Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Wednesday, 12 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 12 & 13) : Mekah Al-Mukarramah - Jeddah - KLIA

Hari Keduabelas : Ahad (19 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah - Jeddah


Pagi ketujuh, dan terakhir di Tanah Haram, Kota Mekah.

Hari ini rombongan jemaah Zahafiz akan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah untuk berangkat pulang ke Malaysia. Kami diminta menurunkan dan mengumpulkan beg bagasi di lobi hotel seawal jam 10.00am. Jemaah diminta menyempurnakan tawaf wida' selepas solat Zohor dan kembali ke hotel penginapan untuk berkumpul pada jam 2.30pm di lobi, sebelum bertolak menuju ke Jeddah.


Suasana berhampiran Masjidil Haram sekitar jam 3.36am.

Tuesday, 11 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 11) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kesebelas : Sabtu (18 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi keenam di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada pagi ini, rombongan jemaah Zahafiz dibawa ke Masjid Saidatina Aisyah yang terletak di Tanaim, untuk bermiqat umrah. Ianya adalah tempat bermiqat yang paling hampir dengan Kota Mekah. Ini adalah umrah kali keempat dalam program yang diaturkan oleh pihak Zahafiz. Kalau anda ingin menunaikan umrah setiap hari atau mengikut kehendak anda sendiri, anda boleh menyewa sendiri perkhidmatan van atau coaster yang akan membawa anda ke tempat-tempat miqat. Saya tak pasti mengenai bayaran, mungkin anda boleh tanya kepada kaunter di hotel penginapan anda atau kepada mutawwif.

Seperti biasa, semua jemaah diminta berkumpul di lobi hotel penginapan sekitar jam 8.00am. Semua rombongan jemaah dinasihatkan untuk memakai pakaian ihram di hotel bagi mengelakkan kesesakan ketika di Tanaim.

Kami tiba di Masjid Saidatina Aisyah ini kira-kira jam 8.53am.

Monday, 10 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 10) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kesepuluh : Jumaat (17 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi kelima di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada hari ini, aktiviti adalah bebas. Iaitu tiada program ziarah atau lawatan yang disediakan oleh pihak Zahafiz.


Plastik ini disediakan di depan pintu masuk ke dalam Masjidil Haram. Plastik ini disediakan untuk para jemaah mengisi selipar atau kasut supaya dapat dibawa bersama dalam keadaan bersih di dalam masjid.

Pada pagi itu, buat pertama kalinya dalam seumur hidup saya, saya membuat keputusan untuk mencukur kepala sehingga botak licin. Iyea, kali pertama dalam seumur hidup! Sebenarnya adalah lebih afdhal bagi seseorang itu mencukur sehingga licin selepas selesai menunaikan umrah yang pertama. Jadi, kalau anda baru selesai menunaikan umrah yang pertama, jangan lupa membotakkan kepala!

Sunday, 9 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 9) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kesembilan : Khamis (16 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi keempat di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada pagi ini, pihak Zahafiz telah mengadakan program ziarah tambahan yang tidak terdapat dalam jadual program asal, iaitu 'Program Jalan-jalan Tambah Iman'. Diketuai oleh mutawwif kami, Ustaz Ikram, dan seorang wakil Zahafiz, iaitu Encik Hashim, kami berkumpul di kawasan Masjidil Haram sebelum dibawa 'jalan-jalan' di sekitar kawasan Masjidil Haram untuk melihat tapak-tapak lokasi bersejarah..



Menuju ke Masjidil Haram daripada hotel penginapan yang jaraknya kira-kira 200 meter.

Saturday, 8 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 8) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kelapan : Rabu (15 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi ketiga di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada hari ini, rombongan jemaah Zahafiz telah dibawa ziarah dan melalui beberapa lokasi tempat bersejarah dan yang berkaitan di sekitar Kota Mekah.

Pengunjung atau jemaah dinasihatkan supaya membawa beg atau plastik untuk menyimpan kasut atau selipar supaya boleh dibawa bersama di dalam kawasan masjid. Hal ini bagi mengelakkan kehilangan atau tak dapat menjumpai kasut atau selipar yang ditinggalkan di tempat-tempat letak kasut yang terdapat di Masjidil Haram, kerana kawasannya yang agak luas dan sesak dengan ramai orang. Keadaan ini juga sama di Masjid Nabawi, jadi pastikan anda sentiasa membawa plastik.

Friday, 7 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 7) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Ketujuh : Selasa (14 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi kedua di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada hari ini, rombongan jemaah Zahafiz dibawa ziarah atau melawat ke Muzium Pameran 2 Masjid Suci dan Ladang Unta, sebelum dibawa menuju ke tempat untuk bermiqat, iaitu di Masjid Hudaibiyah. Kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 7.30am.


Papan notis yang terdapat di hadapan pintu masuk ke dewan makan. Anda nampak apa yang pelik di situ? Oh My English !

Thursday, 6 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 6) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Keenam : Isnin (13 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah

Bersambung dari entry sebelum ini...

Selepas selesai menunaikan tawaf rukun umrah, rombongan jemaah kami, diketuai Ustaz Ikram telah bergerak menuju ke lokasi sa'ie, iaitu di Bukit Safa dan Bukit Marwah. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Bukit Safa dan Bukit Marwah ini sebenarnya terdapat di dalam kawasan Masjidil Haram, dan para jemaah boleh terus ke tempat sa'ie yang tidak jauh dari tempat tawaf, sebaik selesai menunaikan tawaf dan solat sunat tawaf.

Terdapat 3 tingkat kawasan yang disediakan untuk para jemaah menunaikan ibadah sa'ie ini. Di tingkat paling bawah, terdapat sebahagian puncak Bukit Safa dan Bukit Marwah yang boleh para jemaah naiki.

Jemaah yang agak ramai sedang menunaikan sa'ie. Lampu kalimantang berwarna hijau yang dapat anda lihat adalah petanda di mana jemaah adalah disunatkan untuk berlari-lari anak. 

Wednesday, 5 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 5) : Madinah Al-Munawwarah - Mekah Al-Mukarramah

Hari Kelima : Ahad (12 Januari 2014) - Madinah Al-Munawwarah -  Mekah Al-Mukarramah


Pagi keempat di Tanah Haram, Kota Madinah.

Hari ini, kami akan bertolak ke Kota Mekah selepas solat Zohor. Semua jemaah rombongan Zahafiz diminta mengumpulkan bagasi di hadapan lift di tingkat terletaknya bilik-bilik penginapan kami, iaitu di tingkat 1 seawal jam 10.00am. Ini bagi memudahkan proses pengangkutan barang ke dalam bas nanti.

Pada pagi ini juga, peserta rombongan jemaah yang ingin melawat atau pergi ke Pasar Kurma akan dibawa dengan bas dan diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 7.30am.


Jadual program atau perjalanan pada hari kelima.

Tuesday, 4 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 4) : Madinah Al-Munawwarah

Hari Keempat : Sabtu (11 Januari 2014) - Madinah Al-Munawwarah

Pagi ketiga di Tanah Haram, Kota Madinah.

Hari ini pihak Zahafiz telah mengaturkan program lawatan atau ziarah di beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah Al-Munawwarah, antaranya ke Jabal Uhud dan Masjid Quba'.

Mulakan pagi dengan Vitamin C sebelum memulakan program ziarah.

Monday, 3 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 3) : Madinah Al-Munawwarah

Hari Ketiga : Jumaat (10 Januari 2014) - Madinah Al-Munawwarah

Pagi kedua di Tanah Haram, Kota Madinah.

Hari kedua ini adalah bebas, iaitu tiada program ziarah yang diaturkan oleh pihak Zahafiz. Rombongan jemaah bebas mengisi masa terluang dengan aktiviti sendiri. Anda boleh beriktikaf dan menunaikan perkara sunat di Masjid Nabawi, berehat di hotel, atau pun membeli belah di sekitar kawasan hotel. Terdapat banyak kedai-kedai pakaian, makanan dan cenderamata yang terdapat di sekitar kawasan hotel-hotel penginapan dan masjid.

Sekitar kawasan berhadapan Perkuburan Baqi' selepas solat Subuh di Masjid Nabawi.

Sunday, 2 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 2) : Madinah Al-Munawwarah

Hari Kedua : Khamis (9 Januari 2014) - Madinah Al-Munawwarah

Pagi pertama di Tanah Haram, Kota Madinah. 

Selepas solat Subuh dan bersarapan di hotel, bermulalah siri pertama program lawatan atau ziarah yang dikendalikan oleh pihak Zahafiz. Mutawwif sepanjang kami di Madinah dan Mekah adalah Ustaz Ikram, seorang penceramah bebas.

Program, atau ziarah pertama di bumi Madinah.

Saturday, 1 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 1) : KLIA - Riyadh - Madinah

Umrah 2014 Travelogue (DAY 1) : KLIA - Riyadh - Madinah

*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.

**Untuk para muslimah yang ingin menunaikan umrah, anda juga boleh pergi ke album facebook INI yang ditulis dan dikongsikan oleh seorang penulis dan pengembara muslimah. Beliau memberikan tips-tips berguna melalui gambar-gambar sepanjang perjalanan mengerjakan umrah.


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, pada 8 hingga 19 Januari 2014 yang lalu, sekali lagi saya telah dijemputNya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram, iaitu Mekah dan Madinah. Saya amat bersyukur kepadaNya kerana telah menjemput saya ke sana pada saat saya betul-betul perlu mencari ketenangan dan kekuatan bagi mengharungi hidup ini. Ini adalah kali kedua saya berpeluang berada di sana, kali terakhir ialah pada Mei-Jun 2008, iaitu kira-kira 5 setengah tahun yang lalu. Kalau pada tahun 2008 dulu cuma saya yang menemani ibu dan ayah saya, kali ini pula lagi 2 orang abang saya turut serta bersama untuk menunaikan umrah mereka yang pertama.

Sekali lagi, kami memilih syarikat Zahafiz Travel & Tours sebagai agen, kerana sudah pun selesa dan berpuas hati dengan perkhidmatan atau servis yang dikendalikan syarikat berkenaan ketika umrah tahun 2008 yang lalu. Terdapat banyak lagi syarikat yang mengendalikan umrah di dalam negara ini, antaranya Andalusia, Rayhar, Utas, Dakna, dan macam-macam lagi. Bagi yang baru pertama kali berhajat ingin menunaikan umrah dengan syarikat-syarikat atau agen-agen seperti ini, saya nasihatkan supaya anda memilih agen atau syarikat yang sudah pun terkenal atau kukuh di dalam bidang ini. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini, banyak cerita yang saya dengar tentang skim penipuan yang berlaku kepada bakal-bakal jemaah umrah. Harga pakej yang murah antaranya menjadi sebab mengapa ramai yang tertipu. Penipuan yang bagaimana? Contohnya yang saya dengar, agen gagal hadir ketika hari berlepas di lapangan terbang, agen gagal dihubungi atau lesap ketika menjelang hari berlepas, dan sebagainya. 


Hari Pertama :  Rabu (8 Januari 2014) - KLIA - Riyadh - Madinah

Saya dan keluarga saya tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada kira-kira jam 11.25am. Bakal jemaah umrah dinasihatkan oleh agen (Zahafiz) supaya hadir awal, iaitu 3 jam sebelum waktu berlepas untuk memudahkan urusan.

Sebahagian dari bagasi kami sekeluarga.

Tuesday, 2 August 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak & Siaran Langsung dari Mekah

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


Saya ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, dan selamat menunaikan ibadah Puasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Semoga Ramadhan 1432H ini membawa seinfiniti rahmat dan keberkatan, dan semoga ianya akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, Ameen.

Tahukah anda yang pada tahun ini, anda dapat melihat siaran langsung dari Mekah melalui YouTube?

Saluran khas di YouTube ini telah mula beroperasi pada 27 Julai 2011 yang lalu. Melalui saluran YouTube ini, anda dapat stream dan melihat siaran langsung dari Mekah, terutamanya ketika Solat Tarawih seperti yang disiarkan di stesen-stesen tv tempatan.

Di sini juga saya ingin berkongsi wallpaper gambar di Masjidil Haram, Mekah yang saya sendiri ambil ketika menunaikan umrah 3 tahun yang lalu. Sesungguhnya hati ini terasa rindu ingin kembali ke sana. Semoga kita semua diberi peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sama ada buat kali pertama mahu pun untuk kali yang seterusnya, Ameen.


Resolusi : 1920 x 1080 (Full HD)
Gambar asal diambil menggunakan telefon Nokia N73.
Di edit menggunakan Photoscape.


p/s : selamat bersahur dan menunaikan ibadah puasa. 
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile