Tuesday, 11 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 11) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kesebelas : Sabtu (18 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi keenam di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada pagi ini, rombongan jemaah Zahafiz dibawa ke Masjid Saidatina Aisyah yang terletak di Tanaim, untuk bermiqat umrah. Ianya adalah tempat bermiqat yang paling hampir dengan Kota Mekah. Ini adalah umrah kali keempat dalam program yang diaturkan oleh pihak Zahafiz. Kalau anda ingin menunaikan umrah setiap hari atau mengikut kehendak anda sendiri, anda boleh menyewa sendiri perkhidmatan van atau coaster yang akan membawa anda ke tempat-tempat miqat. Saya tak pasti mengenai bayaran, mungkin anda boleh tanya kepada kaunter di hotel penginapan anda atau kepada mutawwif.

Seperti biasa, semua jemaah diminta berkumpul di lobi hotel penginapan sekitar jam 8.00am. Semua rombongan jemaah dinasihatkan untuk memakai pakaian ihram di hotel bagi mengelakkan kesesakan ketika di Tanaim.

Kami tiba di Masjid Saidatina Aisyah ini kira-kira jam 8.53am.


Oleh kerana ianya adalah tempat bermiqat yang paling hampir dengan Kota Mekah, maka jumlah jemaah yang datang juga adalah agak ramai, jadi adalah dinasihatkan supaya kita memakai ihram di hotel, dan hanya tiba di Masjid Saidatina Aisyah di Tanaim ini untuk menunaikan solat sunat Ihram dan berniat umrah.

Suasana di dalam masjid.


9.30am Ketika dalam van bergerak menuju kembali ke Kota Mekah selepas bermiqat dan berniat umrah.



Menara Jam Abraj Al Bait yang dapat dilihat dari jauh.

Stesen minyak di Mekah yang kelihatan 'biasa'.

Menghampiri sempadan bermulanya Tanah Haram Mekah. Di pintu masuk sempadan ini, terdapat polis atau mungkin kastam yang menjaga laluan masuk. Pemandu van atau bas akan memberikan dokumen untuk diperiksa sebelum dibenarkan masuk ke sempadan Tanah Haram Mekah.

Kami dihantar semula ke hotel sebelum masing-masing bergerak sendiri ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah.

Notis dan maklumat mengenai hari esok. Iaitu kami akan bertolak pulang ke Malaysia.

Seperti umrah sebelum ini, saya sekeluarga menunaikan ibadah tawaf rukun dan sa'ie bersama-sama.

11.29am. Selepas menunaikan tawaf rukun.

Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat menyelesaikan tawaf dan sa'ie sebelum masuk waktu Zohor. Kami seterusnya menunaikan solat Zohor berjemaah di kawasan sa'ie sebelum bergerak pulang ke hotel penginapan untuk berehat.

Suasana di tempat sa'ie tingkat 2, selepas solat Zohor.

Laluan lampu berwarna hijau di tempat sa'ie, iaitu tempat disunatkan untuk berlari-lari anak, sebagai simbolik peristiwa Siti Hajar yang berlari mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail A.S..

Gambar-gambar di bawah diambil menjelang waktu Asar, dari ruang solat di bahagian atas bumbung Masjidil Haram.




Ini adalah kedai gunting rambut yang telah meragut kesucian kepala saya sehingga botak buat kali pertama. Err...maaf kalau ayat kurang relevan atau sesuai.

Air minuman yang dijual di kedai-kedai runcit di sini memang sedap. 

Pada waktu malam, selepas solat Isyak, sekali lagi hari ini saya memilih untuk membeli makanan makan malam di food court.

Air minuman buah-buahan di kedai ini memang sedap dan segar.

Restoran pilihan untuk makan malam terakhir di Kota Mekah.

Inilah makanan yang telah saya tapau. Satu set Chicken Broast. Ianya mengandungi 4 ketul ayam goreng seperti ayam goreng KFC, kentang goreng, dan roti arab. Sepanjang di Madinah dan Mekah, saya amat menggemari kentang goreng yang dijual di sini. 

Air minuman favourite tidak dilupakan!


Bersambung ke entry berikutnya... Hari Keduabelas : Ahad (19 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile