Saturday 2 September 2023

[Review] Pusat Sains Negara - Cawangan Wilayah Utara (Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah)

Tahukah anda, terdapat Pusat Sains Negara di Alor Setar, Kedah? Kalau anda pergi bercuti ke Alor Setar, dan tak tahu nak bawa anak ke mana, maka sinilah tempat yang wajib anda bawa! Bukan anak je yang seronok dan dapat belajar, ibu bapa pun sama!

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ni terletak berdekatan dengan Gunung Keriang, dalam 20-30 minit perjalanan dari pusat bandar Alor Setar. Harga tiket pun murah, cuma RM2 untuk yang berusia 13 tahun ke atas, kanak-kanak 7-12 tahun cuma RM1, dan kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah, OKU, dan Warga Emas pula masuk percuma!



Cuma terdapat 1 ruang galeri yang dibuka di sini, tapi agak luas juga. Kalau nak cuba dan main semua yang ada di sini, mungkin boleh lah habiskan masa sekitar 1 jam setengah hingga ke 2 jam setengah.





Banyak juga ilmu sains yang boleh dipelajari di sini. Cuma satu yang mengecewakan, ada banyak tarikan utama yang rosak dan ada yang sedang diselenggara semasa kami datang (penghujung Julai 2023). 

Entah kenapa, banyak tempat tarikan yang kami pergi dalam Malaysia ni, banyak yang kemudahannya atau bahan pameran yang lusuh atau rosak dan tak terjaga. Adakah salah bahagian penyelenggaraan yang tak servis? 

Bahagian kawalan kualiti yang tak buat pemeriksaan? Atau memang salah pengunjung yang tak reti guna kemudahan disediakan, jadi kerap rosak dan pengurusan malas nak ganti atau perbaiki secara kerap?

Apa-apa pun, Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ni berbaloi untuk pergi.

Saya bagi 8/10⭐️

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile