Sunday 30 May 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 8 - Part 1) : Amsterdam, Netherlands











Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.




Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 8 - Part 1) : Amsterdam, Netherlands

Hari Kelapan - Selasa (4 Mei 2010) - Bahagian 1 : Amsterdam, Netherlands




Pada hari nie (4 Mei 2010), iaitu pada sebelah pagi, rombongan kami telah dibawa melawat ke sekitar bandar Amsterdam. Hari nie kami ditemani oleh seorang tour guide warga Belanda yang bernama Mr. Viem. 


Lokasi pertama yang akan kami tujui pada hari ini ialah Coster Diamonds, iaitu tempat pembuatan dan penjualan permata yang sangat terkenal di Amsterdam.

Sebelum bertolak, kita ambil gambar dulu! Baju nak tebal je..ish3





9.15am - Bas bertolak dari hotel menuju ke pusat bandar Amsterdam.

Melalui kawasan berdekatan hotel


Macam negara Eropah yang saya pergi sebelum nie, basikal sangat banyak digunakan. Nampak tak lorong kecil yang skuter lalu tu? Memang laluan khas disediakan untuk pengguna basikal dan motosikal.


Banyak sungai2 atau terusan di dalam bandar Amsterdam nie.

Letop! Nak letop ape pun saya taktau..amaran bahaya rasanya..

Lagi pemandangan sekitar perjalanan ke pusat bandar

Laluan trem betul2 di tengah jalan raya

Nak masuk musim bunga masa nie

Ade lagi sungai..

Dah mula memasuki kawasan bandar

Hampir setiap unit bangunan di Amsterdam nie mempunyai cangkuk seperti dalam gambar kat atas nie. Fungsinya untuk mengangkat barang-barang berat dan besar seperti perabot terus ke bahagian atas/ tingkat 2 di rumah. 

Keadaan jalan raya, dengan laluan trem di tengah jalan..agak-agak pernah tak ada kereta yang berlanggar dengan trem?

Kelihatan Rijk Museum yang menempatkan banyak karya seni terutamanya lukisan.

"Amsterdam - Most Liberal City in the world" - kata Tour Guide kami pada hari nie, Mr. Viem.

Semasa dalam perjalanan, Mr. Viem ada menyatakan yang Belanda merupakan sebuah negara yang kaya, namun kekayaan mereka tidak ditunjukkan oleh rakyatnya. Mr. Viem jugak cakap yang orang Belanda nie tak berminat nak guna kereta Mercedes atau BMW yang dianggap mewah di sesetengah negara. Mr. Viem cakap, kalau nampak ade orang guna kereta-kereta tue, pasti owner kereta tu orang Jerman atau dari negara lain selain Belanda, sebab orang Belanda tak guna kereta tue. Ish3..kaya sungguh?

9.45am - Bas berjaya mendapatkan parking bawah tanah. Rombongan kami pun terus menuju ke bangunan Coster Diamonds yang terletak di seberang jalan.

Rijk Museum yang terletak berdekatan dengan Coster Diamonds.


Inilah die Coster Diamonds..

Antara jenis-jenis batu permata yang ditayangkan kepada pengunjung.

Agak-agak berapa nilai crown nie?

Pekerja sedang melakukan proses mem'polish' batu permata..

Silau mata memandang...

Selepas merayau kat bahagian bawah bangunan nie, kami dibawa masuk ke bilik khas, di mana ade pegawai khas yang bertugas menunjukkan dengan lebih terperinci kualiti batu-batu permata yang terdapat di Coster Diamonds.

Antara contoh batu-batu permata yang telah ditatahkan ke atas cincin. Harga sebiji batu permata tulen yang paling kecil (dalam 0.5cm) dan yang terbaek ialah 500 Euro. T__T

Selain menjual batu permata, terdapat juga barangan lain yang dijual di sini, antaranya jam tangan, souvenirs, dan lain-lain lagi. Lepas keluar dari bilik khas tu, kami pun merayau-rayau la sekitar dalam bangunan tue.

CSI : Cannabis Smokers Institution..hohohoh..tak heran pun sebab kat sini mmg legal..

Yeah, mmg ultimate city of freedom..buatlah apa anda suka kat sini..

Keluar daripada Diamant Museum..sebenarnya bangunan nie bercantum dan bersebelahan dengan Coster Diamonds tadi.

Sementara menunggu orang lain sibuk membeli-belah, kita ambil gambar dulu! Dataran nie terletak bertentangan dan seberang jalan dengan Coster Diamonds dan Diamant Museum.


I amsterdam...kreatif kan?

Kat mane nie?? Siap ade 4 skrin lcd lagi..sempat lagi tu nk siar iklan..ish3


Tak sure nie bangunan ape, tapi sedang ada proses baik pulih..

Deretan bangunan di mana terletaknya Coster Diamonds tadi..


Pernah dengar nama Vincent van Gogh? Beliau merupakan seorang pelukis terkenal dan hampir kesemua karyanya ditempatkan di Van Gogh Museum nie.

12.39pm - Selepas semua peserta rombongan habis shopping dan kembali ke bas, kami pun bertolak menuju ke Amsterdam Canal Cruise

12.48pm - Bas tiba di tempat cruise. Dekat je, tak sampai 10 minit perjalanan dari Coster Diamonds. Program seterusnya, menikmati cruise yang berlegar di sekitar bandar Amsterdam...!

Jom naik boat!

Bergambar bersama ayah dan ibu.

Pergh...die perli kami geng takde duit.. T__T

Gambar dari belakang boat..Terdapat banyak rumah terapung (rumah dalam boat) di sepanjang terusan/sungai di Amsterdam nie..Kalau tak silap dalam 5000 buah rumah, kata tour guide kami. Beliau sendiri tinggal dalam rumah boat nie.. =)

Tak tau bangunan ape..tak dengar sangat pun penerangan di atas boat tu, sebab terlalu asyik nak tengok pemandangan sekeliling dan ambil gambar..

Lepak belakang boat..


Banyak boat yang tersusun di sepanjang terusan/sungai nie..


Ex-Porn Star dikesan di tepi sungai!

Kereta api elektrik berlalu melintasi boat kami..Nampak tak betapa banyaknya basikal kat situ?

Dari sungai, akhirnya masuk ke kawasan lautan..


Pemandangan bandar dari atas boat

Kembali ke kawasan terusan/sungai..

Pemandangan sekitar..

Bersusun boat kat sini..rasanya setiap penduduk mempunyai boat sendiri.

Melintasi Hermitage Amsterdam, salah sebuah muzium yang terdapat di Amsterdam.

Gambar jambatan pun nak ambil? 


Terdapat pentas di tepi sungai nie..tak tahu la untuk acara ape..

Melintasi Amstel Hotel, iaitu hotel yang termahal di sini.

2.10pm - Setelah sejam lebih menaiki cruise, rombongan kami pun bergerak menuju ke tempat makan tengahari.




Bersambung ke entry berikutnya..Hari Kelapan - Selasa (4 Mei 2010) - Bahagian 2 : Zaanse Schans, Volendam, & Hard Rock Cafe

12 comments :

aMy said...

excited nak tunggu the next post! haha

last time sempat jejak kaki ke schiphol airport je.. :( best ekh dapat amik gambar kat i amsterdam tuh! aa jeles2. haha

areev19 said...

aMy : hee...tq2..terharu sgt ade org nk tnggu next post.. =)

owh..nape airport je? transit ek?

aMy said...

hahah yeah..transit je ..
nak kuar jenjalan sndrik takut sesat plak. =__= insyallah next time

areev19 said...

aMy : ooo..takpe2..next time la ye ;)

nerdy nadea said...

bestnyer..

areev19 said...

nurul nadia : =)

Dzasc Skachers said...

adess bro.. aku nak tinggal jejak kat Sbox ngko, terbantut la.. :-) so bagi jela komen yang berpatutan..
pemandangan dia memang memukau mata.. :-)

areev19 said...

wadud@duad : hee..trimas2 sbb memberi comment =)

Verdict said...

aiyayaya...

mata suda rambang..
huu.. bile bole pegi nie..

areev19 said...

Fiq : heee...rambang cmne tu? =)

sweetsal said...

bestnye jalan2 negara orang..tgk basikal byk nye macam kt negara jepun pulak..hehe!

areev19 said...

sweetsal : haah...bnyk basikal cm kat jepun..negara2 maju n ade 4 musim nie mmg gunakan basikal sbg main transportation rasenye ;)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile