Saturday 16 January 2010

«±« X-ChRoMe v9.3 »±»





Salamx.. sape kat sini pernah dengar ape itu mIRC? mIRC merupakan singkatan kepada Internet Relay Chat, iaitu suatu medium bersembang secara online (chatting) yang amat popular pada suatu ketika dahulu. Zaman sekarang, aplikasi seperti Yahoo! Messenger dan MSN Messenger lebih popular di kalangan pengguna internet.



«±« X-ChRoMe v9.3 »±» ialah script mirc terakhir yang dibuat oleh saya kira-kira 7 tahun yang lalu (2003) semasa era kegemilangan IRC. X-ChRoMe pula merupakan nick atau nama samaran yang pernah saya gunakan dahulu.

Script? Apa yang dimaksudkan dengan script mirc? Ianya merupakan aplikasi mIRC yang telah dimodified dengan memuatkan pelbagai fungsi tambahan, berbanding dengan fungsi asas yang disediakan default mIRC.

Default mIRC

Script sememangnya menjadi kegilaan saya pada suatu ketika dahulu, dengan pelbagai fungsi seperti channel protection, self protection, war mode, popups berwarna-warni, dan sebagainya. Pendek kata, memang meriahlah kalau chatting sambil menggunakan script nih!

Tapi kini, zaman mIRC boleh lah saya katakan dah berakhir, dengan pelbagai aplikasi baru yang boleh dijadikan medium berhubung secara online. Malah, Facebook pun dah ada aplikasi sendiri untuk chatting.

Buat sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mIRC, sila klik SINI dan SINI.

Disini saya ingin berkongsi 2 script mIRC yang pernah saya buat dahulu, dan keduanya masih berfungsi sehingga kini.


Script no. 1


Script «±« X-ChRoMe v9.3 »±»

Pelbagai fungsi disediakan


-----------------------------------------------------------------------------------------

Script no. 2



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile