Wednesday 14 December 2016

OSAKA & KYOTO 2016 Travelogue (Day 5) : Fushimi Inari - Teramachi Dori - Shinkyogoku Dori - Gion - Shinbashi Dori

Hari Kelima : Rabu (31 Ogos 2016) : Fushimi Inari - Teramachi Dori - Shinkyogoku Dori - Gion - Shinbashi Dori


Hari kelima di bumi Jepun.

Pada pagi ini kami akan ke Fushimi Inari yang sangat terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Jepun, khususnya ke Kyoto.

Sebelum bergerak keluar dari hotel, saya check dahulu cara perjalanan menuju ke Fushimi Inari daripada hotel menaiki train. Seperti biasa, tanya sahaja Pakcik Google, pasti dapat jawapan.

Stesen train terdekat dengan hotel penginapan kami adalah Stesen Shichijo. Dari sana, kami perlu menaiki Keihan Line menuju ke arah Yodoyabashi dan seterusnya turun di Stesen Fushimi-Inari.

10.17am - Saya bersama ibu dan isteri tercinta bergerak dari hotel penginapan menuju ke Stesen Shichijo yang terletak kira-kira sejauh 200 meter.

Ceria memulakan hari kelima di Jepun.

Thursday 10 November 2016

OSAKA & KYOTO 2016 Travelogue (Day 4) : Arashiyama - Kyoto

Hari Keempat : Selasa (30 Ogos 2016) : Arashiyama - Kyoto


Hari keempat di bumi Jepun.

Pada hari ini kami akan ke Arashiyama yang sangat terkenal dengan Togetsukyo Bridge dan Bamboo Groves. Kawasan Arashiyama ini sangat terkenal dan menjadi tarikan pelancong, terutamanya ketika musim bunga dan musim luruh.

9.59am - Sebelum keluar menuju ke Arashiyama, saya sarapan dulu dengan air minuman teh susu edisi khas Momoiro Clover Z.

10.06am - Selepas bersarapan di bilik hotel, saya bersama ibu dan isteri tercinta bergerak meninggalkan hotel penginapan kami untuk memulakan perjalanan hari keempat di bumi Jepun ini.

Friday 14 October 2016

OSAKA & KYOTO 2016 Travelogue (Day 3) : Osaka Bay Area - Kyoto

Hari Ketiga : Isnin (29 Ogos 2016) : Osaka Bay Area - Kyoto


Hari ketiga di bumi Jepun.

Pada hari ini, kami akan menuju ke Osaka Bay Area dan kemudiannya pergi ke bandar Kyoto yang terletak kira-kira sejam lebih perjalanan menaiki train/subway dari Osaka.

Disebabkan pagi tersebut hari hujan, maka kami keluar lambat dari hotel untuk ke destinasi kami pada pagi itu, iaitu ke Osaka Bay Area. Pada hari ini juga kami perlu check out dari hotel sebelum waktu akhir, iaitu pada jam 11.00am.

Tips : Hotel-hotel atau tempat penginapan di Jepun biasanya mempunyai waktu check in bermula dari jam 2.00pm, manakala waktu akhir untuk check out pula biasanya pada jam 11.00am.

Oleh kerana tidak mahu mengusung luggage kami ke Osaka Bay Area, maka kami meninggalkan
semua luggage dan barang-barang di tempat menyimpan luggage yang disediakan di lobi hotel. Biasanya pihak hotel tidak mengenakan cas tambahan untuk menyimpan luggage kalau anda memang pelanggan hotel tersebut, sama ada menunggu masa untuk check in atau pun sudah check out.

10.43am - Kami meninggalkan luggage di lobi hotel.

Untuk ke Osaka Bay Area, kami perlu menaiki train/subway Midosuji Line ke Stesen Hommachi, dan kemudiannya tukar pula menaiki train/subway Chuo Line untuk menuju ke Stesen Osakako.

Selepas check out hotel dan bersarapan, kami pun bergerak keluar dari hotel walaupun keadaan masih hujan kerana tidak mahu membuang lebih banyak masa. Kalau ikut plan, jam 9.00am dah mesti bergerak ke lokasi yang ditujui.

Wednesday 5 October 2016

OSAKA & KYOTO 2016 Travelogue (Day 2) : Shinsekai District - Umeda - Chibune

Hari Kedua : Ahad (28 Ogos 2016) : Shinsekai District - Umeda - Chibune


Hari ini merupakan hari kedua kami di bumi Jepun, iaitu di Osaka.

9.48am - Selepas bersarapan, saya bersama ibu dan isteri tercinta memulakan perjalanan hari kedua kami menuju ke tempat tarikan pertama, iaitu ke Shinsekai District.


Tips : Walaupun stesen atau perkhidmatan train/subway dibuka awal pagi dan digunakan sebagai pengangkutan utama rakyat Jepun di bandar, namun kedai-kedai atau kompleks membeli-belah di Jepun biasanya buka pada jam 10.00am atau 11.00am. Jadi kalau nak mulakan perjalanan, saya cadangkan keluar dari hotel penginapan paling awal pada jam 9.00am.


Shinsekai merupakan kawasan kejiranan yang sudah agak lama wujud dan sangat terkenal di Osaka. Antara tumpuan utama di kawasan Shinsekai ini adalah Tsutenkaku Tower yang asalnya dibina pada tahun 1912.

Jarak Shinsekai District dengan hotel penginapan kami, Hotel Raizan South dan Stesen Dobutsuen-mae adalah lebih kurang 300 meter sahaja. Jadi kalau anda ingin datang ke sini dari tempat lain di Osaka, anda boleh turun di Stesen Dobutsuen-mae menggunakan train/subway Midosuji Line atau Sakaisuji Line.

Kami berjalan kaki dari hotel penginapan ke Shinsekai District.

Dalam gambar di atas inilah Tsutenkaku Tower! Kami berjalan kaki menuju ke sana.

Friday 30 September 2016

OSAKA & KYOTO 2016 Travelogue (Day 1) : klia2 - Kansai International Airport - Osaka - Dotonbori

*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi berkunjung ke blog ini dan terutamanya ke catatan perjalanan atau travelogue ini. 

Catatan perjalanan kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya bersama ibu dan isteri tercinta ketika berkunjung ke Osaka dan Kyoto baru-baru ini, iaitu dari 27 Ogos 2016 sehingga 2 September 2016.

Alhamdulillah, kalau tahun lepas saya menyimpan hasrat selama 15 tahun untuk akhirnya berpeluang kembali menjejakkan kaki ke bumi Jepun, kali ini pula saya tidak menunggu lama, iaitu kurang dari setahun saya kembali menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini. Kalau tahun lepas di Tokyo, kali ini di Osaka dan Kyoto.

Selain dari Tanah Haram Mekah dan Madinah, tempat atau negara yang saya betul-betul teruja dan teringin sangat nak kembali adalah ke Jepun. Terdapat banyak sebab kenapa saya sukakan Jepun, dan mungkin anda akan mengetahui kenapa selepas habis membaca siri travelogue Osaka dan Kyoto ini nanti.


Last Minute Plan
Pada awalnya saya, ibu, dan isteri telah pun bercadang untuk menyertai rombongan percutian ke Beijing, China, tapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tak dapat dielakkan di saat-saat akhir, saya terus menukar plan dan terus membelek-belek harga tiket kapal terbang di app AirAsia bersama isteri. Dan akhirnya, kami memilih untuk ke Osaka dan Kyoto yang terletak di kawasan Kansai, Jepun. *Sebenarnya lebih kepada saya yang buat pilihan (sebab rindu nak pergi Jepun lagi!)


Merancang Perjalanan / Itinerary
Perkara pertama yang perlu dibuat selepas membeli tiket flight, dan sebelum merancang itinerary adalah, mencari hotel atau tempat penginapan yang sesuai. Bagi saya, ciri-ciri penting yang perlu difikirkan dalam mencari hotel atau tempat penginapan di Jepun adalah seperti berikut ;

1. Dekat dengan stesen train/subway.
2. Dekat dengan tempat tarikan pelancong.
3. Harga yang berpatutan.
4. Mempunyai toilet atau bilik mandi di dalam bilik privasi.

Selepas berjaya mendapatkan hotel atau tempat penginapan yang sesuai, barulah saya mula membuat sedikit sebanyak kajian di internet bagi menulis itinerary untuk percutian selama 7 hari 6 malam ke Osaka dan Kyoto ini. Semuanya berlaku kurang dari 2 minggu. Antara sumber utama saya bagi mendapatkan info ringkas mengenai tempat-tempat menarik di Osaka dan Kyoto adalah melalui laman web Japan-Guide.com dan juga Pak Cik Google.


Menyewa Modem Internet
Zaman sekarang ini, internet bukan sahaja penting, malah ia seolah sudah menjadi satu keperluan bagi semua orang. Walaupun Jepun merupakan negara yang sangat maju, tapi harus diketahui yang tak banyak kawasan yang menawarkan wifi secara percuma. Jadi, sebagai persiapan, saya telah menyewa modem internet lebih awal untuk kegunaan di Osaka dan Kyoto nanti. 

Saya telah memilih untuk menggunakan khidmat Japan Wireless untuk dua tahun berturut-turut. Ini merupakan kali kedua saya memilih perkhidmatan modem internet dari Japan Wireless selepas menggunakannya ketika ke Tokyo tahun lepas. Kalau tahun lepas saya minta modem tersebut dihantar ke hotel, kali ini pula saya minta untuk ianya diambil di pejabat pos di Kansai International Airport.

Eh, dah macam tulis cerpen pulak. Okay, tanpa berlengah lagi, selamat membaca catatan perjalanan kami ke Osaka dan Kyoto di bawah. 


 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile