Wednesday 24 August 2011

EPL Asia Tour : PART 1 : Arsenal FC

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Seperti yang semua orang tahu, bulan lepas, 3 kelab gergasi English Premier League (EPL) telah datang ke Malaysia melalui siri Asia Tour mereka. Arsenal, Liverpool, dan Chelsea semuanya telah bertemu dengan skuad bola kebangsaan, Harimau Malaya & Harimau Muda (Chelsea FC) di Stadium Bukit Jalil. Dalam 3 kelab tuh, aku telah pun melibatkan diri dengan Arsenal dan Chelsea FC. Liverpool? Sorry, tak berminat. =D

Okeylah, walaupun dah sebulan berlalu, aku tetap nak buat entry pasal nie jugak. Haha !

Entry ini penuh dengan gambar, sbb aku malas nak bercerita panjang2. Gambar sudah cukup menceritakan segalanya. =)


Gunners Challenge KL (Midvalley) & Sesi Latihan Arsenal - 12 Julai 2011

Sebelum pergi ke sesi latihan Arsenal pada sebelah petang, aku dan abang aku telah menghadirkan diri di celah2 keramaian orang di Midvalley Megamall..sebabnye, ade GUNNERS CHALLENGE KL, yang mane ade pertandingan futsal bawah 18 tahun, dan pada perlawanan akhir tuh, 4 orang pemain Arsenal akan menjadi 'coach' di tepi court. 4 pemain Arsenal yang datang time tu adelah Theo Walcott, Woijciech Szczesny, Jack Wilshere dan Alex Song.

GUNNERS CHALLENGE KL


Besar giler logo Arsenal kat Nike Shop sebelah exhibition hall Midvalley, tempat Gunners Challenge nie berlangsung.

Nak masuk dalam nie pun kene ade pass masuk yang TERHAD. Sape cepat die dapat. Bajet dpt jumpe pemain Arsenal dari dekat lah kan ! 

Tapi aku dgn abang aku tak perlu beratur dan berebut2 mcm org lain, sbb kami dah ade EXCLUSIVE INVITE nie ! EXCLUSIVE la sangat !! Dapat mane? Dapat hasil dari pembelian Jersey Arsenal Edisi Khas Arsenal Tour..

Dah lepas beratur di barisan khas 'EXCLUSIVE INVITE', kami dapat pass nie.. GUEST je? bajet tadi excited la nk dpt jumpe pemain Arsenal dari dekat. Tengok2 orang lain pun dapat bende yang same. Pass VIP hanya utk media dan VIP yang entah dapat pass tu dari mane. Official club la kot?

Lepas habis kat Midvalley, kami terus bertolak ke Stadium Bukit Jalil untuk sesi latihan Arsenal.
Gambar2 yang diambil semasa sesi latihan nie takde pulak dalam simpanan aku. Takpe2, tak penting pun. Haha !!

Hari Perlawanan : Harimau Malaya vs Arsenal - 13 Julai 2011

Tahukah anda, lebih ramai Gooners daripada Harimau Malaya ??

Masuk stadium awal..

Jumpe dgn rakan seperjuangan dalam Winning Eleven / PES..Encik Shafiz aka Eleven kat dalam stadium.

Oh yeah...saya penyokong Harimau Malaya !!

Semasa aktiviti pemanas badan.

Scoreboard.

Walcott di screen.

Semasa perlawanan berlangsung.


Keputusan akhir perlawanan : 

Harimau Malaya 0-4 Arsenal
Gol hasil jaringan : Ramsey 5' (penalti), Walcott 37', Vela 58', dan Rosicky 90'




...bersambung ke EPL Asia Tour : PART 2 : Chelsea FC

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile