Wednesday 31 August 2022

[Short Review] Gerai Cendolking, Kamunting

Tengahari tadi saya sempat singgah makan di sini bersama rakan sementara menunggu giliran kami bermain di pertandingan FIFA22 anjuran Tiga Port Gaming Studio . Saya mencuba Mee Rebus, dan rakan saya mencuba Laksa dan Cendol. 

Rasa Mee Rebusnya bagi saya sedap, kuah pekat dan cukup rasa. Rakan saya pula kata Laksanya sedap sebab habis licin mangkuk dia makan. 

Jadi pendek cerita memang saya recommend la kalau nak singgah sini untuk makan. Harganya pun murah. Menu makanan rasanya ada Pasembor, Mee Rebus, dan Laksa je, sebab hanya tiga tu je ditulis pada bunting. Saya tak tanya pun tadi kalau ada menu lain 😬

Lokasinya senang nak jumpa, di tepi kawasan parkir hadapan (sebelah kiri), pasaraya The Store Kamunting.


Saya bagi 4.5⭐️

Monday 1 August 2022

[Review] My Family (J-Dorama)

Salah satu J-Dorama yang saya telah tonton di aplikasi Disney Hotstar. Ianya baru sahaja tamat episod akhir bulan Julai yang lalu.

Barisan pelakon utama : Kazunari Ninomiya, Mikako Tabe, Hiroshi Tamaki, Gaku Hamada, Kento Kaku, dan ramai lagi pelakon hebat.


Sinopsis :

Haruto Narusawa (Kazunari Ninomiya) merupakan CEO sebuah syarikat yang menghasilkan mobile game terkenal. Kerana terlalu sibuk dengan kerja, dia mengabaikan isteri, Michiru (Mikako Tabe) dan anaknya, Tomoka, sampaikan beberapa perkara asas tentang anaknya pun dia tak tahu. 

Pada satu hari, anak perempuannya telah diculik oleh seseorang yang tidak dikenali. Penculik telah menghubungi Haruto dan telah meminta wang tebusan sebanyak 500,000,000 Yen jika mahu anaknya dibebaskan! Selain perlu sediakan wang tebusan, Haruto dan Michiru tidak boleh menghubungi atau mendapatkan pertolongan pihak polis! 

Pihak polis pula dalam masa yang sama berusaha untuk menangkap penculik kerana mengesyaki yang kes penculikan anak pasangan Narusawa ada kaitan dengan kes penculikan yang berlaku pada 5 tahun yang lalu, yang mana kes tersebut tak dapat diselesaikan pihak polis. Kini, pasangan Narusawa perlu 'berlawan' pula dengan pihak polis demi menyelamatkan anak mereka!

Dapatkah mereka menyelamatkan anak perempuan kesayangan mereka?

Dorama ni agak lain dari yang lain, dan ada banyak plot twist yang menjadikan ia lebih menarik. 

OST dorama ini juga best, dinyanyikan oleh penyanyi bernama Uru. 


Jadi marilah menonton! 

Rating saya bagi 8.5/10*

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile