Thursday, June 3, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 8 - Part 2) : Zaanse Schans, Volendam, & Hard Rock Cafe

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 8 - Part 2) : Zaanse Schans, Volendam, & Hard Rock Cafe

Hari Kelapan - Selasa (4 Mei 2010) - Bahagian 2 : Zaanse Schans, Volendam, & Hard Rock Cafe


2.10pm - Selepas menaiki cruise mengelilingi sekitar bandar Amsterdam, rombongan kami telah menuju ke tempat makan tengahari, iaitu sebuah tempat makan berdekatan dengan kedutaan Turki, kalau tak silap.



Menuju ke tempat makan tengahari

Hah..ade lorong khas motosikal/basikal di tengah2 bandar nie. Helmet pun tak pakai..

Comel giler kereta nie..lagi kecik dari kete Smart Fortwo

2.25pm - Singgah di tempat makan berdekatan Kedutaan Turki di Belanda.

Nie la die tempat nye..yg seketul tu kedai runcit..ade bangunan lain kat sebelah kiri (tak kelihatan dalam gambar nie)

Ayah dan ibu saya bersama Tour Guide kami, Mr. Viem

Disebabkan meja kat sebelah dalam kedai dah penuh, kami pun makan je kat luar kedai..memang sejuk amat! Tapi layan jer, biler lagi nk merasa makan kebab dalam suasana sejuk cmtu..Sambil2 makan kat luar kedai tu, Tour Guide kami, Mr. Viem pun join sekali dan borak-borak dengan kami pasal negara Belanda.

3.24pm - Setelah sejam berehat makan tengahari, rombongan bas kami meneruskan agenda seterusnya, iaitu menuju ke Zaanse Schans, dimana terdapatnya kilang membuat kasut kayu dan keju.

Banyaknya kincir angin!!

3.48pm - Bas kami akhirnya tiba di Zaanse Schans.

Dah sampai tempat buat kasut kayu, kalau tak bergambar dengan kasut gedabak nie, mmg rugi la kan..? =)

Sape nk kena sepak..? 

Pekerja kilang sedang membuat demonstrasi bagaimana membuat kasut kayu.

Haaa...inilah die kasut kayu yg fresh dari bengkel!

Macam-macam kasut kayu ada..!

Ayah dan ibu saya bergambar di hadapan bangunan tempat membuat kasut kayu tadi.

Terjumpe swan plak kat tepi sungai nie..cantek!

Bergambar dengan Swan?? 

Mari menuju ke tempat membuat keju..!

Pemandangan sekitar Zaanse Schans

Cheese Farm

Pekerja di tempat membuat keju sedang memberikan penerangan kepada pengunjung

Ini pulak keju fresh dari ladang..!

Bergambar bersama ayah dengan berlatarkan kincir2 angin.. 

Terjumpe itik dan anak-anaknye yg sgt comel..heeee

Haaa...jangan bagi makanan kat haiwan..!

Peta kawasan sekitar

5.05pm - Selepas menghabiskan masa sejam di Zaanse Schans, rombongan kami pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya, iaitu Volendam, sebuah pekan dan perkampungan yang terletak di tepi laut.

Chocomel - sodap woo air neh..

Melalui ladang ternakan..

Cantik pemandangan terusan kat sini..

Lagi gambar pemandangan yang diambil dari dalam bas

Kincir angin yang merupakan ikon kepada negara Belanda

Keadaan rumah di tepi jalan..setiap rumah ada bot masing-masing..

5.35pm - Tiba di Volendam.

Mula memasuki pekan kecil Volendam..

Kawasan perumahan/rumah kedai yang memang terletak betul-betul tepi laut..

Bergambar berdekatan pelabuhan kecil pekan Volendam

Banyak bot yang berlabuh dan singgah kat sini

Bot-bot persendirian memenuhi kawasan pelabuhan..

Sempat berjalan-jalan di sekitar lorong di pekan Volendam dalam tak sampai setengah jam. Sebabnya, kedai-kedai di lorong nie ditutup tepat jam 6 petang.

Nie la lorong yang sempat kami jalan-jalan..banyak terdapat kedai souvenirs dan makanan.

6.09pm - Kedai pun dah tutup, maka rombongan kami pun bertolak pulang ke hotel di Amsterdam untuk berehat.

Sempat snap gambar nie...cun tak? =)

Terdapat banyak jambatan boleh ubah yang menghubungkan rumah dengan seberang terusan macam dalam gambar tu.

Lagi satu jambatan yang menghubungkan rumah dengan kawasan seberang terusan

Korang rase ape yg pakcik-pakcik nie ambil gambar?

Haaa...kawasan perumahan berdekatan dengan Volendam nie mmg nampak cantik dan tersusun..

Pemandangan sekitar..

Tak dapat pegi Amsterdam Arena, dapat beli topi Ajax sebagai kenangan pun jadi lah..

6.48pm - Rombongan bas kami tiba di HEM Hotel, Amsterdam. Masa untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan jauh ke Brussels, dan London pada hari esoknya.

Ayah dan saya sempat bergambar dengan Mr. Viem

7.45pm - Hee...okey, saya, abang dan 2 couple pakcik-makcik dari rombongan tu tak terus berehat. Lepas bersiap ape yang patut, kami telah pergi sendiri menaiki trem menuju ke Hard Rock Cafe Amsterdam. 

Terdapat Casino besar kat tengah-tengah bandar Amsterdam nie!

Berjalan menuju ke Hard Rock Cafe, dari stesen trem.

areev19 @ Amsterdam

Inilah die Hard Rock Cafe Amsterdam, kalau dilihat dari tepi jalan.

Ini pulak di sebelah belakangnya..belakang saya tu la kedai jual souvenirs Hard Rock Cafe..

Dah beli ape yang patut kat Hard Rock Cafe, kami pun terus bertolak pulang untuk berehat.

Bergambar dulu sebelum balik.. =)


9.25pm - Bertolak balik menaiki trem.

9.45pm - Sampai di hotel. Masa untuk berehat...

4 comments :

Jericho said...

Best juga tour ni. Dalam sebuah negara tu, berapa lama stay? ker lalu jer?

areev19 said...

ermm...ade yg lalu, ade yg tido sehari, ade tido 2 hari.. =)

M a W a D D a H said...

cantiknya gambar2 kat sini yang di snap..suka tengok..ada kasut besar, ada angsa, ada pemandangan yang best...

p/s: nak sourvenir...hehehehe

areev19 said...

M a W a D D a H : hee..tq2.. =)

p/s : err...(terdiam) ;)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan