Sunday 30 May 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 7 - Part 2) : Red Light District, Amsterdam

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 7 - Part 2) : Red Light District, Amsterdam

Hari Ketujuh - Isnin (3 Mei 2010) - Bahagian 2 : Red Light District, Amsterdam


Setelah sampai di Amsterdam petang tadi. Peserta rombongan kami mempunyai waktu terluang pada waktu malam, di mana kami bebas ke mana sahaja kerana tidak terikat dengan apa-apa aktiviti tours. Jadi saya, abang, ibu dan beberapa lagi peserta rombongan telah mengikut Tour Leader kami, Puan Zainab yang membawa kami melawati bandar Amsterdam di waktu malam. Cuma 15 dari 34 peserta rombongan yang keluar pada malam tersebut.


10.05pm - Setelah berjalan selama hampir 10 minit ke stesen trem terdekat, kami pun menaiki trem yang merupakan pengangkutan awam utama di bandar Amsterdam nie. Waktu ketibaan trem dengan tepat dinyatakan di tempat menaiki trem. Tiket trem pula dijual di dalam koc trem itu sendiri, di mana terdapat kaunter kecil untuk membeli tiket. 

Keadaan dalam trem di Amsterdam..lagi dua orang pakcik nie pun peserta rombongan kami, engineer dan doktor.





Macam naik STAR LRT jer..cuma trem nie berada di tengah2 jalan raya dan agaklah laju die memecut. Risau jugak kalau-kalau terbalik..ish2

"Ladies and gentlemen, the next station is 'SEPUI', 'SEPAI' or whatever you want to call it.." kata penjaga kaunter tiket kat dalam trem tue sambil tersenyum memandang ke arah rombongan kami. 

Rupanya penjaga kaunter tu ade terdengar kami menyebut stesen yang perlu kami turun ialah "SEPUI" (baca dalam ejaan Melayu). Yang sebenarnya nama stesen yang perlu kami turun tue 'SPUI' (sebut SPAI dalam ejaan Melayu). Kami semua pun tergelak la sambil memandang penjaga kaunter tue..ooo..perli kami yer..? hampeh toi! Tapi oke la, die friendly. Rasanya orang Belanda lagi friendly berbanding orang di negara Eropah yang lain. Pendapat saya la.. =)

10.25pm - Akhirnya kami semua tiba di stesen 'SPUI'. Seterusnya, berjalan kaki menuju ke lokasi paling hot and famous kat Amsterdam nie, iaitu RED LIGHT DISTRICT...saya baru first time dengar nama tempat nie bile tiba ke sini..(baik la tu kononnye =P)

Bangunan bersejarah ditemui dalam perjalanan menuju ke Red Light District.

Berjalan laju sebab sejuk...

Haa..tue la die trem yang sempat diambil gambar..

Tiba di Dam Square. Di tepi square nie terdapat Madam Tussauds Amsterdam.

Yang nie National Monument yang terletak di Dam Square.

Melalui lorong-lorong kecil di tengah bandar.

Terdapat banyak terusan di Belanda nie. Boleh kata selang setiap 2 blok kot..

Cuba teka nie kedai apa? Coffeeshop yang ada jual ganja kot? Tak hairan pun, sebab memang dibenarkan dijual secara terbuka kat sini.

Eh..terjumpa restoran Nyonya Malaysia Express..tapi dah tutup semasa kami melalui lorong nie.

Tak sure nie bangunan ape, tapi sebab rekabentuk dan pencahayaan yang baik, maka saya ambil gambar nie. 

10.35pm - Tiba di Red Light District, Amsterdam.

Melalui Red Light District..Banyak kedai-kedai yang memang menggunakan lampu berwarna merah kat sini. Cuba teka tu kedai apa?


Antara kedai yang terdapat di sini. Nak beli souvenirs..? 

Sebenarnya banyak lagi kedai-kedai di Red Light District nie, terutamanya kedai yang menawarkan aktiviti pelacuran. Memang kejutan budaya kalau first time datang sini. Wanita-wanita yang menjadi pelacur kat sini seolah tiada harga diri, selamba je buat free show dalam 'akuarium' bagi menarik pelanggan. Kalau tak kuat iman, habislah...Nauzubillah... 

Gambar-gambar lebih panas tak dapat disiarkan di blog ini, nanti dah jadi blog lucah pulak. Lagi pun sebenarnya saya tak ambil gambar pun dari dekat, tak berani oh..takut nanti ade bouncer datang pukul.. =D

Rombongan kami yang pergi lalu lalang ke situ dah la terdiri daripada pakcik dan makcik, cuma saya dan abang saya je orang bujang, hohhoh..takpe2, dah over 18, dan boleh pikir sendiri yang mana baik dan buruk, insyaAllah.. =)

11.05pm - Dah penat berjalan sekitar lorong-lorong kecil di bandar Amsterdam nie, kami pun singgah untuk beli makanan. Dapatlah merasa shoarma, iaitu sejenis masakan arab, senang kata macam kebab laa.

Abang saya di depa kedai arab bernama TOBY. Halal tuh yang penting!

Berjalan pulang menuju ke stesen trem selepas membeli makanan.

11.33pm - Rombongan kami seramai 15 orang menaiki trem untuk pulang ke hotel.

11.54pm - Tiba di stesen trem yang berdekatan dengan hotel, iaitu stesen 'Westlandgracht'.

12.00am - Tiba di hotel..cepat pulak berjalan berbanding dengan semasa nak pergi tadi..ehhehe


16 comments :

sab said...

sakam. ni 1st time komen d sini. :)

buat ape ye di sana? nampak sgt menarek. teringin juga nk berjalan2 ke sana.

areev19 said...

cik pingu : huit...saje pg jejalan ke eropah..kalau rajin bace la entry2 sebelum nie bwh label eurotrip =)

Unknown said...

bestnye ko dpt g jln2 sne...nk g gak...hehe =D

areev19 said...

BezBuddy : hee..alhamdulillah...insyaallah ade rezeki awk plak dpt pg sane ;)

TTT said...

wah bestnye amsterdam (◕‿◕✿)

nasib baik ade kedai halal

nurmisnan said...

cantik bangunan yang macam Castle tuh.. berseri2

wahhh.. berjln sakan ya kau areev

areev19 said...

TTT : yeahh...best.. =)

Nur : hee..haruslah berjln sakan, bukan slalu dpt peluang cmnie.. =)

Verdict said...

bace entri nie sambil dgr yuna-backpacking around europe..

ngeeee....

areev19 said...

Fiq : heee...best gak lagu tu..tq ye sudi membace entry nie ;)

Aku said...

sangat bertuah ko dapat gi jenjalan kat negara orang.

Aku nak gi jenjalan kat negara sendiri pun terkial2 lagi.

huhuhu...

areev19 said...

Aku : yer..syukur alhamdulillah ade ksempatan mcm nie =)

takpe, insyaallah satu hari nanti ko plak dapat peluang mcm nie =)

Haffiz Al-Banna said...

bestnya jejelan..
jealousnyer..
okay..aku tipu..hehe..

areev19 said...

Long Haffiz Long Hassan : heee...camtu plak.. :)

Seri Bahasa said...

bila pulak giliran kami nak jenjalan kat sana?

areev19 said...

Seri Bahasa : insyaallah, ade rezeki smpaila giliran awk ;)

Max Cavalera said...

pernah lalu kat sini 2 kali...petama tahun 1995 kali kedua 2008...
lorong nie yg paling best sekali hahaha...ada byk free show hehe

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile