Sunday, February 2, 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 2) : Madinah Al-Munawwarah

Hari Kedua : Khamis (9 Januari 2014) - Madinah Al-Munawwarah

Pagi pertama di Tanah Haram, Kota Madinah. 

Selepas solat Subuh dan bersarapan di hotel, bermulalah siri pertama program lawatan atau ziarah yang dikendalikan oleh pihak Zahafiz. Mutawwif sepanjang kami di Madinah dan Mekah adalah Ustaz Ikram, seorang penceramah bebas.

Program, atau ziarah pertama di bumi Madinah.


Rombongan jemaah dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu lelaki dan wanita, sebelum dibawa melawat atau berkunjung ke Makam Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat, iaitu Saidina Umar R.A. dan Saidina Abu Baqar R.A., kawasan Raudhah, dan kawasan Perkuburan Baqi'.

Rombongan kami bergerak menuju ke Masjid Nabawi yang terletak kira-kira 50 meter dari hotel penginapan kami pada sekitar jam 8.15am.

Rombongan jemaah berkumpul dan bergerak menuju masuk ke Masjid Nabawi.

Terdapat restoran Starbucks Coffee betul-betul berhampiran dengan salah satu pintu masuk ke Masjid Nabawi. Yahudi? Boikot? Terpulang kepada anda.


Pada waktu siang hari, payung di sekitar bahagian luar Masjid Nabawi ini dibuka untuk memberi teduhan daripada cahaya matahari yang terik, khususnya pada musim panas.

Di bahagian luar Masjid Nabawi.

Matahari mula naik. Gambar ini diambil pada 8.33am.

Salah satu daripada menara di Masjid Nabawi.

Kami tiba berhampiran dengan kawasan Perkuburan Baqi' dan seorang ustaz daripada Zahafiz memberikan penerangan serba sedikit mengenai sejarah dan kawasan berdekatan.

Inilah rupa payung yang belum dibuka atau ditutup.

Tiang ini menandakan kawasan paling hadapan di dalam masjid, iaitu tempat Imam mengimami solat. Jemaah atau makmum tidak dibenarkan untuk solat lebih hadapan daripada had ini.

Di sebalik dinding tersebut adalah kawasan Perkuburan Baqi' atau pun Jannatul Baqi'. Kawasan perkuburan ini adalah dimana terletaknya kubur-kubur isteri-isteri, keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W.. Ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabawi.

Walaubagaimanapun, kami tidak dapat memasuki kawasan perkuburan berkenaan kerana waktu ziarahnya telah pun ditutup pada jam 8-8.30am. Menurut mutawwif, ianya akan dibuka untuk ziarah selepas solat Subuh dan selepas solat Asar setiap hari. Jadi sekiranya anda ingin memasuki dan ziarah ke dalam kawasan Jannatul Baqi' ini, saya sarankan anda untuk terus segera menuju ke kawasan berkenaan selepas solat Subuh atau Asar berjemaah di Masjid Nabawi, kerana ramai akan turut berbuat perkara yang sama dan seterusnya mengakibatkan kesesakan untuk menuju ke pintu masuk Jannatul Baqi' ini. Selepas beberapa ketika atau apabila bilangan pengunjung sudah mencapai had, pintu masuk ke Jannatul Baqi' ini akan ditutup dan anda hanya boleh menziarahnya pada waktu yang berikutnya.

Seterusnya rombongan jemaah dibawa menuju ke tempat terletaknya Makam Nabi Muhammad dan 2 sahabat, dan kawasan Raudhah.

Antara rombongan jemaah lain yang turut berada di sini untuk program ziarah dalam kawasan Masjid Nabawi.

Berhenti seketika di salah satu tempat mengambil Wuduk dan Toilet yang terdapat di bahagian bawah tanah Masjid Nabawi. Terdapat eskalator dan lif yang membawa jemaah atau pengunjung ke bawah.

Ini adalah pintu keluar selepas menziarah dan melalui kawasan Raudhah dan Makam Nabi Muhammad dan 2 sahabat, iaitu Saidina Umar R.A. dan Saidina Abu Baqar R.A..

Gambar Makam Nabi dan Raudhah tidak sempat saya ambil pada pagi tersebut, tapi insyaAllah akan saya sertakan dalam entry yang berikutnya kerana saya akan menulis entry Travelogue Umrah ini mengikut garis masa perjalanan saya di sana.



Selepas habis melawat, rombongan jemaah bebas untuk membuat aktiviti sendiri. Saya, bapa, dan abang sempat berhenti minum air zamzam yang terdapat di sekitar Masjid Nabawi ini.

Ketika beriktikaf di masjid menunggu waktu Zohor.

Paparan waktu solat yang terdapat di bersebelahan pintu masuk ke dalam masjid.

Oleh kerana cuaca sejuk di Madinah menguatkan lagi rasa suasana selsema yang dialami saya, maka saya mencari vitamin C yang terdapat di dalam buah oren. Jika di Malaysia saya kerap minum air Twister oren setiap kali rasa hendak selsema, di sini pula saya mencari apa-apa jua air berunsur oren. Air oren di sini sangat masam, seperti dari jenama FRUTO ini.

Selepas solat Asar berjemaah, saya sempat menziarah ke kawasan Jannatul Baqi'. 

Papan tanda di hadapan kawasan Jannatul Baqi'.

Ini adalah antara kubur-kubur yang terdapat di Jannatul Baqi' ini. Semuanya tiada tanda atau nama, hanya sekadar 2 ketul batu bagi setiap kubur. Hal ini bagi mengelakkan kepercayaan khurafat yang mana pengunjung datang untuk berdoa kepada kubur-kubur atau jenazah-jenazah tertentu.

Ramai orang melemparkan atau memberikan makanan burung merpati yang banyak terdapat di sekitar kawasan perkuburan dan Masjid Nabawi ini.

Kawasan Jannatul Baqi' ini amat luas dan menempatkan berpuluh ribu kubur.


Antara papan tanda yang terdapat di kawasan Jannatul Baqi' ini.

Dari jauh kelihatan ramai orang berhimpun di satu kawasan di hujung Jannatul Baqi' ini.

Rasanya ia adalah upacara pengebumian, iaitu selepas selesai solat Asar berjemaah. Di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, setiap kali selesai solat fardhu berjemaah, akan ada solat Jenazah berjemaah.

Ini pula kelihatan seperti mereka baru ingin menggali lubang baru.

Carta salasilah keluarga Nabi Muhammad S.A.W. yang terdapat di luar kawasan Jannatul Baqi'.

Di sekitar kawasan Masjid Nabawi ini, terdapat ramai penjual-penjual yang berniaga secara 'lambak'. Antara yang dijual adalah jubah, sejadah, jaket sejuk, stokin, dan lain-lain. Ada yang lebih murah daripada yang dijual di dalam kedai. Terpulang kepada anda untuk membeli atau tidak.

Kawasan penjual 'lambak' berdekatan pintu masuk ke Masjid Nabawi.



Berhampiran dengan pintu masuk ke Masjid Nabawi, terdapat restoran makanan segera KFC dan Carl's Jr yang dikenali sebagai Hardee's di sini.

Waktu solat dan nombor untuk dihubungi yang ditampal di hotel penginapan.

Sekitar Masjid Nabawi selepas solat Isyak.

Pada malamnya saya memilih untuk membeli makanan di gerai yang terdapat berhampiran dengan kawasan masjid. Sedap ! 

Hotel penginapan menyediakan makanan 3 kali sehari, iaitu sarapan (selepas solat Subuh), makan tengahari (selepas solat Zohor), dan makan malam (selepas solat Maghrib/Isyak). Di hotel penginapan kami, iaitu di Hotel Mubarak Madinah, terdapat terlalu ramai jemaah lain, terutamanya dari Indonesia yang sentiasa memenuhi dewan makan ketika waktu makan. Terasa seperti berada di Jakarta pula. Penggunaan lift pula agak susah dan sesak terutamanya ketika selepas waktu solat dan waktu makan. Jadi perlu merancang pergerakan dengan sewajarnya.





No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan