Tuesday, 18 May 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 5) : From Lucerne to Paris

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 5) : From Lucerne to Paris

Hari Kelima - Sabtu (1 Mei 2010) - Dari Lucerne ke Paris

8.00am - Setelah bersarapan dan mempersiapkan diri di bilik, rombongan kami yang sebanyak 34 orang telah memulakan perjalanan untuk ke Paris, Perancis. Ketepatan waktu sangat dititikberatkan sebab aturcara program atau perjalanan telah pun dirancangkan lebih awal. Jadi, kalau terlebih masa, rugilah waktu lawatan kat sesetengah tempat nanti.

Bye bye Hotel Drei Konige, Lucerne~

Selepas sejam perjalanan, iaitu pada kira-kira pukul 9.05am, bas kami telah melepasi sempadan negara Switzerland-Perancis. Bandar Basel, Switzerland merupakan bandar yang terdekat dengan sempadan Perancis ini.

Di sempadan Switzerland-Perancis - Hujan renyai-renyai membuatkan saya tidak dapat mengambil gambar dengan baik di sepanjang perjalanan ke sini.

Plaza tol di lebuhraya Perancis. - Sepanjang perjalanan kami selama beberapa hari ini, iaitu dari Jerman-Switzerland-Perancis, rasanya tak sampai 5 plaza tol yang kami temui. Kalau kat Malaysia, selang beberapa km je dah ade tol, betul tak?

Cuaca dah okey sikit, boleh la snap 1-2 gambar

10.00am - Disebabkan sudah 2 jam perjalanan, maka driver bus kene berhenti rehat sekejap, selain untuk memberi peluang kepada peserta rombongan kami ke tandas dan sebagainya. Yerp, kejap2 je singgah pergi tandas, sebab cuaca yang sejuk.

Kat perhentian rehat nie, ade pulak car show, kerete keluaran Peugeot. Yer lah, kereta nasional Perancis la katekan. Macam jugak Proton buat pameran kereta kat hentian PLUS.

Kereta klasik keluaran Peugeot

Kereta sport, rasenye prototype je kot? Tayar satu je kat blakang.

Nie kereta MPV

Sempat beli coffee dekat tempat rehat nie, Tapi serius kecil cawannye, harga pulak kalau tak silap 1.80 Euro. (1.8 x 4.4 = RM??)

Bergambar dengan keluarga sementara tunggu orang lain untuk menaiki bas dan meneruskan perjalanan

1.05pm - Bas berhenti rehat buat kali kedua, kali nie untuk memberikan peluang kepada peserta rombongan untuk makan tengahari. Macam biasa, makanan bawa sendiri dari hotel.

Nasib baik kedai nie tak dibuka, kalau tak, takde tempat rombongan kami nak melepak untuk makan makanan yang dibawa.

Berkelah dan makan dalam keadaan sejuk.

Kerusi dan meja ade, tapi basah sebab baru lepas hujan, sebab tu ramai yang tak duduk di tempat nie.

Nie la die kedai di tempat rehat tue. Ramai orang dan takkan kami nak bawa masuk makanan sendiri dan berkelah dalam kedai nie plak.

1.55pm - Tak sampai sejam berhenti untuk makan tengahari dan ke tandas, perjalanan diteruskan.

Hujan masih renyai-renyai semasa tiba ke plaza tol kedua di Perancis nie.

Akhirnya hujan berhenti, dapat juga ambil gambar pemandangan.

Lagi tumbuhan kuning nie kelihatan di sepanjang perjalanan.

3.40pm - Bas sekali lagi berhenti buat kali ketiga. Memang ikut peraturan sungguh driver bas nie. Macam biasa, 20 minit jer masa yang diperuntukkan di tempat rehat.

Perhentian ketiga - Cote France

Terdapat banyak mesin menjual air minuman panas dan makanan ringan seperti ini di setiap perhentian rehat. Mudah dan cepat.

Tempat perhentian kali nie juga sebenarnya terdapat restoran jejantas.

Tempat recycle pun nak ambil gambar. Lol..

4.05pm - Meneruskan perjalanan ke Paris, kota romantis..ye ker? Teringat masa tengok filem Eiffel, I'm in Love beberapa tahun dulu.

Paris!!

Dah semakin menghampiri pusat bandar Paris. Banyak sungguh graffiti kat wall sepanjang lebuhraya kat Paris nie. 

Kat terowong pun ade lagi graffiti, memang teruk vandalisme kat sini.

Sempat ambil gambar keadaan jalan raya di Paris. 

Yang menariknya, sepanjang perjalanan kami menaiki bas selama beberapa hari nie, pemandu-pemandu di negara Eropah nie sangat mengikut peraturan. Kalau traffic jam, takde yang nak mencilok masuk laluan emergency. Bunyi hon pun rasenye saya tak ada dengar.


Dah sampai di kota Paris

5.15pm - Akhirnya bas kami tiba di hotel yang bakal kami tinggal selama dua hari di Paris ini. Tour Leader kami sebelum itu ada memberitahu yang Paris nie terdapat banyak pencuri atau pickpockets, jadi beliau menasihatkan peserta rombongan agar sentiasa berwaspada dengan beg masing-masing.

Sejurus selepas tiba, masing-masing mengeluarkan beg-beg dari bas seperti biasa dan menuju ke hotel untuk check-in. Tapi rupa-rupanya bukan CLASSICS HOTEL yang berwarna coklat di bawah nie. Driver bas dah tersilap hotel. Habis kelam kabut peserta rombongan kami membawa semula beg-beg mereka ke bas kerana takut dicuri. Kalau biasanya ambil masa hampir 10 minit untuk mengeluarkan dan memasukkan beg ke dalam bas, kali ini cuma ambil masa tak sampai 5 minit! Jadi bahan gelak ketawa pula selepas kami masuk semula ke dalam bas.

Salah hotel da...




5.23pm - Driver bas cuma mampu tersenyum sebab selalunye die yang macam emo sebab orang lambat kembali ke bas di kawasan rehat. Kali nie die puncha! Hehehe..Selesai bawa masuk barang kembali ke bas, rombongan kami pun meneruskan perjalanan mencari hotel yang sebenarnya.


Akhirnya tiba di hotel yang betul! Nama hotel sama, tapi tempat yang berbeza. Banyak sangat kot cawangan CLASSICS HOTEL nie kat Paris?

5.55pm - Akhirnya dapat berehat di bilik hotel selepas hampir 10 jam perjalanan menaiki bas dari Lucerne, Switzerland ke Paris, Perancis. Hotel nie memang bagus sebab menyediakan perkhidmatan wifi percuma di bilik, cuma perlu minta password di kaunter lobby. Kelajuannye pun boleh tahan! Yeah! 

9.40pm - Pada sebelah malamnya, Tour Leader kami, Puan Zainab telah membawa hampir separuh daripada rombongan kami melawat ke Menara Eiffel. Kalau ikut jadual pakej rombongan, waktu malam ialah free activity, jadi sesiapa yang tidak mahu berehat dan berminat berjalan-jalan di waktu malam di Paris boleh la ikut beliau.

Cuma seramai 15 orang saja yang keluar pada malam tersebut. Kami menuju ke Menara Eiffel dengan menaiki tren bawah tanah. Stesen tren terdekat terletak tak jauh dari hotel tempat kami menginap.

Membeli tiket di kaunter. Nasib baik ade pegawai yang bertugas di situ, kalau tak, tak reti nak beli tiket sebab tiada option bahasa Inggeris, semuanya dalam bahasa Perancis.

Nie la die tiket tren bawah tanah tue.

Nama perhentian yang berdekatan dengan hotel tempat kami menginap, Corentin Celton.

Sortie nie tempat keluar atau Exit

Macam tak biasa plak naik Putra LRT dengan STAR LRT

Koc nie dipenuhi peserta rombongan kami jer.

Ini lah die perhentian yang terdekat dengan Menara Eiffel, hentian Bir-Hakeim.

Berjalan menuju ke Eiffel

Bergambar dari jauh

Eiffel, I'm in Love..

Kebetulan pada waktu kami tiba, Menara Eiffel nie memulakan tayangan lampu berkelip-kelip selama hampir 5 minit, bermula pada jam 11 malam. Ramai orang yang datang dan menunggu tayangan lampu tersebut.


Inilah die Eiffel semasa lampu -lampu tue sedang berkelip. Cantik kan?

Akhirnya selepas hampir 5 minit, tayangan lampu pun tamat.

11.45pm - Selepas puas bergambar, rombongan kami bergerak pulang ke hotel, juga menggunakan tren bawah tanah tadi.


17 comments :

amar haziq said...

insyaAllah,jika ada peluang,saya pun teringin nak ke sana;)

jenguk2lah blog saya k
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

areev19 said...

amar haziq : insyaallah :)

Keyyah said...

Teringin jugak nk kesana...sewonok tgk gbr2 nih..

areev19 said...

sweeTSour : yeah..insyaallah ade rezeki sampai la ke sana :)

Chaon Cornerz said...

style gle kete walaupun prototype je.. menarik..

areev19 said...

Chaon : haah..smart gak kete tu

azuan said...

aku memang nak kesana~ bila je tak konfirm ag ekeke.

areev19 said...

azuan : woaah...bestnye..konpem cpat2 :)

hentakbelipat said...

sumpah jeles ngn kau..wahhhh nak gak g jalan2 jauh2

areev19 said...

hentakbelipat : heeeh...insyaallah klo ade rezeki ko plak dpt pegi :)

hans said...

asal aku asyik nak dengki dengan ko je ni areev?
hahahaha

areev19 said...

hans : heee..jgn la camtu.. :D

Ieqa Swetluv said...

bawakla ika jenjalan sini gak ngee

faisal Abdullah said...

saya pun harap satu hari nanti boleh kesana jgk..

areev19 said...

ieQa : heee...kalo saye ade kilang cop duit, dah lame bwk smua kwn2 pg sane :D

faisal : insyaallah.. :)

CouLeur de Chiqu3 said...

je parle Francais !! so bwk la sye g frnce !

areev19 said...

CouLeur de Chiqu3 : heee..awk nk jd translator aka tourist guide sy eh? tnggu sy bnyk duit dlu yer.. =)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile