Ninkyo Helper
Tsubasa Hikoichi (Kusanagi Tsuyoshi) merupakan seorang ketua cawangan yakuza yang menjalankan perniagaan meminjamkan wang (along) yang beroperasi di sekitar Roppongi. Selepas kematian Boss Besar kumpulan mereka (bergelar HAYABUSA), penggantinya, Takuyama Gensuke (Matsudaira Ken) telah meminta semua ketua-ketua cawangan termasuk Hikoichi untuk menerima latihan sebelum dipilih menjadi Ketua Kumpulan Hayabusa.
Namun latihan yang akan mereka terima bukanlah seperti yang mereka bayangkan, mereka semua perlu menjadi 'Helper' di pusat penjagaan orang-orang tua 'Taiyo'. Turut bersaing untuk mendapatkan posisi Ketua ialah Yomogi Riko (Kuroki Meisa), iaitu satu-satunya ketua cawangan perempuan! Bagaimanakah yakuza-yakuza ini dapat menyesuaikan diri sebagai helper walaupun dengan sifat-sifat seorang yakuza?
Komen :
Walaupun berunsurkan yakuza, namun dorama ini lebih memaparkan realiti kehidupan yang mana ibu bapa yang sudah tua dihantar oleh anak-anak mereka ke pusat penjagaan akibat kesibukan mereka bekerja, malah akibat tidak sanggup menjaga dan melayan karenah orang tua mereka. Betapa pentingnya menjaga hubungan anak dan ibu bapa dipaparkan dengan baik selain dapat memberi pengajaran kepada penonton.
Walaupun sukarelawan atau helper sanggup menjaga dan melayan karenah orang tua jauh lebih baik berbanding anak mereka sendiri, namun mereka tetap tak akan dapat menjadi ahli keluarga orang tua tersebut!
*Sesuai ditonton bagi menginsafi diri, apatah lagi baru-baru ini negara digemparkan dengan kes anak buang bapa.. ish ish ish...
RATING :
Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 4/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 3/5
Tahap Nak Marathon : 3.5/5
Tahap Logik : 5/5 (Realiti kehidupan)
Tahap Pengajaran : 5/5 (Realiti kehidupan)
Tahap Pengajaran : 5/5 (Realiti kehidupan)
Tahap Kawaii : 4/5 (Oh yeah, Kuroki Meisa dan Naka Riisa kawaiii!)
Tahap Lawak : 3/5
Tahap G-Wunk : 2/5
Tahap Sedih : 3.5/5
Tahap Lagu Tema/OST : 4.5/5
Keseluruhan : 8/10
Info :
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Koishite Akuma
Kuromiya Ruka (Nakayama Yuma) ialah seorang pontianak remaja yang baru 'dihidupkan' dan memasuki dunia manusia. Ruka perlu mencari 'makanan' nya untuk hidup selamanya dan takkan mati. Walau bagaimana pun, Ruka bukanlah seperti pontianak lain yang sanggup menghisap darah manusia sewenangnya. Namun, Ruka perlu juga menghisap darah manusia 'terpilih' dalam masa yang telah ditetapkan atau jika tidak Ruka akan lenyap dan menjadi debu buat selama-lamanya.
Di dunia manusia, Ruka menyamar menjadi manusia berusia 16 tahun dan memasuki sekolah untuk mencari manusia 'terpilih' untuk dihisap darahnya. Disini, Ruka bertemu dengan Natsukawa Makoto (Rosa Katou) iaitu guru kelasnya yang merupakan manusia terpilih yang perlu dihisap darahnya oleh Ruka. Makoto pula pada mulanya seakan tidak percaya bahawa wajah Ruka saling tidak tumpah akan wajah cinta pertama Makoto yang bernama 'Ayumu' yang mati, kira-kira 10 tahun lalu.
Adakah Ruka dapat menghisap darah Makoto untuk kekal hidup selamanya? Makoto pula akan menjadi pontianak jika darahnya dihisap oleh Ruka. Adakah Makoto akan menjalinkan hubungan 'cinta terlarang' antara guru dan anak muridnya? Adakah Ruka dan Ayumu merupakan orang yang sama?
Komen :
Kali pertama aku menonton lakonan Rosa Katou di dalam dorama, dan memang tidak menghampakan. Kekawaii-an Natsukawa Makoto (Rosa Katou) dan Takagi Kaori (Nanami Sakuraba) turut menjadi penyeri dorama ini. Lakonan berkesan turut dipaparkan oleh pelakon baru Nakayama Yuma yang menjadi pontianak remaja yang mempunyai hati dan perasaan.
Kesimpulannya, Koishite Akuma merupakan sebuah dorama bertemakan cinta terlarang antara Manusia dan Pontianak, dan juga Guru dan Pelajar yang menghiburkan. Jauh lebih baik daripada filem New Moon yang ditayangkan beberapa bulan yang lalu di pawagam (Bagi pendapat aku laa).
RATING :
Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 4/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4/5
Tahap Nak Marathon : 5/5
Tahap Logik : 0/5 (Pontianak da~)
Tahap Kawaii : 5/5 (Rosa Katou dan Nanami Sakuraba)
Tahap Lawak : 2/5
Tahap G-Wunk : 4.5/5
Tahap Sedih : 4.5/5
Tahap Lagu Tema/OST : 4/5
Keseluruhan : 8.5/10
Info :
No comments :
Post a Comment