Saturday 1 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 1) : KLIA - Riyadh - Madinah

Umrah 2014 Travelogue (DAY 1) : KLIA - Riyadh - Madinah

*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.

**Untuk para muslimah yang ingin menunaikan umrah, anda juga boleh pergi ke album facebook INI yang ditulis dan dikongsikan oleh seorang penulis dan pengembara muslimah. Beliau memberikan tips-tips berguna melalui gambar-gambar sepanjang perjalanan mengerjakan umrah.


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, pada 8 hingga 19 Januari 2014 yang lalu, sekali lagi saya telah dijemputNya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram, iaitu Mekah dan Madinah. Saya amat bersyukur kepadaNya kerana telah menjemput saya ke sana pada saat saya betul-betul perlu mencari ketenangan dan kekuatan bagi mengharungi hidup ini. Ini adalah kali kedua saya berpeluang berada di sana, kali terakhir ialah pada Mei-Jun 2008, iaitu kira-kira 5 setengah tahun yang lalu. Kalau pada tahun 2008 dulu cuma saya yang menemani ibu dan ayah saya, kali ini pula lagi 2 orang abang saya turut serta bersama untuk menunaikan umrah mereka yang pertama.

Sekali lagi, kami memilih syarikat Zahafiz Travel & Tours sebagai agen, kerana sudah pun selesa dan berpuas hati dengan perkhidmatan atau servis yang dikendalikan syarikat berkenaan ketika umrah tahun 2008 yang lalu. Terdapat banyak lagi syarikat yang mengendalikan umrah di dalam negara ini, antaranya Andalusia, Rayhar, Utas, Dakna, dan macam-macam lagi. Bagi yang baru pertama kali berhajat ingin menunaikan umrah dengan syarikat-syarikat atau agen-agen seperti ini, saya nasihatkan supaya anda memilih agen atau syarikat yang sudah pun terkenal atau kukuh di dalam bidang ini. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini, banyak cerita yang saya dengar tentang skim penipuan yang berlaku kepada bakal-bakal jemaah umrah. Harga pakej yang murah antaranya menjadi sebab mengapa ramai yang tertipu. Penipuan yang bagaimana? Contohnya yang saya dengar, agen gagal hadir ketika hari berlepas di lapangan terbang, agen gagal dihubungi atau lesap ketika menjelang hari berlepas, dan sebagainya. 


Hari Pertama :  Rabu (8 Januari 2014) - KLIA - Riyadh - Madinah

Saya dan keluarga saya tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada kira-kira jam 11.25am. Bakal jemaah umrah dinasihatkan oleh agen (Zahafiz) supaya hadir awal, iaitu 3 jam sebelum waktu berlepas untuk memudahkan urusan.

Sebahagian dari bagasi kami sekeluarga.



Pihak Zahafiz memberikan 1 beg bagasi (luggage) dan 1 beg galas (hand luggage) kepada setiap seorang jemaah yang berdaftar. Beg yang tertera logo syarikat agen umrah memang biasa kita lihat, hal ini bagi memudahkan urusan pengumpulan dan pengenalpastian beg ketika di lapangan terbang nanti. Jemaah boleh menggunakan beg bagasi sendiri, tapi adalah amat digalakkan menggunakan beg-beg yang diberikan agen.

2 abang saya dan ibu ketika menunggu di KLIA.

Waktu berlepas kami pada hari itu adalah pada jam 3.00pm. Pesawat yang kami naiki adalah dari jenis Boeing 777-300ER, dari syarikat Saudia (Saudi Airlines).

Pesawat kami berlepas kira-kira jam 3.05pm waktu Malaysia dari KLIA.

Pemandangan di atas udara selepas berlepas kira-kira 20 minit.

Penerbangan kami menuju terus ke lapangan terbang Riyadh, dan berhenti seketika dalam sejam di sana sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Madinah. Penerbangan dari KLIA ke Riyadh ini mengambil masa hampir 8 jam.

Di dalam perjalanan, saya sempat menghabiskan masa menonton filem 'RED'.

Antara maklumat penerbangan yang terdapat di skrin tempat duduk.

Dijangka tiba pada jam 6.01pm waktu tempatan Riyadh, iaitu 5 jam lebih awal daripada waktu Malaysia. Waktu Malaysia ialah 11.01pm.

Penumpang juga boleh melihat pemandangan di luar pesawat menerusi live camera.

Oleh kerana waktu penerbangan yang sangat panjang, banyak masa boleh diisi di tempat duduk. Saya pula jenis yang susah untuk tidur dalam keadaan duduk, jadi nak tak nak, perlulah cari sesuatu untuk dibuat. Selain menonton filem, saya juga menghabiskan masa dengan bermain game


In-flight Bowling.


Dalam real life tak dapat rasanya buat score macam ni. 

Menonton filem 'JOBS'. 

Bermain Tetris pula.

Sempat meninggalkan rekod dalam permainan Tetris. 

Kami tiba di lapangan terbang Riyadh kira-kira jam 6.04pm. Dan smartphone saya secara automatik telah bertukar untuk berada dalam fungsi 'roaming' dan menukarkan waktu telefon kepada waktu tempatan. Page Buddy, iaitu aplikasi yang terdapat di smartphone saya secara automatik telah memberikan dual time, dan greetings. Anda juga boleh tambah waktu atau jam lain pada skrin smartphone.

Selepas hampir sejam berhenti di lapangan terbang Riyadh, pesawat kami meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Madinah, iaitu lokasi perhentian kami.

Alhamdulillah, rombongan kami bersama jemaah-jemaah umrah lain tiba di lapangan terbang Madinah pada kira-kira jam 8.10pm waktu Madinah. Atau pun pada jam 1.10am waktu Malaysia.

Bapa, ibu, dan 2 orang abang saya ketika baru turun dari pesawat.

Saya yang menggunakan line telco Maxis di Malaysia, bertukar menjadi line STC di sini.

Sebaik tiba di kawasan untuk mengambil bagasi anda selepas melalui kastam di lapangan terbang Madinah ini, anda biasanya akan melihat dan menemui ramai pekerja-pekerja lapangan terbang yang sudah menunggu untuk 'membantu' membawakan beg atau bagasi anda menggunakan troli. Mereka akan 'menawarkan diri' dan 'bertegas' untuk membantu anda tanpa berkata apa-apa seolah-olah melakukannya dengan sukarela, tapi sebenarnya apabila tiba di luar nanti, mereka akan meminta bayaran untuk 'perkhidmatan' mereka tadi. Mungkin dalam 50 hingga 100 Riyal Arab Saudi. Jadi kalau anda masih mempunyai kekuatan dan mampu menolak troli sendiri, lebih baik anda jimatkan wang anda. Situasi ini turut berlaku di lapangan terbang Jeddah. 

Satu perkara yang perlu anda peka di sini adalah, hampir semua 'perkhidmatan' akan dikenakan bayaran. Ya, Tanah Haram ini menjadi tempat yang 'mudah' untuk 'membuat' duit bagi mereka.

Menunggu kehadiran bas yang akan membawa kami dan jemaah lain ke hotel penginapan.


Kami tiba di hotel penginapan di Madinah kira-kira jam 10.20pm. Ianya terletak kira-kira 50 meter daripada salah satu pintu masuk ke Masjid Nabawi.

Hotel penginapan bagi jemaah umrah yang diuruskan oleh syarikat Zahafiz.

Selepas berehat seketika dalam 2-3 jam di bilik hotel, saya dan 2 orang abang saya telah menuju ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Jamak. Tak sabar rasanya kerana sudah pun tiba di Tanah Haram ini. Cuaca pada tengah malam itu agak dingin, mungkin dalam 18-20 Celsius.

Di bawah adalah beberapa gambar yang diambil sekitar jam 1-2am di Masjid Nabawi.






- HB, 246



4 comments :

Unknown said...

MASHA ALLAH very useful and informative post. Thanks for sharing. Its my desire that I will go there and perform Umrah and Hajj.
"Oh ALLAH give me a once chance to go there"

Cheap Umrah packages 2015

Unknown said...

MASHA ALLAH very useful and informative post. Thanks for sharing. Its my desire that I will go there and perform Umrah and Hajj.
"Oh ALLAH give me a once chance to go there"

Cheap Umrah packages 2015

Unknown said...

Wow! excellent post! Thanks a lot for sharing.


Hajj tour guide

Unknown said...

Your post is very good, your tour was amazing.

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile