Showing posts with label Download. Show all posts
Showing posts with label Download. Show all posts

Sunday, 16 February 2014

[Tutorial] Bagaimana mengecilkan saiz gambar untuk dimuatkan ke dalam blog atau laman sosial menggunakan software FastStone Photo Resizer.

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk blog post kali ini, saya ingin berkongsikan bagaimana caranya untuk mengecilkan saiz gambar terutamanya dengan secara pukal, atau banyak sekali gus menggunakan software komputer percuma (freeware) FastStone Photo Resizer.

Aplikasi komputer FastStone Photo Resizer.

Adakah anda mempunyai banyak gambar untuk diupload, sama ada di blog mahu pun di laman sosial namun connection internet anda perlahan dan tak mampu untuk upload file gambar pada saiz sebenar? Jika anda mempunyai masalah seperti itu, maka anda sama seperti saya.

Blog post siri Travelogue saya mempunyai beratus gambar, dan ianya mengambil masa yang lama jika ingin dikecilkan saiz secara manual atau satu persatu. Manakala untuk menguploadnya pada saiz sebenar pasti akan mengambil masa yang lama kerana connection internet saya yang tidaklah begitu pantas. Jalan penyelesaian yang saya temui ialah dengan menggunakan freeware FastStone Photo Resizer ini.

Di bawah saya akan tunjukkan beberapa langkah mudah bagaimana menggunakan freeware ini di komputer anda.

Klik pada "Read More" untuk lihat pada tutorial.

Tuesday, 2 August 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak & Siaran Langsung dari Mekah

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


Saya ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, dan selamat menunaikan ibadah Puasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Semoga Ramadhan 1432H ini membawa seinfiniti rahmat dan keberkatan, dan semoga ianya akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, Ameen.

Tahukah anda yang pada tahun ini, anda dapat melihat siaran langsung dari Mekah melalui YouTube?

Saluran khas di YouTube ini telah mula beroperasi pada 27 Julai 2011 yang lalu. Melalui saluran YouTube ini, anda dapat stream dan melihat siaran langsung dari Mekah, terutamanya ketika Solat Tarawih seperti yang disiarkan di stesen-stesen tv tempatan.

Di sini juga saya ingin berkongsi wallpaper gambar di Masjidil Haram, Mekah yang saya sendiri ambil ketika menunaikan umrah 3 tahun yang lalu. Sesungguhnya hati ini terasa rindu ingin kembali ke sana. Semoga kita semua diberi peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sama ada buat kali pertama mahu pun untuk kali yang seterusnya, Ameen.


Resolusi : 1920 x 1080 (Full HD)
Gambar asal diambil menggunakan telefon Nokia N73.
Di edit menggunakan Photoscape.


p/s : selamat bersahur dan menunaikan ibadah puasa. 

Thursday, 19 May 2011

[Tutorial] Sekarang semua orang boleh main Angry Birds di PC !!

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


Jom tembak bab1 hijau !! ^__^

Sekarang semua orang boleh main game Angry Birds di PC !!

Buat sesiapa yang belum tahu apa itu Angry Birds, makanya sila lah klik SINI.

Angry Birds adalah suatu permainan yang pada awalnya popular di kalangan pengguna iphone dan seterusnya handphone2 Android. Nak cerita pepanjang pun cam malas. Ape kate korang tanye Pakcik Google. =)

in-game screen

Sekarang, Angry Birds sudah boleh didownload dan diinstall ke dalam Google Chrome. Buat sesiapa yang belum pernah main Angry Birds, ce try, ce try...mmg addictive !!


[Tutorial] Cara-cara untuk install Angry Birds di browser Google Chrome

Mula-mula, korang perlu download browser Google Chrome (bagi yang tak menggunakan Chrome) di SINI.

Pastikan korang menggunakan browser Google Chrome.

Pastu, pergi link ini untuk download game Angry Birds untuk Google Chrome : https://chrome.google.com/webstore/detail/aknpkdffaafgjchaibgeefbgmgeghloj

Download dan install !

Lepas Download dan Install game nie, sila tutup browser Google Chrome korang, dan bukak balik new browser. Lepas korang bukak Google Chrome, korang akan nampak seperti gambar di bawah.

Icon 'Angry Birds' berada di bawah kategori Apps. Klik, dan main !!

Klik pada icon 'Angry Birds', dan pilih sama ada korang nak main dalam versi SD (Standard Definition) atau pun HD (High Definition). Kalau PC korang mantap dan screen pulak support HD, maka pilihla HD. 

Contoh Angry Birds for Chrome, dalam versi SD.

Sekarang, masa untuk bermain !! =)



Angry Birds plushies..comel2.. =)


p/s : memang sebelum nie dah ada software game Angry Birds for PC, filenye lebih kurang 50MB++. Tapi tak semua PC dapat install dan main, entah nape. Sekarang dah boleh main dengan percuma, hanya perlu Google Chrome, lebih mudah kan..?



Friday, 4 February 2011

.Wish.Shenmue.

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Semalam..aku tjumpe vcd movie Shenmue 2..Apekah Shenmue tu??

Shenmue - Game terbaek pernah aku main!

Shenmue nie merupakan sebuah video game bertemakan adventure yang pernah menghiasi dunia pemain-pemain video game Sega Dreamcast kira-kira 10 tahun dulu.


Aku sendiri pernah main game nie sampai habis, dan boleh aku nyatakan kat sini yang Shenmue merupakan game paling best dan paling terbaek pernah aku main. Sampai sekarang, feelink tuh masih ade. Jalan cerita game nie sendiri diolah dengan baik dan berjaya menimbulkan mood yang membolehkan pemainnye menghayati jalan cerita dengan penuh feelink! *at least for me*

Ryo Hazuki - watak utama dalam Shenmue

Jalan cerita game nie bermula apabila pada suatu hari yang permai, tiba-tiba Ryo Hazuki (watak utama) telah menyaksikan bapanya mati dibunuh di depan mata di kawasan rumahnya. Puncanya ialah kerana 'mirror' yang menjadi rebutan pembunuh, Lan Di. Selepas kejadian itu, Ryo perlu menyiasat dan menjejaki pembunuh bapanya itu. Dari situ, korang akan berinteraksi dalam dunia Shenmue, demi menyiasat dan menjejaki Lan Di.

Klik pada Read More untuk meneruskan bacaan..

Saturday, 8 January 2011

Malaysia dalam PES2011

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Nampaknye demam 'Harimau Malaya' masih belum reda. Sejak Malaysia menang final AFF Suzuki Cup pada 29 Disember 2010 yang lepas, tidak dinafikan yang bolasepak tempatan kembali mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Sampai ke hari ini, jersi Malaysia habis dijual!! Sold out!! Dan hanya akan di restock paling awal bulan April nanti!! Tak pernah kan jersi Malaysia boleh habis stok??

Yer la, bile dah menang, semua orang pun suka dan memberi pujian tak hengat dunia! Tapi kalau kalah?? Haha! Lu fikirlah sendiri!

Ape2 pun, semoga pasukan Harimau Malaya akan terus berjaya dan berjaya di masa akan datang.

Okeylah, kat sini aku nak tolong promo satu patch untuk game PES2011. Yang menariknya patch nie pastinya sebab korang boleh menggunakan pasukan Harimau Malaya!! Korang boleh download patch nie di blog asalnye di SINI.

Kat bawah nie aku sediakan screenshots pasukan Malaysia dalam PES2011.

Jersey 'Lucky Blue' - Away

Jersey Home


Eh eh, sape nie? haha!

Oh yeah! Satu tumbukan padu ke udara!!


Untuk info lebih lanjut dan link untuk download patch nie, korang boleh pergi ke blog di bawah :


Atau pun korang boleh 'like' page FB di bawah :




Saturday, 1 January 2011

What The Hell - Single terbaru Avril Lavigne yang dilancarkan pada 1/1/11 !!


1 + 1 + 11 = WTH

Dah 3 tahun Avril Lavigne tak muncul dengan album baru sejak kali terakhir pada 2007 dengan album 'The Best Damn Thing'. Dan sebelum album penuh dilancarkan, biasanya artis-artis nie akan keluarkan single terlebih dahulu. 

Dan kali nie, single terbaru Avril Lavigne telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini, iaitu 1/1/2011. Lagu bertajuk 'What The Hell' nie akan dimuatkan dalam album 'Goodbye Lullaby' yang akan dilancarkan bulan Mac nanti.

Cover depan 'Goodbye Lullaby'

Korang boleh dengar (streaming) atau download secara percuma lagu ini melalui FB page rasmi Avril Lavigne di SINI. Pergi pada ruangan BandPage dan korang boleh download melalui list yang terdapat di situ. 

FB page Avril Lavigne

Avril memang tak pernah menghampakan!! Untuk lagu 'What The Hell' nie, aku bagi 10/10!! 

Info :
Wikipedia


p/s : Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Faizal Yusof (pelakon watak Dani, dalam drama Adamaya yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung petang tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Ameen.


Nak lirik lagu nie? Klik pada Read more 

Wednesday, 14 April 2010

Facebook Photo Zoom - Aplikasi menarik untuk zoom gambar tanpa perlu klik gambar individu

Facebook Photo Zoom - Aplikasi menarik untuk zoom gambar tanpa perlu klik gambar individu

Aplikasi ini merupakan Addon khas untuk pengguna browser Google Chrome sahaja.  =)

Contoh penggunaan :

Cuma perlu gerakkan arrow mouse ke atas gambar, dan gambar yang kecil tersebut akan di zoom. Dalam gambar di atas ni, saya meletakkan arrow di atas gambar kecil pada status di wall saya.


Di bahagian photo album pula, anda boleh terus melihat gambar penuh tanpa perlu mengklik gambar untuk melihat gambar secara individu.


Yang penting, pastikan Facebook Photo Zoom dalam keadaan (ON) - seperti yang ditunjukkan anak panah.


Berminat? Download terus dari Website Google Chrome di SINI.

***Edited : Facebook Photo Zoom untuk pengguna Firefox di SINI.

Sunday, 4 April 2010

Special Post : Festival Seni Universiti Malaya (FESENI '10)

Special Post : Festival Seni Universiti Malaya (FESENI '10)


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Seperti yang saya janjikan dalam entry saya pada minggu lepas, kini saya akan bercerita sedikit tentang event yang telah saya pergi sepanjang 5 hari saya ke Kuala Lumpur dan Shah Alam minggu lepas.


Festival Seni Universiti Malaya (FESENI) merupakan salah satu acara tahunan besar-besaran dalam kalendar Universiti Malaya, selain Festival Konvokesyen (FESKUM) dan Sukan Universiti Malaya (SUKMUM). Festival ini terdiri daripada beberapa pertandingan berunsur kesenian seperti Tarian Tradisional Melayu, Cina, dan India, Boria, Nasyid, Nyanyian Asli, Koir, dan yang paling dinantikan ialah acara Muzik Akustik dan Pop Band. Peserta-peserta dalam pertandingan ini pula terdiri daripada pelajar-pelajar dari kolej-kolej kediaman yang terdapat di Universiti Malaya iaitu sebanyak 13 buah kolej. Yea, mereka bertanding mewakili kolej masing-masing atau pertandingan antara kolej (intercollege).

Saturday, 6 February 2010

Winter Transfer Update for Mixed Patch v1.0 for PES 2010 Released!!


Find and download the Mixed Patch v1.0 for PES 2010 by areev19 HERE
Find the tutorial of how to install the patch HERE (in Bahasa Melayu)

-----------------------------------------------------------------------------------

Saturday, 16 January 2010

«±« X-ChRoMe v9.3 »±»





Salamx.. sape kat sini pernah dengar ape itu mIRC? mIRC merupakan singkatan kepada Internet Relay Chat, iaitu suatu medium bersembang secara online (chatting) yang amat popular pada suatu ketika dahulu. Zaman sekarang, aplikasi seperti Yahoo! Messenger dan MSN Messenger lebih popular di kalangan pengguna internet.

Wednesday, 6 January 2010

areev19 Mixed Patch v1.0 for PES2010

areev19 Mixed Patch v1.0 for PES2010

6th January 2010

Features :

-ALL FEATURES FROM PESEDIT 1.4 PATCH-

-Malaysia National Team (replacing Indonesia : no offense, but Indonesia is the only country that can be edited in game)

-Chelsea FC players added :

Fabio Borini, Jeffrey Bruma, Sam Hutchinson (replacing Micheal Woods), Jacopo Sala - all with facescans

-New Chelsea player faces : Bosingwa & Ballack

-New ESPN Scoreboards & Replay

-New Stadium Intros


Thursday, 31 December 2009

areev19 MAS Savefile/Optionfile for PES2010 v1.0

Salamx..adakah anda pemain PES 2010 versi PC?? Teringin bermain menggunakan pasukan kebangsaan Malaysia?? Kini anda mampu! (iklan, hehehe)

Wednesday, 4 November 2009

PES 2010 patch!!


here i want to share the best pes2010 patch so far.. however, not all of the latest player transfers are updated..so here i've uploaded my own savefile with most of the latest player transfers..you can use is with this patch.. :)

Wednesday, 14 October 2009

Projek My Organic Kitchen Garden


Alhamdulillah...

Akhirnya setelah bertungkus-lumus dan berpenat lelah selama 10 minggu, Projek My Organic Kitchen Garden yang dijayakan oleh saya dan ahli kumpulan saya telah membuahkan hasil.

Pagi tadi (14 Oktober 2009) kami selesai membentangkan hasil kerja kami di dalam kelas. Pembentangan melibatkan penggunaan Slides dan Video Presentation.

Saturday, 5 September 2009

areev19 Mixed Patch v1.1 Download!


Finally...

Here is the link for download the latest PES 2009 kits and player updates for 2009/10 Season !
For screenshots please refer to the previous post HERE


areev19 Mixed Patch v1.1
DOWNLOAD

Thursday, 27 August 2009

PES 2009 Mixed Patch v1.1 (Updated) Preview!

PREVIEW : areev19 Mixed Patch v1.1 (Updated)

***Previous version : areev19 Mixed Patch v1.0


Player transfer updates + KITS (2009/10)


Updates included :

England :
Chelsea, Manchester United, Arsenal, Liverpool, Manchester City, Tottenham, Aston Villa, Everton

Spain :
Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid, Sevilla, Valencia, Villareal

Italy :
Inter Milan, AC Milan, Juventus, Roma

France :
Lyon, Marseille

Germany :
Bayern Munich, Werder Bremen, Wolfsburg


Screenshots :



Sunday, 5 July 2009

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

salamx...

trima kasih kpd smua pelawat yg melayari blog ini..

pada 2hb Julai 2009 yg lalu, aku dan 3 org rakan yg sama2 mnjalani latihan industri di Hospital Taiping telah mmbuat group presentation mengenai tajuk Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) kpd Staff2 dan Pelajar2 lain dari Jabatan Patologi, Hospital Taiping.. Kmpulan aku terdiri drpd aku (Bioteknologi-UM), Lim Wen Siew (Bioperubatan-UKM), Nur Syuhada Mustafa Yusof (Mikrobiologi-UM), dan Husna Mohd Zaini (Genetik-UKM)..

Friday, 3 April 2009

Akustik & Pop Band KK4 FESENI 08/09

salamx...

tahniah aku ucapkan kpd pasukan akustik dan pop band kk4 yg tlah mngharumkan nama 4th college di FESENI 08/09 ini..berikut ialah keputusan rasmi :

Akustik Junior = tempat ketiga
Akustik Senior = tempat keempat, Anugerah Instrument terbaik

Pop Band Junior = tempat keempat
Pop Band Senior = tempat kedua, pemain keyboard terbaik

Tuesday, 31 March 2009

Imbas kembali Pop Band & Akustik 4th College di FESENI 07/08

salamx...

sempena pertandingan Pop Band & Akustik FESENI 08/09 yg bakal berlangsung pada hari ini & esok, aku ingin mengimbas kembali sedikit kenangan di FESENI 07/08 di mana aku merupakan salah seorang AJK FESENI bagi KK4..



mereka di atas ni ialah peserta2 Pop Band Junior & Akustik Senior bg 4th college sesi 07/08.. utk FESENI yg lalu, pasukan Pop Band Junior telah berjaya mendapat tempat Keempat, manakala pasukan Akustik Senior telah berjaya menjadi juara..
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile