Sunday 12 March 2023

Laptop HP Compaq Presario V3000, AMD Turion64 X2

Dibeli pada hujung tahun 2006, ketika aku di Semester 2, di UM. Banyak jasanya, buat Final Year Project, buat assignments, tulis blog, tengok J-Dorama dan movies, dan termasuklah main game FIFA Manager dan Pro Evolution Soccer 2008-2010 🤭.  

Dah lebih 16 tahun umurnya, masih berfungsi, tapi dah jadi terhad dan jarang digunakan, sebab Windows Vista Basic yang asal dah lama tak ada update. Kalau nak update Windows pun cuma mampu support sampai Windows 8 je. Google Chrome pun dah lama tak update

Sepanjang 16 tahun ni, cuma awal-awal dulu je pernah sekali dihantar ke Service Centre HP untuk repair ganti battery rosak. Battery yang ganti tu pun dah lama tak boleh digunakan. Cubaan membeli battery OEM nampaknya menghampakan. Battery OEM tu ada lah tahan dalam 30 minit je kot, Lol. 😌

Selagi mampu berkhidmat, kita pakai je la ye? 😌👍







Saturday 11 March 2023

[Review] The Toys that made us (Netflix)

Kat Netflix ni selain filem, drama bersiri, dan animasi, terdapat juga dokumentari yang menarik. Salah satu dokumentari yang bagi saya wajib ditonton adalah siri dokumentari The Toys that made us ni. Setakat ini dah ada 3 musim. Tapi 1 musim ada 4 episod je, dan setiap episod berdurasi lebih kurang 45 minit.

Setiap episod akan membawakan cerita tentang satu permainan popular yang pernah mewarnai dunia kanak-kanak mereka yang lahir sekitar 1970an-1990an. Antara episod menarik yang saya dah tonton adalah episod permainan Power Rangers, LEGO, Transformers, My Little Pony, dan Star Wars

Setiap episod memuatkan sesi temubual dengan orang-orang penting yang terlibat dalam penghasilan permainan lejendari tersebut dan juga sesi temubual bersama mereka yang 'pakar' tentangnya, contohnya pengumpul tegar yang memiliki catatan rekod Guiness. Setiap episod menceritakan sejarah bagaimana permainan popular dan lejendari ni mula dihasilkan, dari mana idea penghasilannya bermula, peringkat rekaan, penghasilan, bila permainan tersebut mula dijual, saat kejatuhan, dan juga semua yang berkaitan. 

Tahukah anda permainan Transformers sebenarnya berasal dari Jepun? Asalnya adalah dari permainan jenama Takara yang dikenali sebagai Diaclone dan juga Microman. Tahukah anda Mighty Morphin Power Rangers sebenarnya diadaptasi bulat-bulat dari siri Super Sentai Zyuranger yang ditayangkan di Jepun? Tahukah anda permainan Star Wars yang dihasilkan oleh jenama Kenner hanya mula dijual dan berada di pasaran selepas hampir setahun filem pertamanya ditayangkan pada tahun 1977?

Banyak lagi fakta-fakta dan sejarah menarik mengenai permainan lejendari yang pernah menghiasi zaman kanak-kanak generasi 70an hingga 90an dapat diperoleh dari siri ini. Memang terkenang jugalah zaman dulu-dulu. 

Dulu masa kecil kebanyakannya mampu tengok je lah. Jadi jangan pelik bila tengok ramai orang dewasa yang beli mainan pada hari ini. Kami sebenarnya membeli kenangan masa silam. 

Kesimpulannya, saya bagi 5/5⭐️ untuk siri ini. Wajib tonton!

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile