Friday, 23 October 2015

TOKYO 2015 Travelogue (Day 1&2 - Part 1) : klia2 - Haneda - Jimbocho

*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Selepas setahun, kini tiba masanya saya kembali menulis travelogue seperti sebelum ini. Alhamdulillah, pada 10 hingga 19 Oktober 2015 yang lalu, saya dan dua orang rakan telah berkesempatan menjejakkan kaki di bumi matahari terbit, Jepun. Bermula dari ajakan yang separa serius, akhirnya impian saya untuk kembali menjejaki bumi Jepun ini terlaksana selepas 15 tahun kali terakhir saya sampai ke Jepun, iaitu pada tahun 2000.

Fokus trip saya pada kali ini adalah di sekitar bandaraya metropolis Tokyo

Untuk kali ini, saya tidak mengikut apa-apa group tour atau pun pakej-pakej dari mana-mana agensi pelancongan, yang mana 90% plan dan jadual perjalanan atau itinerary disediakan oleh saya sendiri. Kenapa 90%? Kerana saya membuat kajian dan plan perjalanan menggunakan maklumat yang diperoleh di internet, dan juga dari hasil perkongsian itinerary beberapa orang yang diperoleh di group fb Malaysian Backpackers Club.

Tanpa melengahkan masa, selamat membaca catatan perjalanan saya di bumi matahari terbit ini.


Hari Pertama : Sabtu (10 Oktober 2015) : klia2 - Haneda

Saya tiba di klia2 seawal jam 11.00am, Sabtu. Untuk trip kali ini, saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Air Asia buat kali pertama. Sebab utamanya tentulah kerana harga tiketnya yang murah berbanding yang ditawarkan syarikat penerbangan yang lain. Now everyone can fly.

Kami menaiki penerbangan D7 0522 yang waktu berlepasnya adalah pada jam 2.45pm waktu Malaysia. Destinasinya adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Haneda.

Sebelum memulakan perjalanan, saya telah ke Flexiroam yang terdapat di gateway@klia2. Tujuan asalnya ingin mendapatkan sim card percuma yang ditawarkan Air Asia. Tapi ianya sudah habis. Kebetulan pada hari itu saya ringan mulut untuk bertanya tentang apa pakej internet yang terdapat jika saya melancong ke Jepun, akhirnya saya telah memilih pakej sim card seperti dalam gambar di bawah.

Japan Simcard yang dijual di Flexiroam, klia2.

Harganya adalah RM100 dan ianya merupakan sim card data sebanyak 1.8GB. Data sahaja, ia tidak mempunyai nombor telefon untuk digunakan atau dihubungi. Ianya boleh digunakan selama 7 hari dan sepanjang saya di Tokyo, saya memang banyak menggunakan perkhidmatan sim card ini. Berbaloi-baloi! Nak telefon orang yang tersayang pun boleh gunakan whatsapp call, tiada masalah.

Selain menggunakan sim card seperti di atas, saya juga telah lebih awal menempah perkhidmatan modem di Japan Wireless. Anda cuma perlu menempah dan membuat bayaran secara online di website. Anda juga boleh menentukan bila dan dimanakah anda mahu modem tersebut dihantarkan ketika di Jepun nanti, contohnya anda mahu ia dihantarkan ke hotel, atau pun di lapangan terbang.

Modem yang saya pilih dan tempah untuk digunakan sepanjang Tokyo Trip kali ini.


12.40pm - Saya dan 2 orang rakan beratur untuk menurunkan bagasi di kaunter. Saya dan rakan telah terlebih dahulu melakukan 'web check-in' sebelum datang ke klia2. Terdapat juga beberapa kaunter self check-in di sini.

1.02pm - Bergerak menuju ke pintu berlepas.

2.02pm - Kami mula bergerak menaiki pesawat D7 0522 ini.

Inilah dia pesawat yang kami naiki.

Oleh kerana saya tidak memesan makanan ketika membeli tiket secara online, maka saya telah membeli set makanan ini ketika di dalam flight. Set Nasi Lemak Pak Nasser dan segelas kopi panas ini berharga RM19.

Gambar wajib diambil ketika di dalam flight?

Inilah dia set nasi lemak tadi. Sedap? Boleh lah. Saya bagi 4/5. Lapar punya pasal.

Pesawat yang kami naiki ini adalah dari jenis Airbus A330-300. Dari segi keselesaan? Bagi saya sederhana sahaja, seperti menaiki 'bas terbang'. Tak kisahlah, asalkan dapat membawa kami ke destinasi dengan selamat. 

10.29pm (Waktu Jepun) - Alhamdulillah, kami telah selamat mendarat di Haneda Airport. Beza waktu antara Jepun dengan Malaysia adalah sebanyak 1 jam, iaitu Jepun cepat 1 jam.

10.38pm - Bergerak menuju ke imigresen.

10.42pm - Kami telah tiba di Jepun !

10.49pm - Sedia untuk pemeriksaan kastam dan mengambil bagasi.

Oleh kerana sudah lewat dan perkhidmatan train dan bas dari Haneda menuju ke Tokyo kebanyakannya yang terakhir berlepas pada jam 12.00am, maka kami telah bermalam di Haneda. Selepas selesai urusan di imigresen dan mengambil bagasi, kami bertiga terus ke tingkat 3F iaitu di Departure Lobby, Tokyo International Airport Terminal, Haneda.

Kenapa kami ke tingkat 3F? Jawapannya adalah kerana terdapatnya Prayer Room ini. Ya, di lapangan terbang Haneda, Jepun ini terdapat 2 buah Prayer Room bagi pelawat menunaikan solat. Ianya siap dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk yang terlindung dan juga arah kiblat. Ianya sangat selesa dan bersih!

Antara peraturan-peraturan atau pesanan sebelum menggunakan Prayer Room di Haneda ini.

Untuk menggunakan Prayer Room ini, anda perlu menekan butang interkom dan memberitahu operator yang bertugas yang anda ingin menggunakannya, barulah pintu akan dibuka. Penggunaannya memang dikawal bagi memastikan keselesaan pelawat-pelawat yang lain. Setiap kali Prayer Room ini digunakan, seorang polis airport akan datang memeriksa. Jadi jangan pula anda tidur dalam Prayer Room tersebut. Cukuplah menggunakannya untuk menunaikan solat sahaja.

Suhu persekitaran di Haneda pada jam 11.41pm.

12.01am - Kami merempat dan bermalam di airport. Train paling awal pada hari esok adalah bermula pada jam 6.00am. Oleh kerana sudah lewat malam, mungkin agak tidak berbaloi bagi kami untuk check in hotel di sini, jadi kami membuat keputusan untuk menunggu selama 6 jam sebelum memulakan perjalanan hari pertama kami di Tokyo. Dan ia memang pun mengikut perancangan dan plan itinerary yang saya sediakan.

Jadi apa yang saya buat bagi menghabiskan masa dari jam 12.00am hingga ke 6.00am? Jawapannya adalah dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan Tokyo International Airport Terminal (TIAT), Haneda ini.

Jambatan yang terdapat di TIAT.


Hendak pergi ke mana?



Berjalan menuju ke Tokyo Pop Town.

Kemudahan yang terdapat di sini sangat selesa.

Melalui kawasan 'Sky Road'. TIAT tu singkatan kepada Tokyo International Airport Terminal.

Antara kedai yang terdapat di Tokyo Pop Town. Tapi kerana sudah lewat malam, maka kedai sudah pun ditutup.


Terdapat ramai juga penumpang lain yang bermalam di airport seperti kami.


Oh yea, kedai-kedai dalam gambar di atas tadi semuanya di dalam kawasan atau lorong 'Hot Zone' yang terdapat di dalam Tokyo Pop Town.

12.11am - Saya menuju ke Observation Deck. Cuaca agak sejuk, mungkin sekitar 16 Celsius pada waktu itu.




Di kawasan Observation Deck ini juga terdapat ramai penumpang yang bermalam.

12.14am - Ini pula adalah kawasan atau lorong 'Cool Zone' di dalam Tokyo Pop Town.



1.00am - Mengabadikan kenangan berada ketika awal pagi di Haneda.

Terdapat banyak tong sampah seperti ini. Jenis-jenis sampah diasingkan. Di Malaysia suatu ketika dahulu ada diperkenalkan tong kitar semula yang mengasingkan 3 jenis sampah, tapi rasanya seperti macam dah pupus je?

Lagi lorong di sekitar TIAT.


Hari Kedua : Ahad (11 Oktober 2015) : Haneda - Jimbocho

4.57am - Waktu solat Subuh di Tokyo adalah sekitar 4.30am. 

5.58am - Selepas selesai menunaikan solat Subuh dan bersiap, kami sudah bersedia untuk memulakan hari pertama di Tokyo! Tidur atau tidak? Saya cuma rehatkan dan pejam mata sahaja, tak tidur pun sebenarnya.

6.00am - Langit sudah mula cerah pada jam 6.00am ini.

Tepat jam 6.00am, kami bertiga terus bergerak ke mesin menjual tiket train menuju ke Tokyo.

6.11am - Kami telah menggunakan Keikyu Line, membeli tiket berharga 410 yen menuju ke Stesen Sengakuji.

Mesin membeli tiket.

Destinasi kami adalah di Stesen Sengakuji, sebelum menukar ke train lain menuju ke Tokyo.

Perjalanan dari Haneda ke Sengakuji.

Siap sedia untuk memulakan perjalanan! 

6.21am - Kami menaiki train pertama menuju ke Stesen Sengakuji. Terdapat iklan Ishihara Satomi di dalam coach ini. Hiks.

Dari kiri, Azhar, dan saya.

Pijam.

Destinasi pertama. Stesen Sengakuji.

Inilah panduan perjalanan kami. Saya menggunakan perkhidmatan website Hyperdia sebagai panduan. Walaupun sudah mempunyai plan perjalanan yang dibuat lebih awal di dalam itinerary, tapi kadangkala saya sering juga melihat di website Hyperdia ini untuk jadual lebih tepat dan terkini.

6.48am - Selepas kira-kira 27 minit, kami tiba di Stesen Sengakuji. Di sini, kami perlu tukar ke perkhidmatan train Asakusa Line menuju ke stesen berikutnya, iaitu Stesen Mita. Terdapat berpuluh jenis perkhidmatan underground train di Jepun ini. Asakusa Line adalah salah satu yang menghubungkan banyak tempat-tempat utama di Tokyo.

Sekali lagi membeli tiket di mesin.

Tambang kali ini pula adalah 180 yen.


7.00am - Menaiki train Asakusa Line menuju ke Stesen Mita. 

7.03am - Tiba di Stesen Mita. Cuma kira-kira 2 minit dari Stesen Sengakuji.

Dari Stesen Mita ini, kami perlu tukar pula train Mita Line bagi menuju ke lokasi hotel penginapan kami, iaitu di Jimbocho.

7.07am - Menunggu train Mita Line di Stesen Mita. Tak ramai orang, mungkin kerana ianya adalah pagi Ahad.

7.11am - Menaiki train menuju ke Stesen Jimbocho. Kami tiba di Stesen Jimbocho kira-kira 10 minit kemudian.

7.24am - Oleh kerana tambang 180 yen tadi kami cuma bayar di Stesen Sengakuji bagi menuju ke Stesen Mita, ianya tidak termasuk tambang dari Stesen Mita ke Stesen Jimbocho. Maka penyelarasan harga tiket dan transfer dari satu line ke line yang lain boleh dibuat di mesin yang terdapat berdekatan pintu keluar. Anda perlu membayar 170 yen lagi kalau tak silap saya.

Selepas keluar dari Stesen Jimbocho, kami bertiga bergerak dalam hujan renyai-renyai mencari hotel penginapan kami, iaitu Sakura Hotel Jimbocho, yang terletak kira-kira 200 meter dari Stesen Jimbocho. Anda perlu keluar mengikut Exit A7 jika ingin ke hotel ini dengan dekat. Petuanya adalah mencari pintu gerbang 'Sakura Dori' atau 'Lorong Sakura' yang berwarna merah jambu.

7.43am - Setelah beberapa minit mencari dalam hujan renyai-renyai, akhirnya dengan bantuan Google Maps, kami berjaya menjumpai hotel ini.

Sakura Hotel Jimbocho ini menyediakan wifi percuma kepada pelanggannya. Yea, internetnya laju dan memuaskan.






No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile