Monday 3 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 3) : Madinah Al-Munawwarah

Hari Ketiga : Jumaat (10 Januari 2014) - Madinah Al-Munawwarah

Pagi kedua di Tanah Haram, Kota Madinah.

Hari kedua ini adalah bebas, iaitu tiada program ziarah yang diaturkan oleh pihak Zahafiz. Rombongan jemaah bebas mengisi masa terluang dengan aktiviti sendiri. Anda boleh beriktikaf dan menunaikan perkara sunat di Masjid Nabawi, berehat di hotel, atau pun membeli belah di sekitar kawasan hotel. Terdapat banyak kedai-kedai pakaian, makanan dan cenderamata yang terdapat di sekitar kawasan hotel-hotel penginapan dan masjid.

Sekitar kawasan berhadapan Perkuburan Baqi' selepas solat Subuh di Masjid Nabawi.



Lagi keadaan selepas solat Subuh.

Sekitar jam 11.30am di Masjid Nabawi.

Pada tengahari itu, saya telah menunaikan solat Jumaat di bahagian atas bumbung Masjid Nabawi. Ruang solat di bahagian atas bumbung ini bagaimanapun hanya dibuka pada waktu-waktu tertentu dan tidak sentiasa dibuka seperti di Masjidil Haram.

Suasana ruang solat di atas bumbung Masjid Nabawi selepas solat Jumaat.



Ketika berada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, jangan lepaskan peluang dan kesempatan untuk minum air zamzam sebanyak yang mungkin. Rasanya memang lain dan lebih segar berbanding air zamzam yang mungkin biasa anda minum di Malaysia. Di Malaysia, air zamzam kadangkala terasa 'payau', entah kenapa. Mungkin kerana perbezaan cuaca?

Suasana jemaah yang bergerak keluar dari masjid selepas menunaikan solat Jumaat.

Matahariku.

Selepas solat Jumaat, saya sempat ziarah ke kawasan Makam Nabi Muhammad dan sahabat, Saidina Umar R.A. dan Saidina Abu Baqar R.A.. Agak sesak keadaan di sini.

Pintu Al-Baqee , iaitu pintu keluar selepas melalui dan ziarah ke Makam Nabi dan sahabat. Pintu ini berhadapan dengan Perkuburan Baqi'.

Siling di dalam Masjid Nabawi.

Abang saya sempat bervideo call dengan anaknya di Malaysia menggunakan perkhidmatan wifi percuma yang terdapat di lobi hotel penginapan kami. 

Bagi anda yang ingin membuat panggilan telefon ke Malaysia atau pun menggunakan internet, terdapat banyak simcard syarikat telco Arab Saudi yang dijual di sini. Anda boleh dapatkan simcard ini di kedai, mahupun di tepi-tepi jalan di sekitar hotel penginapan dan masjid. Harganya dari 40 hingga 50 riyal kalau tak silap saya. Kad top-up juga turut dijual. 

Coklat Cadbury Caramel yang sangat sedap !

Selepas waktu solat Asar, rombongan jemaah Zahafiz telah menghadiri sesi taklimat di dewan makan oleh Dato' Zainal Abidin, iaitu pemilik dan Pengerusi Zahafiz.

Dato' Zainal memberikan sedikit taklimat tentang perjalanan pergerakan dan program yang diaturkan pihak Zahafiz sepanjang 12 hari di Tanah Haram ini.

Sepanjang di Madinah dan Mekah, saya sempat merasa beberapa jenis air minuman keluaran jenama NADA ini. Air minumannya memang sangat sedap dan segar. Kalau diperhatikan tarikh pengeluaran dan tarikh luput air minuman ini, air ini cuma tahan selama 5 hari. Mungkin kerana ia tidak mengandungi sebarang kandungan pengawet.

Menjelang waktu Maghrib di Masjid Nabawi.


Keadaan di dalam Masjid Nabawi.

Oleh kerana jarak antara waktu Maghrib dan Isyak adalah singkat, iaitu kira-kira sejam, maka ramai yang beriktikaf di dalam masjid. Masa ini diisi dengan menunaikan solat sunat, membaca Al-Quran, dan perkara-perkara sunat yang lain.

Malam ini saya mencuba pula juadah Nasi Bukhara. Memang sedap ! 




No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile