Tuesday 28 October 2014

SAIGON 2014 Travelogue (DAY 1) : KLIA - Tan Son Nhat International Airport - Saigon


*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Pada 23 hingga 26 Oktober 2014 yang lalu, saya telah diberikan kepercayaan oleh pihak Poto Travel & Tours untuk menjadi Tour Leader bagi pakej percutian 'Vietnam Kota Tinggalan Perang' selama 4 hari 3 malam ke Saigon, Vietnam. Rombongan kami dari Malaysia terdiri daripada 18 orang termasuk saya.

***Sebarang maklumat terkini mengenai harga atau pakej percutian yang lain, sila rujuk terus ke laman web rasmi Poto Travel & Tours di SINI.


Hari Pertama : Khamis (23 Oktober 2014) - KLIA - Tan Son Nhat International Airport - Saigon

Saya tiba di KLIA seawal jam 8.20am. Untuk pakej kali ini, waktu penerbangan rombongan kami adalah pada jam 2.00pm waktu Malaysia, namun semua 17 orang peserta rombongan dikehendaki berkumpul di Kaunter H, Aras 5, KLIA 3 jam lebih awal, iaitu pada jam 11.00am bagi memudahkan urusan 'group check in'. Untuk urusan 'group check in' pada hari tersebut, saya telah dibantu oleh Airport Duty Officer (ADO) daripada POTO Travel, iaitu Encik Fahazrul.

Tag yang dipakai saya dan peserta rombongan.

Maklumat perjalanan.

Encik Fahazrul membantu saya ketika urusan 'group check in'.

Selepas selesai urusan 'group check in', peserta diminta berkumpul semula pada jam 12.45pm sebelum bergerak dalam kumpulan ke gate 17 untuk berlepas.

Menaiki aerotrain bersama peserta rombongan menuju ke gate berlepas.

Kapal terbang Vietnam Air yang rombongan kami naiki.

Rombongan kami menaiki kapal terbang, nombor penerbangan VN 684 pada kira-kira jam 1.40pm. Kapal terbang berlepas dari KLIA menuju ke Saigon pada kira-kira jam 2.05pm.

Kapal terbang jenis Airbus A321.

Makanan halal (Muslim Meal) yang dihidangkan kepada rombongan kami ketika di dalam penerbangan.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Saigon.

Kapal terbang kami telah selamat mendarat di Tan Son Nhat International Airport, Saigon pada kira-kira jam 2.55pm waktu tempatan Saigon, iaitu lewat satu jam daripada waktu Malaysia. Penerbangan tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam 50 minit.

Menemani Puan Norlaila dan ibu beliau, Puan Askiah turun daripada kapal terbang kerana Puan Askiah kurang sihat dan perlu menggunakan kerusi roda.

Antara kerusi roda yang disediakan sebaik keluar daripada kapal terbang.

Setelah selesai urusan di lapangan terbang Saigon, kami telah disambut oleh Tour Guide warga tempatan bernama Mr. Dominic. Beliau seterusnya akan bersama kami selama 4 hari 3 malam di bumi Saigon, Vietnam ini.

3.54pm - Rombongan bergerak menuju ke bas.

Coach Captain / Pemandu bas kami sepanjang 4 hari 3 malam tersebut adalah Mr. Song, juga seorang warga tempatan Saigon.

Mr. Dominic, Tour Guide kami sedang memberikan kata-kata aluan dan pengenalan kepada Bandar Saigon.

4.01pm - Rombongan kami dibawa menaiki bas menuju ke hotel penginapan kami selama 4 hari 3 malam di bumi Saigon, iaitu di Kingston Hotel untuk urusan check in.

Sekitar bandar Saigon.

Ternampak sebuah sekolah rendah yang baru tamat sesi petang.

4.25pm - Rombongan kami tiba di Kingston Hotel. Selepas selesai urusan check in, semua peserta rombongan diminta berkumpul semula di lobi hotel pada jam 5.30pm untuk bergerak ke tempat makan malam di restoran halal yang terletak tidak jauh dari hotel.

5.39pm - Rombongan kami seramai 18 orang dibawa oleh Tour Guide, Mr. Dominic bergerak berjalan kaki menuju ke Restoran Serai, yang terletak kira-kira 100 meter daripada hotel.

5.45pm - Tiba di Restoran Serai untuk makan malam.

Keluarga Encik Asri dan Puan Zainon.

Keluarga Encik Noor Zelan/Puan Noriah, Encik Anuar/Puan Zaharah, dan Puan Norlaila/Puan Askiah.

Keluarga Encik Mohd Said/Puan Rohana/Puan Rohani/Puan Faridah.

Bahagian dalaman Restoran Serai, Saigon.

6.26pm - Selepas selesai makan malam, Mr. Dominic telah membawa dan menunjukkan kepada kami lokasi Pasar Ben Thanh dan Pasar Malam Ben Thanh yang terletak berdekatan dengan Restoran Serai. 

Pasar Ben Thanh yang terletak tidak jauh dari Restoran Serai dan hotel penginapan kami.

Kami dibawa oleh Mr. Dominic ke sebuah butik pakaian yang terletak berhadapan dengan Pasar Ben Thanh.

Pasar Ben Thanh yang sangat popular khususnya di kalangan pelancong luar ini dibuka setiap hari bermula sekitar jam 7.00am sehingga 6.00pm. 

Pasar Malam Ben Thanh pula terletak di sebelah luar kiri dan kanan bangunan Pasar Ben Thanh. Para peniaga di pasar malam ini biasanya akan mulakan perniagaan mereka sekitar jam 7.00pm sehingga 12.00am setiap hari. 

Pemandangan sekitar kawasan berdekatan Pasar Ben Thanh menjelang jam 7.00pm.

Kelihatan para peniaga baru tiba dan bersiap sedia untuk membuka gerai jualan mereka.

 Peserta rombongan kami mula berpecah dan bergerak sendiri, ada yang pulang ke hotel untuk berehat dan ada yang bersiar-siar dan membeli belah di sekitar kawasan Pasar Ben Thanh.

Terdapat banyak kedai-kedai di sekitar kawasan Pasar Ben Thanh ini untuk para pelancong membeli belah khususnya barangan tekstil.

Selepas makan malam, semua peserta bebas membuat aktiviti sendiri, sama ada ingin terus pulang ke hotel atau pun bersiar-siar di Pasar Malam Ben Thanh dan kawasan di sekitarnya.

Pada malam tersebut, saya telah mengambil kesempatan bersiar-siar di Pasar Malam Ben Thanh dan kawasan sekitarnya.

Suasana di sekitar Pasar Malam Ben Thanh.


Di bahagian belakang Pasar Ben Thanh terdapat jalan utama yang agak sibuk dengan kenderaan yang tidak putus-putus.

7.22pm - Berehat sebentar dan melihat aktiviti malam hari warga tempatan di bumi Saigon. Di sebelah belakang Pasar Ben Thanh ini, terdapat sebuah kawasan lapang berhadapan dengan roundabout yang berada betul-betul di belakang Pasar Ben Thanh.

Bunting yang terdapat di kawasan lapang tersebut.

Pada malam tersebut, terdapat sekumpulan anak muda berlatih dan membuat persembahan sejenis seni mempertahankan diri.


Ramai warga tempatan yang memenuhi kawasan lapang ini. Ada yang bermain kasut roda dan ada yang bermain permainan tradisional mereka.

Roundabout di belakang Pasar Ben Thanh ini sentiasa sibuk dan seolah tidak putus-putus kenderaan yang melaluinya, terutamanya mereka yang menaiki motosikal. Menurut Tour Guide kami, Mr. Dominic, daripada jumlah 92 juta penduduk Vietnam, terdapat kira-kira 90 juta buah motosikal di Vietnam! 

Pasar Ben Than dari belakang .

Untuk makluman anda, trafik lalu lintas di sini agak sesak dan sibuk. Walaupun terdapat lampu isyarat, kadangkala ada juga motosikal yang melanggar lampu isyarat. Dan di sesetengah tempat, tiada langsung lampu isyarat, itu yang membuatkan trafik sentiasa sibuk dan seolah tidak berhenti. Oleh itu, untuk melintas jalan raya, anda perlu memberanikan diri dan melintas jalan walaupun trafik sesak. Para penunggang motosikal dan kereta di sini biasanya akan 'terpaksa' memberhentikan kenderaan mereka, dan kadangkala yang menaiki motosikal pula akan 'mengelak' anda seperti 'mat rempit' di Malaysia. Kalau anda ingin tunggu trafik berhenti baru anda ingin melintas jalan, kebarangkalian tinggi anda tidak akan dapat melintas dan perlu menunggu sekurang-kurangnya 15 minit. LOL

Kingston Hotel.

7.53pm - Saya kembali ke hotel untuk berehat. 





No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile