Friday 8 September 2023

Enrique de Malacca - Lelaki Melayu yang terawal mengelilingi dunia?



Tahukah anda, antara manusia terawal yang berjaya mengelilingi dunia dari jalan laut adalah seorang dari kepulauan Melayu yang dikenali sebagai 'Enrique de Malacca'?

Umum mengetahui Ferdinand Magellan mengetuai ekspedisi mengelilingi dunia sekitar abad ke-15. Tapi antara sejarah yang ramai orang tak tahu adalah, nama Enrique de Malacca ni ada disebut dalam wasiat Magellan, iaitu supaya Enrique ini dibebaskan dari perhambaan selepas kematian Magellan.

Menurut sejarah, Enrique ini 'diambil' oleh Magellan ketika ekpedisinya mendarat di Kota Melaka. Enrique dijadikan hambanya selain menjadi kru ekspedisi dan tukang alih bahasa (translator) kepada Magellan. 



Magellan mati dibunuh ketika suatu kejadian perang di Filipina, dan ekspedisi mengelilingi dunianya diteruskan oleh Enrique dan kru yang lain. Dicatatkan bahawa Enrique akhirnya 'bebas' dan kembali ke Melaka. Jadi boleh dikatakan Enrique adalah manusia pertama yang mengelilingi dunia, iaitu dari Melaka kembali ke Melaka, melalui jalan laut.

Nak tahu lebih lanjut? Pergilah ke Balai Seni Negara. Masuk percuma je.


Monday 4 September 2023

[Review] Burn the House Down (Netflix)

Dorama Burn the House Down ni baru je dikeluarkan bulan Julai yang lalu di Netflix. Diadaptasi dari manga. Saya berjaya habiskan marathon dalam 2 hari je, yang mana kesemuanya ada 8 episod.

Sinopsis :

Anzu dan adiknya Yuzu dilahirkan dalam keluarga yang berada, yang mana ayah mereka merupakan pewaris hospital swasta milik keluarga. Mereka tinggal di sebuah rumah agam yang cukup besar berhampiran dengan hospital milik keluarga ayah mereka. Pada suatu hari, rumah agam mereka terbakar hangus kesemuanya, dan ibu mereka, telah menyalahkan diri sendiri kerana telah mengakibatkan kebakaran tersebut. 

Pada masa itu juga, Anzu ternampak kelibat Makiko di celah orang ramai yang mengerumuni lokasi kebakaran tersebut. Makiko kelihatan tersenyum gembira dan 'lega' melihat rumah agam keluarga Anzu yang terbakar. Makiko merupakan 'sahabat' baik ibu Anzu dan Yuzu, yang mana anak Makiko iaitu Shinji, merupakan rakan sekelas Anzu.

Sejak dari saat itu, Anzu mengesyaki Makiko adalah orang yang telah membakar rumah agam keluarga mereka. Ibu bapa Anzu dan Yuzu berpisah selepas kejadian kebakaran tersebut, dan yang lebih mengejutkan, ayah mereka telah berkahwin dengan Makiko tidak lama kemudian.

13 tahun kemudian, Anzu muncul sebagai Yamauchi Shizuka di rumah agam Makiko sebagai pekerja yang membersihkan rumah. Anzu berazam untuk menuntut bela dan mencari bukti bagi mendedahkan kebenaran yang Makiko telah membakar rumah agam mereka 13 tahun yang lalu.

Komen :

Best. Kalau tak, takkan lah saya boleh marathon habiskan dalam 2 hari je. 😌

Okaylah, taknak tulis panjang lagi, saya bagi 9/10⭐️

Sunday 3 September 2023

[Review] Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Beberapa minggu yang lalu kami telah berkesempatan pergi ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. Tak sangka, ramai juga pengunjung yang datang. 

Seperti di Balai Seni Negara yang turut kami pergi sebelum ini, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ini pun tidak mempunyai bayaran untuk masuk, iaitu masuk percuma je. Tapi, pengunjung tak dibenarkan membawa beg (termasuk handbag), selfie stick, dan makanan kalau tak silap. Pastinya untuk tujuan keselamatan.

Saturday 2 September 2023

[Review] Pusat Sains Negara - Cawangan Wilayah Utara (Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah)

Tahukah anda, terdapat Pusat Sains Negara di Alor Setar, Kedah? Kalau anda pergi bercuti ke Alor Setar, dan tak tahu nak bawa anak ke mana, maka sinilah tempat yang wajib anda bawa! Bukan anak je yang seronok dan dapat belajar, ibu bapa pun sama!

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ni terletak berdekatan dengan Gunung Keriang, dalam 20-30 minit perjalanan dari pusat bandar Alor Setar. Harga tiket pun murah, cuma RM2 untuk yang berusia 13 tahun ke atas, kanak-kanak 7-12 tahun cuma RM1, dan kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah, OKU, dan Warga Emas pula masuk percuma!

[Review] Mr Churros, Kamunting

Siyes sedap weh. Saya bagi 10/10⭐️ sebab cukup rasa dan berpatutan.

Harga RM7, ada 8 batang churros setiap set. Ada set Milk Chocolate, Dark Chocolate, dan Caramel. Chocolate pula dia claim guna chocolate jenama Berryl's.

Lokasi di hadapan kedai Mr Musashi, menghadap jalan besar (lokasi sebelah Petron Kamunting).

P/s : Makanan kalau sedap dan benda kalau best, secara sukarela saya nak tolong promote. Jom support!

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile