Thursday 22 July 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 10 - Part 2) : London

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 10 - Part 2) : London

Hari Kesepuluh - Khamis (6 Mei 2010) : Bahagian 2 : London


11.15am - Selepas menghabiskan masa di Tower of London, rombongan kami telah bergerak menaiki semula bas untuk melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar kota London.




Jata bagi Bandar London


Tak sure bangunan ape nie..

11.35am - Bas tiba dan menurunkan kami di kawasan berdekatan dengan The Westminster Abbey. Seterusnya kami berjalan kaki ke tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.

The Westminster Abbey - Salah satu gereja terkenal yang terdapat di tengah-tengah London

Bergambar di hadapan Westminster Abbey..

Menara jam besar kat belakang tue nama die Big Ben..sebenarnya 'Big Ben' tu merujuk kepada loceng besar kat dalam menara tu, bukan merujuk kepada keseluruhan menara jam. 

Di luar pagar Westminster Abbey..


Ade sekumpulan orang yang berdemo di sekitar kawasan Parliament Square nie..siap berkhemah kat situ lagi..kat Malaysia ade ke orang sanggup berdemo sampai berkhemah macam nie? Kalau kat Jepun diorang sanggup berkhemah 2-3 hari semata-mata nak menjadi orang terawal yang beli video game..Hohoho

Mereka nie berdemo supaya tentera mereka di Afghanistan dibawa pulang..hentikan peperangan~ Peace no War :)

Stesen Underground 

Berjalan kaki menuju ke Downing Street..

Tiba di Downing Street..kawasan nie berpagar sebab di sini terdapatnya pejabat-pejabat dan bangunan-bangunan penting kerajaan, termasuklah rumah perdana menteri.

Tak boleh melalui kawasan ini!

Mungkin sebab die buat pagar, jadi orang teruja nak tahu ape yg ade kat dalam tu..

Bangunan warna hitam tue la kediaman rasmi perdana menteri UK..

Monumen The Women of World War II nie terdapat di tengah-tengah jalan bertentangan dan berdekatan dengan Downing Street..

The Cenotaph - Tugu peringatan peperangan terkenal yang terdapat di sini.. Tertera kat tugu tue, 'The Glorious Dead'

Akhirnya tiba berdekatan dengan Trafalgar Square..

Admiralty Arch yang terdapat berdekatan dengan Trafalgar Square..

Bangunan nie dulu nye kedutaan Malaysia di London

Malaysia House..siap ade 'keris' lagi..huh

Dengan tanpa segan silu bergambar di tengah kesesakan lalu-lintas..haha

12.30pm - Semasa rombongan kami berjalan kaki berdekatan dengan Trafalgar Square, kami terlihat ada seorang perempuan yang terjatuh dan terus dibantu oleh orang awam yang berada berdekatan. Rupa-rupanya perempuan tadi mengandung dan dah nak bersalin. 

Yang membuatkan rombongan kami kagum ialah, tak sampai 2 minit selepas perempuan tersebut terjatuh dan dibantu, ambulans pun tiba di tempat kejadian. Pantas sungguh!

Nampak tak kat orang berkerumun berdekatan dengan tugu orang berkuda tu?

Yang van berjalur merah kuning tu ambulans..Basikal tu pulak rasanya milik petugas atau peronda yang sentiasa meronda di sekitar kawasan tu, sebab tu cepat je die dapat laporkan hal kecemasan macam nie.

Kalau dapat naik bas nie ronda-ronda London mesti seronok..

12.45pm - Dah puas berjalan di sekitar Westminster Abbey hinggalah ke Trafalgar Square, kami pun menaiki bas untuk menuju ke Istana Buckingham, iaitu kediaman rasmi Ratu England.

Inilah bas yang kami naiki sepanjang 3 hari di London..

Perjalanan melalui Middle Tower

Melalui Senator House..

Banyak kan orang berkhemah di Parliament Square nie?

Ade pameran seni kat sini..The Queen's Gallery, Buckingham Palace

Di luar The Queen's Gallery di Buckingham Palace..Mempamerkan koleksi barangan dan hasil seni yang dimiliki Ratu England

Nampak tak pengawal rasmi istana tu? Kebetulan semasa kami tiba di kawasan Buckingham Palace, upacara pertukaran pengawal sedang berlangsung.

Kawad jangan tak kawad..mesti kontrol giler askar tue, pelancong dari seluruh dunia tengah tengok..

Ayah dan ibu saya bergambar di luar Buckingham Palace

Bergambar berlatarkan Victoria Memorial yang terletak di hadapan Buckingham Palace..

Bergambar bersama ibu di hadapan Buckingham Palace..ramai kan pelancong kat belakang tu? Istana Negara kat Malaysia pun saya tak pernah datang ambil gambar macam nie..heehehe

Bergambar lagi..

Dilarang memasuki kawasan ini~ Di luar The Queen's Gallery, sementara menunggu bas datang mengambil kami.

1.18pm - Rombongan kami bergerak menaiki bas menuju ke tempat makan tengahari, iaitu di restoran Tukdin, sebuah restoran masakan Malaysia.

Owh owh..Hard Rock memanggil tue..tapi tak sempat pergi pun..

Kelihatan berkibar bendera 'Union Flag'..sebenarnya 'Union Flag' merujuk kepada bendera rasmi United Kingdom (UK), manakala 'Union Jack' pula lebih tepat merujuk kepada bendera UK yang digunakan di kapal-kapal laut, mengikut kepada penerangan yang diberikan oleh tourist guide kami.

Tak sure nie monumen ape.. :D

1.34pm - Tiba dan makan tengahari di restoran Tukdin - flavours of Malaysia

Abang Amon (ahli rombongan kami) dan ayah saya sempat bergambar dengan chef dan pemilik restoran Tukdin..

Sementara tunggu orang lain habis makan, kami bergambar dulu selagi mampu..dengan bas pun jadi!  hehee :)

Jangan kate bas, peti surat pun boleh~

2.23pm - Rombongan kami bergerak pulang ke hotel bagi menurunkan peserta rombongan yang tidak mahu mengikuti aktiviti seterusnya. Dekat jer restoran Tukdin dengan hotel kami. 

2.30pm - Bas meneruskan perjalanan menuju ke lokasi 'shopping' yang terkenal di London, iaitu Oxford Street.

2.45pm - Tiba di Oxford Street.

PRIMARK - Gedung membeli belah pakaian yang terdapat di Oxford Street..barangan yang dijual disini memang murah berbanding dengan di tempat lain, dan orang pun tersangatlah ramai. Boleh dikatakan macam Mydin kalau kat Malaysia. 

Papan tanda di Oxford Street..siap dengan peta lagi.. 

Memang besar PRIMARK nie..

4.44pm - Rombongan kami bergerak balik ke hotel untuk berehat.

4.55pm - Bas tiba di hotel. 

Ayah saya sempat bergambar dengan tourist guide kami pada hari nie, lupe pulak nama die. Tapi kalau anda perasan, beliau nie merupakan wartawan TV3 yang sering melaporkan berita dari London.

5.05pm - Sebaik sampai ke hotel, saya, abang, ibu dan Abang Amon berkumpul semula dan pergi mencari Malaysia Hall yang terdapat berdekatan dengan hotel kami, iaitu Hotel Holiday Villa. Tujuan? Nak cari kantin yang terdapat di situ, sebab nak beli makanan. Hohoho..

Kat sini memang ramai la orang Malaysia yang boleh kita jumpa, terutamanya student. Tapi pada pendapat ikhlas saya, pelajar-pelajar Malaysia yang kami jumpa di Malaysia Hall nie agak 'sombong'. Senyum pun tak bila nampak orang Malaysia yang lain macam kami di kantin. Mungkinkah sebab terlalu ramai orang Malaysia di sini, jadi mereka dah terlalu biasa melihat orang Malaysia di London sampai mereka ambil tak kisah? 

Bukanlah apa, sekurang-kurangnya senyum lah, bukan kena bayar pun. Semasa saya di Brussels dulu, bila jumpa orang Malaysia yang lain, kami siap bertegur sapa dan bertanya khabar. Bukan kena bayar pun kan, kate 'Budi Bahasa Budaya Kita'..harap2 Encik Long Haffiz (Coretan Perantau) boleh jawab persoalan saya nie.. =)

Bergambar di luar Malaysia Hall, London

Antara makanan dan menu yang terdapat di kantin Malaysia Hall

Sebelum pulang, bergambar dulu depan pintu masuk nie..

5.40pm - Selepas membeli makanan, kami pun bergerak pulang ke hotel. Waktu untuk berehat sebelum menuju ke tempat yang paling dinanti-nantikan esok.. =)



17 comments :

sweetsal said...

bestnyer jalan2 London..gambar2 semua menarik..puas jalan2 sambil bergambar..betul2 kenangan terindah kann..

areev19 said...

sweetsal : yerp...memang kenangan terindah..rase mcm nk pergi lagi je.. =)

yanamib said...

ada ole ole utk kwn² kt mesia x? tehee~ ^_^

areev19 said...

y@n@ M!B : heee...ole2 mcm mane tu? dpt kongsi pengalaman je la kot.. hehe =)

hans said...

hah areev
besday aku sehari dua lagi
bak ole2 dari sana cepat
haha

Perjalanan Semalam Ialah Hari Makan Sedunia

areev19 said...

hans : alamaek...jap, ko nie laki ke pompuan? :D

mira_nas said...

adeh..jelesnya..nak jln2 kat sana jugak..

Post terbaru: Tidur pun jadi Masalah!

areev19 said...

amira : heee..insyaallah ade rezeki awk dpt jln2 kat sana jugak :)

hans said...

haih
7 kali dah ko tanya soalan nih dkt aku
ko anggap jer la aku mengikut apa yg ko rasa
hahahaha

P/S : Review Filem : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb! Terbaik!

areev19 said...

hans : hahaha...dah tu ko x mnjawab soklan... :D

Unknown said...

kummahu ke london jugek!

areev19 said...

echah mashuri : heee...jom! jom! :)

Yatre Hayati said...

menharapkan saya yang ada dalam gambar ni!!!!

areev19 said...

Yatre : err...insyaallah suatu ari nnti ade la gmbr awk... :)

Pena Crystal said...

waa...bestnyee..saya teringin nak kesana..huhu.

areev19 said...

Arra JaSmY : =)

Pahlawan Basikal said...

Kita bersependapat tentang orang melayu di dalam kantin Malaysia Hall :) Aku cuba memandang orang dalam kantin tu kononnya nak senyum. tp, xde respon.

aku tegur 3 orang yang duduk di sebelah meja aku. sorang tgh makan dn yg lain baru habis makan kot. sorang tu jawab acuh tak acuh tanpa tengok aku.

Nanti dalam blog aku akan cerita manusia jenis ni yg aku jumpa dlm Malaysia Hall.

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile