Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.
Eurotrip Travelogue (DAY 6 - Part 2) : City of Paris, France
Hari Keenam - Ahad (2 Mei 2010) - Bahagian 2 : Bersiar-siar di kota Paris
10.50am - Selepas melawat ke Menara Eiffel, rombongan kami telah pergi melawat ke lokasi-lokasi menarik sekitar Paris sebelum singgah di Louvre untuk aktiviti seterusnya. Disebabkan tidak cukup masa untuk berhenti di setiap lokasi, maka kami cuma melalui dan melihat lokasi-lokasi tersebut dari dalam bas sahaja.
10.50am - Selepas melawat ke Menara Eiffel, rombongan kami telah pergi melawat ke lokasi-lokasi menarik sekitar Paris sebelum singgah di Louvre untuk aktiviti seterusnya. Disebabkan tidak cukup masa untuk berhenti di setiap lokasi, maka kami cuma melalui dan melihat lokasi-lokasi tersebut dari dalam bas sahaja.
Bergerak dari Eiffel menuju ke Place de la Concorde
Bende nama die Cleopatra's Needle yang terletak di Place de la Concorde.
Yang nie pula Fontaines de la Concorde, juga terletak di Place de la Concorde.
Yang besar kat belakang tu pula Grand Palais.
Yang nie bukan bangunan sejarah, tapi tarikan jugak la..bangunan LV aka Louis Vuitton.
Tiba di Arc de Triomphe.
Madeleine Church dari pandangan sisi, serius besar!
Ini pula Paris Opera.
Menuju ke the Louvre.
Sekitar lorong-lorong kecil
11.30am - Akhirnya rombongan kami tiba di the Louvre. Tapi selepas parking di bawah the Louvre, rombongan kami telah dibawa menuju ke BENLUX, iaitu kedai yang menjual pelbagai jenis perfume.
Piramid kaca the Louvre dari bawah
Ada banyak kedai-kedai di bahagian bawah tanah di the Louvre, contohnye kedai Virgin nie.
Keadaan di bawah tanah the Louvre.
Berjalan keluar dari bangunan the Louvre yang sangat besar!
Haa...kedai BENLUX kat belakang tue la yang menjual pelbagai jenis perfume tuh. Ops, diperkenalkan, inilah abang saya.
1.35pm - Setelah hampir 2 jam menghabiskan masa di BENLUX dan kedai-kedai di sekitarnya, rombongan kami terus menuju ke tempat makan tengahari. Saya dan abang berasa sangatlaaa kecewa sebab dah sampai dah kat the Louvre, tapi kenapa tak pergi ke tempat piramid Lourve yang merupakan salah satu tempat tarikan di Paris nie.
Menyesal sangat rasanya kami berdua tak pergi sendiri ke tempat piramid tu, padahal banyak masa terluang semasa menunggu peserta rombongan lain habis membeli-belah di BENLUX tue. Bukan taknak pergi sendiri, tapi risau nanti orang tercari-cari pulak nanti.. T__T
1.55pm - Bas tiba di Restaurant Madras Cafe di bawah nie. Mungkin di atas kesilapan teknikal, terlalu lama masa yang ditunggu untuk makanan sampai. Sejam lebih baru makanan sampai, sampai perut pun dah habis tak tahu nak karaoke lagu ape..ish3
Restoran India di Paris.
Dapat je makanan, tanpa berlengah lagi terus ngap! Sedap? Tak la sangat pun..biasa je..tapi perut lapar semua pun lemak!
3.45pm - Selepas makan tengahari, rombongan kami meneruskan perjalanan menuju ke tempat menjual souvenirs.
Heee....ini pun ade muzium..?
IRON MAN 2 sedang ditayangkan ketika nie, dan juga perlawanan Chelsea menentang Liverpool. Tak senang hati dalam bas memikirkan keputusan Chelsea-Liver tuh..Harap-harap menang je la..
4.50pm - Selepas membeli souvenirs, rombongan kami menuju ke tempat untuk cruise di Sungai Seine.
5.30pm - Tiba di tempat menaiki cruise, iaitu BATEAUX MOUCHES.
Bergambar dulu sebelum ambil tiket.
Oh Eiffel, kau cuma sejengkal!
Bergambar bersama peserta rombongan. Credit kepada Puan Zainab, Tour Leader kami.
6.15pm - Mula meneroka Sungai Seine dengan menaiki cruise.
Baru menaiki boat. Bergambar berlatarkan Eiffel.
Pemandangan dari atas cruise
Yang ini Orsay Museum
Nie lah die Notre dame de Paris
Restoran di atas boat! Ada pelanggan restoran yang melambai ke arah cruise kami.
Lagi pemandangan dari atas cruise
Jambatan moden merentasi Sungai Seine.
Bergambar bersama Encik Arun, salah sorang tour guides kami kat Paris untuk hari nie. Die memang friendly, tanye je ape2, mesti die jawab.
Cruise dah berpatah balik menuju ke tempat mula.
Sejuk sangat pada masa nie, kalau ikut ramalan cuaca, petang nie dalam 15 celcius jer, tapi sebab berada di bahagian atas cruise nie, ditambah dengan angin yang boleh tahan kuatnya, bertambah la sejuk jadinye.
Pelangi petang di Paris...! Oh aku pelangi! hehehe
7.30pm - Tamat sudah penerokaan kami di Sungai Seine..Bertolak pulang ke hotel.
Melalui tepi Eiffel ketika dalam perjalanan pulang ke hotel. Orang masih sangat ramai..
Cantik kan bunga di pokok nie?
Sinilah Stesen tren Bir-Hakeim yang kami sampai pada malam sebelumnye.
Tiba di Porte de Versailles, dimana sedang berlangsung acara foire de Paris.
Tempat nie kiranya convention centre macam PWTC.
Yang ini pula Palais des Sports.
7.55pm - Rombongan kami tiba di hotel untuk berehat dan mendapatkan tenaga untuk perjalanan jauh esok ke Amsterdam, Belanda. Masuk je bilik hotel, terus check result perlawanan Chelsea menentang Liverpool, yessss! Chelsea menang 2-0...Yeahhoooooo...!!
Bersambung ke entry berikutnya..Hari Ketujuh - Isnin (3 Mei 2010) - Bahagian 1 : Dari Paris ke Amsterdam : Keukenhof - Taman Bunga Eropah
9 comments :
bestnye...keje ke jalan2 ni????
heee...jalan2 =)
oh speechless...huhu bestnyerr
nuriz : besh..tapi paris nie kotor skit.. :)
brother
teringat kenangan aku pegi Paris 4 tahun dulu.. masa tuh bulan 12. Shopping sakan.. murah2.. tapi kalau nak murah kena ke London lah dlm 1 jam. hehehehe
amacam.. ada cenderahati utk aku tak? =) *-^
lawanya kota Paris..
bila lah dapat berjalan2 ni
Nur : uich...london murah kew? cam lbey kurang je..sbb sy pg london jugak, tp xsempat nk pg shopping2 nie.. cenderahati? fuuuh...kalau smua kwn blogger mintak, tak dapet la den..poket kosong neh, belum masuk keje.. :|
Syafrizal : yerr...lawa2...insyaallah ade rezeki awk pun smpai gak nanti ;)
areev.. kalau pegi London bulan sekarang memang tak ada giant sale. kalau bulan 12 jgn ceta beb..
p.s.. kawan aku pegi bulan depan. aku pesan jgn shoppg giler coz tak ada sale gempaq.. selamat berjalan. bila balik Malaysia?
Nur : ek? dah balik mesia pun la..da 2 minggu pun
Post a Comment