Friday 16 July 2010

Tag dari Cik EL..Aku dan Kegiler an Itu..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu, saya nak ucapkan terima kasih kepada Cik EL kerana telah mengetag saya. Walaupun saya jarang mengetag orang lain, tapi saya sentiasa mengalu-alukan tag-tag dari rakan blogger yang lain. Terharu rasenye..ceewah.. =)

Bile dapat dan bace tag dari blog Cik EL nie, rase menarik pulak untuk dijadikan entry terbaru di blog saya yg dah semakin xberapa aktif macam dulu. Yer lah, sekarang dah keje..dulu 24 jam menghadap laptop/pc kat rumah, banyak la idea untuk buat entry baru.. heeehee

Oke lah..di sini saya ingin menjawab tag Cik EL yang bertajuk 'AkU & KeGilEr an Itu..'

Tag tersebut :

JusT snaraikan ToP 5 benDa/perkara yG mngkin PeRnah/ msiH Jdi kEgiler an KorG..



1. Giler Main Kereta Mini 4wd atau Kereta Mainan Dash Yonkurou


Sesiapa budak lelaki yang pernah melalui zaman 1997-1999 tentu masih ingat akan fenomena animasi 'Dash Yonkurou' yang pernah ditayangkan di TV3 pada masa itu. Pergi je memane supermarket, mesti ade track untuk main kereta dash nie..Kereta Tamiya? Auldey? Audley? Double Star? Macam-macam brand pun ada!!

Bukan setakat main kat track jer, main dalam longkang, taman permainan, padang, semua pun ada lah! Siap ada yang tiru macam dalam animasi tu, kejar kereta dan kawal guna kayu hoki...LOL..nostalgia beb! Bagi yang 'pro' sikit, haruslah ada 'spare parts box', siap modify kereta dengan aksesori aloi, spoiler, enjin ultra, dan sebagainya.

Saya dan abang bertuah kerana dibelikan track yang mempunyai 2 lane oleh ayah kami, jadi tak perlu la pergi ke supermarket untuk merasa main kat track. Lepas tu, kawan-kawan kami pulak yang diajak datang main kat rumah kami..hehehe

***Saya pernah buat entry pasal kereta Dash Yonkuro yang masih dalam simpanan saya..anda boleh baca di SINI.


2. Giler mIRC / buat script mIRC


Kegilaan nie berlaku sekitar tahun 2002-2004, ketika saya di sekolah menengah. Sesiapa yang tak kenal apa itu mIRC, korang boleh rujuk entry saya yang terdahulu di SINI. Bermula dengan nickname {[GLAY]}, bersempena dengan nama kumpulan rock Jepun yang saya minati dulu, dan yang terakhir sekali ialah nickname X-ChRoMe.

mIRC nie menjadi tempat perkumpulan saya dan rakan-rakan sekolah yang rajin online atau chatting di internet. Channel atau #SMKTT merupakan cenel wajib bagi saya dan rakan-rakan. Tak cukup dengan chatting, timbul minat saya untuk membuat 'script' mIRC sendiri, maka terhasil lah «±« X-ChRoMe v9.3 »±».

Walaubagaimanapun saya bukanlah 100% scripter, banyak 'rip' dari script orang lain dan guna free addon juga, tapi semuanya digabungkan dan diubahsuai mengikut kesenangan saya sendiri.

Yang menariknya mengenai 'script' ini ialah, anda boleh buat macam-macam. Tulisan warna-warni, bot (singkatan bagi robot yang mengawal channel secara automatik), kuiz, dan macam-macam lagi. Sesiapa yang familiar dengan mIRC tentu arif pasal 'script' nie.

P/S : antara kegunaan lain 'script' mIRC ialah untuk 'berperang' atau 'war'..iaitu main kick-kick antara user di dalam cenel..LOL


3. Giler J-Dorama & Ueto Aya

Beautiful Life pernah ditayangkan di NTV7

Sesiapa yang dah lama membaca blog saya tentu perasan yang saya selalu membuat review J-Dorama di blog ini. Sebenarnya dah lama saya minat J-Dorama. Semuanya bermula pada tahun 2000, dimana TV3 dan NTV7 telah menayangkan dorama Jepun yang popular, seperti Beach Boys, GTO, dan Beautiful Life.

Kebetulan pada masa itu, saya dan keluarga baru pulang dari Jepun, yang mana kami telah pergi bersempena dengan hari graduasi abang sulung saya di Kyushu University, Fukuoka. Sejak menjejakkan kaki ke Jepun, saya jadi agak berminat dengan apa-apa saja yang berkenaan dengan negara tersebut, terutama sekali lagu dan dorama.

Jadi, apabila stesen tv tempatan negara kita menayangkan J-Dorama, minat saya terhadap J-Dorama semakin meningkat! Tapi tak lama..sejak kebanjiran siri-siri Latin dan Korea, siri dorama Jepun dah semakin menghilang di tv.

Sape yang tak minat Ueto Aya?? =P

Akhirnya pada tahun 2006, dorama Taiyou no Uta yang menampilkan Sawajiri Erika berjaya menarik dan menghidupkan kembali minat saya terhadap J-Dorama. Seterusnya, dorama Attention Please yang menampilkan Ueto Aya sebagai cabin attendant pula terus menyebabkan saya menjadi fanatik terhadap pelakon Ueto Aya itu sendiri. Habis semua dorama, album atau single nyanyian beliau saya cari dan download (yeah, terima kasih internet!).. =)


4. Giler Facebook (FB) & Blogging


Yang nie antara kegilaan yang hari-hari pun wajib ada, terutamanya Facebook (FB). Dulu zaman Friendster, sekarang nie pulak zaman FB. Nak terangkan pasal FB pun rasanya hampir kesemua pembaca entry nie mempunyai akaun FB sendiri. =)

Oh yea, kalau anda suka entry atau blog ini, sertailah page FB bagi blog ini di SINI yer...Terima Kasih~ =)

***Saya pernah menulis entry mengenai laman web sosial yang pernah saya sertai sebelum FB..anda boleh baca di SINI.


5. Giler Chelsea FC

Haaa...yg last nie mmg giler punye lah! Sape yg tak tahu ape itu Chelsea FC (CFC)?? Alaa...kelab bolasepak EPL yang menang 'double' last season tue... =D

Kalau anda telah lama mengikuti blog ini (ade ke?), pasti anda tahu yang saya sememangnya peminat setia pasukan bola CFC nie..Nama blog nie pun (Blue Is The Colour) merupakan antara ayat yang sememangnya sinonim dengan CFC.

Ramai orang kata yang peminat Chelsea nie semuanya budak-budak baru yang cuma minat Chelsea sejak Roman Abramovic ambil alih, atau sejak zaman kegemilangan ketika Jose Mourinho menjadi pengurus. Senang cakap, minat Chelsea bila dah kuat, menang piala dan sebagainya a.k.a. 'Glory Hunter'.

Tapi bagi saya tidak sama sekali! Saya mula2 meminati CFC rasanya pada tahun 1997-98, ketika itu CFC menggunakan jersey seperti di bawah nie.


Pada waktu tue, Gianluca Vialli menjadi player manager di CFC. Dan antara pemain 'star' ialah Di Matteo, Zola, Tore Andre Flo, dan lain2..Tapi saya akui, saya hanya mula menjadi peminat tegar CFC sejak tahun 2006 sehingga lah ke hari ini...

Gambar yang diambil ketika mengikuti Stadium Tour di Stamford Bridge.

Alhamdulillah, ketika bercuti ke Eropah bulan Mei yang lalu, saya telah sempat melawat ke Stadium Stamford Bridge (SB), iaitu stadium rasmi bagi kelab Chelsea nie..Ia sememangnya impian menjadi kenyataan bagi saya..Insyaallah dalam entry Travelogue saya yang berikutnya, saya akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai lawatan saya ke SB itu.

Yeah...Chelsea No.1 Fan..tak cukup 'kegiler an' lagi ke Cik EL?? =)


Baiklah..sampai disini dahulu entry untuk kali ini, tulis panjang2 pun nanti orang malas nak bace. 

Jadi, renung-renungkan, dan selamat beramal..sekian..

6 comments :

Syahmi Mohd Isa said...

ohh no...keta dash...besh gila zaman tuh..

hg la yg bnyk ajar aku gna mirc..pastu dpt chat ngan hg time tuh...

perghh...rindu zaman dulu plak..ahahaha..

areev19 said...

Syahmi : eh ye ke? heee...aku pon da lupa...tq la masih ingat..terharu2 =)

yeah..zaman dulu walopon x semoden sekarang, tetap besh!

EL said...

wahhh..tq respon tag dri sy..itu percubaan wat tag..xtau klu penah wujud topik tag mcm ni..just trpikir je..heheh

yg bestnya mcm sy ktakan,memg dpt 'something' bila bca entry u nih.. & of course.. tringat.. dolu2.. uikss!!

thanx ek..sy pn trharu..gak..smoga dpt berkolaborasi lgi nnti (eceh..ayat ala2 formal)

p/s : nnti pnjgkan tag tu utk blogging buddies lu gak bro..bru meriah..uikss!..heheh

areev19 said...

EL : heee...bagus2..semoga dpt berkolaborasi utk projek2 seterusnya..hahaha

Yatre Hayati said...

sama la kita gila facebook !!! citer jepun pown best jugak !!!

kaki chatting rupanya !!

areev19 said...

Yatre Hayati : owh..yer ker? ape FB anda? add me! add me! :P

Yeah, cter Jepun best!

Ermm...kaki chatting tu dulu2 la..skrg nie xbrape sgt..dah xde org nk chat ngn sy.. :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile