Wednesday 12 May 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 1 & 2) : KL - Bahrain - Frankfurt - Stuttgart

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana saya sekeluarga telah selamat pergi dan pulang kembali ke Malaysia, tanah airku setelah bercuti hampir 2 minggu di negara orang. Terima kasih juga kepada Ayah, Ibu, dan Abang kerana telah men'support' sedikit sebanyak segala kos perbelanjaan saya ke dan semasa di Eropah ini.

Sepanjang hampir 2 minggu saya bercuti, kami empat sekeluarga (Ayah, Ibu, dan Abang) telah berkesempatan melawat ke 6 buah negara di Eropah, iaitu Jerman, Switzerland, Perancis, Belanda, Belgium, dan England. Kami mengikut rombongan travel & tours yang dikendalikan oleh syarikat POTO Travel & Tours Sdn. Bhd.

Umpama mimpi menjadi kenyataan, saya berasa sangat bertuah kerana dapat menjejakkan kaki ke negara-negara di Eropah ini untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan dan melihat kehidupan orang di negara lain. Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini, saya akan ceritakan dan berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang saya berada di bumi Eropah ini.

(Apsal ayat macam buku teks darjah 6 nie? alamaek..)


Eurotrip Travelogue (DAY 1 & 2) : KL - Bahrain - Frankfurt - Stuttgart

Hari Pertama - Selasa (27 April 2010)

 Gambar diambil secara candid oleh abang saya @ KLIA

Kami sekeluarga bertolak dari rumah abang saya di Shah Alam ke KLIA dan tiba kira-kira jam 7.30am. Waktu flight adalah pada jam 10.30am ke Bahrain, iaitu tempat transit sementara sebelum meneruskan penerbangan ke Frankfurt, Jerman.

Kami tiba di Manama, Bahrain selepas 8 jam penerbangan iaitu pada kira-kira jam 1.30pm (waktu Bahrain), atau 6.30pm (waktu Malaysia). (Bahrain - GMT +3)

Selepas selesai urusan di lapangan terbang, kami dan rombongan bertolak ke hotel yang disediakan pihak syarikat penerbangan untuk berehat sementara menunggu waktu penerbangan seterusnya pada pukul 1.15am (28 April 2010).

Di bawah ni ialah antara gambar-gambar yang sempat diambil di sekitar bandar Manama, Bahrain, ketika dalam perjalanan ke hotel.

Tepi laut

Cantik kan bangunan berkembar nie?

Lagi bangunan cantik di bandar Manama, Bahrain

 Inilah hotel tempat rombongan kami berehat sementara menunggu penerbangan ke Frankfurt, iaitu Delmon International Hotel.

 Gambar yang diambil betul-betul di hadapan hotel tempat kami berehat

Matawang Bahrain sangat tinggi,  iaitu 1.00 BD (Bahrain Dinar) bersamaan kira-kira RM 10.00. Kaya sungguh kalau dapat kerja sini!

Kira-kira jam 11.00pm kami bersama rombongan bertolak kembali ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan seterusnya ke Frankfurt, Jerman pada jam 1.15am.

 Sempat juga saya online Facebook sekejap di airport Bahrain nie, sementara menunggu waktu berlepas.

Hari Kedua - Rabu (28 April 2010)

Rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Frankfurt kira-kira jam 6.15am (waktu Frankfurt, Jerman / GMT +2), selepas 6 jam perjalanan menaiki kapal terbang.

Bergambar bersama ayah dan ibu selepas tiba di Lapangan Terbang Frankfurt.

Bersama abang saya

Sempat bergambar dengan kereta BMW yang dipamerkan di airport

Selesai urusan di lapangan terbang, rombongan kami terus menaiki bas yang telah sedia menunggu dan menuju ke Romer Square, yang terletak di bandar Frankfurt.

Kami diberitahu oleh Tour Leader, Puan Zainab, yang pemandu bas kami, Mr. Pietler Jurgen cuma dibenarkan memandu 12 jam sehari, iaitu jumlah maksimum dan perlu berhenti rehat setiap 2 jam. Selain itu, penumpang bas juga perlu memakai tali pinggang. Ianya merupakan undang-undang jalan raya yang perlu diikuti, kalau tak akan disaman!

Kalau difikirkan, bagus juga undang-undang macam nie kan? 

 Menaiki bas untuk bertolak ke Stuttgart

Pemandangan sekitar bandar Frankfurt

Lagi pemandangan sekitar bandar Frankfurt

Bergambar bersama keluarga di Romer Square

Gambar-gambar di bawah diambil sekitar Romer Square :

Klik pada gambar untuk besarkan.



Mesin nie menjual tiket trem dan menunjukkan destinasi-destinasi yang boleh ditujui.

Haa..inilah die trem nye..



Ade sesape nak beli teddy bear kat sini?

Sungai di seberang jalan dari Romer Square

Kami berhenti untuk mengambil gambar Romer Square selama kira-kira 1 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Stuttgart, Jerman.

Meneruskan perjalanan ke Stuttgart. Susah sungguh nak jumpe papan tanda dalam English

Kira-kira jam 12.00pm / tengahari, bas berhenti di kawasan rehat bagi memberi peluang peserta rombongan ke tandas dan makan tengahari. Kami sekeluarga singgah di Burger King. Tapi yang boleh dimakan tanpa was-was hanyalah French Fries. Jadilah kan?

Burger King di tempat rehat dalam perjalanan ke Stuttgart

Air yang menjadi pilihan saya dan abang : Lipton Ice Tea perisa Apple dan Mango!

Gambar yang diambil selepas meneruskan perjalanan. Tumbuhan kuning yang cantik nielah yang diproses untuk dijadikan minyak yang biasa dimakan bersama salad tue, kata tour leader rombongan kami la, tak tau betul ke tak. Tak buat research pun. Hehehe..

Had kelajuan 80 KM/H sahaja!

Selepas makan tengahari dan meneruskan perjalanan, kami tiba dan singgah di Outlet City, Metzingen kira-kira jam 1.30pm. Terdapat banyak barangan berjenama yang dijual disini, dan bangunan-bangunan kedai barangan berjenama ini menjadikannya satu pekan kecil untuk membeli belah.

 Papan tanda Outlet City, Metzingen! Tak semua kedai tercatat di sini, ada lagi!

 Bangunan barangan PUMA!

 Bangunan STRENESSE dan LACOSTE

 Sempat bergambar bersama pakcik-pakcik rombongan sementara menunggu orang lain yang belum habis shopping

 Nike Factory Store nie menawarkan banyak discount berbanding store jenama-jenama lain

 ADIDAS Store juga tidak ketinggalan!

 crocs pun ada! Segala jenis kasut crocs ada kat sini dan harganya lebih murah dari di Malaysia jikalau diconvert harganya dari EURO ke RM.

 Bergambar di hadapan bangunan yang menempatkan kedai-kedai barangan berjenama yang terdapat di dinding belakang tue.

Selepas 3 jam lebih di Outlet City, pada kira-kira jam 4.40pm, rombongan kami meneruskan perjalanan ke nh Airport Hoteles di Stuttgart untuk berehat sebelum meneruskan agenda pada hari esok.

Ketika dalam perjalanan ke hotel. Anda nampak apa? Budak-budak bawah umur takleh tengok! :P

Selamat tiba di nH Airport Hoteles, Stuttgart untuk bermalam. Plastik yang dipegang tu besar, nampak macam borong sakan, padahal beli 1 sweater je pun. =)


Bersambung ke entry berikutnya...Hari Ketiga - Khamis (29 April 2010) - Bahagian 1 : Stuttgart - Titisee

23 comments :

Sesopie said...

Wah,,Bestnya jln2 negara org! alaa..dah blik..baru nak order crocs..;p

areev19 said...

sophie : heeee..tape2..kat mesia pun bnyak kedai crocs ;)

Amirah Rashid said...

whaa. jeles lg skali. haha ;D

sdp ke air lipton tu? xprnh try lg :D

and anddd, ade jual brg swatch dkt saneee! waaaa. nakkkkkk.

areev19 said...

Amirah : sodap! =)..barang swatch? jam? kalo yg jam tu bnyak dkat Swiss dan Belanda, nanti sy cite dalam next entry. =)

joegrimjow said...

hoho
cantik2
tgal staun je lagi untuk p semua ni
heee

erkk
patut buat banyak episod
baru pendek
;)

areev19 said...

joegrimjow : heee..sbnarnye nak buat ikut hari..so ade lg 9 episod rasenye..kalau main cut2 nnti bcampur2 plak =)

neway tq yer comment..saya budak baru belajar =)

*tinggal staun lagi untuk p? waah..besh2.. :)

Amirul Arif said...

haha xda souvenir ker utk rakan2 blogger..heehehe

areev19 said...

Sang Pujangga Utara : heee..souvenir ek? alamaek...tak mampu la nk bagi kat rakan2 blogger..empunya diri pun tak terbeli..mahal woo.. T__T

Loyar Lawa said...

wahhhh bestnyer...bawak balik buah tangan banyak tak??? muahhahhaa

hanna said...

bahagianye dpt melancong dgn family!!!!!! :)

poto travel tgh ade offer ke time tu.?

areev19 said...

Loyar Lawa : bwk balik bnyk gambar ade la.. :D

hanna : yeah..alhamdulillah..haah..booking masa poto travel buat offer bulan january aritu kat sacc convec shah alam..

dayah said...

best jln2 cuci mata. ckp bahsa org sanax agknya :)

areev19 said...

/Dayah//Nurul/ : hee...tak reti den nk ckp bahse org sana.. :)

asdsahar said...

best lah lu bro!..

Sha Wbunny said...

best!

dextrike said...

beshnyeee..
awakkk, nak keychain tau! :D

Aduka said...

perghhhh..
bapak punye best..
nak ikooooooooooooooootttttttttttt!!
T_T

areev19 said...

tq sume.. ;)

insyaallah ade kesempatan korang pun dpt pg juge :)

Yatre Hayati said...

wah seronoknya......dapat berjalan2 di negara orang....mintak2 kita pown dapat pergi...!

s h a said...

wahhh...beshnyew areev...nk pg jugak...huhuh...sy akan usahkan nnt...hehe...

areev19 said...

Yatre & s h e e : yer..insyaallah satu ari nanti awk berdua pun dpt pergi sane.. ;)

Totin Jamain said...

OMG OMG OMG BESTNYAAA!!!!
PERGI TAK AJAKKKK -_-
Anyway, thanks for dropping byyy ;p

areev19 said...

Totin Jamain : hee...JOM!! :D

yeah..thanks dtg sini..tadi leka bace blog Dr. Totin..hehe :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile