Thursday 29 October 2015

TOKYO 2015 Travelogue (Day 3 - Part 2) : Tokyo Camii Mosque - Yoyogi Park - Harajuku


Hari Ketiga : Isnin (12 Oktober 2015) : Tokyo Camii Mosque - Yoyogi Park - Harajuku


3.34pm - Kami tiba di Stesen Yoyogi-Uehara selepas kira-kira 6 minit perjalanan daripada Stesen Omote-sando menggunakan Chiyoda Line.

Suasana platform di Stesen Yoyogi-Uehara.

Cuma ada satu pintu keluar dari platform ini, tidak seperti kebanyakan stesen lain.


Dengan menggunakan aplikasi Google Maps, saya mengikuti peta dan menuju ke pintu keluar stesen ke arah Selatan bagi menuju ke Tokyo Camii Mosque.

3.44pm - Kami keluar dari pintu Selatan Stesen Yoyogi-Uehara.

Berjalan di kaki lima bersebelahan dengan Stesen Yoyogi-Uehara di sebelah kanan.

Tokyo Camii Mosque ini terletak tidak jauh daripada Stesen Yoyogi-Uehara, rasanya dalam jarak 300 meter sahaja. Sebaik sahaja berjalan keluar dari pintu Selatan Stesen Yoyogi-Uehara, anda hanya perlu berjalan terus sehingga jumpa simpang 4 jalan utama dan bangunan seperti dalam gambar di atas.

Anda perlu menyeberangi jalan dan menuju ke sebelah kanan, atau seperti dalam gambar ini, anda hanya perlu berjalan terus sehingga menjumpai Tokyo Camii Mosque yang akan berada di sebelah kiri anda.

3.52pm - Kami tiba di Tokyo Camii Mosque.

Di sini kami singgah untuk menunaikan solat Jamak dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Kami sempat bertegur sapa dengan beberapa orang rakyat Malaysia yang turut datang ke sini pada waktu itu.


Pintu masuk ke dewan solat.

Ruang dewan solat.




Tabung derma masjid.

Seperti masjid-masjid yang menjadi tempat tarikan di negara lain, pengunjung bukan Islam yang ingin memasuki dewan solat perlu menutup aurat mereka. Semasa kami di sana, terdapat ramai pengunjung warga Jepun yang datang melawat. Mereka hanya duduk dan senyap di dalam dewan solat sambil kadangkala melihat-lihat sekeliling. Mungkin mereka memperoleh ketenangan ketika berada di dalam masjid pada ketika itu. Semoga terbuka hati mereka memeluk agama Islam suatu hari nanti, insyaAllah.

Pondok ini sebenarnya adalah ruang terletaknya tangga yang menghubungkan tingkat atas dewan solat dengan bahagian bawah bangunan/

Saya sempat bergambar kenangan di hadapan pintu masuk ke dewan solat Tokyo Camii Mosque ini.


Bilik wuduk lelaki yang terletak di tingkat bawah, bersebelahan tangga menuju ke bahagian dewan solat di tingkat atas.

Selain berfungsi sebagai masjid, Tokyo Camii Mosque juga merupakan pusat kebudayaan negara Turki. Anda dapat membeli cenderamata di sini dan juga menikmati teh panas dengan percuma.

Azhar di hadapan pintu masuk Tokyo Camii Mosque.

4.35pm - Selepas selesai menunaikan solat Jamak dan berehat sambil meminum teh panas, kami meneruskan perjalanan untuk ke lokasi seterusnya, iaitu Yoyogi Park.

4.41pm - Kami kembali ke Stesen Yoyogi-Uehara dan menuju ke platform Chiyoda Line arah Omote-sando untuk ke Stesen Yoyogi-koen.


4.43pm - Tiba di platform. Stesen Yoyogi-koen cuma satu stesen di hadapan Stesen Yoyogi-Uehara menggunakan Chiyoda Line.

4.44pm - Kami menaiki train Chiyoda Line menuju ke Stesen Yoyogi-koen atau Stesen Taman Yoyogi.
4.48pm - Kami tiba di Stesen Yoyogi-koen.

Menghala ke pintu keluar arah Yoyogi Park.


Menuju ke pintu keluar nombor 4.

4.50pm - Anda memang perlu berjalan banyak jika ingin menggunakan perkhidmatan train di Tokyo ini. 

21.8m di atas paras laut.


4.52pm - Kami keluar dari pintu keluar nombor 4 di Stesen Yoyogi-koen dan menghala ke sebelah kanan, iaitu ke arah Yoyogi Park. Sekali lagi aplikasi Google Maps banyak membantu memberikan arah jalan dan lokasi yang tepat.

Sekolah antarabangsa yang terdapat berdekatan dengan pintu masuk sebelah Barat (West Gate) Yoyogi Park.

4.54pm - Akhirnya kami tiba di pintu masuk ke Yoyogi Park.

Peta kawasan Yoyogi Park. 


Papan notis mengenai peraturan-peraturan di Yoyogi Park.


Yoyogi Park ini juga merupakan taman mesra pengguna kerusi roda.


Terdapat laluan khas untuk penunggang basikal.

Mungkin kami datang 3-4 minggu lebih awal. Kalau tidak mungkin kami dah dapat merasa suasana musim luruh di sini.

Semakin anda sampai ke bahagian tengah Yoyogi Park ini, anda akan nampak semakin ramai orang yang beriadah dan melepak di sini.



Suhu di Yoyogi Park pada ketika itu adalah 22 darjah Celsius.

Terdapat pemuzik jalanan di sini.

5.10pm - Kami bergerak melintasi Yoyogi Park dari West Gate menuju ke pintu keluar menghala ke Harajuku, sambil berhenti seketika mengambil gambar dan berehat berdekatan dengan kawasan air pancut ini.

Ya, destinasi kami yang seterusnya pada hari tersebut adalah Harajuku yang terletak tidak jauh dari Yoyogi Park ini.

Saya tergerak hati ingin mengambil gambar ini kerana kagum dengan semangat wanita berdua tersebut yang menghias bersungguh-sungguh tempat mereka berkelah.

Menghala ke pintu keluar ke arah Harajuku.

Satu lagi kumpulan pemuzik jalanan yang membuat persembahan di Yoyogi Park ini.


Ramai yang berkelah di sekitar kawasan Yoyogi Park ini.


5.25pm - Akhirnya kami tiba di pintu keluar Yoyogi Park yang menghala ke arah Harajuku.


Stesen JR Harajuku yang berada tak jauh dari Yoyogi Park.

5.33pm - Bagi penggemar barangan sukan, Soccer Shop Kamo Harajuku ini adalah kedai yang wajib anda pergi. Mungkin anda ingin membeli jersi pasukan J-League?

5.54pm - Selepas ke Soccer Shop Kamo, kami bergerak menuju ke Takeshita Dori atau Takeshita Street yang terkenal ini. Ia merupakan lokasi wajib datang sekiranya anda datang ke Harajuku. Pintu gerbang ke Takeshita Dori ini tidak jauh dari Soccer Shop Kamo.


Suasana di Takeshita Dori.




Kalau datang ke Harajuku, anda sepatutnya mencuba crepes. Tapi saya tak pasti halal atau tidak, jadi saya tak mencuba.






6.07pm - Sedang kami berjalan di sekitar Takeshita Dori, kami telah disapa dan diberikan pamplet kedai menjual makanan halal, iaitu King Kebab. Kedai ini terletak di tingkat 2F, iaitu di bahagian food court bangunan JOL Harajuku.

Antara prop yang terdapat di food court JOL Harajuku ini. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah JOL Harajuku ini, anda boleh baca artikel INI.

Food court JOL Harajuku ini memang dipenuhi gadis-gadis remaja dan wanita. Nak tahu kenapa? Anda boleh rujuk semula artikel pada gambar di atas tadi. 

6.09pm - Inilah dia kedai King Kebab.


Saya telah memesan makanan ini yang diberi nama Kebab Yaki dan mango juice. Kebab Yaki itu rasanya hasil gabungan Kebab dan Okonomiyaki. Boleh tahan sedap rasa Kebab Yaki ini!

Iklan yang modelnya Ishihara Satomi ini memenuhi kawasan food court JOL Harajuku ini.

Tempat membuang sampah/pinggan makanan/gelas.



Terdapat pentas di food court ini.

6.35pm - Selesai makan, kami meneruskan perjalanan.



Di sekitar Harajuku pada jam 6.40pm.



Kami menuju ke Kiddy Land yang terletak tidak jauh dari Takeshita Dori.

Terjumpa dengan lelaki ini yang membawa sejumlah kucing peliharaan beliau. Ramai yang mengerumuni dan mengambil gambar.

6.48pm - Kami tiba di kedai Kiddy Land. Ia merupakan sebuah kedai yang menjual pelbagai barangan mainan, hobi, dan semua yang temanya menjadikan anda seperti kanak-kanak. Eh?



Ada Rilakkuma Store, Hello Kitty Shop, Snoopy Town, dan lain-lain di dalam bangunan kedai Kiddy Land ini.

Snoopy Town yang berada di tingkat B1F atau di bahagian bawah tanah.

Mainan paling hangat pada ketika ini, iaitu Star Wars Space Opera! Kalau anda tak tahu apakah ia, maka anda boleh tengok video dibawah yang saya ambil dari YouTube.



Memandangkan filem baru Star Wars Episode VII bakal ditayangkan pada bulan 12 nanti, populariti Star Wars kembali meningkat.


7.18pm - Dari Kiddy Land, kami bergerak ke Cat Street yang berada berdekatan. Cat Street merupakan satu lagi destinasi wajib datang bagi para pelancong. Terdapat banyak kedai-kedai fesyen di sini.

Sekitar Cat Street Harajuku.

7.32pm - Selepas melalui Cat Street, kami berjalan menuju ke Stesen Omote-sando untuk pulang ke hotel penginapan.


Kelihatan Apple Store yang besar di seberang jalan, iaitu di sekitar kawasan Omotesando Hills.

7.35pm - Kami tiba di pintu masuk ke Stesen Metro Omote-sando.

Dari Stesen Omote-sando, kami perlu menaiki train Hanzomon Line menuju ke Stesen Jimbocho, iaitu stesen yang berhampiran dengan hotel penginapan kami, di Sakura Hotel Jimbocho.

185 meter ke platform Hanzomon Line.

7.39pm - Kami perlu ke Platform 6 Hanzomon Line, menghala ke Otemachi, Oshiage 'SKYTREE', Kuki, Minami-kurihashi.


7.41pm - Kami tidak perlu menunggu lama untuk menaiki train ini.

7.51pm - Kami tiba di Stesen Jimbocho. Kira-kira 10 minit perjalanan dari Stesen Omote-sando.


Menuju ke pintu keluar A7 untuk menghala pulang ke hotel penginapan kami.


8.01pm - Akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami. Tiba masa untuk berehat dan bersedia untuk perjalanan hari esok.

Jarak perjalanan menggunakan kaki kami pada hari ketiga adalah sejauh 14.15km dengan anggaran sebanyak 21,781 langkah.



Bersambung ke bahagian seterusnya... Hari Keempat : Selasa (13 Oktober 2015) : Shinjuku - Nakano Broadway

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile