Sunday 3 September 2023

[Review] Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Beberapa minggu yang lalu kami telah berkesempatan pergi ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. Tak sangka, ramai juga pengunjung yang datang. 

Seperti di Balai Seni Negara yang turut kami pergi sebelum ini, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ini pun tidak mempunyai bayaran untuk masuk, iaitu masuk percuma je. Tapi, pengunjung tak dibenarkan membawa beg (termasuk handbag), selfie stick, dan makanan kalau tak silap. Pastinya untuk tujuan keselamatan.













Kat sini, pengunjung boleh dapat pelbagai informasi berkenaan duit, bank, sistem perdagangan, matawang, artifak-artifak lama, sejarah berkenaan dengan penggunaan duit sejak dari zaman dahulu kala, bagaimana wang atau duit dihasilkan, dan bermacam lagi. 






Yang menariknya, pengunjung dapat berinteraksi dengan banyak pameran yang terdapat sini. Kayuh basikal untuk menyelusuri sejarah penggunaan duit dari zaman purba pun ada! Memang tak rugi la habiskan masa kat sini. 

Terdapat 6 galeri muzium yang boleh dikunjungi, dan juga terdapat kafe dan kedai cenderahati di sini. Salah satu tarikan unik yang terdapat di sini adalah Terowong Wang, yang mana dindingnya dipenuhi dengan RM1 juta dalam bentuk wang kertas pelbagai nilai, termasuk wang kertas lama yang 'rare'. Terowong Wang ini boleh ditemui di Galeri Kanak-Kanak yang terdapat di tingkat bawah.












Kalau tak tahu nak pergi mana hujung minggu ni, pergilah ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ni. 

Saya bagi 9/10⭐️

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile