Wednesday 19 May 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 6 - Part 1) : Eiffel, I'm In Love

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 6 - Part 1) : Eiffel, I'm In Love

Hari Keenam - Ahad (2 Mei 2010) - Bahagian 1 : Eiffel, I'm In Love


Pada pagi nie, rombongan kami ditemani 2 tour guides rakyat Malaysia yang menetap di Paris, iaitu Puan Alina dan Encik Arun. Mengikut jadual, pada pagi ini, kami akan dibawa melawat ke Menara Eiffel, dimana kami akan berpeluang menaiki dan menikmati pemandangan dari atas Menara Eiffel nie.

Pada sebelah petang pula, kami akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar kota Paris, antaranya Arc de Triomphe, Paris Opera, Madeleine Church, Louvre, Champs Elysees, dan Notre Dame Cathedral. Selepas itu, kami akan dibawa menaiki cruise menyusuri Sungai Seine yang terletak di tengah-tengah kota Paris.


8.40am - Rombongan kami memulakan perjalanan menaiki bas menuju ke Menara Eiffel sambil diberi penerangan oleh Puan Alina mengenai Paris dan negara Perancis.


Apa-apa pun, bergambar dulu.. belakang tu Encik Mustapha, die pun datang dengan keluarga juga.



Carrefour market..kecik je

Yang kubah tu sebenarnya salah satu daripada infrastruktur pusat konvensyen, yang mana selalu dibuat pameran dan sebagainya, kiranya macam PWTC kalau kat Malaysia. Pada masa nie berlangsung acara Foire de Paris.

9.00am - Rombongan kami tiba di Menara Eiffel.

Akhirnya dah sampai kat Menara Eiffel yang selalu dilihat dalam tv dan bahan bacaan.

Berjalan menuju ke tempat tiket. Kalau tengok dari dekat, berkarat banyak kat rangka Eiffel nie. Ye la, dah seratus tahun lebih pun usianye.

Welcome...

Awal pagi lagi orang dah beratur panjang untuk naik ke Eiffel nie. Mereka yang beratur kat sini ialah pengunjung persendirian dan tidak berkumpulan.


Terdapat tulisan, iaitu nama saintis-saintis Perancis di rangka Eiffel nie.

Beratur di tempat khas untuk orang yang telah booking dan datang secara berkumpulan.

Sebelum naik mesti bergambar dulu!

Mereka nie sebenarnya imigran yang datang menjual keychain atau cenderahati Eiffel dengan harga yang murah berbanding dengan yang dijual di kedai. Ramai sangat penjual-penjual macam mereka kat sekitar Eiffel nie.

Kalau berkesempatan lain kali, teringin nak ronda-ronda Paris dengan bas pelancong tue, insyaallah.


9.30am - Selepas melalui pemeriksaan x-ray dan sebagainya macam kat airport, kami dibenarkan menaiki lif untuk ke tingkat 2 di Menara Eiffel secara berkumpulan.

Menaiki lif untuk ke tingkat 2, Menara Eiffel. Banyak papan tanda amaran pickpockets di sekitar Paris, lebih-lebih lagi kat kawasan sekitar Eiffel nie.


Diambil ketika dalam lif 

Sampai jua akhirnya di tingkat 2, iaitu tempat yang disediakan khas untuk pengunjung yang ingin mengambil gambar dan sebagainya.

Memang tinggi Eiffel nie, sampai boleh tengok kota Paris yang besar nie..


Lagi gambar pemandangan..

Letak bag kat depan sebab dinasihatkan berbuat macam tue. Banyak pickpockets la katekan.. Tak tahu pulak nama tempat kat belakang tu, tapi memang cantik.

Kat tingkat 2 nie pun sebenarnya ada tangga turun ke bawah sikit, tapi masih dikira tingkat 2.

Pemandangan sekitar Sungai Seine

Yang taman nie namanya Champ de Mars

Pemandangan sekitar Sungai Seine dari sebelah kanan pula

Bergambar depan Champ de Mars

10.05am - Mulanya saya dan keluarga mencari tandas di tingkat 2 di Eiffel nie, tapi tak boleh digunakan pula. Jadi dinasihatkan untuk turun ke tingkat 1. Jadi kami sekeluarga pun turun la ke tingkat 1 untuk ke tandas. 

Menarik juga kat tingkat 1 nie, ade kedai souvenirs, restoran, dan tempat pameran. Kiranya macam rugi juga la kalau tak turun ke sini. Orang lain biasanya terus turun ke bawah dan tak singgah ke tingkat 1 nie.

Dapat lihat dari dekat struktur Eiffel 

Dapat lihat ke bawah melalui tengah-tengah struktur Eiffel nie. Macam semut je manusia bile tengok ke bawah.


Dah selesai ke tandas dan ke kedai souvenirs, kami pun bergerak pulang ke bas. Tapi terlewat sedikit dari masa yang diperuntukkan, sebab nak tunggu lif untuk turun jer dah dekat 15 minit. Penuh sangat dengan orang di dalam lif tue.

Berjalan pulang menuju ke bas. Semakin ramai pengunjung di bawah Eiffel nie, jauh lebih ramai dari ketika kami datang awal pagi tadi. Tour Guide kami kata, sebab hari nie weekend (Ahad), orang tak ramai sangat. Orang Perancis nie kurang keluar rumah pada hari minggu, terbalik dengan orang di Malaysia  yang biasanya keluar bersama keluarga.

21 comments :

shaffique said...

best nye pergi paris bro !


My latest entry : Ini Budak Lelaki Suara Macam Lady Gaga

areev19 said...

shafiq : yerp.. best2..xpuas pun pg aritu..rase nk pg lagi :)

sarah shafie said...

kejelesan melanda..kalau mlm lg best kn tgk lampu dkt menara tu..teruja bila tgk cite eiffel,i'm in love..

areev19 said...

Kepala Bergetar : harge pakej sorang dlm rm9200++.. T__T

sarah shafie: haah..malam cantik gak..sy ade post gambar eiffel waktu mlm dlm post sblum nie..

Atif Hafiz said...

wahhh...bes2...teringin gilerzzz nak pegi..huhu

areev19 said...

Atif : insyaallah ade rezeki dpt la pg ;)

Admin said...

huu 9200 boleh buat duit hantaran kahwin tuu

areev19 said...

mifh @ Hadi : haah..tau xpe..seb baek aku pg org sponsor..hehehe.. :)

Nurul Ayu said...

bestnya....dah lama teringin kot nak pegi PARIS..huhu

areev19 said...

rObin@ayuE : smoga awk pun dpt pg stu ari nanti..insyaallah :)

nurmisnan said...

salam
next time usha usha sikit kalau ada trip mcm ni.. aku suka. selamat kenal

areev19 said...

Nur : selamat kenal...usha2 sikit? maksud?

nurmisnan said...

lu ni bro.. meaningnya kalau ada buat trip sebegini lu kasi tau wa lah... hehehe.. wa lu plak.. OK.

areev19 said...

Nur : heee...itu lu kene check kat travel agent la.. wa pun bukan selalu ikot trip punye.. :D

Hellioz said...

kewl~
gyahahahah~

hanna said...

france~
oh la la~
tres bien~

Keyyah said...

suka tgk menara 2 waktu mlm..cantik je pertunjukkan lampu..tp siang pn best jugak...mmg setiap hari ramai ke org g menara eifel ni???

hans said...

wah
dah lama aku tingin nak gi Eiffel tower
dengkiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

areev19 said...

sweeTSour : mmg ramai sgt org kat Eiffel nie..pelancong dari sluruh dunia yg dtg paris msti nk pg situ punye.. :)

hans : ade rezeki kte pg skali nak? :)

chybee said...

naik eiffel tower bes kan :)

areev19 said...

chybee : heee..best!

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile