Friday 14 May 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 3 - Part 2) : Rheinfall - Lucerne

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 3 - Part 2) : Rheinfall - Lucerne

Hari Ketiga - Khamis (29 April 2010) - Bahagian 2 : Rheinfall - Lucerne

1.30pm - Selepas makan tengahari dan berjalan-jalan di sekitar Tasik Titisee, Jerman, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Lucerne, Switzerland. Gambar-gambar di bawah nie diambil ketika dalam perjalanan tersebut.

 Cantik dan bersih 

Hijau....

 Memang banyak sungguh tumbuhan kuning nie...


 Cantik kan sempadan warnanye?

 Melalui kawasan kampung..

 Kat Malaysia ada sawah padi, kat sini diorang ade tanaman lain..

 Memang cantik pemandangan kat sini, sampai ramai pakcik-makcik rombongan ambil gambar

 Rumah peladang?

2.45pm - Semasa dalam perjalanan ke Lucerne, rombongan kami telah singgah sebentar di Rheinfall, Switzerland, iaitu tempat di mana terletaknya air terjun yang terbesar di Eropah.

 Kawasan perumahan di tepi jalan raya

 Yes, we can! - Motif gambar ini diambil?

 Tiba di Rheinfall~

Haaa...inilah die air terjun yang terbesar di Eropah! Rheinfall, atau pun The Rhine Falls, Switzerland.

Bergambar depan air terjun. 

Sebenarnya ade tourist boat yang boleh membawa pelancong lebih dekat dengan air terjun tu, siap ade platform khas dekat dengan tempat tu. Mungkin boleh cuba lain kali, insyaallah.. 

Kene naik boat untuk ke sini..

Yang ini pun dekat dengan air terjun jugak!


Sempat bergambar bersama ibu dan abang sambil menghirup udara nyaman.

3.30pm - Selepas puas bergambar, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Lucerne, Switzerland. Gambar-gambar di bawah diambil ketika dalam perjalanan.

Melalui pekan kecil


Melalui kawasan ladang lagi.

Lucerne / Luzern lagi 59km..

Mula-mula rasa janggal sebab kenderaan bergerak di sebelah kanan, dan potong di sebelah kiri, sebab sistem jalan raya yang berbeza dengan Malaysia.

Kawasan perumahan di atas bukit

5.00pm - Akhirnya tiba di Hotel Drei Konige, Lucerne, Switzerland.


Di hadapan hotel.

Hotelnya biasa jer, hotel lama, tapi ada sensor tau! Lampu pun automatic akan off kalau takde orang. Satu perkara lagi, hotel-hotel kat Europe nie biasanya awal-awal lagi bagi peringatan agar jangan basahkan lantai tandas ketika mandi atau menggunakan tandas dalam bilik. (Tak basah? Abes tu mandi ape?)

Sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah, kita perlu mandi di dalam tab mandi atau tempat shower tu sahaja dan tidak memercikkan air keluar dari kawasan tab atau tempat shower tue. Sebabnya, dalam tandas tue takde water outlet, atau lubang untuk mengalirkan air melainkan di dalam tab mandi atau tempat shower. Pili air pun takde melainkan shower, sama jugak tandas-tandas awam kat Europe nie. So, kita sebagai orang Islam kene la bawak gelas kecik ke, botol air ke, dan lain-lain semasa ke tandas. Kalau tak, gunalah tissue paper yang disediakan. =)

Okeylah, macam nH Hotel di Stuttgart, Hotel Drei Konige nie jugak tak menyediakan free wifi di dalam bilik. Walaupun sedikit kecewa, saya tetap tak berputus asa dan hasilnya saya dapat connect wifi menggunakan free wifi yang entah kepunyaan siapa..mungkin kedai-kedai di sebelah kot?

**Ingat ke kat Europe semua hotel bagi wifi free untuk pelanggan!


 Bersambung ke entry berikutnya..Hari Keempat - Jumaat (30 April 2010) - Bahagian 1 : Gunung Titlis, Switzerland

6 comments :

Keyyah said...

wah santiknya... Hijau n segar...tenang je tgk..

hans said...

dengki222222222222

NurSya said...

wahhhhhh..indah+damai nye bumi yg hijau..hahak..dh kua dh ayat bunga2..hikhik..pe2 pn..nmpak best nk wat ati ni nk g jugak...!! maybe 1 day...i'll go there..!!! :)

areev19 said...

sweeTSour : yerp..tenank je tgk..

hans : hee..xyah dengki2, insyaallah stu ari nanti rezeki ko plak :)

Nuraisyah : heee..ayat bunga2 pun boley.. :D

Juju said...

cantek la gambar..i lurve greeen!!!

areev19 said...

Bitter Sweet : yer...cantek! =)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile