Monday 10 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 10) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kesepuluh : Jumaat (17 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi kelima di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada hari ini, aktiviti adalah bebas. Iaitu tiada program ziarah atau lawatan yang disediakan oleh pihak Zahafiz.


Plastik ini disediakan di depan pintu masuk ke dalam Masjidil Haram. Plastik ini disediakan untuk para jemaah mengisi selipar atau kasut supaya dapat dibawa bersama dalam keadaan bersih di dalam masjid.

Pada pagi itu, buat pertama kalinya dalam seumur hidup saya, saya membuat keputusan untuk mencukur kepala sehingga botak licin. Iyea, kali pertama dalam seumur hidup! Sebenarnya adalah lebih afdhal bagi seseorang itu mencukur sehingga licin selepas selesai menunaikan umrah yang pertama. Jadi, kalau anda baru selesai menunaikan umrah yang pertama, jangan lupa membotakkan kepala!




Gambar-gambar di bawah diambil menjelang waktu Zohor / solat Jumaat, di ruang solat bahagian atas bumbung Masjidil Haram.




Gambar-gambar di bawah diambil selepas waktu solat Jumaat, di ruang solat bahagian atas bumbung Masjidil Haram.



Antara pembinaan tambahan bahagian Masjidil Haram yang sedang dilakukan. Ianya dijangkakan siap kalau tak silap saya pada tahun depan, iaitu 2015.


Lagi kawasan pembinaan dan kawasan Masjidil Haram yang ditutup.

Klik pada gambar untuk besarkan gambar panorama.

Suasana selepas solat Zohor di kawasan luar masjid.

Saya sempat singgah di sebuah kafe bernama 'Mochachino' yang terdapat berhampiran Masjidil Haram. Di sini terdapat perkhidmatan wifi secara percuma. Anda boleh minta password daripada pekedai. Di sini, walaupun terdapat restoran Starbucks di dalam pusat membeli belah Abraj Al Bait, namun ianya tidak menyediakan perkhidmata wifi percuma. Satu-satunya Starbucks dalam dunia yang tidak mempunyai wifi?


11 Riyal untuk sebekas air coffee yang agak kecil. Mungkin kurang berbaloi?

Kafe atau gerai 'Mochachino'.

Suhu dan keadaan Kota Mekah pada petang itu. 30 Celsius dan sedikit mendung.

Ramalan cuaca yang disediakan oleh AccuWeather.com

Suasana di luar Masjidil Haram selepas solat Isyak pada malam itu.

Pada malam itu, saya menemani ibu pergi membeli cenderamata untuk keluarga di Malaysia dan selepas itu pergi membeli makanan untuk makan malam di food court Al Safwa Tower.

Ada minuman khas untuk pasangan yang sudah berkahwin. Hmmm... "InsyaAllah, suatu hari nanti."

Di sinilah saya membeli minuman pada malam itu. 

Restoran pilihan saya pada malam itu.

'Zinker Chicken' tu sebenarnya sama seperti set burger Zinger yang terdapat di KFC di Malaysia. Entah kenapa banyak kedai di sini mengejanya dengan perkataan 'Zinker'. 


Bersambung ke entry berikutnya... Hari Kesebelas : Sabtu (18 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile