Showing posts with label saigon. Show all posts
Showing posts with label saigon. Show all posts

Saturday, 1 November 2014

SAIGON 2014 Travelogue (DAY 4) : Saigon - Than Son Nhat International Airport - KLIA


Hari Keempat : Ahad (26 Oktober 2014) - Saigon -  Than Son Nhat International Airport - KLIA

Hari keempat di bumi Saigon, Vietnam.

Pada pagi ini, tiada lawatan dijadualkan untuk peserta rombongan kami. Aktiviti pagi terakhir ini adalah bebas, oleh itu peserta rombongan kami berpeluang untuk ke Pasar Ben Thanh atau bersiar-siar di kawasan sekitar hotel penginapan buat kali terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Pada pagi terakhir di bumi Saigon ini, saya telah berkesempatan pergi ke Pasar Ben Thanh untuk membeli cenderahati pada saat-saat akhir sebelum pulang ke Malaysia.

Menurut Tour Guide kami, Mr. Dominic, beliau berkata waktu yang seeloknya untuk datang membeli belah di Pasar Ben Thanh ini adalah seawal jam 8.00am. Bagi sesetengah peniaga, pembeli pertama biasanya akan diangggap sebagai pembawa 'untung', jadi mungkin 'mood' peniaga akan lebih baik pada awal pagi, terutamanya jika anda ingin tawar menawar harga.

7.58am - Saya dan salah seorang peserta rombongan kami, Encik Mohd Said tiba di Pasar Ben Thanh untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Pasar Ben Thanh.


Bahagian dalaman Pasar Ben Thanh.

Friday, 31 October 2014

SAIGON 2014 Travelogue (DAY 3) : Saigon - My Tho Town - Thoi Son Islet - Saigon


Hari Ketiga : Sabtu (25 Oktober 2014) - Saigon - My Tho Town - Thoi Son Islet - Saigon

Hari ketiga di bumi Saigon, Vietnam.

Pada hari ini, rombongan kami telah dibawa ke My Tho Town / Mekong Delta yang terletak kira-kira 75km daripada pusat bandar Saigon.

Pada pagi ini, semua peserta rombongan kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 7.00am. Seperti semalamnya, para peserta boleh mula bersarapan di restoran hotel bermula jam 6.30am.

7.05am - Semua peserta rombongan kami menaiki bas dan bergerak menuju ke My Tho Town (sebutannya MI-THO, bukan MAI-THO).


Warga tempatan sedang membeli sayur-sayuran dan pelbagai jenis ikan yang dijual.

Lorong khas untuk pengguna motosikal.

7.44am - Tour Guide kami, Mr. Dominic sedang menerangkan kepada peserta rombongan tentang cara penyediaan kopi vietnam yang sedap.

Thursday, 30 October 2014

SAIGON 2014 Travelogue (DAY 2) : Saigon - Cu Chi Tunnels - Saigon



Hari Kedua : Jumaat (24 Oktober 2014) - Saigon - Cu Chi Tunnels - Saigon

Hari kedua di bumi Saigon, Vietnam.

Pada hari ini, rombongan kami telah dibawa ke Cu Chi Tunnels, iaitu satu tempat bersejarah yang sangat terkenal di Vietnam, terutamanya kerana penglibatannya di dalam Perang Vietnam (1955-1975).

Di hadapan hotel penginapan kami.


Hotel Kingston ini merupakan sebuah hotel 3 bintang.

Pada pagi ini, semua peserta rombongan kami telah diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 7.15am. Peserta juga telah diberitahu bahawa mereka boleh mula bersarapan di restoran hotel seawal jam 6.30am.

Tuesday, 28 October 2014

SAIGON 2014 Travelogue (DAY 1) : KLIA - Tan Son Nhat International Airport - Saigon


*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Pada 23 hingga 26 Oktober 2014 yang lalu, saya telah diberikan kepercayaan oleh pihak Poto Travel & Tours untuk menjadi Tour Leader bagi pakej percutian 'Vietnam Kota Tinggalan Perang' selama 4 hari 3 malam ke Saigon, Vietnam. Rombongan kami dari Malaysia terdiri daripada 18 orang termasuk saya.

***Sebarang maklumat terkini mengenai harga atau pakej percutian yang lain, sila rujuk terus ke laman web rasmi Poto Travel & Tours di SINI.


Hari Pertama : Khamis (23 Oktober 2014) - KLIA - Tan Son Nhat International Airport - Saigon

Saya tiba di KLIA seawal jam 8.20am. Untuk pakej kali ini, waktu penerbangan rombongan kami adalah pada jam 2.00pm waktu Malaysia, namun semua 17 orang peserta rombongan dikehendaki berkumpul di Kaunter H, Aras 5, KLIA 3 jam lebih awal, iaitu pada jam 11.00am bagi memudahkan urusan 'group check in'. Untuk urusan 'group check in' pada hari tersebut, saya telah dibantu oleh Airport Duty Officer (ADO) daripada POTO Travel, iaitu Encik Fahazrul.

Tag yang dipakai saya dan peserta rombongan.

Maklumat perjalanan.

Encik Fahazrul membantu saya ketika urusan 'group check in'.
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile