Saturday 24 October 2015

TOKYO 2015 Travelogue (Day 1&2 - Part 2) : Tokyo Dome City - Koishikawa Korakuen - Imperial Palace - Tokyo Station



Hari Kedua : Ahad (11 Oktober 2015) : Tokyo Dome City - Koishikawa Korakuen - Imperial Palace - Tokyo Station


Selepas tiba di hotel penginapan kami, iaitu Sakura Hotel Jimbocho, kami telah membuat bayaran untuk check in hotel. Kami sudah pun lebih awal menempah penginapan kami, iaitu kira-kira 2 bulan sebelum Tokyo Trip ini. Anda boleh membuat tempahan tanpa perlu risau membuat bayaran awal kerana bayaran hotel anda boleh lakukan ketika check in seperti kami.

Walaubagaimanapun, kami cuma dapat check in pada waktu tengahari, iaitu selepas waktu check out. Jadi kami telah meninggalkan dulu beg-beg kami di lobi hotel sebelum keluar semula untuk menuju ke tempat-tempat lawatan yang telah saya plan di dalam itinerary. Sebarang soalan lazim mengenai Sakura Hotel Jimbocho boleh dirujuk di SINI.

8.05am - Di hadapan hotel ini terdapat sebuah vending machine air minuman. Sebenarnya, boleh kata sekurang-kurangnya setiap 25 meter anda akan menjumpai satu vending machine seperti ini. 

8.06am - Kami bertiga bergerak menuju semula ke Stesen Jimbocho untuk bergerak menuju ke lokasi lawatan kami yang pertama, iaitu di Koishikawa Korakuen dan Tokyo Dome City!

8.11am - Seperti biasa, perlu membeli tiket di mesin menjual tiket yang terdapat di stesen.


Tiket berharga 220 yen ini adalah untuk perjalanan dari Stesen Jimbocho ke Stesen Kasuga menggunakan Mita Line.

8.12am - Tak ramai orang menggunakan train pada pagi ini. 

Bagi merawat tekak yang haus, saya telah membeli minuman ini di vending machine. Sedap!

8.17am - Selepas 5 minit menunggu train, kami akhirnya menaiki train menuju ke Stesen Kasuga. Kami meminjam payung yang disediakan oleh Sakura Hotel Jimbocho kepada pelanggannya. Cuaca pada pagi itu hujan renyai-renyai.

8.21am - Tiba di Stesen Kasuga 4 minit kemudian.

Bergerak menuju ke pintu yang menghala ke Koishikawa Korakuen.

Terdapat banyak pintu keluar di dalam stesen train bawah tanah ini. Kalau silap pilih pintu keluar, susah dan kena berjalan jauh la nampaknya.

Menuju ke pintu nombor 2.


Tempat yang boleh ditujui melalui pintu keluar nombor 2.

8.37am - Kami keluar dari Stesen Korakuen dan terus berjumpa dengan roller coaster ini. Ianya adalah sebahagian daripada tarikan di Tokyo Dome City.

Tokyo Dome, iaitu stadium baseball bagi pasukan Yomiuri Giants.

Pasaraya LaQua yang berada bersebelahan.

Bangunan yang turut menempatkan Stesen Korakuen.

Dalam hujan renyai-renyai kami mulakan destinasi kami.

Sekitar bahagian luar stadium.



Kedai cenderamata rasmi bagi pasukan Yomiuri Giants.

Ferris Wheel yang terdapat di Tokyo Dome City, berhadapan dengan Tokyo Dome.


8.51am - Tahukah anda apa yang sedang berlaku? Sebenarnya mereka sedang beratur bagi membeli tiket masuk ke taman tema di Tokyo Dome City. Kaunter tiket masih belum dibuka pada ketika itu, tapi ramai yang sudah beratur. 

Ini pula? barangan yang ditinggalkan oleh tuan punya barang sebagai 'wakil' untuk beratur di barisan yang panjang. Ya, tiada orang yang skip atau langkau giliran walaupun yang 'beratur' hanyalah barang seperti kerusi dan botol air! Disiplin bukan?

Sempat bergambar. Dulu nak bergambar depan Louvre tak berkesempatan. Isk.

Saya tak pasti itu bangunan apa.

8.54am - Kami bergerak menuju ke kompleks atau pasaraya LaQua yang berada bertentangan dengan Tokyo Dome. Di sinilah terdapatnya taman tema yang orang beratur nak membeli tiket tadi.


Halloween!


Kami sampai terlalu awal. Pasaraya ini hanya dibuka pada jam 11.00am.

Tak dapat masuk pun tak apa, kami ambil gambar je dan kemudian bergerak menuju ke Koishikawa Korakuen.

Lantai unik ini terdapat di perkarangan Tokyo Dome.

Satu lagi pemandangan barang-barang 'beratur' dapat dilihat di kawasan kaunter tiket stadium. Rasanya terdapat perlawanan pada hari tersebut memandangkan ianya adalah hari Ahad. Kelihatan juga ramai orang yang turut sama beratur bersama barang-barang seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas. Dan tidak pula orang-orang tu potong queue walaupun yang 'beratur' hanyalah botol air dan kadbod. Pemandangan yang saya rasa hanya dapat dilihat di Jepun! 

9.15am - Kami bergerak mencari lokasi lawatan seterusnya, iaitu Koishikawa Korakuen, iaitu sebuah taman yang terletak tidak jauh dari Tokyo Dome.



9.24am - Akhirnya kami menjumpai pintu masuk ke Koishikawa Korakuen Gardens ini.

9.25am - Di hadapan pintu masuk.




Ianya dibuka dari jam 9.00am hingga 5.00pm.

9.28am - Tiket masuk pula bagi dewasa adalah 300 yen, manakala bagi kanak-kanak 150 yen.


Pamplet dan tiket masuk ke Koishikawa Korakuen Gardens.



Antara persekitaran di dalam Koishikawa Korakuen ini.




Terdapat sekumpulan warga Jepun veteran yang melawat ke kawasan ini pada masa itu.

Dedaun masih belum kuning sepenuhnya. Mungkin penghujung Oktober atau pertengahan November nanti barulah dedaun di pokok semuanya kekuningan.


Berehat sebentar di pondok bagi menjamah biskut dan air minuman.

Tak ramai pengunjung ke taman ini, tapi keadaan persekitarannya bersih dan dijaga.







Merenung masa depan.

10.14am - Selepas puas berlegar di dalam Koishikawa Korakuen ini, kami beredar menuju semula ke Stesen Korakuen. Kesimpulan yang saya dapat, jika anda datang ketika musim bunga atau musim luruh, Koishikawa Korakuen ini patut dimasukkan ke dalam lokasi wajib pergi anda!

Penggunaan helikopter remote control dan drone adalah dilarang di dalam kawasan Koishikawa Korakuen ini. 

Agak jauh sebenarnya jarak dari pintu masuk ke Koishikawa Korakuen ini dengan Stesen Korakuen. Oh ya, terdapat pelbagai stesen train di Jepun ini. Ada stesen Metro (train bawah tanah), ada stesen JR (Japan Rail - train biasa dan Shinkansen), dan lain-lain lagi. Tapi umumnya anda akan kerap jumpa stesen berlogo Metro (warna biru) dan berlogo JR (warna hijau).

Logo bagi stesen Metro (train bawah tanah)

Logo bagi stesen JR - Japan Railway (train biasa dan Shinkansen)

10.28am - Kami tiba semula di kawasan berdekatan kaunter tiket di luar Tokyo Dome. Anda dapat melihat beberapa orang yang beratur bersama-sama barang-barang seperti botol air dan kadbod. 

10.29am - Ini adalah Stesen Metro Korakuen.

10.31am - Membeli tiket menuju ke destinasi seterusnya, iaitu Stesen Tokyo.

Harga tiket dari Stesen Korakuen menuju ke Stesen Tokyo adalah 170 yen, menggunakan Marunouchi Line.

Menghala ke Ogikubo.

10.34am - Bertolak dari Stesen Korakuen menuju ke Stesen Tokyo.

10.46am - Kami tiba di Stesen Tokyo.

Halau tuju kami adalah pintu 4a-4b iaitu menghala ke Imperial Palace Shrine Outer Garden.


Gyoko-dori Underground Square. 

Terdapat Underground Gallery yang mempamerkan gambar lokasi-lokasi menarik di seluruh dunia. Saya tak perasan pula ada gambar lokasi di Malaysia. Mungkin ada, tapi saya tak perasan kot?

Menuju ke Imperial Palace.

10.55am - Jauh berjalan di bawah tanah, bila keluar, rupanya kami dah sampai di Stesen Otemachi, kira-kira 150 meter dari Stesen Tokyo.

Berjalan menuju ke kawasan Imperial Palace.






11.09am - Inilah dia Imperial Palace nya! Terdapat beberapa pintu pagar di sekeliling istana ini.





Terdapat kawasan lapang yang sangat luas bersebelahan dengan Imperial Palace ini. Ramai juga yang jogging di sekitar kawasan ini. Yang belakang tu adalah kabus, bukan jerebu ye. :(

Peta kawasan sekitar Imperial Palace.


11.24am - Bergerak menuju ke Tokyo Station semula.

11.29am - Terdapat beberapa gerai jualan seperti ekspo pelancongan di kawasan lapang berhadapan Tokyo Station ini.

Yang itu adalah gabungan beberapa ketul berus. Ye, berus.



Terdapat maskot Japan Post di sekitar kawasan gerai-gerai tadi.

Tangkap dia untuk ambil gambar, siapa suruh comel sangat? :)


Selepas saya mengambil gambar bersama maskot tadi, kami bertiga diberikan belon beruang ini yang boleh dilekatkan di lengan.

Bangunan di hadapan itulah Stesen Tokyo!

Peta Gyoko-dori Ave.


11.43am - Bergerak menuju ke Stesen Tokyo.

11.46am - Akhirnya di Stesen Tokyo ini kami telah menjumpai mesin yang menjual kad Suica dan PASMO. Fungsi kad ini adalah seperti Touch 'n' Go seperti yang kita biasa tahu di Malaysia. Selain boleh digunakan untuk membayar tiket train Metro dan JR, ia juga dapat digunakan untuk membeli makanan atau minuman di vending machines.

Kami membeli kad Suica di Stesen Tokyo. Selepas ini tak perlu lagi membeli tiket setiap kali tiba di stesen Metro.

Saya telah topup kad Suica saya dengan jumlah 5000 yen.

Senarai harga tiket JR Line.

Peta lokasi Stesen JR Tokyo.


12.02pm - Hasil informasi daripada abang saya, kami telah bergerak menuju ke pasaraya KITTE yang terletak di sebelah kiri Stesen Tokyo. Tujuannya adalah untuk pergi ke Roof Garden yang terletak di tingkat atas pasaraya tersebut.

Bahagian dalam pasaraya KITTE.

Menuju ke Roof Garden.

Ianya adalah percuma. Anda tidak perlu membayar untuk ke Roof Garden ini.

Dari Roof Garden, KITTE ini, anda dapat melihat kawasan di sekitar Stesen Tokyo.






12.35pm - Selepas puas mengambil gambar dari atas Roof Garden, KITTE, kami menuju semula ke dalam Stesen JR Tokyo untuk mencari kawasan membeli belah yang terdapat di bawah tanah Stesen Tokyo ini.

Hasil informasi daripada abang saya, akhirnya kami menemui jalan menuju ke kawasan membeli belah tersebut, iaitu perlu melalui pintu Marunouchi North Entrance -> Passage to Yaesu Side.

Menuju ke pintu keluar Utara Yaesu.


Petuanya adalah mencari 'Kitchen Street'.

12.40pm - Akhirnya kami tiba di kawasan yang dicari.

Terdapat pelbagai jenis kedai-kedai dengan tema khas di sini, contohnya Rilakkuma Store ini.

NAMEKO Official Shop.

Kedai menjual barangan Ultraman.

Booth yang menjual barangan pasukan baseball Yomiuri Giants.

Patung Ultraman Taro yang terdapat di kedai barangan Ultraman ini.

Tidak dilupakan, kedai Tamagotchi. Ada sesiapa masih ingat dan main?

Yang paling mendapat sambutan pastinya Pokemon Store!

Bagi peminat LEGO, kedai clickbrick ini adalah wajib pergi. Tapi tiada apa yang rare pun di sini.

Kedai Hello Kity.

Kedai TV Tokyo.

Kedai Fuji TV.

Kedai TOMICA.

Ada sesiapa minat mengumpul model kereta api? Mesti kunjungi Plarail Shop ini.

Kedai NHK-Character pun ada.

Kompleks membeli-belah First Avenue ini menyambut ulang tahun ke 10.


1.03pm - Kami bergerak menuju ke Stesen Tokyo.

1.13pm - Kami bergerak menuju Stesen Awajicho dari Stesen Tokyo menggunakan Marunouchi Line.

1.18pm - Tiba di Stesen Awajicho. Kami kemudiannya menghala ke Ogawamachi Gate untuk ke Stesen Ogawamachi.

1.18pm - Tiba di Stesen Ogawamachi. Ianya betul-betul berdekatan pintu keluar dari Stesen Awajicho.

Dari Stesen Ogawamachi, kami menggunakan Shinjuku Line untuk menuju pulang ke hotel kami, iaitu di Stesen Jimbocho.

Stesen Jimbocho hanyalah satu stesen di hadapan Stesen Ogawamachi di Shinjuku Line.

1.21pm - Menunggu train menghala ke Jimbocho tiba.

1.24pm - Kami menaiki train menuju ke Jimbocho. Terdapat poster peringatan di dalam train ini.

1.25pm - Kami tiba di Stesen Jimbocho. Cuma seminit perjalanan dari Stesen Ogawamachi.

Berjalan keluar menuju ke pintu A7.

Kami tiba di hotel kira-kira jam 1.30pm. Jadual seterusnya adalah check in bilik, dan berehat sebentar sebelum keluar semula untuk ke destinasi seterusnya.

1.38pm - Untuk malam pertama ini, saya tidur di dalam dorm atau dipanggil bilik COLT. Terdapat 4 katil dua tingkat dan satu katil bujang di dalam dorm ini.



Walaupun saya telah menempah modem wifi ini untuk dihantar ke hotel pada pagi esok (Isnin, 12 Oktober 2015), namun saya telah menerima bungkusan berisi modem ini pada petang Ahad tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang modem wifi ini, anda boleh rujuk entry travelogue sebelum ini.




No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile