Wednesday, October 28, 2015

TOKYO 2015 Travelogue (Day 3 - Part 1) : Ginza - Shibuya



Hari Ketiga : Isnin (12 Oktober 2015) : Ginza - Shibuya


8.55am - Menikmati sarapan pagi di perkarangan hotel penginapan kami. Air panas disediakan percuma untuk pelanggan di cafe yang terdapat di Sakura Hotel Jimbocho ini.

9.34am - Menikmati sarapan pertama kami di hotel. Semalamnya tak sempat sarapan pun.

Oleh kerana destinasi kami yang seterusnya adalah kawasan bandar di mana kebanyakan kedai paling awal dibuka pada jam 10.00am, maka saya telah plan yang setiap pagi perjalanan kami dari hotel akan bermula antara jam 9.00am hingga 9.30am. Jadi kalau datang ke Tokyo, tak perlu lah nak keluar awal sangat, rehat secukupnya dulu kat hotel ye.


Hotel penginapan kami sepanjang kami di Tokyo.

9.43am - Kami memulakan perjalanan dari hotel ke Stesen Jimbocho. Destinasi pertama kami pada pagi itu adalah Ginza!

9.49am - Kami tiba di Stesen Jimbocho. Kami perlu menaiki Mita Line untuk menuju ke Ginza.

9.50am - Tiba di platform. Dari Stesen Jimbocho, kami perlu ke Stesen Hibiya untuk tukar train  Hibiya Line menuju ke Ginza.

9.51am - Bersemangat di pagi hari. 

9.57am - Kami menaiki train menuju ke Stesen Hibiya.

9.58am - Tiba di Stesen Hibiya. Tidak terlalu sibuk keadaan di stesen pada waktu itu. 

Azhar dan Pijam mengambil kesempatan untuk topup kad Suica masing-masing.

10.00am - Menuju ke arah Hibiya Line.

Untuk ke Ginza, kami perlu menaiki train Hibiya Line arah Kita-senju untuk menuju ke Stesen Ginza. Ianya cuma satu stesen dari Stesen Hibiya ini.

Carta perjalanan untuk Hibiya Line.

10.06am - Train yang membawa kami ke Stesen Ginza tiba.

10.08am - Hanya 2 minit perjalanan, kami tiba di Stesen Ginza.

Seterusnya adalah mencari pintu keluar yang paling berdekatan dengan tempat tarikan atau 'landmark 'di Ginza ini. Terdapat banyak pintu keluar, jadi untuk mengelakkan sesat atau perlu berjalan jauh ke destinasi yang ditujui, maka eloklah anda baca elok-elok dahulu maklumat di papan tanda ini.

10.11am - Bergerak menuju ke pintu keluar.

Kami menuju ke pintu keluar A9 di mana ianya berdekatan dengan pasaraya Ginza Wako.

Jauh sebenarnya nak berjalan menuju ke pintu keluar ini.

10.15am - Sedang kami berjalan menuju ke pintu keluar, Pijam ternampak ini. Pada waktu itu saya tak pasti ianya tentang apa, tapi di dinding tu dilekatkan button badge yang diberikan secara percuma. Setelah digoogle setelah pulang ke Malaysia, rupanya ianya sempena pembukaan besar-besaran pasaraya Mitsukoshi Ginza yang telah dimodelkan semula. Boleh rujuk berita di SINI.

Button badge sempena pembukaan pasaraya Mitsukoshi Ginza yang saya ambil sebagai kenangan.

10.15am - Akhirnya tiba di penghujung ke pintu keluar A9.

10.16am - Inilah Ginza!


10.16am - Pintu keluar ini terletak betul-betul bersebelahan dengan pasaraya Ginza Wako.

Sebelum jalan-jalan sekitar Ginza, kami ambil gambar kenang-kenangan dulu di hadapan pintu Stesen Metro Ginza.

Sekitar Ginza.



Dari seberang jalan kami nampak ada seorang penunggang basikal yang ditahan oleh polis. Kami tak tahu sebab apa. Tapi sebaik sahaja penunggang basikal itu dilepaskan, bukan main lagi dia kayuh laju-laju berlalu pergi. Kena saman kot? Lol

Pasaraya Ginza Wako dari seberang jalan.

Terdapat pondok atau bit polis di sini.

Terdapat pelbagai bangunan menjual barangan jenama-jenama terkenal di sekitar kawasan Ginza ini.


Terdapat sales semasa kami masuk ke dalam bangunan jenama GAP ini.

Kami sedang menuju ke bangunan Sony itu!

10.39am - Walaupun kedai HERMES ini belum dibuka pada waktu itu, namun sudah ada lebih kurang 10 orang beratur di hadapan pintu masuk.

10.39am - Sony Building ini sama seperti kebanyakan bangunan atau kedai-kedai besar yang lain, iaitu dibuka pada jam 11.00am.

Sementara menunggu jam 11.00am, kami berjalan-jalan di sekitar kawasan Sony Building.




Maklumat untuk pelawat ke Sony Building.

10.42am - Dibuka pada jam 11.00am.

Anda tidak dibenarkan mengambil gambar dan lain-lain ketika berada di dalam Sony Building ini.

Jarak Stesen JR Tokyo dan Stesen JR Shinbashi daripada Sony Building.

Bangunan HERMES ini agak unik.


Terdapat kedai menjual bunga di sekitar kawasan Sony Building ini.

10.53am - Masih lagi menanti di luar bangunan.

11.00am - Tepat jam 11.00am, pintu masuk Sony Building ini pun dibuka. Kami terus masuk dan disapa oleh seorang staff perempuan yang fasih berbahasa Inggeris. Beliau menerangkan tentang setiap tingkat dan bahagian di dalam Sony Building ini. Beliau juga memberitahu kami yang beliau pernah datang ke Melaka, Malaysia semasa rombongan sekolah beliau.

Saya sempat mencuba game PES2016 di PS4 yang terdapat di dalam Sony Building ini. Tiada gambar lain yang diambil ketika beraada di dalam Sony Building ini bagi menghormati dan mengikuti peraturan yang ditetapkan.

12.24pm - Selepas kira-kira sejam 24 minit kami menerokai setiap tingkat dan bahagian, akhirnya kami keluar daripada Sony Building. 

MAN WITH A MISSION. Kami sempat menonton dan mendengar music video band ini dalam resolusi tinggi ketika di dalam Sony Building tadi. Anda boleh tonton music video tersebut di bawah ;


12.28pm - Selesai di Ginza, kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya, iaitu Shibuya!

Untuk menuju ke Shibuya daripada Ginza, kami perlu menaiki train Ginza Line dari Stesen Ginza ke Stesen Shibuya.

12.29pm - Menuju ke platform.

12.44pm - Kami menaiki train menuju ke Stesen Shibuya.

12.46pm - Tiba di Stesen Shibuya dari Stesen Ginza.

Seperti biasa, mencari pintu keluar yang dekat dengan 'landmark'.

12.47pm - Kami bergerak menuju ke Hachiko Exit, untuk mencari tugu Hachiko yang terkenal.

Dari stesen, sudah kelihatan ramai yang sedang melintas simpang atau lintasan yang paling sibuk di dunia, iaitu Shibuya Crossing atau turut dikenali sebagai 'The Scramble'.

Menuju ke pintu keluar Hachiko.


12.51pm - Akhirnya kami berjaya keluar dari Stesen Shibuya.

12.54pm - Inilah tugu gangsa anjing Hachiko yang terkenal kerana kesetiaan menunggu tuannya di hadapan Stesen Shibuya ini suatu ketika dulu. Nak tahu lebih lanjut tentang kisah Hachiko, anda boleh baca di SINI.

Terletak berhadapan dan tidak jauh dari tugu Hachiko adalah coach train lama yang telah diubahsuai menjadi pusat informasi bagi pelancong yang datang ke Shibuya.

Saya ternampak Ueto Aya dalam billboard di atas tu. Tapi tak pasti pula iklan apa.

12.57pm - Kami menyertai orang ramai bergerak melintasi Shibuya Crossing atau 'The Scramble'. Memang sibuk dan sesak!

Rakaman video sekitar kawasan Shibuya Crossing.



Kami bergerak mencari Spain Slope dan Center Gai yang terdapat di Shibuya ini.






Berpandukan aplikasi Google Maps di handphone, kami bergerak menuju ke arah pasaraya PARCO, di mana terdapatnya kawasan Spain Slope yang terkenal.



Vape anyone?

1.14pm - Kami sedang melalui kawasan Spain Slope yang menuju ke pasaraya PARCO.

1.15pm - Terdapat promosi aplikasi Google Play Store di hadapan pasaraya PARCO PART-1 ini.

Terdapat 3 bahagian atau part bangunan pasaraya PARCO ini. Ianya terletak bersebelahan.


Terdapat bangunan UNIQLO berhadapan dengan pasaraya PARCO PART-1 ini.


Maklumat tingkat atau setiap bahagian di pasaraya PARCO.

1.21pm - Terdapat kedai menjual barangan rasmi komik One Piece di dalam PARCO PART-1 ini.

Walaupun saya tak baca komik One Piece, tapi layankan aje ambil gambar.




Antara cenderahati ekslusif yang dijual di sini.






Boleh jadi gila agaknya kipas-susah-mati One Piece kalau datang kedai ini.

Selain kedai One Piece, terdapat pelbagai lagi kedai di tingkat sama. Namun yang menarik perhatian saya adalah kedai menjual patung gadis perempuan berjenama LeLe Junie Moon ini.

Seram tak? Harganya pun boleh tahan seram. 100,000 yen. Lebih kurang *RM3620. 

2.06pm - Selesai di PARCO PART-1, saya sempat bergambar berlatarbelakangkan Spain Slope.

Filem Pitch Perfect 2 baru nak ditayangkan di Jepun. Memang selalunya filem-filem luar akan sampai lambat ke Jepun.

2.09pm - Kami bergerak menuju semula ke Stesen Shibuya.



Ada sesiapa peminat jenama ZARA?

2.20pm - Menuju ke Stesen Shibuya. Sekali lagi melalui Shibuya Crossing.



Keadaan sekitar Shibuya Crossing.

Sebaik tiba di hadapan kawasan tugu Hachiko, saya tergerak hati untuk memasuki pusat informasi Shibuya di dalam coach train lama tadi. Di sana kami telah diberikan informasi oleh seorang staff yang bertugas bahawa kami boleh melihat kawasan Shibuya atau Tokyo daripada observation deck yang terdapat di bangunan Shibuya Hikarie yang terletak tidak jauh dari Stesen Shibuya. Ianya adalah percuma tanpa apa-apa bayaran.

Dengan bantuan pandu arah oleh staff terbabit, kami terus bergerak menuju ke bangunan Shibuya Hikarie. Hajatnya tadi sebenarnya nak balik ke Stesen Shibuya untuk bergerak ke lokasi seterusnya, tapi dah tukar plan pula.

2.25pm - Kami berjalan menuju ke bangunan Shibuya Hikarie.

Inilah bangunan Shibuya Hikarie tersebut!

Berdekatan dengan simpang Shibuya Hikarie tersebut, terdapat pasaraya BIC CAMERA Shibuya.





2.29pm - Kami tiba di Shibuya Hikarie.

Kami terus mencari lift untuk ke tingkat atas.

Panduan tingkat di Shibuya Hikarie.

Kami menuju ke tingkat 11F di mana terdapatnya Sky Lobby.

Kelihatan seorang remaja tempatan memakai beg ini ketika kami sedang menunggu lift. #random

2.35pm - Tiba di tingkat 11F.

Di kawasan Sky Lobby ini, terdapat bahagian di mana anda dapat melihat bangunan-bangunan miniatur mengikut pelan pembangunan kawasan Shibuya.

Shibuya Future Vision.

Di Sky Lobby, anda dapat melihat Shibuya dan Tokyo dari tingkat 11.



Anda juga dapat melihat Shibuya Crossing daripada atas.


2.49pm - Selesai mengambil gambar dan berehat sebentar di Sky Lobby, kami bergerak menuju ke bangunan Tower Records Shibuya yang terletak kira-kira 500 meter dari Shibuya Hikarie.


2.56pm - Sudah nampak bangunan Tower Records.

Sekitar kawasan berhampiran dengan Tower Records.

3.00pm - Kami akhirnya sampai di Tower Records Shibuya yang terkenal ini.





Di mana-mana pun anda pergi, pasti anda akan jumpa semua yang berkenaan dengan Halloween. Halloween adalah seperti satu perayaan dan disambut besar-besaran oleh warga Jepun, khususnya di bandar.

3.15pm - Semasa berjalan dari Tower Records untuk kembali ke Stesen Shibuya, saya ternampak lori yang membawa iklan ini. Kejohanan Karate Sedunia yang ke 11. #random

3.16pm - Sekali lagi kami melintasi Shibuya Crossing.

Destinasi kami yang seterusnya adalah ke Tokyo Camii Mosque, iaitu salah sebuah masjid yang terdapat di Tokyo ini. Dengan menggunakan aplikasi Hyperdia di handphone, saya memperoleh laluan, arah dan perkhidmata train yang perlu kami gunakan untuk ke sana dari Stesen Shibuya ini.

3.18pm - Tiba di Stesen Shibuya.

Menghala ke arah Ginza Line.



3.21pm - Tiba di platform. Menaiki train Ginza Line, kami menuju ke Stesen Omote-sando yang terletak satu stesen dari Stesen Shibuya.

3.22pm - Menaiki train.

3.25pm - Kami tiba di Stesen Omote-sando. Di sini kami perlu tukar pula ke Chiyoda Line untuk menuju ke Stesen Yoyogi-Uehara yang terletak berhampiran dengan Tokyo Camii Mosque.



3.28pm - Tiba di platform Chiyoda Line di Stesen Omote-sando untuk menuju ke Stesen Yoyogi-Uehara.

3.28pm - Kami tidak perlu menunggu lama kerana train tiba tak lama selepas kami tiba di platform.


Bersambung ke bahagian seterusnya... Hari Ketiga : Isnin (12 Oktober 2015) : Tokyo Camii Mosque - Yoyogi Park - Harajuku


No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan