Sunday, 4 August 2013

Chelsea FC Asia Tour 2013 di Malaysia

Assalamualaikum W.B.T. dan Selamat Sejahtera.

Dalam entry kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku sepanjang kedatangan Chelsea FC ke Malaysia untuk siri Asia Tour tahun 2013.

Pasukan Chelsea FC telah tiba di Malaysia pada hari Khamis, 18 Julai 2013 setelah selesai siri jelajah mereka di Thailand beberapa hari sebelum itu. Perlawanan persahabatan antara Malaysia XI dan Chelsea FC pada malam Ahad, 21 Julai 2013 berkesudahan dengan Malaysia XI 1-4 Chelsea FC.

Hari Perlawanan Malaysia XI vs Chelsea FC - 21 Julai 2013


Tiket-tiket perlawanan.


Pengalaman pertama kali berbuka puasa sambil 'berkelah' di luar stadium. Ramai yang turut berkelah macam kami. 

Ke mana hala tuju Lampard dan aku selepas ini? 

Menanti tiba waktu berbuka. 

Suasana di dalam stadium pada jam 9.00pm. Masih ramai di luar stadium.

Para pemain Chelsea FC masuk ke padang untuk memanaskan badan.

Ketika perlawanan sedang berlangsung.

Antara rakan-rakan yang turut sama menonton.

Keputusan penuh, Malaysia XI 1-4 Chelsea FC. Hasil jaringan Fadhli Shas (Malaysia),  Traore, De Bruyne, Lukaku, Moses (Chelsea FC).

Gambar dipetik dari laman rasmi chelseafc.com. Laporan Penuh boleh dibaca di SINI.

Bergambar bersama rakan dari satu universiti selepas tamat perlawanan. Kami peminat Chelsea tegar di kolej dulu. Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya. Bestari !



Hari Keesokan - 22 Julai 2013

Tidak seperti tour sebelum ini, pasukan Chelsea FC tidak berangkat pulang selepas perlawanan pada malam sebelumnya. Mereka hanya bertolak 2 hari selepas itu, iaitu pada hari Selasa, 23 Julai 2013. 

Memandangkan mereka masih belum pulang, maka hati aku tergerak nak pergi menjadi 'stalker' di hotel tempat penginapan mereka, iaitu di Saujana Resort, Subang. Untung-untung boleh dapat ambil tandatangan atau bergambar dengan pemain-pemain Chelsea FC, manalah nak tahu kan? Sebab memang ramai yang telah pun mencuba nasib sejak kedatangan Chelsea FC ke Malaysia pada hari Khamis lalu, dan ramai yang telah berjaya dan mengupload gambar-gambar mereka bersama pemain di laman FB.

Maka dengan nekad dan bersungguhnya, aku menggilakan diri pergi seorang diri ke Saujana Resort pada pagi Isnin, 22 Julai 2013. Niat dan tujuan aku pagi tu cuma nak bergambar dengan pemain favourite, iaitu Frank Lampard, sebab dalam tour mereka sebelum ini pada tahun 2011, aku cuma sempat mendapatkan tandatangan beliau, tapi tak sempat nak bergambar.

Dan niatku tercapai kira-kira sejam setengah selepas aku tiba dan menjadi 'stalker' di kawasan hotel tersebut. Yea, walaupun hari Isnin, iaitu hari bekerja, tapi terdapat ramai peminat Chelsea FC lain yang turut menjadi 'stalker' di situ. Ambil cuti mungkin? 

Kira-kira jam 10.30am, Frank Lampard keluar dari bangunan penginapan beliau bersama beberapa orang pengawal dan menuju ke gimnasium hotel. Aku dan beberapa peminat lain terus menjadi teruja dan mengerumuni Lampard bagi mendapatkan tandatangan dan bergambar. Tapi Lampard dengan friendlynya berkata yang biar beliau tandatangan untuk semua orang dahulu, kemudian baru bergambar dengan setiap orang.


Seperti yang dijanjikan, akhirnya aku berjaya dapatkan tandatangan dan dapat bergambar dengan pemain lagenda Chelsea FC ini, Frank Lampard ! Perasaan yang terlalu mengujakan ! 

Tak lama selepas itu, tiba giliran Petr Cech dan Jamal Blackman pula keluar dari bangunan penginapan mereka untuk menjalani sesi latihan penjaga gol. Tapi mungkin disebabkan kesuntukan masa kerana terlambat untuk memulakan latihan, maka Petr Cech dan Jamal Blackman cuma meluangkan masa untuk memberikan tandatangan sahaja.

3 penjaga gol Chelsea FC, Mark Schwarzer, Jamal Blackman, dan Petr Cech melakukan latihan ringan di sekitar kawasan hotel.

Ketika berada berdekatan dengan lobi tempat penginapan pemain dan staf Chelsea FC. Sedang menunggu giliran mendapatkan tandatangan dari Mark Schwarzer.

Sedang menunggu Mark Schwarzer, tiba-tiba muncul pemain baru Chelsea FC, Marco van Ginkel dan Andre Schurrle yang baru pulang dari satu tempat dengan menaiki van. Tanpa berlengah, aku terus dapatkan tandatangan dan bergambar ! Terus terlupa Mark Schwarzer, LOL.

Bersama Justin Bieber Marco van Ginkel yang baru dibeli dari kelab Vitesse Arnhem.

Bersama Andre Schurrle yang baru berpindah masuk ke Chelsea FC dari kelab Bayer Leverkusen.

Tak lama kemudian, tiba giliran Ashley Cole, Josh McEachran dan Gary Cahill pula tiba di lobi penginapan mereka. Mereka baru pulang dari program di sekitar Kuala Lumpur.

Bersama Ashley Cole.

Bersama Josh McEachran.

Gary Cahill diserbu peminat.

Sepanjang menjadi 'stalker' selama beberapa jam di sekitar kawasan hotel tersebut, sempat juga aku bertemu dengan beberapa staf kejurulatihan Chelsea FC, seperti Jose Mourinho dan penolong-penolong jurulatihnya, tapi tak sempat nak dapatkan tandatangan. Mungkin tahun-tahun akan datang pula? 

'Misi' aku kali ni boleh dianggapkan lebih berjaya daripada misi 2 tahun lalu, dan hasilnya adalah ;

Jersi Home 2013/14 yang ditandatangani oleh Petr Cech, Jamal Blackman, Marco van Ginkel, Ashley Cole, dan Andre Schurrle di bahagian depan.

Dan yang paling istimewa pastinya tandatangan Frank Lampard di bahagian belakang jersi.


Dengan kembalinya pengurus lagenda Chelsea FC, Jose Mourinho, diharapkan semoga musim 2013/14 ini akan menghadirkan semula zaman kegemilangan Chelsea FC. 

We'll keep the blue flag flying high !~ 


No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile