Sunday, October 25, 2015

TOKYO 2015 Travelogue (Day 1&2 - Part 3) : Ueno Station - Ueno Park - Ameyoko - Akihabara



Hari Kedua : Ahad (11 Oktober 2015) : Ueno Station - Ueno Park - Ameyoko - Akihabara


3.06pm - Selepas check in hotel dan berehat sebentar. Kami bertiga keluar semula untuk menuju ke destinasi seterusnya, iaitu ke Ueno.

3.09pm - Pemandangan di sekitar kawasan hotel.

3.12pm - Kali ini kami akan menggunakan train Shinjuku Line.

Menuju ke Stesen Iwamotocho.

3.22pm - Kami tiba di Stesen Iwamotocho menggunakan Shinjuku Line daripada Stesen Jimbocho.

3.24pm - Bergerak menuju ke Hibiya Line untuk pertukaran train.

3.25pm - Mencari pintu keluar menuju ke Stesen Akihabara untuk pertukaran ke Hibiya Line.

Untuk menuju ke Stesen Akihabara dari Stesen Iwamotocho, anda perlu berjalan kira-kira 10 minit.

3.34pm - Tiba di Stesen Akihabara untuk Hibiya Line.

Menghala ke Stesen Ueno.

Jaraknya cuma 2 stesen dari Stesen Akihabara.

3.41pm - Kami tiba di Stesen Ueno dari Stesen Akihabara menggunakan Hibiya Line.

3.44pm - Berjalan keluar menuju ke Ueno Park.

3.45pm - Antara tempat tarikan berdekatan dengan Stesen Ueno ini adalah Ameyoko, Ueno Zoo, dan Ueno Park.

Stesen JR Ueno.

3.46pm - Pemandangan berhadapan dengan Stesen Ueno. Kami terus bergerak menuju ke Ueno Park yang terletak berhampiran dengan Stesen Ueno.

Lorong yang mempunyai pintu gerbang dalam gambar di atas ini adalah kawasan Ameyoko.

Terdapat pelukis jalanan berdekatan dengan tangga menuju ke Ueno Park ini.

3.48pm - Tangga ini adalah untuk menuju ke Ueno Park.

Stesen Ueno dari tangga ke Ueno Park.

Peta dan tanda arah kawasan di dalam Ueno Park. Tempat wajib anda pergi atau bergambar di dalam Ueno Park ini adalah di tugu Takamori Saigo, iaitu lagenda samurai Jepun.

3.51pm - Terdapat magician jalanan membuat persembahan di kawasan Ueno Park ini. Semakin lama semakin ramai yang mengerumuni beliau.

Dan ramai juga orang yang melepak di kawasan sekitar.

Untuk menuju ke tugu Takamori Saigo, anda perlu menaiki tangga ini.


3.57pm - Terjumpa pula satu barisan yang panjang. 

Mereka semua beratur untuk acara ini. Ada sesiapa yang boleh baca tulisan kanji dan terangkan?


Peta kawasan Ueno Park.

4.02pm - Akhirnya kami menjumpai tugu Takamori Saigo ini.

4.05pm - Selepas mengambil gambar, kami seterusnya bergerak menuju ke kawasan di sekitar Stesen Ueno dan Ueno Park ini.

Terdapat tong sampah untuk mengisi abu rokok di satu kawasan di Ueno Park ini, dan semua perokok berkumpul untuk merokok di situ. Tiada yang merokok di merata-rata tempat lain di sekitar Ueno Park. Disiplin!

Antara bangunan yang terdapat berhampiran Ueno Park dan Stesen Ueno.


4.10pm - Kami singgah di pasaraya Yodobashi Camera Ueno.

Walaupun nama pasaraya ini Yodobashi Camera, tapi ia bukan hanya menjual kamera, tapi pelbagai barangan elektrik lain dan barangan kecantikan. Malah di sesetengah cawangan Yodobashi Camera yang lain, permainan seperti model kereta Tamiya, Ultraman, dan Gundam turut dijual dengan harga yang murah dan berpatutan berbanding yang dijual di kedai-kedai rasmi.

4.30pm - Di sebelah bangunan Yodobashi Camera Ueno ini adalah lorong yang dikenali sebagai Ameyoko.


Ameyoko memang terkenal lorong membeli-belah.



4.34pm - Ameyoko ini sangat ikonik bagi sesiapa yang menonton dorama Amachan yang dibintai oleh Nounen Rena.




4.39pm - Di dalam kawasan Ameyoko ini, terdapat sederet 3 gerai menjual makanan halal, dan kalau tak silap saya kesemuanya adalah oleh peniaga dari Turki.

4.42pm - Kami bertiga telah memilih gerai Chicken Man ini kerana pelayannya berjaya menarik kami masuk ke kedai. Ayat pelaris pelayan tersebut adalah, Zizan pernah makan di gerai beliau. 

Ni ha buktinya, selain Zizan, Jihan pun pernah datang makan di sini.

Daripada tak rasa lapar sangat, bila nampak makanan halal terus rasa nak makan. 

Minuman yang ditawarkan.

Saya memilih ayam goreng ini, iaitu menu size M. Beratnya 200gram dan harganya 500 yen.


5.11pm - Selepas selesai mengisi perut, kami meneruskan perjalanan dan berjalan di sekitar kawasan Ameyoko ini.


Lokasi ikonik dorama Amachan.

5.21pm - Walaupun baru jam 5.21pm, tetapi hari sudah gelap dan semakin ramai yang datang berkunjung ke Ameyoko.

5.25pm - Bergerak menuju ke Stesen Ueno bagi mencari kedai Hard Rock Cafe Ueno yang terdapat di dalam Stesen Ueno.


5.33pm - Tiba di Hard Rock Cafe Ueno. Selalunya saya pasti akan membeli t-shirt apabila tiba di kedai Hard Rock, tapi kali ini saya tidak membeli apa-apa.

Pasaraya OIOI atau Ueno Marui yang terletak berhampiran dengan Stesen Ueno..

5.41pm - Stesen JR Ueno pada waktu malam.

5.44pm - Kami bergerak menuju ke destinasi terakhir pada hari pertama, iaitu Akihabara Electric Town.


5.46pm - Stesen Ueno ke Stesen Akihabara menggunakan Hibiya Line, arah Naka-meguro.


5.52pm - Menaiki train

Walaupun penat, tapi masih teruja untuk destinasi seterusnya. 

5.55pm - Tiba di Stesen Akihabara. Sekarang, pilih pintu mana nak keluar.

Kami keluar melalui pintu Iwamotocho.


5.58pm - Akhirnya kami keluar dari Stesen Iwamotocho dan bergerak menuju ke Akihabara Electric Town.

Lokasi Stesen Iwamotocho dan Akihabara.

Pasaraya Yodobashi-Akiba yang sangat besar kelihatan dari jauh lagi.


6.11pm - Sekitar kawasan Akihabara.



Peminat anime pasti boleh jadi gila di Akihabara ni. Gila nak shopping la maksud saya.

Salah satu maid cafe yang terdapat di Akihabara ini. Kami tak cuba pun.

Hobby Paradise, salah satu kedai hobi yang besar.






Kedai ini menayangkan promosi dan video klip single Taiyou Knock oleh kumpulan Nogizaka46.

Ini adalah pasaraya Don Quijote. Bagi peminat kumpulan idol AKB48, di sinilah terletaknya teater tempat mereka membuat persembahan.

Terdapat poster besar AKB48 di bangunan Don Quijote ini. Teater tempat persembahan AKB48 adalah di tingkat 8F. Manakala kedai rasmi menjual cenderamata AKB48 pula terdapat di tingkat 5F.

Floor Guide, Don Quijote Akihabara. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di sini.

Anda ingin membeli baju atau kostum cosplay dengan harga yang berpatutan? Mungkin sini tempatnya!

Antara kostum yang dijual.



Oleh kerana AKB48 tidak membuat persembahan pada hari tersebut, maka eskalator atau akses untuk ke tingkat 8F tidak dibuka untuk pelawat. Dan gambar pula tidak dibenarkan untuk diambil di AKB48 Shop di tingkat 5F.

7.03pm - Masih lagi berlegar di sekitar Akihabara.

7.47pm - Berhampiran dengan Stesen JR Akihabara, terdapat Gundam Cafe dan AKB48 Cafe & Shop.

Gundam Cafe dari luar. Selain boleh menikmati makanan dan minuman, anda juga boleh membeli cenderamata rasmi Gundam di sini.

AKB48 Cafe & Shop. Saya sempat membeli cenderahati Mayuyu sebagai kenangan. Hehe.




8.09pm - Selesai sudah berjalan di Akihabara. Kaki pun dah penat, maka kami bergerak kembali ke Stesen Iwamotocho untuk pulang ke hotel kami.

8.12pm - Tiba di Stesen Iwamotocho.

8.15pm - Menaiki Shinjuku Line dari Stesen Iwamotocho ke Stesen Jimbocho.

8.21pm - Tiba di Stesen Jimbocho. Kami bergerak ke pintu A7.

Saya sempat membeli dua air minuman ini di vending machine.

8.31pm - Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di hotel untuk berehat. Tamatlah perjalanan hari pertama dan kedua kami, dari klia2 ke Tokyo.

Kunci dorm saya pada malam tersebut.

Jarak perjalanan kami menggunakan kaki pada hari pertama dan kedua (klia2 - Haneda - Jimbocho - Tokyo Dome City - Koishikawa Korakuen - Imperial Palace - Ueno Park - Ameyoko - Akihabara) adalah sebanyak 22.08km, iaitu sebanyak 34,317 langkah! *Aplikasi yang digunakan adalah Mi Band.

10.23pm - Waktu untuk tidur dan recharge semula tenaga untuk hari esok!


Bersambung ke bahagian seterusnya... Hari Ketiga : Isnin (12 Oktober 2015) : Ginza - Shibuya



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan