Pagi ketiga di Tanah Haram, Kota Madinah.
Hari ini pihak Zahafiz telah mengaturkan program lawatan atau ziarah di beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah Al-Munawwarah, antaranya ke Jabal Uhud dan Masjid Quba'.
Mulakan pagi dengan Vitamin C sebelum memulakan program ziarah.
Notis yang ditampal di hotel.
Perbezaan 5 jam antara Madinah dan Malaysia.
Rombongan jemaah yang dikendalikan pihak Zahafiz dikehendaki berkumpul di lobi hotel penginapan kami pada jam 7.30am. Walaubagaimanapun tiada paksaan dan sesiapa yang tidak mahu pergi boleh berada di hotel. Pada 8.15am, bas mula bergerak menuju ke lokasi ziarah yang pertama.
Melalui kawasan Kota Madinah.
AL BAiK yang dapat anda lihat di dalam gambar di atas adalah sejenis rangkaian restoran makanan segera yang popular di Arab Saudi.
Perjalanan menuju ke Masjid Quba'.
Masjid Quba' sudah kelihatan dari dalam bas.
Kami tiba di Masjid Quba' pada kira-kira jam 8.35am. Ianya tidak berada jauh daripada Masjid Nabawi atau hotel penginapan kami.
Oleh kerana terlalu banyak bas lain yang turut membawa jemaah datang berziarah ke sini, maka adalah lebih baik anda mengambil gambar atau nombor plat bas yang anda naiki, supaya tidak tersilap menaiki bas ketika hendak pulang nanti.
Suasana di dalam Masjid Quba'. Menurut mutawwif, Rasulullah pernah bersabda, sekiranya seseorang itu berwuduk dari rumahnya, dan datang ke Masjid Quba' menunaikan solat 2 rakaat (sekurang-kurangnya), maka pahala yang diperoleh adalah sama seperti mengerjakan 1 kali umrah. Oleh sebab itu, mutawwif kami, Ustaz Ikram ada berpesan supaya mengambil wuduk di hotel dan datang ke Masjid Quba' ini dalam keadaan sudah berwuduk.
Lagi antara dalaman Masjid Quba'.
Keadaan di luar Masjid Quba' Agak sesak dengan jemaah-jemaah lain dari serata dunia.
Antara papan kenyataan yang ada di luar Masjid Quba'.
Bapa dan 2 orang abang saya setelah selesai menunaikan solat sunat di Masjid Quba'.
Selepas semuanya selesai menunaikan solat sunat dan ziarah ke Masjid Quba', rombongan jemaah kami dibawa pula menuju ke Kebun Kurma Abdul Aziz yang terletak tidak jauh dari Masjid Quba' tadi. Kami tiba di kebun kurma ini pada kira-kira jam 9.30am. Walaupun namanya kebun kurma, tapi pengunjung sebenarnya lebih tertumpu kepada kedai jualan makanan yang berasaskan kurma di sini.
Kedai yang terdapat di Kebun Kurma Abdul Aziz, Madinah.
Terdapat pelbagai jenis kurma yang dijual. Jual beli tidak menjadi masalah, kerana hampir kesemua penjual atau peniaga di Madinah dan Mekah fasih atau sekurang-kurangnya memahami bahasa Melayu atau bahasa Indonesia. Terdapat ramai warga atau keturunan Indonesia yang menetap dan bekerja di Madinah dan Mekah.
Antara jenis kurma yang popular.
Di luar dan di bahagian belakang kedai ini, terdapat sofa dan kerusi di mana pengunjung dapat berehat dan menikmati kurma dan air teh yang disediakan, dalam suasana dikelilingi kebun kurma.
Mural yang terdapat di luar kedai jualan.
Pintu masuk kedai dan kebun kurma.
Pokok kurma. Seperti pokok kelapa sawit kan?
10.00am. Selepas selesai membeli belah di kebun kurma, rombongan jemaah kami dibawa pula ke lokasi ziarah seterusnya, iaitu Jabal Uhud dan perkuburan syuhada berdekatan dengan Jabal Uhud. Selepas kira-kira 30 minit, kami tiba di Jabal Uhud.
Matahari.
Mural yang menerangkan tentang peperangan Uhud.
Ibu dan abang bergambar di sekitar kawasan Jabal Uhud.
Mutawwif kami, Ustaz Ikram sedang memberikan penerangan mengenai Perang Uhud dan perkuburan syuhada yang berada di sebalik dinding dan papan kenyataan di atas.
Papan kenyataan yang memberi peringatan kepada pengunjung yang datang menziarah.
Mungkin saya memang obses dengan matahari. Matahari di atas Jabal Uhud.
Ibu dan 2 orang abang saya berlatarbelakangkan kawasan perkuburan syuhada Uhud.
Lagi gambar matahari di atas Jabal Uhud.
Gambar yang diambil dari atas puncak Jabal Uhud.
Seperti biasa, tempat-tempat lawatan atau ziarah seperti di sini sentiasa dipenuhi dengan penjual atau peniaga.
Gambar keadaan di sebalik dinding perkuburan syuhada Uhud, iaitu keadaan perkuburan.
11.20am. Oleh kerana ingin memberikan laluan atau masa kepada rombongan jemaah untuk pulang ke hotel agar dapat bersiap sedia menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Nabawi, maka rombongan bas kami telah bergerak pulang ke hotel selepas tamat ziarah di Jabal Uhud.
Kalimah Allah kelihatan di atas kawasan bukit di sekitar Jabal Uhud.
Stesen minyak yang terdapat di sini tidaklah 'meriah' seperti yang terdapat di Malaysia.
Selepas tiba di hotel kira-kira 25 minit dari Jabal Uhud, aktiviti rombongan jemaah pada hari itu seterusnya adalah bebas.
Minum NADA Chocolate anda jadi sihat dan kuat !
Sekitar tengahari sebelum waktu Zohor.
Suasana di dalam dan tengah-tengah Masjid Nabawi.
Apa yang menarik dapat kita lihat dan ambil contoh di sini adalah, semua kedai-kedai atau penjual dan peniaga akan menutupkan kedai mereka buat sementara apabila menjelang waktu solat dan hanya dibuka semula selepas tamat solat berjemaah di Masjid Nabawi. Situasi ini pernah saya lihat dan mungkin biasa dilihat di negeri Kelantan Darul Naim.
Waktu solat bagi 11 Januari 2014 yang dipaparkan di sebelah pintu keluar dalam Masjid Nabawi.
Sila penuhkan saf !
Menunggu waktu solat Asar.
Solat Maghrib di luar masjid.
Matahari terbenam menghasilkan pemandangan langit yang indah.
Lampu chandelier yang terdapat di dalam Masjid Nabawi.
Bagi sesiapa yang ingin mengambil wuduk atau ke toilet, anda boleh turun ke bahagian bawah masjid. Anda boleh menjumpai fasiliti ini di sekeliling Masjid Nabawi.
Suasana malam di luar Masjid Nabawi menjelang waktu Isyak.
Bersambung ke entry berikutnya... Hari Kelima : Ahad (12 Januari 2014) - Madinah Al-Munawwarah - Mekah Al-Mukarramah
No comments :
Post a Comment