Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..
Wahh! Semalam satu kejutan telah berlaku di
Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25), dimana
Ana Raffali telah menjadi juara sekaligus menafikan
Faizal Tahir,
Yuna dan
Black terutamanya..
Dah macam Tron pulak pentasnye..dah la aku baru tengok Tron petang semalam.. haha
Wahhh! Ramai yang tak puas hati dengan keputusan juri menobatkan lagu 'Tolong Ingatkan Aku' sebagai juara..Antara alasan2 dan komen2 yg aku sempat baca di FB smlm : "nyanyi sumbang", "lagu x best", "faizal tahir lagi layak", "yuna patut menang", etc...
Wahhhh! Terlalu ramai tak puas ati sampai beberapa
page FB yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan AJL25 smlm muncul seperti cendawan selepas hujan..Salah satunye :
Kami tidak bersetuju Ana Raffali menang AJL25. Nah, aku dah bagi
promosi free, bukan ke itu salah satu matlamat
creator page2 camtu? Berlumba2 membuat
page FB untuk kumpul '
Likers'? Dah jadi
trend kat FB kan skrg nie? Kalau ade ape2 isu je, trus akan wujud
page FB contohnya "Kami tak suka bla bla bla", "Kami benci bla bla bla" dan macam2 lagi..
Tapi ade jugak yg berfikiran positif mcm akak
Budu dan Belacan nie..
Negativity should be banned. Please report this group by scrolling down, click on Report Page and select 'Contains hate speech or attacks an individual > Targets me or a friend'. They claim it's not a 'hate page' but it's just not right. Just because your personal favorite did not get chosen, creating such a group is offensive & disrespecting Ana Raffali.
Wahhhhh! Ramai yang dah pandai jadi pengkritik muzik! Nie semua pengaruh Akademi Fantasia, Malaysian Idol, dan yang seangkatan dengannya..Aku pun nk bagi komen jugak lah..Nie komen aku :
Faizal Tahir dan Yuna memang bagus! Tapi kalau betul2
menghayati lirik dan melodi 'Tolong Ingatkan Aku' tue, baru kite akan tau yang
kenapa lagu tu layak menang. Lagu2 lain semalam majoritinye
straight forward g-wunk dan kurang unsur
puitis di situ..
Suara Ana Raffali sengau dan nampak
nervous? Logik la, die
demam selsema sejak Jumaat (merujuk kepada
status Ana di FB beliau)..
Well, AJL pilih
lagu terbaik, bukan penyanyi terbaik! Nie bukan pertandingan
Bintang Kecil or
Bintang RTM..haha!
Page FB Ana Raffali
Mungkin korang akan kate aku
bias sbb aku peminat Ana Raffali. Tak la..aku minat jugak Faizal Tahir, Yuna, Black, Bunkface, dan lain2 yang bertanding semalam.. Kalau pergi karok,
for sure aku akan nyanyi lagu Faizal Tahir..siyeslah!!
Kat bawah nie pulak komen salah sorang kawan aku..
Like!
Okeylah, jom layan video2 YouTube Ana Raffali di
account lama beliau sebelum menjadi popular
. Klik
SINI.
Ana Raffali tak boleh nyanyi
live? Jom tengok video kat bawah nie yang aku sendiri rakam 2 bulan lepas di e@Curve, Damansara.
Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi
tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari
tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu
bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu
tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
tolong ingatkan aku
kisah kita
.
.
.
.
.
Eh...lupe pulak..Semalam jugak Chelsea FC telah menang 7-0 ke atas Ipswich Town dalam perlawanan Piala FA.. Wow..
Senyum, tak perlu kata apa-apa. =)
Danny pun score 2 bijik!
Korang boleh baca
report perlawanan semalam di
SINI.
p/s : Pasal dunia hiburan pun ramai yang nak emosi...Ape korang dapat ha? LOL