Monday, November 2, 2015

TOKYO 2015 Travelogue (Day 4 - Part 1) : Shinjuku - Nakano Broadway



Hari Keempat : Selasa (13 Oktober 2015) : Shinjuku - Nakano Broadway



9.31am - Hari ini saya bersarapan Maggi cup dan milo panas. Orang Malaysia bila di tempat orang haruslah ada bawa bekal maggi kan?

Ketika sedang bersarapan, kelihatan sebuah lori sampah tiba untuk mengambil sampah di bangunan berhadapan dengan hotel penginapan kami, iaitu Sakura Hotel Jimbocho.

Saya tertarik melihat cara bagaimana mereka membungkus dan menyusun dengan baik bungkusan-bungkusan sampah di atas lori berkenaan. Ya, langsung tiada bau busuk ketika lori tersebut berada di situ. Pekerja yang mengambil sampah juga memakai uniform dengan kemas. :)


10.02am - Selesai bersarapan, kami bertiga memulakan perjalanan hari keempat kami di Tokyo. Destinasi pertama pada pagi tersebut adalah Shinjuku.

10.06am - Seperti biasa, medium pengangkutan kami adalah train Metro.

Pagi ini kami menggunakan train Shinjuku Line untuk menuju ke Stesen Shinjuku daripada Stesen Jimbocho.



10.09am - Tiba di platform Shinjuku Line di Stesen Jimbocho. Jaraknya adalah 5 stesen.

10.12am - Kami menaiki train menuju ke Stesen Shinjuku.

10.21am - Tiba di Stesen Shinjuku. 

10.23am - Suasana yang boleh dikatakan sesak.

Destinasi pertama kami sebaik tiba di Stesen Shinjuku adalah menuju ke Terminal Bas Ekspres Shinjuku yang terletak berdekatan dengan Stesen Shinjuku.


10.24am - Kami melalui kawasan Keio Plaza untuk menuju ke terminal bas.



10.26am - Masih lagi mengikut tanda arah menuju ke Shinjuku Express way Bus Terminal.


10.28am - Akhirnya kami tiba di terminal bas ekspres ini. Kelihatan ramai orang yang beratur menunggu untuk menaiki bas pada ketika itu. Terdapat tiga tempat untuk menaiki bas di kawasan ini, dan anda boleh merujuk kepada papan kenyataan elektronik yang ada di situ untuk mengetahui status bas anda sama ada sudah tiba atau belum, dan di mana harus anda beratur untuk menaiki bas.

Tujuan kami datang ke Shinjuku Highway Bus Terminal pada pagi itu adalah untuk membeli tiket bas ekspres menuju ke Fuji-Q Highlands pada esok harinya. 

Di Shinjuku Highway Bus Terminal ini, anda boleh membeli tiket bas untuk menaiki bas pada hari yang sama, dan juga boleh membeli tiket untuk perjalanan pada hari yang lain. 

Untuk membeli tiket bas untuk perjalanan pada hari yang sama, anda boleh membeli tiket bas di kaunter tiket bersebelahan dengan tempat menunggu bas seperti dalam gambar di atas. 

10.36am - Manakala jika anda ingin membeli tiket awal untuk perjalanan pada hari yang lain, anda perlu ke Advanced tiket office yang berada di tingkat atas.

10.53am - Alhamdulillah, kami berjaya membeli tiket bas ekspres ke Fuji-Q Highlands pada hari esoknya. Sekarang baru lah boleh teruskan jalan-jalan di sekitar Shinjuku. Bersebelahan dengan terminal bas tersebut adalah pasaraya Yodobashi. Terdapat beberapa bangunan pasaraya Yodobashi di sekitar kawasan tersebut dan ianya dibahagikan mengikut barang yang dijual.

Pasaraya Yodobashi.

Terdapat 11 kawasan atau pun bangunan Yodobashi di sekitar terminal bas ini.

12.03pm - Kami bergerak menuju ke Tokyo Metropolitan Government Building.


Saya menggunakan aplikasi Google Maps di handphone bagi membantu menunjukkan arah.

Suhu Shinjuku pada ketika itu.


12.08pm - Kami tiba berdekatan dengan bangunan yang ditujui. Kenapa kami menuju ke sini? Kerana di Tokyo Metropolitan Government Building ini terdapat 2 panoramic observation decks yang mana para pengunjung boleh menikmati pemandangan sekitar bandar Tokyo dari tingkat ke 45 bangunan tersebut, dan ianya adalah PERCUMA.

Terdapat 2 blok utama di Tokyo Metropolitan Government Building ini yang menempatkan biro-biro atau jabatan-jabatan kerajaan Jepun.


12.10pm - Kami menuju ke Tokyo Metropolitan Government No.1 Building, yang mana terdapatnya observation deck.

12.10pm - Kami tiba di bahagian bawah Tokyo Metropolitan Government No.1 Building.





12.13pm - Pada hari tersebut, terdapat kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan di bahagian bawah bangunan tersebut, maka laluan lencongan telah disediakan untuk memudahkan para pengunjung mencari tempat menuju ke observation deck.


12.14pm - Kami tiba di kawasan untuk beratur bagi menaiki lift ke observation deck.


Mungkin kami datang pada hari bekerja, maka kami tidak perlu beratur terlalu panjang.

Beg anda akan diperiksa oleh pengawal sebelum anda dibenarkan menaiki lift.


Kawasan pemeriksaan beg berdekatan dengan lift.

Selepas beg anda diperiksa, anda akan dibenarkan menaiki lift tetapi bilangan orang yang menaiki lift pada satu-satu masa adalah dikawal oleh staf yang bertugas di hadapan pintu masuk lift.



Lift ini adalah dikhaskan untuk terus menuju ke tingkat 45, iaitu dimana observation deck berada.

12.26pm - Akhirnya kami tiba di observation deck Tokyo Metropolitan Government No.1 Building yang berada di tingkat ke 45.

Terdapat aplikasi Android yang boleh sebagai panduan di observation deck ini, tapi rasanya ia hanya ada dalam bahasa Jepun.

12.39pm - Sebaik kami tiba di observation deck, kami telah disapa dan diberikan penerangan oleh staf ini. Mak cik ini bernama Mariko-san. Beliau memberikan penerangan dalam bahasa Inggeris kepada kami mengenai bangunan-bangunan dan kawasan yang dapat dilihat dari observation deck ini. 

Walaupun kadangkala beliau tidak dapat mencari perkataan bahasa Inggeris yang sesuai untuk digunakan bagi menjawab pertanyaan kami, namun beliau tetap berusaha ingin memberikan penerangan, dengan menunjukkan artikel dalam bahasa Inggeris yang terdapat di dalam fail warna pink yang beliau pegang di dalam gambar di atas.





Terdapat kaunter kecil yang menyediakan pamplet tentang observation deck ini.




Terdapat sudut khas untuk pengunjung Orang Kurang Upaya (OKU) dan kanak-kanak melihat pemandangan.






Di tengah-tengah observation deck ini terdapat sebuah kafe. Anda boleh makan atau minum di sini.

Panduan kepada pengunjung untuk mengenalpasti bangunan dan kawasan yang dapat dilihat dari observation deck.




Lagi panduan yang terdapat di sini.





Menurut Mariko-san, anda dapat melihat Gunung Fuji dari observation deck ini kecuali dari bulan Oktober sehingga Januari. Dan ya, kami tak dapat melihat Gunung Fuji pada hari itu kerana ianya diselubungi kabus. 



Di observation deck ini terdapat alat Automated external Defibrillator (AED) bagi menyediakan rawatan kecemasan kepada pesakit jantung. Boleh kata alat ini dapat dijumpai di pelbagai tempat yang ramai pengunjung di Tokyo ini, antaranya di pasaraya-pasaraya besar.





Notis dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di observation deck ini.




Mereka ini beratur untuk menaiki lift turun ke bawah semula selepas selesai menikmati pemandangan di observation deck ini.

12.52pm - Kami bertiga beratur di barisan dan bersedia untuk turun semula bagi menuju ke destinasi seterusnya.

Berhampiran dengan lift ini terdapat kedai menjual cenderamata.


Wefie untuk hari ini.

1.06pm - Akhirnya kami memasuki lift untuk turun ke bawah. Lift ini hanya ada satu destinasi dan tidak akan singgah di tingkat yang lain, iaitu dari tingkat bawah ke tingkat 45, dan dari tingkat 45 ke tingkat bawah.

Tokyo Metropolitan Government Building dari bawah.


1.25pm - Dari Tokyo Metropolitan Government Building, kami bergerak menuju ke pasaraya Takashimaya.

Terdapat sebuah lagi Soccer Shop Kamo di Shinjuku ini, selain dari yang terdapat di Harajuku.

LUMINE adalah salah sebuah pasaraya besar yang terdapat di Shinjuku ini.

Terdapat Stesen JR Shinjuku yang berhampiran dengan pasaraya Takashimaya tersebut.

Bangunan di tengah-tengah di belakang itu adalah pasaraya Takashimaya.

1.45pm - Kami tiba di pasaraya Takashimaya

Tujuan kami mencari pasaraya Takashimaya ini adalah kerana di sana terdapat prayer room, atau bilik khas untuk orang Islam menunaikan solat dengan selesa. 

Sebaik memasuki pasaraya Takashimaya tersebut, kami terus melihat ke inventori dan mencari lokasi prayer room.

Klik gambar untuk besarkan jika tidak jelas. Prayer Room terletak di tingkat 11 bangunan Takashimaya ini.

Sebaik keluar dari lift di tingkat 11, anda akan terus menjumpai papan tanda ini yang menunjukkan arah ke Prayer Room.


Prayer Room yang terdapat di pasaraya Takashimaya Shinjuku ini adalah hampir sama dengan yang terdapat di Haneda Airport seperti yang saya ceritakan dalam entry pertama travelogue ini.

Seperti di Haneda Airport, anda perlu menggunakan intercom untuk menghubungi operator dan meminta kebenaran untuk menggunakan Prayer Room tersebut.

Ruang tempat mengambil wuduk.




Arah kiblat disediakan.

Kami menunaikan solat Jamak sebelum meneruskan perjalanan.

Saya sempat membeli air teh ini dari vending machine. Yang pasti ianya sangat sedap!

2.16pm - Selepas menunaikan solat Jamak, kami bergerak menuju ke Stesen JR Shinjuku untuk ke destinasi kami yang seterusnya, iaitu Nakano Broadway.


2.19pm - Tiba di Stesen JR Shinjuku.

Untuk ke Nakano, kami perlu menaiki train Chuo Line (Rapid) yang berada di platform 12 Stesen JR Shinjuku ini.

2.20pm - Kami tiba di platform 12.


Train JR yang melalui platform.


2.24pm - Kami menaiki train menuju ke Stesen Nakano.

2.28pm - Kami tiba di Stesen Nakano.

Untuk ke Nakano Broadway, kami bergerak menuju ke North Exit.


2.30pm - Tiba di pintu keluar Utara Stesen Nakano.

Antara bangunan yang terdapat di hadapan Stesen Nakano.

Betul-betul di hadapan North Entrance Stesen Nakano adalah satu lorong yang panjang, iaitu Nakano Sun Mall.

2.31pm - Kami bergerak memasuki Sun Mall. Di penghujung lorong Sun Mall ini adalah destinasi kami, iaitu Nakano Broadway!


Terdapat pelbagai kedai di Sun Mall ini, dari farmasi, kedai fesyen, sehinggalah ke kedai telekomunikasi.




2.38pm - Destinasi yang ditujui : Nakano Broadway. 

Selain Akihabara, Nakano Broadway merupakan lokasi wajib bagi seorang peminat anime dan pengumpul permainan-permainan yang rare.

Sekitar kawasan di dalam Nakano Broadway.


MANDARAKE merupakan kedai wajib anda pergi jika datang ke Nakano Broadway ini.




Boleh dikatakan yang MANDARAKE memonopoli di kawasan Nakano Broadway ini. Selain permainan yang rare, anda juga boleh mendapatkan manga-manga lama dan rare di sini.


3.41pm - Selesai berjalan-jalan di Nakano Broadway, kami bergerak keluar dan menuju semula ke Stesen Nakano untuk ke lokasi seterusnya.


Sekali lagi saya membeli air teh ini kerana haus.

Kedai runcit seperti 7-Eleven yang terdapat di luar Northen Entrance Stesen Nakano.

4.01pm - Selepas duduk rehat seketika di perkarangan Northen Entrance Stesen Nakano, kami bergerak menuju ke platform Tozai Line di Stesen Nakano untuk menuju ke destinasi kami yang seterusnya, iaitu Ikebukuro.

Platform 5, Tokyo Metro Tozai Line.

4.01pm - Kami tiba di platform 5.





Selfie dulu sementara menunggu train tiba.

4.05pm - Train tiba di platform 5.

4.22pm - Kami tiba di Stesen Iidabashi selepas kira-kira 17 minit perjalanan dari Stesen Nakano.

Di Stesen Iidabashi, kami perlu menukar ke train Yurakucho Line untuk ke Ikebukuro.




4.30pm - Tiba di platform Yurakucho Line di Stesen Iidabashi. Jarak antara Stesen Iidabashi dan Stesen Ikebukuro adalah sebanyak 4 stesen.


Maklumat perjalanan dan stesen.

4.34pm - Train tiba di platform.




2 comments :

Shila Azizi said...

penerangan yang lengkap!

areev19 said...

Shila Azizi : Terima kasih. :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan