Saturday 13 February 2010

Laman web sosial, sejak dahulu hingga kini..from Circles99 to Facebook era..

Assalamualaikum W.B.T.

Laman web sosial, sejak dahulu hingga kini..from Circles99 to Facebook era

Pada hari ini, ramai orang terutamanya golongan remaja yang terlibat dalam menggunakan laman web sosial seperti Facebook, Myspace, Friendster, Hi5, Tagged, dan sebagainya untuk berhubung dan berkenalan dengan rakan-rakan di alam internet. Individu-individu terkenal seperti artis dan ahli politik juga tidak kurang ramainya yang menjadikan laman web sosial sebagai tempat untuk berhubung dengan peminat dan penyokong mereka secara lebih dekat. 

Myspace rasmi Avril Lavigne



Laman web sosial paling popular pada masa kini sudah pasti Facebook yang mencatatkan peningkatan mendadak dari segi populariti sejak setahun dua kebelakangan ini. 


Laman web sosial Facebook

Namun, laman web sosial seperti Facebook dan Myspace bukanlah sesuatu yang baru, khususnya bagi pengguna yang telah lama menceburi dan menggunakan internet dalam kehidupan seharian. Di Malaysia, sebelum Facebook mula mendapat tempat di kalangan pengguna internet khususnya remaja, Friendster (FS) terlebih dahulu mencipta fenomena laman web sosial. 

Friendster pada tahun 2003

Saya sendiri telah mendaftar account FS pada tahun 2003 lagi, namun pada waktu itu FS bukanlah begitu popular seperti yang anda semua ketahui. Saya sendiri hanya aktif menggunakan FS pada pertengahan tahun 2005, ketika belajar di PASUM, dimana saya menggunakan FS sebagai agen penghubung dengan kawan-kawan sejak sekolah sehinggalah ke PASUM. FS juga telah menemukan saya dengan kawan sekolah rendah yang telah 6 tahun terpisah tanpa berita. 

Friendster pada tahun 2005

Friendster pada tahun 2010 (kini)

Sememangnya impak FS terhadap golongan remaja amat besar. Namun, sejak 2 tahun kebelakangan ini, Facebook (FB) meningkat naik secara mendadak sehingga hampir pupus kawan-kawan saya yang menggunakan FS, semuanya kerana mereka telah beralih arah ke FB ini. Fungsi aplikasi game seperti Zombie, Speed Race, Farmville dan aplikasi Quiz telah berjaya membuatkan FB lebih interaktif dan lebih mesra pengguna berbanding FS. Saya sendiri terpengaruh dan mula berjinak-jinak dengan FB sehingga akhirnya menjadi pengguna 'tegar' FB, langsung meninggalkan FS tanpa 'update' terbaru. 

Farmville menjadi kegilaan pengguna FB

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebelum FS dan FB menjadi laman web sosial utama di kalangan remaja, laman web sosial Circles99 terlebih dahulu popular sekitar tahun 2002. Saya sendiri pernah mempunyai account di laman web sosial bernama Circles99 ini. Namun hasil kebangkitan laman web sosial popular lain seperti Myspace, Friendster, dan Facebook terus 'menjahanamkan' Circles99

Circles99 pada tahun 2008

Kini, Circles99 masih wujud, saya pernah melawatnya beberapa bulan yang lalu, namun tadi (13/2/2010) ketika saya cuba melawat laman web ini, terdapat notis seperti berikut : The domain name expired on 02/06/2010 and is pending renewal or deletion. Agaknya sudah bankrap kot? 

Circles99 dah expired?

Tapi anda masih boleh melihat bagaimana rupa laman sosial Circles99 menggunakan Wayback Machine atau pun Internet Archive yang telah saya ceritakan dalam post sebelum ini. Gambar di bawah merupakan laman web sosial Circles99 pada tahun 2002 :

Circles99 pada tahun 2002

Sebelum zaman Twitter, zaman Skype,
Sebelum zaman Skype, zaman YM dan MSN,
Sebelum zaman YM dan MSN, zaman ICQ dan mIRC,
Sebelum zaman ICQ dan mIRC, zaman Telefon Awam. 

Hehehe =)
areev19 © 2010

8 comments :

Azham Dion said...

Hihi .

Ntah .
Fs skrg pun dah ntah pape dah .

Rasa nk delete je tp syg la plak haha !
:D

areev19 said...

Tuh la, sayang rasenye nk delete sbb da 7 tahun account FS tuh :)

Unknown said...

wah, info terbaik nih...aku mula mejinakkan diri dlm social networking masih baru...FS tahun 2008 dan FB tahun 2009...tp skang suma dah xaktif...ala kadar jer...huhuhu

Admiral Hafiz said...

xsangke lak byk lagi social website ek mse dlu2
ape2 pn
4 me
FB still trbaek buat mse ni
wlupun makin hari
makin mrepek2 je FB

Jawa a.k.a USERMODE said...

hehe.. bro. sebelum circles99 naik, orang gunakan communityzero.com (era taun 2000-2001)

tapi CZ drop gile sebab dia start kena bayar. dan circles99 pun mule menggantikannya. :)

just fyi...

areev19 said...

Jawa a.k.a USERMODE :
owh..tq for d info..aku sbb start gune circles99 dlu, communityzero tu rase cm pnah dgr tp xpnah join lak.. =)

Unknown said...

oo..circle99..baru tau pasal benda tu..uih..btw, xde fb..hehe..

Amirah Rashid said...

sblm telefon awam, pakai surat
haha
zmn mmg sentiasa berubah
and FB mmg jd keutamaan skrg
MS pn da smakin dilupekan :D

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile