Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Tuesday, 2 January 2024

I Love Taiping

Tahukah anda, papan tanda "I ❤️ Taiping" ni selain terdapat di Taman Tasik Taiping, ia juga boleh ditemui di Medan Selera belakang Balai Bomba Taiping, lokasi terdapatnya makanan wajib cuba sekiranya datang ke Taiping, iaitu Yong Tau Foo.

Sunday, 18 May 2014

Asal usul meme "Keep Calm And.."

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Pasti ramai pengguna internet yang biasa melihat logo yang tertulis ayat atau slogan "Keep Calm And...bla bla bla" bukan? Meme "Keep Calm And ..." ini adalah salah satu meme yang paling kerap digunakan oleh pengguna di internet.

Sebelum itu, tahukah anda, apakah itu 'meme'? Meme adalah suatu idea, kelakuan, atau gaya yang tersebar di dalam sesuatu budaya. Pada hari ini, meme lebih dikenali sebagai suatu unsur atau cara troll yang kerap kali digunakan di media sosial khususnya untuk berjenaka dan juga untuk melakukan provokasi.


Logo "Keep Calm And Carry On" seperti di dalam gambar di atas adalah berasal daripada satu poster motivasi yang dihasilkan oleh Kementerian Informasi di England pada tahun 1939, beberapa bulan sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Ianya dihasilkan bertujuan untuk memberikan motivasi dan menaikkan moral dan semangat rakyat England ketika tercetusnya peperangan khususnya di bandar-bandar utama. 

Sunday, 2 February 2014

"JEJEJE!"

Apakah itu "JEJEJE"?

"Jejeje" adalah salah satu perkataan yang telah diundi sebagai paling popular dan berpengaruh di Jepun pada tahun 2013 oleh sebuah syarikat penerbitan. Ia adalah satu ucapan yang diucapkan bagi menunjukkan ekspresi 'terkejut' dan dipopularkan oleh dorama Amachan yang ditayangkan di Jepun tahun lepas.

Dorama NHK, Amachan.

"Jejeje" dalam dorama berkenaan adalah perkataan yang berasal dari dialek kawasan kampung perikanan di Kuji, daerah Iwate di Jepun dan telah dipopularkan oleh watak utama dorama berkenaan, Rena Nounen.

Pelakon utama dorama Amachan, Rena Nounen yang mempopularkan "JEJEJE".

Oleh kerana saya sendiri belum menonton dorama Amachan ini, maka saya tertanya-tanya, bagaimana caranya "JEJEJE" itu disebut dan diekspresikan. Setelah beberapa minit bertanya kepada Pakcik Google, akhirnya saya menjumpai 2 video di bawah ini. Sila tonton kalau berminat untuk mengetahui tentang penggunaan perkataan "JEJEJE" ini.


Video di bawah ini pula adalah beberapa sedutan daripada dorama Amachan ini.



Kesemua dialog "jejeje" yang terdapat di dalam dorama Amachan. Kawaiiness overload! :D

Adakah "JEJEJE" ini akan turut popular di Malaysia? Mungkin ya, mungkin tidak. JEJEJE!!


Sumber Info :

Wednesday, 29 January 2014

Under Reconstruction.

 bLue iS tHe coLouR. 2008-2014.

Wednesday, 27 April 2011

Friendster bakal ditutup? Mari kita sandarkan pada kenangan.

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera...


Hari nie mcm hari-hari lain..antara website wajib yang akan aku lawat ialah Lowyat.net. Dan hari nie ade suatu article di Lowyat.net yg sangat menarik bagi aku. Tajuknye "END OF THE ROAD FOR FRIENDSTER AS WE KNOW IT". Yeahhh....FRIENDSTER !!!


Friendster?? Sape kat sini masih menggunakan Friendster?? Sape yang PERNAH menggunakan Friendster?? Mesti ramai yang menggunakan Facebook sekarang asalnya adalah pengguna Friendster yang TEGAR, contohnya aku sendiri..hahaha..

Logo lama Friendster

Tadi aku sempat login Friendster, tengok balik testimonial-testimonial yang pernah diberikan di profile aku dulu...dan aku sempat tengok beberape profile kawan-kawan kat Friendster tuh...kebanyakannya tarikh 'shout' terakhir mereka adalah sekitar tahun 2008 dan 2009...dan di situlah bermulanya kemajuan Facebook yang terus berkembang sampai la macam sekarang nie.

Sape kat sini takde account Facebook?

Menurut article kat Lowyat.net tersebut, Friendster bakal ditutup dan dilancarkan semula sebagai 'a new way of social networking'. Hrmmmm....agak-agaknye macam mane la ye 'new way of social networking' tuh?? Somehow aku sikit pun tak teruja nak tahu...LOL...tapi bile aku login Friendster tadi, takde pulak keluar notice tentang penutupan Friendster nie...hurmmm...entahlah labu...~

Friendster dikatakan bakal ditutup pada 31 Mei 2011. Dan korang yang MASIH mempunyai account Friendster adalah digalakkan untuk membuat backup dan mengexport profile atau pun data-data korang menggunakan widget yang disediakan pihak Friendster. Sesape yang rase Friendster tuh ade sentimental value adelah digalakkan membuat backup, selain membuat printscreen <--- yang nie aku yg cadangkan kalau malas sangat nak download/export data dari Friendster, haha..

Klik SINI untuk pergi ke link 'Friendster Exporter' untuk backup/export data korang ke dalam file berformat ZIP. Aku dah pun cuba dengan membuat backup profile. =)

Klik gambar untuk lebih jelas

Aku pernah tulis entry tentang laman web sosial yang popular dan wujud sejak sebelum era Friendster hinggalah ke Facebook. Korang boleh rujuk entry tersebut di SINI. Manelah tahu korang rindu nak tengok bagaimana rupa Friendster di awal kemunculannya...kan? kan?


Sebelum Friendster ditutup nie, korang taknak add aku as friend ker? hahaha ! Klik SINI untuk ke profile Friendster aku !! Haha !

Account Friendster aku, 'since Oct 2003' ..itulah sebabnye sayang aku nak delete account nie..da dkat 8 tahun tuh wei...nostalgik !! okey, FS ini penuh dengan sentimental value..haha ! T__T


Info :


p/s : sambil aku melihat-lihat balik testimonial yang ade kat profile Friendster aku tadi...terjumpe testimonial dari sorang kawan aku nie...aku kenal die melalui online walaupun hakikatnye satu kolej kediaman kat UM dulu...kami same minat tengok cite Jepun dan belajar bahasa Jepun (Nihongo) sesama dulu...dan aku anggap die sebagai kawan baik aku...tapi atas beberape sebab tertentu, aku pun dah lama tak contact dengan die..Facebook pun takde..entah ape die buat sekarang..harap-harap die sihat walafiat disamping family la yer...harap-harap nak kawin nanti bagila kad jemputan kat aku ! =) 

Monday, 10 January 2011

Tolong ingatkan aku yang semalam..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..



Wahh! Semalam satu kejutan telah berlaku di Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25), dimana Ana Raffali telah menjadi juara sekaligus menafikan Faizal Tahir, Yuna dan Black terutamanya..

Dah macam Tron pulak pentasnye..dah la aku baru tengok Tron petang semalam.. haha

Wahhh! Ramai yang tak puas hati dengan keputusan juri menobatkan lagu 'Tolong Ingatkan Aku' sebagai juara..Antara alasan2 dan komen2 yg aku sempat baca di FB smlm : "nyanyi sumbang", "lagu x best", "faizal tahir lagi layak", "yuna patut menang", etc...

Wahhhh! Terlalu ramai tak puas ati sampai beberapa page FB yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan AJL25 smlm muncul seperti cendawan selepas hujan..Salah satunye : Kami tidak bersetuju Ana Raffali menang AJL25. Nah, aku dah bagi promosi free, bukan ke itu salah satu matlamat creator page2 camtu? Berlumba2 membuat page FB untuk kumpul 'Likers'? Dah jadi trend kat FB kan skrg nie? Kalau ade ape2 isu je, trus akan wujud page FB contohnya "Kami tak suka bla bla bla", "Kami benci bla bla bla" dan macam2 lagi..

Tapi ade jugak yg berfikiran positif mcm akak Budu dan Belacan nie..

Negativity should be banned. Please report this group by scrolling down, click on Report Page and select 'Contains hate speech or attacks an individual > Targets me or a friend'. They claim it's not a 'hate page' but it's just not right. Just because your personal favorite did not get chosen, creating such a group is offensive & disrespecting Ana Raffali.


Wahhhhh! Ramai yang dah pandai jadi pengkritik muzik! Nie semua pengaruh Akademi Fantasia, Malaysian Idol, dan yang seangkatan dengannya..Aku pun nk bagi komen jugak lah..Nie komen aku :

Faizal Tahir dan Yuna memang bagus! Tapi kalau betul2 menghayati lirik dan melodi 'Tolong Ingatkan Aku' tue, baru kite akan tau yang kenapa lagu tu layak menang. Lagu2 lain semalam majoritinye straight forward g-wunk dan kurang unsur puitis di situ..

Suara Ana Raffali sengau dan nampak nervous? Logik la, die demam selsema sejak Jumaat (merujuk kepada status Ana di FB beliau)..Well, AJL pilih lagu terbaik, bukan penyanyi terbaik! Nie bukan pertandingan Bintang Kecil or Bintang RTM..haha!

Page FB Ana Raffali

Mungkin korang akan kate aku bias sbb aku peminat Ana Raffali. Tak la..aku minat jugak Faizal Tahir, Yuna, Black, Bunkface, dan lain2 yang bertanding semalam.. Kalau pergi karok, for sure aku akan nyanyi lagu Faizal Tahir..siyeslah!!

Kat bawah nie pulak komen salah sorang kawan aku..

Like!

Okeylah, jom layan video2 YouTube Ana Raffali di account lama beliau sebelum menjadi popular. Klik SINI.

Ana Raffali tak boleh nyanyi live? Jom tengok video kat bawah nie yang aku sendiri rakam 2 bulan lepas di e@Curve, Damansara.


Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita

.
.
.
.
.



Eh...lupe pulak..Semalam jugak Chelsea FC telah menang 7-0 ke atas Ipswich Town dalam perlawanan Piala FA.. Wow..Senyum, tak perlu kata apa-apa. =)

Danny pun score 2 bijik!

Korang boleh baca report perlawanan semalam di SINI.


p/s : Pasal dunia hiburan pun ramai yang nak emosi...Ape korang dapat ha? LOL

Sunday, 9 January 2011

Betul ke Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011??

Betul ke Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011??

Sekarang nie tengah sibuk orang post dan share link di FB yang mengatakan Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Marc Zuckerberg (pengasas Facebook) pada satu sidang media telah mengatakan yang Facebook telah merosakkan kehidupan beliau sebab terlalu stress dengan Facebook.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Korang boleh rujuk artikel asal tu di SINI.


Jadi betul ke Facebook akan ditutup??? Jawapan nye.........................

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 TAK!!!

Tue semua nya sekadar internet hoax!!

Korang boleh rujuk penjelasan di SINI.


Kesimpulan, kalau betul Facebook akan ditutup 15 Mac 2011 nanti, kehidupan korang akan tergugat ke?

Sejauh mana Facebook mempengaruhi kehidupan seharian korang??

Sunday, 26 December 2010

Sunday, 5 December 2010

Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS '10)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..

Korang ade dengar pasal event KL International Motor Show (KLIMS '10) tak?? Event nie bukan nye julung kali diadakan, tapi ia jugak bukanlah diadakan setiap tahun. Jadi sementara ianya masih berlangsung, tak salah kalau korang gunakanlah kesempatan yang ada utk pergi ke event nie.. =)


Sebenarnye siang tadi, aku dan 2 orang abang aku telah pergi ke KLIMS '10 nie yang sedang berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC). Event nie akan berlangsung dari 3 hingga 12 Disember 2010. Walaupun dah 2-3 kali event nie berlangsung di Malaysia, nie la baru kali pertama aku pergi.  Excited? Ntah la..saje pergi utk tengok2..

Kami datang dan sampai awal bagi mengelak kesesakan dan kesusahan mencari parking, apetah lagi hari minggu, Ahad, dan cuti sekolah pulak tuh. Jadi kalau korang nak datang, pastikan datang awal la yer? Okey lah, untuk korang yang belum berkesempatan utk pergi, di entry nie aku kongsikan dan ceritakan melalui gambar-gambar, ape yg ade kat KLIMS '10 nie.

Klik Read More untuk teruskan melihat gambar-gambar. 

Thursday, 4 November 2010

Bagaimana takde internet mempengaruhi kehidupan seharian..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Lama sudah saya tak update blog nie dgn entry yang bebas. Asyik entry lagu-lagu dan entry emo je kebelakangan nie..haha! Maaflah..emosi terganggu sikit..

*walaupun muka saya brutal (yer ker?) tapi dalam hati still ade taman! =P*


Bagaimana takde internet mempengaruhi kehidupan seharian..

Anda ialah orang yang menggunakan internet setiap hari?? Dewasa ini, internet sememangnya memainkan peranan penting dalam komunikasi dan sumber informasi (ayat buku teks). Kalau sekarang anda tanya kepada seseorang "kau ada fb (facebook)?" mesti jawapannya "ada". Jangan kata budak sekolah rendah, makcik-pakcik bahkan nenek pun ada akaun fb.

FB (laman web sosial) tu cuma salah satu cabang dunia internet, banyak lagi kegunaan internet seperti yang kita tahu. Pendek kata, ada internet, anda takkan boring, (yer ker?) sebab anda boleh search atau cari apa sahaja yang anda mahu dengan bertanya pada Pak Cik Google yang friendly.


Jadi bagaimana kalau tiba-tiba internet anda takde?


Berikut ialah fenomena2 yang biasa dilihat (terutamanya dikalangan student) kalau tetibe sumber connection internet mengalami gangguan atau rosak.

1. Tiba-tiba ruang tempat tengok tv penuh dengan orang yang tengok tv. Situasi yang sama berlaku di kolej atau di rumah sewa. Padahal selalunye ramai bile hujung minggu je, sbb tengok bola. Kalau ade internet, masing-masing terperuk dalam bilik menghadap laptop/pc.

2. Tiba-tiba ade kawan datang membuat lawatan muhibah ke bilik sebab terlalu boring tahap gaban. Kalau ade internet, masing-masing berhubung melalui FB dgn YM je, padahal satu floor (kolej) atau satu rumah. (haha!)

Free Wifi! 

3. Tiba-tiba ade kawan ajak pergi McD sebab teringin nak makan french fries. Padahal nak online kat situ. =P

4. Anda akan melihat fenomena orang yang termenung melihat skrin laptop/pc, tapi tak buat ape2 pun. Buntu dan hilang punca. LOL

Tetiber rase nk tengok balik dorama Proposal Daisakusen nie..

5. Inilah masa terbaik untuk menonton movies atau siri drama yang didownload tapi tak pernah tengok. Sebabnye suke download banyak2 buat koleksi tapi tak tengok pun. (Same la mcm saya! haha)

Facebook Mobile!! Anytime, Anywhere.

6. Mula gatal jari mengaccess dan mengupdate status FB menggunakan aplikasi Facebook Mobile di telefon bimbit. Update status via SMS pun ade jugak.

Service centre sedia 'membantu'..lol

7. Kalau yang menggunakan streamyx, mulalah naik hangin dan terus telefon service centre untuk buat 'aduan'. Makanya terpaksalah operator bertugas mengeringkan hati mendengar makian dan kemarahan meluap2 pemanggil tadi. (haha! bersabarla ye sesape yg keje customer service tu =))

8. Rasa resah, gelisah, terpisah (erk?!) akibat tak dapat melihat homepage Google.com di Chrome mahupun Firefox. Rase macam tak lengkap hari tanpa internet. Kalau tak makan takpe asalkan ade internet. Erk, boleh ke camtu?

9. Dah takde internet, tido awal la jawabnye!! haha! =)

Sleep is good. Tapi purata aku tido setiap hari 3-4 jam je..malas nk tido mungkin? (erk?!)



p/s : kejujuran itu kadangkala terlalu pahit untuk ditelan dan terlalu susah untuk diluahkan.

Tuesday, 28 September 2010

Tag dari Yiedpozi [Dot] Info

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


Tag kali ini telah diberikan oleh blogger Yiedpozi [Dot] Info. Trimas la ye tag, dah lame takde org tag..heheh


1) Apakah benda yang paling penting dalam hidup korang?
-Duit 

2) Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?
-Makan malam semalam.

3) Dimana tempat korang ingin melansungkan perkawinan korang dan tema perkawinan korang nanti?
-di mana-mana yang mudah utk semua org tidak kira darjat keturunan dapat hadir. tema? tak fikir pun lg.

4) Adakah korang sedang bercinta sekarang?
-Tidak

5) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
-InsyaAllah, untuk selamanya. 

6) Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
-N/A

7) Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
-Hrmmm...Majalah World Cup 2010 kot? Lama sudeh..

8) Apakah nama penuh korang?
-Muhamad Arif Aizat Bin Abdul Wahab

9) Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
-Dua-dua pun sama je.

10) Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang
-Rasulullah S.A.W. , bakal isteri (^_^), Aya Ueto & Avril Lavigne!~ 

11) Adakah korang basuh baju korang sendiri?
-Kadang-kadang..selalunye dobi yang tolong..lol..

12) Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
-Pulau Bora Bora!!

13) Pilih salah satu, peluk atau cium?
-erkk...saya suka peluk bantal!! :D

14) Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang.
-Antara blogger paling muda yang aku tahu
-Friendly kot
-Budak sekolah rendah lagi die nie..mcm tak caye plak.. hee


15) 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang
-Handphone 
-PC
-Laptop
-Kete ikan
-Gambar-gambar dlm laptop/pc/ext hdd

16) 5 lagu yang korang paling suka dan selalu dengar?

Klau nak bagi betul2, banyak..tapi buat masa nie, dan yang terlintas dulu, 5 kat bawah nie la..
- Tomorrow - Avril Lavigne
- Why - Avril Lavigne
- Bisik Namaku - Shila 
- Susun Silang Kata - Aizat Amdan
- Mungkin Ku Tak Bisa - Faizal Tahir

17) Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
-19 Oktober 1987. Tahun lepas ek? Makan-makan dgn family je kot..Tak pernah pun buat majlis sambutan ke hape ke.. =)


18) 5 orang blogger yang korang nak tag.
Seperti biasa, taknak tag sesape secara spesifik. Kalau anda yang baca tag nie nak buat, dipersilakan ye. =)


19) Cerita sikit tentang blogger pertama yang korang tag

Tak tag sesape. 

Monday, 27 September 2010

Heppy Besday!!

Heppy Besday Avril!!

Hari ini, 27 September 2010 merupakan ulang tahun ke-26 sape lagi kalau bukan penyanyi faveret aku!!

Kejap je dah 8 tahun rupenye aku menjadi kipas-susah-mati Avril Lavigne nie..

Makanya hari ini aku publish entry khas buat Avril!!

Heppy Besday to you!!
Heppy Besday to you!!
Heppy Besday to Avril!
Heppy Besday to you!!

p/s : Heppy besday juga kepada abang aku, yang tarikh lahirnya sama dengan Avril..dan juga kepada rakan-rakan yang turut menyambutnya pada hari ini (Ramai kawan aku yang lahir pada tarikh 27 September nie).

Semoga korang dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki. Ameen..~


Thursday, 16 September 2010

Top 5 Lagu Raya (Lagu Baru)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..


Macam mane dgn sambutan hari raya anda semua?? Best tak?? Sejak seminggu sebelum raya hinggalah ke hari nie (hari entry ini ditulis), stesen tv dan radio mmg tak putus-putus menyiarkan lagu-lagu raya. Lagu-lagu evergreen seperti Seloka Hari Raya (Hail Amir & Uji Rashid), Suatu Hari Di Hari Raya (M. Nasir), Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza), Menjelang Hari Raya (DJ Dave) dan Balik Kampung (Sudirman) menjadi lagu-lagu wajib di radio.

Selain lagu-lagu raya lama yang evergreen, terdapat beberapa lagu raya baru yang berjaya mencuri perhatian saya pada musim raya tahun ini. Berikut ialah Top 5 Lagu Raya (Lagu Baru) yang best (bagi saya) utk tahun ini.


TOP 5 Lagu Raya (Lagu Baru 2010)

5. Rindu Yang Telah Pergi - Akim, Black, AG Hot FM
Lagu nie merupakan salah satu lagu dari album Hangatnya Raya hasil kerjasama penyampai radio Hot FM dan beberapa artis lain. Lirik dan melodinya boleh tahan, video klipnye pun okey la, touching sikit..Sesuai utk jadi lagu raya.
Rating saya : 4/5

4. Bunga Api Di Hati - Stacy, Farah Fauzana, Shila, & Leya Hot FM
Lagi sebuah lagu dari album Hangatnya Raya. Lagu nie simple tapi menarik. Takkan semua lagu raya nak sedih2 kan? Oh yeah, salah satu sebab saya suke lagu nie sbb ade Shila...hahahaha..Saya minat dgn nyanyian Shila, terutamanya lagu INI.
Rating saya : 4/5

3. Jika Hari-hari Hari Raya - Ana Rafali
Siape yang belum kenal dgn Ana Rafali?? Walaupun beliau tidak sepopular Yuna, tapi lagu-lagu Ana Rafali memang mudah utk didengar dan tidak terlalu kompleks (erk?). Korus lagu nie pula sememangnya best! "Jika hari-hari Hari Raya~" hehehe
Rating saya : 4.5/5

2. Raya Oh Yeah - Yuna
Yuna kembali lagi!! Lagu raya Yuna nie mmg layan! Tak percaya cube dengar sendiri..Video klip nye pula dirakamkan secara continuous recording, memang ceria dan kreatif habis! Terbaek lah!!
Rating saya : 5/5

1. Hanya Kerana Cinta - Hafiz, Aril, Ayu, Anne, & Tini Hot FM
Sebuah lagi lagu dari album Hangatnya Raya. Lagu nie tak macam lagu raya pun. Lirik dan melodinya 'kena' dan sedap untuk didengar berulang kali..Jadi kalau bukan raya pun boleh dengar lagu nie..Agak gwunk disitu...hahahah..Walaupun saya xberapa minat dgn Aril, tapi sebab lagu nie best, abaikan je la sape yang nyanyi.. =)
Rating saya : 5/5


Demikianlah Top 5 lagu raya (lagu baru) yang menjadi pilihan saya, anda pula bagaimana??

Friday, 16 July 2010

Tag dari Cik EL..Aku dan Kegiler an Itu..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu, saya nak ucapkan terima kasih kepada Cik EL kerana telah mengetag saya. Walaupun saya jarang mengetag orang lain, tapi saya sentiasa mengalu-alukan tag-tag dari rakan blogger yang lain. Terharu rasenye..ceewah.. =)

Bile dapat dan bace tag dari blog Cik EL nie, rase menarik pulak untuk dijadikan entry terbaru di blog saya yg dah semakin xberapa aktif macam dulu. Yer lah, sekarang dah keje..dulu 24 jam menghadap laptop/pc kat rumah, banyak la idea untuk buat entry baru.. heeehee

Oke lah..di sini saya ingin menjawab tag Cik EL yang bertajuk 'AkU & KeGilEr an Itu..'

Tag tersebut :

JusT snaraikan ToP 5 benDa/perkara yG mngkin PeRnah/ msiH Jdi kEgiler an KorG..

Sunday, 27 June 2010

Hari menjawab tag..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Dah lebih 10 hari saya tak update entry baru di blog nie..lagi lama rasenye dari smasa saya pergi bercuti ke Eropah 2 bulan lepas. Bukan takda entry yang nak ditulis, draf pun dah ade. Cuma tak ter'edit' dan tak ter'rajin' nak post entry baru. Sejak menjejaki alam pekerjaan nie, agak busy sikit, sebab tu tak ada masa nak update blog. (tipoo lah, saya online jer tetiap malam! =P)..

okey2..insyaAllah ada masa, saya akan post entry baru yer..terima kasih kepada semua yang sudi melawat, menjadi follower, dan membookmarked blog nie.. =)

Hari nie saya nk menjawab tag yang diberikan oleh empunya Blog Meowwmania dan Blog NOEIZAN2U. Trimas ye kepada anda berdua yang sudi mengetag blog nie. =)

Tuesday, 8 June 2010

Award dari Cik Kuntum

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Saya ingin mengucapkan beribu-ribu lemon terima kasih kepada pemberi award yang terbaru nie kepada blog saya, iaitu Cik Kuntum. Award nie dibuat sendiri oleh beliau, jadi kiranya saya tergolong dari golongan awal la yang mendapat award nie..siyes terharu! =)



Sunday, 6 June 2010

Tag dari Cik Hana Ayra

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan terima kasih kepada Cik Hana Ayra yang telah memberikan tag berserta award nie. Okelah, berikut ialah jawapan bagi tagnye..

1. Apa yang bermain di fikiran you all sekarang ?
Dimanakah? Apekah? Adakah? Mungkinkah? Akankah? =|

2. Apakah nama samaran you all ?
Aizat, Jat, Areev, Lampard (okey yg last ni tipoo ^_^)

3. Berikan 3 orang yang you all sayang ?
Ayah, Ibu, Adik-beradik, dan .... (ikut suke la nk letak lebih dari 3 pun! ^_^)

4. Panggilan untuk si dia ?
N/A

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa ?
Kehidupan & keluarga yang bahagia dunia & akhirat =)

6. Blog mane yang you all suka visit ?
Mane2 blog yg lain dari yang lain, unik, dan mmg da bomb!

7. Tagkan kepada 15 blogger you all ?
Seperti biasa, saya tak nk tag org lain..tapi kepada blogger yang membaca entry nie dan berminat nak buat tag nie, anda dialu-alukan untuk berbuat demikian. =)

Monday, 17 May 2010

3 tag sekali gus

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Disini saya nk mengucapkan terima kasih kepada 3 blogger yang telah mengetag dan memberi award kepada blog saya yang serba biasa nie. Oke lah, tanpa melengahkan masa...

Friday, 30 April 2010

Saya cuti kejap dari blogging.. =)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..

 Cuti kejap ye.. =)

Terima kasih kepada semua yang berkunjung @ blogwalking ke blog ini. Saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat membalas kunjungan anda semua kerana sekarang saya tengah bercuti dan tidak berkesempatan untuk post entry baru. Insyaallah saya akan post entry mengenai percutian saya apabila mempunyai waktu lapang.

Sekian terima kasih! =)

Thursday, 22 April 2010

Terima Kasih dan Pengumuman Ringkas


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menjadi follower blog yang tak seberapa ini. Awal pagi tadi, angka 500 followers telah pun dicecah, dan orang yang bertuah tersebut ialah Cik myazaraByong. =)

Kedua, bersempena dengan peningkatan jumlah follower dan jumlah link exchange, saya telah membuat keputusan untuk mengumpulkan link rakan-rakan blogger sekalian di satu blog khas, di SINI. Diharap dengan ini dapat memudahkan proses blogwalking dan sekaligus melihat kesemua link menarik yang saya selalu lawati.

Di blog ini (bLue iS tHe coLouR), cuma 25 blog post terbaru sahaja yang akan kelihatan, dan memandangkan banyak blog yang update setiap hari, maka akan terdapat 2-3 blog yang tidak kelihatan melainkan anda klik Show All. Kalau set show all di blog option pun, nanti terlalu banyak pulak kat sidebar nie.

Pada mulanya ada terfikir nak guna aplikasi link exchange yang menarik dan cool macam di SINI, tapi bila fikir balik, ia cuma sediakan nama dan link, tapi tidak menunjukkan latest update bagi setiap blog. Jadi, saya berpendapat lagi senang kalau orang dapat melihat melalui senarai yang menunjukkan latest update berbanding nama sahaja. Apa-apa pun terpulang kepada masing-masing. =)

Kepada rakan-rakan yang nak meninggalkan link, silalah ke areev19's Bloglist.

Sekian, terima kasih. 
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile