yang aneh di kalangan masyarakat kita sehingga pelaku seringkali dipandang pelik malah dianggap poyo. Nampaknya jauh lagi kita nak jadi negara maju dan mempunyai masyarakat mentaliti kelas pertama. Semoga kita masing-masing sentiasa muhasabah diri. - 8 Ogos 2017
Persoalan paling misteri dan paling sukar dijawab oleh ramai orang di dalam dunia ini adalah, "nak makan di mana?" #kisahbenar - 26 Julai 2017
Monday, 1 July 2019
Melancong bajet, atau melencong bajet?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang berkongsi pengalaman dengan tulis artikel 'percutian bajet' sampai memberikan gambaran yang kalau tak ada duit 'banyak' pun tak apa, masih boleh melancong. Tak salah nak berkongsi pengalaman, cuma kadangkala tajuk artikel sengaja diolah untuk tarik trafik semata-mata, sedangkan yang sebenarnya taklah 'bajet' sangat pun. Sekadar cerita belanja 'ground' tak termasuk tiket penerbangan, belanja makan dan minum, beli cenderahati, dan lain-lain.
Pada pendapat saya, jika nak melancong ke tempat asing atau negara orang, biarlah puas hati dapat rasa atau buat atau pergi macam-macam tempat, dan tak perlu nak ‘ikat perut’. Penting untuk ada duit simpanan untuk kegunaan ketika kecemasan, contohnya tertinggal flight atau tempat penginapan menghadapi masalah, sakit dan sebagainya. Paling tidak pun sediakan kad kredit sebagai backup. Kalau nak melancong dengan kewangan ‘cukup-cukup’ je, sangatlah berbahaya dan kelak akan 'melencong bajet' yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri.
Apa-apa pun yang paling penting adalah merancang dan membuat kajian sendiri tentang destinasi yang kita nak tujui. Tahu apa yang kita mahu dan perlu. Sebab minat dan keperluan setiap orang tak sama. Ada yang suka melancong sebab nak membeli belah, ada pula yang suka melancong sebab nak mengambil gambar, dan sebagainya.
Kalau mempunyai kekangan masa untuk merancang percutian sendiri, boleh dapatkan perkhidmatan pakej pelancongan dan pergi secara berkumpulan melalui agensi pelancongan yang mempunyai reputasi baik dan terkenal.
Akhir kata, bagi saya bercuti secara ‘bajet’ ini agak kurang sesuai dan boleh membuatkan kita rasa tak puas dan akhirnya ‘merugikan’ diri sendiri. Memetik kata-kata salah seorang kenalan saya ketika sama-sama melancong suatu ketika dahulu, “Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli.”.
p/s : Untuk tips melancong ke Jepun, Hong Kong, dan sebagainya, anda boleh rujuk entry Travelogue saya di menu bar pada bahagian kanan blog ini. Semoga bermanfaat, insyaAllah.
Friday, 7 July 2017
Words -part18-
Dewasa ini kesabaran itu terlalu mahal, tak ramai yang mampu memilikinya. - 28 Jun 2017
Di dalam zaman yang mana manusia menjadi semakin bijak pandai, sengaja menjadi bodoh kini adalah suatu bentuk hiburan. - 10 Mei 2017
Sahabat yang bijak dan menjaga silaturrahim adalah sahabat yang tak promote MLM kat sahabat yang lain. - 23 Februari 2017
Tekanan bukan alasan untuk menghalalkan sesuatu perbuatan yang salah atau keji. - 30 Januari 2017
Manusia semua dicipta sama, tiada kasta tinggi atau rendah, tiada yang lebih bijak atau bodoh, yang berbeza adalah cara pemikiran dan mentaliti. - 6 Januari 2017
Nilai kemanusiaan sepatutnya wujud terhadap seluruh umat manusia yang ada di dunia, bukannya dibezakan melalui agama, bangsa, kaum, atau warna kulit. - 25 November 2016
Usah bicara tentang perubahan jika tidak mampu biasakan apa yang tidak biasa. - 14 Oktober 2016
Kita tahu yang kemanusiaan itu sudah tidak lagi wujud apabila kita nampak orang menyokong tindakan yang tidak wajar dan tidak berperikemanusiaan dengan alasan 'padan muka'. - 10 Oktober 2016
Masalah manusia pada zaman ini adalah mereka lebih banyak mengeji dari mengkaji. - 7 September 2016
Apa-apa benda atau teknologi pun, kalau disalahguna, akan jadi tak elok. Janganlah terlalu selektif dan simplistik membuat penilaian dan keputusan. - 6 Ogos 2016
Mudah percaya dan share perkara viral atau artikel dari internet ni adalah penyakit utama masyarakat dunia hari ini. - 4 Ogos 2016
Ada dua hari orang melayu berbelanja sakan setiap tahun, sehari sebelum puasa dan sehari sebelum raya. - 5 Jun 2016
Teknologi menjadikan yang jauh semakin dekat, yang dekat semakin jauh. Ada juga yang jauh semakin jauh. - 20 April 2016
Hormat orang lain seperti mana kita nak orang hormat kita. Terima pendapat orang lain seperti mana kita nak orang terima pendapat kita. Letakkan diri di tempat mereka sebelum kita menghakimi mereka. Toleransi itu mudah. - 16 April 2016
Tak susah nak orang hormat kita, tak perlu jadi hero, YB, boss, jutawan, bilionwan, dan sebagainya. Cukuplah dengan menjadi seorang yang beradab sopan dan mempunyai kesedaran sivik. - 8 April 2016
Wednesday, 19 April 2017
Projek Phoneography Malaysia
Apakah itu 'Phoneography'?
Sebelum berbicara tentang perkataan 'Phoneography', mari kita lihat dahulu perkataan 'Photography' atau dalam bahasa Malaysianya, 'fotografi'. Fotografi secara amnya bermaksud seni dalam mengambil dan penghasilan gambar. 'Phoneography' pula merujuk kepada seni mengambil dan penghasilan gambar menggunakan telefon berkamera.
Walaupun tak banyak laman web yang menceritakan tentang asal-usul perkataan 'Phoneography' ini, tapi saya percaya ianya bermula dari populariti seni pengambilan gambar menggunakan telefon pintar iPhone. Seni atau hasil gambar yang diambil menggunakan iPhone ini kemudiannya dipopularkan sebagai 'iPhoneography'. Trend ini dikatakan bermula sejak tahun 2007 lagi, iaitu sejak iPhone generasi pertama dikeluarkan.
Monday, 27 February 2017
Words -part17-
Semakin bertambah kuantiti, semakin berkurang kualiti. Kerana kualiti selalu berkadar songsang dengan kuantiti. - 13 Disember 2015
Manusia ni ada 2 jenis, mereka yang dulu, dan mereka yang sekarang. - 6 Disember 2015
Fakta adalah fakta, jangan mengautakan fakta. - 3 Disember 2015
Capture every moments with your own eyes. They are priceless. - 14 Oktober 2015
Zaman sekarang ramai yang menggunakan agama sebagai aksesori semata-mata. - 7 Oktober 2015
Senjata paling berbahaya di dalam dunia ini adalah mulut. Bawa mulut misalnya. - 9 September 2015
Manusia tidak dilahirkan bodoh. Bodoh itu adalah satu pilihan. Manusia yang memilih untuk jadi bodoh. - 4 September 2015
Berhentilah menanti sesuatu yang tak pasti, kerana sesuatu yang pasti sedang menantimu. - 3 September 2015
Orang yang memiliki kuasa psikik tahap tertinggi adalah ibu anda. Sentiasa memahami dan mengetahui. - 8 Julai 2015
Jatuh cinta itu menyakitkan. Namun tidak menyakitkan jika cinta itu disambut. - 21 Jun 2015
Ilmu dan pengajaran yang terbaik lebih banyak berlaku secara spontan dan informal. - 5 Jun 2015
Kekadang manusia terlalu nak berjimat kat sesuatu perkara, tapi akhirnya terlebih belanja kat perkara lain. Kehidupan itu adil. - 30 Mei 2015
Mengetahui dan memahami seseorang terlalu banyak kadangkala menakutkan. - 29 May 2015
Kadangkala kita terlalu fokus pada kesempurnaan sehingga kita lupa yang ada kecantikan di sebalik ketidaksempurnaan. - 28 Mei 2015
Falling in love is easy. The hardest part is to climb out of it. - 22 Mei 2015
Seseorang itu comel jika dia seorang yang pemurah dengan senyuman. - 17 Mei 2015
Lumrah manusia, sentiasa lagak berakal, walau hakikatnya bebal. - 17 Mei 2015
Jadilah seorang yang beragama, bukan seorang pelampau agama. - 15 Mei 2015
Hidup ini tentang membuat pilihan dan berkorban. Dan kadangkala kita membuat pilihan yang salah dan berkorban tanpa sebarang hasil. - 13 Mei 2015
Walaupun sifat sentiasa 'nak menang' itu 'tak bagus', tapi dari sudut positifnya adalah menunjukkan yang seseorang itu mempunyai pendirian yang tetap. - 7 Mei 2015
Monday, 8 June 2015
Words -part16-
zaman skrg ramai yg suka cari perhatian dan ramai yg mudah memberi perhatian. - 26 April 2015
Orang yang menyayangi kita selalunya akan lebih membenci orang yang menyakiti kita lebih dari kita sendiri. - 23 April 2015
Hanya kerana kau ada ruang untuk ambil kesempatan, tak bermakna kau harus gunakan kesempatan itu. - 20 April 2015
Kekalahan yang paling menyakitkan adalah kalah tanpa bertanding. - 17 April 2015
kekadang, kita 'hilang' kawan kerana terpaksa. terpaksa jauhkan diri dgn berat hati. kerana kita tidak berada dalam garis gelombang yg sama. - 14 April 2015
Perasaan gemuruh sebelum melakukan sesuatu perkara itu normal. Kalau tak rasa gemuruh, bermakna kita tak mengambil serius perkara tersebut. - 14 April 2015
hidup ini tentang peluang dan gunakan peluang. tentang risiko dan berani mengambil risiko. - 5- April 2015
Masa tidak berkadar terus dengan rasa. - 4 April 2015
Hidup ini pelik. Kita boleh kenal seseorang itu seminit dan ingat selamanya, dan boleh kenal seseorang itu lama dan lupa dalam sekelip mata. - 4 April 2015
kekadang kita melakukan sesuatu yg bodoh, untuk sesuatu yg bodoh. - 27 Mac 2015
antara perkara paling menyakitkan dlm dunia ni adalah apabila mengetahui yg selama ini kita mempercayai sesuatu yg salah dan palsu. - 26 Mac 2015
Selagi hidup diselubungi rasa bersalah, selagi itu susah nak rasai kebahagiaan. Lepaskanlah rasa itu. - 25 Mac 2015
Antara perkara paling sukar diperoleh dalam dunia ni adalah kepercayaan orang tua. - 25 Mac 2015
Kita selalu terlupa perkara yang kita nak ingat, dan teringat perkara yang kita nak lupa. Inilah kehidupan. - 24 Mac 2015
jangan terlalu memilih dan mewujudkan kasta pergaulan. kerana dari manusia yg pelbagai jenis itulah yg akan mengajar kita tentang kehidupan. - 21 Mac 2015
with great power comes great responsibility. with great responsibility comes great difficulty. - 19 Mac 2015
Tekanan itu bagus, sekiranya kita melihat dengan positif. - 17 Mac 2015
Semakin bertambah usia kita, semakin 'berkurang' bilangan kawan yang kita ada. Namun yang sentiasa ada dan tetap adalah keluarga kita. - 15 Mac 2015
Zaman sekarang pilihan semakin banyak, tapi kualiti semakin kurang. - 14 Mac 2015
Kehidupan ini adalah tentang cara dan bagaimana kita melihatnya. - 10 Mac 2015
Hidup ini tentang pilihan dan risiko. - 7 Mac 2015
Monday, 16 February 2015
Words -part 15-
seseorang itu takkan pernah lari dari kebiasaannya. hari ini, setahun lagi, sepuluh tahun lagi, pasti ada yg sentiasa kekal dan takkan berubah. sesuatu yang takkan berubah dan tidak kita sedari. - 16 Februari 2015
Kerapuhan di masa lalu akan membentuk kekenyalan di masa hadapan. - 12 Februari 2015
Waktu sukar yang kita lalui di masa lalu akan memudahkan kita di masa hadapan. - 12 Februari 2015
dalam kehidupan ini, sesuatu yang paling menguji seorang manusia, adalah seorang manusia yang lain. - 10 Februari 2015
Kebetulan itu kadangkala indah, kadangkala menakutkan. - 10 Februari 2015
Seseorang manusia itu telah 'mati' apabila dia sudah berhenti berfikir. - 7 Februari 2015
Jika mempunyai semangat kenegerian atau perkauman yang kuat sekali pun, janganlah sampai mata dan hati yang mampu membuat penilaian itu sengaja dibutakan. - 6 Februari 2015
Manusia lebih banyak menghabiskan masa mencari alasan berbanding memikirkan penyelesaian. - 1 Februari 2015
Jangan pernah berharap apa-apa dengan orang lain, kerana hidup ini adalah untuk diri sendiri, yang perlu kita lalui sendiri. - 31 Januari 2015
Kadangkala manusia ni bukan hipokrit, tapi menyesuaikan diri dengan keadaan. - 29 Januari 2015
Keadaan dan realiti dunia hari ini membuatkan kita mudah berperasangka buruk. - 28 Januari 2015
Kehidupan sentiasa memberikan kita cabaran dan dugaan. Andai ianya mudah, pasti ada sesuatu yang tidak kena. - 26 Januari 2015
Masa berlalu pantas dan kadangkala kita tak sempat berfikir tentang hari esok. Kerana hari ini tidak pernah cukup. - 21 Januari 2015
Kekadang, ada ketika, kita tiba-tiba ingat segala perkara yang kita dah lama lupakan dan ingin lupakan. - 14 Januari 2015
Rindu itu sakit. Sakit yang datang tiba-tiba, tanpa dijangka. - 10 Januari 2015
kita tahu yang hidup kita dipengaruhi oleh seseorang apabila tanpa sedar kita melakukan perkara yang serupa seperti mereka. - 1 Januari 2015
Kritik tu bagus, tapi kalau asyik kritik, semua benda nak kritik, bila pula kita nak belajar menghargai erti sesuatu ketidaksempurnaan. - 31 Disember 2014
zaman sekarang ramai yang nak tunjukkan diri hebat dan pandai tanpa menyedari yang sebenarnya kebodohan lebih banyak terserlah. - 12 Disember 2014
Dewasa ini, dunia semakin maju, tapi manusia semakin biadap. - 10 Disember 2014
kalau hidup tak boleh terima kritikan, komen, atau komplen, cepat butthurt, macam mana nak belajar tentang kehidupan? - 5 Disember 2014
manusia yang baik jangan disangka tiada jahatnya. - 23 November 2014
Memahami tidak bererti memiliki. Dan memiliki tidak bererti memahami. - 20 November 2014
Friday, 28 November 2014
Thursday, 20 November 2014
Words -part 14-
Yang manis itu selalunya sementara dan sekejap cuma. - 17 November 2014
kita hidup di zaman mengaibkan seseorang adalah suatu jenis hiburan masyarakat. - 5 November 2014
Kekadang kita terlalu ingin membuatkan orang lain gembira dan sanggup memberikan rasa gembira yang kita miliki kepada mereka. - 1 November 2014
Berkorban demi orang lain kadangkala cuma akan memusnahkan diri sendiri. - 17 Oktober 2014
semakin berkembang maju teknologi tak bermaksud dunia akan semakin baik. - 2 Oktober 2014
'Belajar untuk exam' dengan 'Belajar untuk tahu' adalah sesuatu yang berbeza. Impaknya kepada masa depan dan kehidupan seharian juga berbeza. - 1 Oktober 2014
Bila belajar atau bertemu sesuatu yang baru, kita cuma ada 2 pilihan. Beradaptasi takpun menyerah. - 30 September 2014
sesetengah orang tak reti menghargai apa yang dimilikinya, sedangkan ramai lagi yang ingin menghargai tetapi tidak mampu memilikinya. - 29 September 2014
Antara perkara paling keji yang manusia boleh buat adalah mengungkit segala kebaikan yang pernah dia buat. - 27 September 2014
melihat kekurangan itu sebagai kelebihan adalah satu cara untuk memotivasikan diri sendiri. - 24 September 2014
Positiviti. Kalau tak ada orang nak bagi positiviti kat kita, itu maknanya kita kena usaha sendiri untuk dapatkan positiviti tersebut. - 24 September 2014
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ada pengajaran dan input dalam setiap yang kita lalui dan pelajari setiap hari. Sesungguhnya tidak ada sehari pun dalam hidup yang kita tak belajar langsung atau lalui dengan sia-sia. - 24 September 2014
Tak semua orang ingin menjadi 'hero', kadangkala mereka juga ingin menjadi 'mangsa' yang ingin diselamatkan. - 19 September 2014
Menjadi yang pertama tak semestinya menjaminkan kejayaan. - 19 September 2014
Tempat yang paling ramai manusia kadangkala merupakan tempat yang paling sunyi. - 17 September 2014
Di sebalik keceriaan seseorang, tersorok suatu sisi yang bergelar kesepian. - 10 September 2014
Monday, 20 October 2014
Words -part 13-
Koleksi terdahulu :
Thursday, 10 July 2014
Aku Masih Mahu Percaya
Satu demi satu kejatuhan
Satu demi satu kegagalan
Satu demi satu kepalsuan
Tapi aku masih mahu percaya
Aku masih mahu percaya yang hari esok masih ada
Aku masih mahu percaya yang hari itu akan tiba
1.06am - 10 Julai 2014
















