Showing posts with label kickers. Show all posts
Showing posts with label kickers. Show all posts

Tuesday, 31 May 2011

Rentap Futsal Kosmo, Hari Belia, dan . . .

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..


Seperti semua yang rakyat Malaysia tahu (merujuk kpd yang ambil tahu hal semasa)..Hari Sabtu dan Ahad yang lepas (28 & 29 Mei 2011) telah diadakan sambutan Hari Belia peringkat kebangsaan di Putrajaya. Ada apa dengan event GEMPAK gila neh?

Takpelah, terlebih dahulu yang pentingnya aku nak crita pasal Kejohanan Rentap Futsal yang dianjurkan oleh akhbar Kosmo nieh. Kejohanan futsal secara besar-besaran di terdiri daripada beberapa kategori antaranya kategori Terbuka, Bawah 12 Tahun, LARUT MALAM, dan lain2 lagi.


Okeyh, aku pegi Kejohanan Sentap Futsal Kosmo nie bukan sbb main futsal, tapi sebab aku join acara SAMPINGAN iaitu pertandingan PS3 PES2011..

Dipendekkan entry (kalau panjang lagi, dah boleh jadi cerpen), aku sebenarnye nak luahkan rasa tak puas hati dengan pihak yang menganjurkan pertandingan PES2011/FIFA11, dan futsal dan HARI BELIA tuh sendiri...


Kat bawah nie aku senaraikan ape yang aku dapat lihat dan perhatikan kelemahan dan kehampehan pihak penganjur nieh :

1. Urusan pendaftaran pertandingan futsal dan pertandingan PS3 FIFA11/PES2011 terlalu sesak sebab tempat pendaftaran yang diletakkan terlalu dekat. Bilangan pasukan futsal yang sertai pertandingan nie aku rase lebih dari 500++ pasukan..Dicampurkan pulak dengan bilangan individu yang nak mendaftar untuk pertandingan PS3 FIFA11 dan PES2011, tak kurang dari 300 orang...Ade pulak pertandingan sepak bola berdekatan dengan kawasan pendaftaran...semuanya bersesak-sesak macam sardin.


2. Untuk pendaftaran kategori PES2011, peserta perlu mendaftar secara manual dan menunggu giliran macam orang BODOH. Kenapa kene tunggu lama? Untuk kategori PES2011 sahaja, lebih 1000++ slot atau tempat didaftarkan. Dan hanya 7 SET PS3 dan MONITOR LCD disediakan pihak penganjur !! Itu pun wayar cable HDMI mereka tak sediakan !! Kesimpulan? Aku dan kawan-kawan aku dari KICKERS yang bagi pinjam wayar2 HDMI kami kepada penganjur.. Kamon lah, penganjur untung bukan main banyak lagik, tapi 7 set jer mampu disediakan? itu pun tak lengkap. Ape nieh? Ini bukan tahun pertama KOSMO menganjurkan pertandingan PS3 PES..

Take note, ini adalah HDMI cable, takde nie, ape guna ade ps3 dan monitor lcd??

Untuk aku sendiri, aku datang untuk pendaftaran seawal 3pm seperti dalam jadual..tapi perlawanan pertama aku hanyalah pada jam 6pm++..Dan berterusan la menunggu sampai ke tengah malam macam orang takda tujuan berhampiran dengan kawasan PS3 tuh..

3. Untuk futsal pulak, jadual pertandingan berubah-ubah dan tak tetap (sebenarnya diorang nie ade buat jadual/perancangan ke tak?).. Seolah-olah penganjur tak membuat persiapan dan perancangan teliti. Pasukan futsal KICKERS MALAYA yang disertai kawan-kawan aku telah bertanding untuk kategori LARUT MALAM, tapi mereka hanya dapat bermain pada TENGAHARI esok nya !! LARUT MALAM kah itu?

4. Kasihan pulak aku tengok banyak peserta-peserta futsal nie berbaring bergelimpangan di sekitar kawasan futsal..sebab menunggu giliran mereka yang agak lambat.. Mungkin ada peserta yang pernah join pertandingan sebelum ini dan tahu tentang keadaan tu, jadi diorang dah bawak khemah awal2 lagi dan berkhemah sekitar kawasan futsal tuh. Penganjur patut sediakan kemudahan yang lebih selesa kepada peserta-peserta nieh..Bukan sikit, berbelas ribu peserta yang datang..tup tup, kena tunggu giliran macam bangang! haihhh...

5. Kemudahan toilet sangat teruk..surau? Tak nampak pun.. Waktu azan pun, pertandingan masih diteruskan seolah-olah tak ada apa-apa berlaku.. Semasa waktu sembahyang Jumaat, ramai lagi yang bersepah kat tempat pertandingan tanpa ada rasa segan atau malu sebab tak pergi sembahyang Jumaat.

Perkara yang sama berlaku di tengah-tengah Putrajaya di mana berlangsungnya HARI BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN. Jalan-jalan utama ditutup, semua tengah sibuk bersiap untuk sambutan tuh. Signboard arah ke MASJID langsung tak kelihatan !! Padahal bukan nye tak tahu, orang dari seluruh Malaysia datang ke Putrajaya nieh, tahu ke diorang nak carik arah ke masjid? Ape tah lagi dengan banyak jalan yang ditutup?

Oh, ramainya BELIA yang TAK PERGI SEMBAHYANG JUMAAT....TAHNIAH laa di atas penganjuran HARI BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN nieh !! Congratz sangat !

6. Super Junior? Okeh, aku tau konsert free, dan tahu-tahu jer la konpem ramai BELIA-BELIA khususnya GADIS-GADIS yang datang ke konsert SuJu nieh. Tanak komen pasal tuh.

7. Tengok Final UEFA Champions League di Dataran Putrajaya bersama PM?? Ribuan orang datang untuk tengok di screen BESAR kat dataran tuh...hakikatnya, takde la besar sangat screen nye pun.. Besar projektor kat kedai-kedai mamak je kot..? Tanak komen lebih-lebih pasal bab nie, bahaya.


Takpe la, yang penting BARCELONA menang 3-1 malam tuh. KAH3.. =D

8. Hrmmm...ape lagi nk komen eh?? Takpe la, kat bawah nie aku sediakan printscreen dari FB yang menunjukkan bukan aku sorang je yang tak puas hati, semua orang pun tak puas hati dengan pertandingan yang dianjurkan KOSMO nieh..

Sekian dahulu dari saya, renung-renungkan dan selamat beramal !~










Okey, komen last skali yang kat atas nie adelah TROLL.. kah3




Rating Rentap Futsal KOSMO :

Tahap Perkhidmatan : 1/5 (HAMPEH !)
Tahap Pengurusan : 1/5 (HAMPEH v2 !)
Tahap Keselesaan : 0.5/5 (HAMPEH v3 !)
Tahap Kualiti : 1/5 (HAMPEH v4 !)
Tahap Kesedaran : 0/5 (Signboard mana? Surau mana? HAMPEH v5 !)
Tahap Berbaloi : 0.5/5 (Buang masa, tenaga, duit, semua pun buang, HAMPEH v6 !)
Tahap Nak Datang Lagi : 0/5 (Klau camnie la gayanya, tobat taun dpan taknak join dah ! HAMPEH v7 !)
Tahap Kebengangan/Ketakpuasan hati : 5/5 

Keseluruhan : 0.5/5


Sumber  :


p/s : Walaubagaimana sekali pun, aku nak ucapkan tahniah kepada wakil clan KICKERS dari seberang, iaitu KICKERS_KIM07 dari Singapura yang telah menjuarai kategori FIFA11 dan KICKERS_Joshua dan KICKERS_Andrian dari Indonesia yang telah memonopoli kategori PES2011. 


We'll keep the KICKERS flag flying high !! 

Sunday, 28 November 2010

Diam diam aku jatuh hati padamu..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera...

27 & 28 November 2010...

Ape yg anda buat weekend nie?? Weekend selalunye menjadi sesuatu yg membosankan utk saya sbb saya mmg jarang keluar jalan2..slalunye weekend dihabiskan di rumah jer...haha.. bosan sungguh!! dats y i often call it weak-end instead of weekend..lol


Semalam, 27 November, saya telah menyertai Winning Eleven 2011 (WE2011) Tournament di Kelab Komuniti Cyberjaya. Tapi saya sekadar lepas group stage jer..sampai peringkat 32 pasukan terakhir. Tahniah kepada Mr. Presiden aka Khairil dari clan saya, Kickers kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan tersebut. Untuk perkembangan dan info lebih lanjut, anda boleh like page Kickers di FB. =)

Semalam lepas tersingkir di knock-out round pertandingan WE2011 tue, saya terus bergegas bertolak ke rumah abg sulung saya untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang lain sebelum bertolak bersama-sama ke KLIA. Kami pergi ke KLIA untuk menghantar mak dan ayah saya yang pergi bercuti ke Turki bersama-sama rombongan. Flight pukul 2 pagi, tapi kami pergi dan smpai di KLIA lebih awal, kira-kira pukul 10.30pm. Semoga kedua mak dan ayah saya serta peserta rombongan yang lain sihat-sihat dan selamat sepanjang perjalanan dan percutian tue. Ameen..

Pak Su dan anak sedara, Aleef di KLIA

Okey lah, hari nie pulak, 28 November. Pagi dimulakan dengan mood yg siyesly agak down n sedeyh. (hek! ntah bila? hrmmm..). Petang tadi saya dan abang saya telah pergi ke Cineleisure Mall, e-Curve, untuk menonton wayang. Orang nak belanja, layan je la..haha..Thanx yeah.. =)

InsyaAllah nanti dalam entry berikutnya saya akan buat review pasal filem yg ditonton tadi (kalau rajin). Dah lama tak buat review filem..ish2..

Sementara tunggu nak tengok wayang tu, tetibe nampak Ana Raffali baru nk buat persembahan. Ape lagi, terus la saya dgn abang saya pg tengok. Ade program Bank Simpanan Malaysia (BSN) kat situ tadi. Dan ade pulak artis yang dijemput utk buat persembahan. Yang sempat saya tengok tadi Ana Raffali dgn Tilu. Persembahan live diorang mmg best!! Sempat tengok Ana Raffali nyanyi lagu 'Cuba Jangan', 'Tolong Ingatkan Aku', dan 'Hujan Bunga di Kuala Lumpur'. Tilu pulak sempat tengok diorang persembahkan lagu 'Diam Diam'.

Ana Raffali

Tilu

Dan yang pastinye saya sempat menebalkan muka utk ambil gambar dgn Ana Raffali.
"err...miss, boleh amik gambar tak?"
"boleh!" balas Ana Raffali dengan cukup frenly dan senyuman manja (okey, yang nie ditambah, haha!)

Hye-hye Cik Ana~ =)

Wah, siyesly cun Cik Ana Raffali nie...suara die smasa nyanyi live tadi pun sangat best! lagi best dari dalam album kot?? Gud luck kpd Cik Ana Raffali utk Anugerah Juara Lagu (AJL) nanti!!




Monday, 8 November 2010

KICKERS! in S.A.G.E Winning Eleven 2011 Tournament (November)

KICKERS! - Malaysia Winning Eleven Team 


Date : 6th November 2010
Venue : Puchong

Winner : Degasa Erwan
Runner Up : Degasa Effy
3rd/4th : Degasa Adeeb/KICKERS Khairil (Mr. President)


During registration.

Friendly fire! 
From left : Aidil vs Vamos, Areev, Azwan vs Khairil

 Jo & Khairil

 From left : Azwan, Areev, Akmal

Vamos (KICKERS!) vs Erwan (Degasa)

During tournament

From left (standing) : Kirua, Zodiac, Azwan

Semi final 1 : KICKERS Khairil vs Degasa Erwan

3rd/4th Place Winner : Mr. President (Khairil aka elnino) - Congratz!!

Good luck KICKERS! for our next tournament!! =)




Saturday, 24 April 2010

Sertai Kami Di KICKERS!

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera


KICKERS! - Sebuah lagi projek barisan..eh..tak tak tak..

KICKERS! - Sebuah lagi clan WE/PES dari Malaysia yang baru diwujudkan bagi mengumpulkan para kipas susah mati game Winning Eleven (WE) atau Pro Evolution Soccer (PES) di seluruh Malaysia. Tidak kira anda pemain versi PC, PS3 mahupun XBOX360, semuanya dialu-alukan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ahli-ahli clan ialah menyertai pertandingan WE/PES yang dianjurkan di seluruh Malaysia, sesi training, liga online, gathering, dan macam-macam lagi.

Mari sertai group Facebook kami di SINI.

Sertai juga group Facebook Winning Eleven Malaysia di SINI.

Artikel Berkaitan - Spotgamers
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile