Wednesday, August 24, 2011

EPL Asia Tour : PART 2 : Chelsea FC

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


Dipendekkan cerita, biarlah aku ceritakan pengalaman aku sepanjang kedatangan pasukan EPL feveret aku, CHELSEA FC ke Malaysia bebaru nie melalui gambar2 kat bawah.

Sesi Latihan Chelsea FC - 19 Julai 2011

Pass masuk ke sesi latihan.


Kat perkarangan Stadium Bukit Jalil nie ade macam2 booth. Antaranya booth nie, korang perlu isi borang dan kalau bernasib baik akan menang hadiah jersey yang ditandatangani oleh pemain Chelsea FC.

Pian, Om Minoel, aku

Antara gabungan kelab2 peminat tak rasmi Chelsea FC di Malaysia dan Indonesia, Malaysia Blues Army dan Chelsea Indonesia Supporters Club (CISC).

Kelab peminat dari Indonesia pun datang.

Malaysia Blues Army bersama banner gergasi mereka.

Scoreboard.

Pemain2 Chelsea FC memulakan sesi latihan.

Maskot rasmi Chelsea FC, Stamford Lion turut sama memeriahkan suasana.

Malaysian Blue Army Supporters pun datang dengan banner mereka sendiri.

CHELSEA VS MALAYSIA !!


Hari Perlawanan : Harimau Muda vs Chelsea FC - 21 Julai 2011


Bersama bekas rakan-rakan sekolej kat UM semasa zaman belajar dulu. (bunyi macam dah lama je..haha)

Drogba dengan Lampard didapati melepak kat luar stadium. Haha !

Ida, Pian, n Abang Wan

Sweet Chelsea Couple - Atong & Asha

Bergambar puas2 sebelum masuk dalam stadium.

Kami setiap sorang dapat bendera Chelsea FC yang diletakkan di SETIAP tempat duduk di dalam stadium, Arsenal dgn Liverpool ade bagi? Haha !!

 Bersama rakan-rakan dari Malaysia Blues Army, Bro Athir & Zaki.

Beberapa pemain seperti Drogba, Terry, Mikel dan Anelka berjalan-jalan di atas padang sebelum sesi memanaskan badan bermula.

Sebelum tuh, pegawai stadium datang membetulkan jaring gol. Aiyark...baru nak betulkan ke?

Seronok bebenor deme nieh !

Tahukah anda, dalam ketiga-tiga perlawanan persahabatan antara kelab2 EPL dengan skuad Harimau Malaya/Muda nie, paling banyak orang memakai baju atau jersey kuning Harimau Malaya adalah ketika perlawanan antara Harimau Muda dan Chelsea FC. 

Sesi memanaskan badan skuad Harimau Muda.

Sesi memanaskan badan skuad Chelsea FC.

Tahukah anda, dalam banner besar kat atas nie, ade gambar2 peminat Chelsea FC yang mendaftarkan penyertaan mereka melalui Facebook? Gambar aku pun ade... entah kat bahagian mane.. =)

Final Score - Harimau Muda 0-1 Chelsea FC (gol hasil sepakan percuma Drogba)

Pemain-pemain Chelsea FC mengelilingi stadium bagi menghargai sokongan peminat.

Wajah-wajah kesedihan kerana Chelsea FC 'cuma mampu menang 1 gol', itu pun gol 'kontroversi' bak kate Chelsea Haters..Haha ! Woi ! Bangga la sket, pertahanan Harimau Muda malam tue mmg mantap habis !! Terbaik lah !!

Blues Army !!

Keputusan Akhir Perlawanan :

Harimau Muda 0-1 Chelsea FC
(Gol jaringan : Didier Drogba 78')





Keberangkatan pergi pasukan Chelsea FC dari Hotel One World ke Thailand. - 22 Julai 2011


Disebabkan aku masih belum berkesempatan untuk dapat bergambar mahu pun dapat tandatangan pemain-pemain Chelsea FC dan melihat mereka dari dekat, aku pun dengan nekadnye lepas solat Subuh pada pagi tuh, terus pergi ke Hotel One World, dengan membawa secebis harapan.

Semasa aku datang tuh, dah ade dalam 20 orang yang menunggu di bahagian bawah lobby hotel, tempat para pemain keluar dari lif terus menuju ke bas yang membawa mereka.


Akhirnye dalam pukul 9.45am tuh, barula pengawal2 keselamatan hotel meletakkan penghadang..jadi kami smua pun beratur la sepanjang2 laluan tu.

Semakin panjang barisan orang yg beratur. 

Antara gambar yang aku sempat ambil tapi kabur... FERNANDO TORRES !! Macam takde perasaan je Torres nie, tapi biler peminat panggil nama die, die patah balik untuk tandatangan. Bagus2..

dan pemain feveret aku !! FRANK LAMPARD !! ketika gambar nie diambil, Lampard tengah tandatangan kat atas jersey aku. 

Ross Turnbull antara pemain terakhir yang keluar dari lif. Maybe sbb tak ramai peminat cam or kenal die, jadi tak la sibuk sangat die nak melayan peminat2 yang memanggil. Siap boleh ambik gambar lagik.

Sape tak kenal legend Chelsea FC yang bernama Grame Le Saux ??

Akhirnye...dapat jugak aku ambil gambar dengan pemain Chelsea FC... Sturridge pun boleh !! Good Luck bro !! Musim baru nie gua support lu ! Haha

Pemain muda berbakat, Josh McEachran pun tak sempat nak melayan semua peminat. Semua pemain Chelsea FC yg keluar dari lif tu masing2 laju je menuju ke bas. Nak cepat agaknye.

Malaysia Blues Army nie datang lagi awal dari aku..sejak pukul 5 pagi kot..siap bawak banner lagi...mmg terbaek habes lah !! 

Pemain2 dah berada dalam bas, dengan ramai peminat mengerumun bas dan mengambil gambar.

Dan hasil tangkapan aku ?? 

Yeahhhhh !! Lampard sorang je aku bagi tandatangan kat belakang jersey nie.. sebab dah ade nombor dan nama die kan... =)

Antara tandatangan lain yang sempat aku dapat adelah dari Fernando Torres, Ross Turnbull, Daniel Sturridge, Petr Cech, dan legend Grame Le Saux.




Walaupun aku pernah melawat ke Stadium Stamford Bridge tahun lepas, namun pengalaman bertemu dengan pemain-pemain Chelsea FC secara dekat, mendapatkan tandatangan diorang dan bergambar dengan Sturridge merupakan salah satu pengalaman yang tak dapat aku dilupakan.

Lepas nie entah biler pulak diorang nak datang Malaysia kan? Kite je la pergi Stamford Bridge pulak ! Tahun lepas aku pergi, tapi tak puas !! Jom sesape kite pergi sesame nak? =)


p/s : BLUE IS THE COLOUR, FOOTBALL IS THE GAME !!

10 comments :

Amirah Rashid said...

jooooooooooommmm! pegi stamford bridge! belanjaaaa :D

haha

areev19 said...

Amirah Rashid : haha...jommmmm...belanja diri sendiri !!

:P

akeeisakee said...

haha. yang gabungan dengan MBAS tu sebenarnye gabungan dengan CISC (chelsea indonesia supporters club) bro :D

areev19 said...

akeeisakee : oh yer ke? aiseh...salah le pulak...okey2..jap nk betulkan.. tq for d info :P

akeeisakee said...

haha dengan MALAYSIA BLUES ARMY bro. MBA N MBAS lain haha..

*just nak clearkan je :D :D

areev19 said...

akeeisakee : tp kat dlm gambar tu bkan geng2 MBAS ke? aiyarkk...okey2 edit lg..hehe :P

tq again.

akeeisakee said...

haa baru betul. MBA n MBAS tak collaborate pun masa CFC tour. TERBAIK BRO!

areev19 said...

akeeisakee : hehe..aku confused sket memula...sbb ade yg join MBA, join MBAS jugak.. neway tq bro sbb tolong betulkan. :)

Amirah Rashid said...

belanja lahhhhh -.- kedekuttt. dah kerja kann. haha

areev19 said...

Amirah Rashid : wahhhh....ingat dah kerja tuh automatik kaya ke? -__-""

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan