Sunday, 18 May 2014

Asal usul meme "Keep Calm And.."

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Pasti ramai pengguna internet yang biasa melihat logo yang tertulis ayat atau slogan "Keep Calm And...bla bla bla" bukan? Meme "Keep Calm And ..." ini adalah salah satu meme yang paling kerap digunakan oleh pengguna di internet.

Sebelum itu, tahukah anda, apakah itu 'meme'? Meme adalah suatu idea, kelakuan, atau gaya yang tersebar di dalam sesuatu budaya. Pada hari ini, meme lebih dikenali sebagai suatu unsur atau cara troll yang kerap kali digunakan di media sosial khususnya untuk berjenaka dan juga untuk melakukan provokasi.


Logo "Keep Calm And Carry On" seperti di dalam gambar di atas adalah berasal daripada satu poster motivasi yang dihasilkan oleh Kementerian Informasi di England pada tahun 1939, beberapa bulan sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Ianya dihasilkan bertujuan untuk memberikan motivasi dan menaikkan moral dan semangat rakyat England ketika tercetusnya peperangan khususnya di bandar-bandar utama. 


Tudor Crown

Simbol mahkota atau 'Tudor Crown' yang terdapat di dalam poster ini adalah simbol yang biasa digunakan oleh pihak berkuasa di England dan ini menjelaskan kenapa setiap poster ini mempunyai simbol tersebut.

Selain poster tertera slogan "Keep Calm And Carry On", terdapat 2 lagi poster yang dihasilkan sebelumnya, yang tertera slogan "Freedom Is In Peril. Defend It With All Your Might" dan "Your Courage, Your Cheerfulness, Your Resolution Will Bring Us Victory".


Walaupun poster-poster berkenaan dihasilkan dengan bilangan yang banyak (jutaan), namun ianya tidak mendapat sambutan dan ramai yang mengaku tidak pernah melihatnya. Selepas perang berakhir, hampir semua poster-poster tersebut dimusnahkan. 

Pada tahun 2000, Stuart Manley dan isterinya, pemilik Barter Books Ltd. di Alnwick telah menjumpai poster asal 'Keep Calm And Carry On' yang terlipat di bawah sebuah kotak yang mengandungi buku-buku lama yang mereka beli di suatu acara lelong. Walaupun tidak mengetahui asal usul poster tersebut, mereka telah membingkaikan poster tersebut dan menggantungnya di kedai buku mereka dan mula menjual salinan poster tersebut pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2007, laman web KeepCalmandCarryOn.com didaftarkan, dan mula menjual barangan dan aksesori seperti baju, beg, dan coklat yang mempopularkan slogan "Keep Calm And Carry On" ini secara online

Pada tahun 2008 pula, syarikat pakaian Threadless menjadi laman web pertama yang memasarkan barangan 'spoof' atau 'parody' kepada rekaan poster "Keep Calm And Carry On". Mereka memperkenalkan rekaan mahkota (Tudor Crown) yang terbalik dengan slogan "Now Panic And Freak Out".


Pada hari ini, penggunaan meme dengan slogan "Keep Calm And ..." semakin luas digunakan dan dimanipulasikan khususnya untuk tujuan berjenaka. Antara contoh slogan ini yang dimanipulasikan atau dijadikan parody yang boleh anda temui di internet ;


Anda berminat untuk membuat meme anda sendiri menggunakan slogan "Keep Calm And ..."? Anda boleh ke laman web Meme Generator untuk melakukannya. Selamat mencuba!


Sumber :

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile