Monday 2 November 2015

TOKYO 2015 Travelogue (Day 4 - Part 2) : Ikebukuro - Otsuka


Hari Keempat : Selasa (13 Oktober 2015) : Ikebukuro - Otsuka

4.44pm - Kami tiba di Stesen Ikebukuro selepas kira-kira 12 minit perjalanan daripada Stesen Iidabashi menaiki train Yurakucho Line.


Kami bergerak ke Exit 35 iaitu menuju ke arah pasaraya Sunshine City.




4.51pm - Akhirnya kami menemui pintu keluar nombor 35 ini.

Terdapat pasaraya BIC CAMERA berdekatan dengan pintu keluar 35 ini.

SEIBU antara pasaraya lain yang terdapat di Ikebukuro ini. 

4.51pm - Pasaraya Sunshine City, lagi 350 meter di hadapan.



Sesak dengan ramai pejalan kaki, dan ya, boleh dikatakan semuanya berjalan dengan laju.

Sebuah lagi outlet BIC CAMERA.

Sanrio Gift Gate Ikebukuro. Buat peminat Hello Kitty, di sini mungkin tempat wajib anda pergi.

ADORES ni sebenarnya adalah pusat arcade. Arcade yang macam mana? Klik SINI.

Suasana sekitar Sunshine 60 Dori.




TOKYU HANDS. Sebuah lagi pasaraya yang menjual pelbagai jenis barangan.

Terdapat pelbagai dan banyak pasaraya-pasaraya besar yang menarik di sekitar Tokyo ini, namun disebabkan jadual atau itinerary kami yang padat, tak semua yang kami dapat pergi. Mungkin selepas trip ini nanti boleh pergi sendiri pula di lain kali? InsyaAllah.

5.01pm - Akhirnya kami tiba di pintu atau tangga untuk turun ke bawah yang menuju ke pasaraya Sunshine City. Ianya terletak bersebelahan dengan pasaraya TOKYU HANDS.


Terdapat kerja-kerja pembinaan, maka terdapat lencongan dibuat di sini.

5.04pm - Pintu masuk ke bangunan Sunshine 60, iaitu bekas bangunan paling tinggi di dunia suatu ketika dahulu. Bangunan Sunshine 60 ini bersambung dengan pasaraya Sunshine City.

5.05pm - Kami tiba di pasaraya Sunshine City. Perkara pertama yang dilakukan adalah melihat kepada directory.

Dengan mengikut itinerary yang telah saya sediakan lebih awal, kami bergerak menuju ke J-WORLD TOKYO dan NAMJATOWN yang terdapat di dalam pasaraya atau kompleks Sunshine City ini. Kedua-dua tempat tersebut adalah theme park.


Ruang legar yang terdapat di Sunshine City.

5.10pm - Tahukah anda yang Pokemon Center terbesar di Jepun, atau mungkin di seluruh dunia, terletak di dalam pasaraya Sunshine City? Ia juga dikenali sebagai Pokemon Center MEGA TOKYO yang terletak di tingkat 2F di pasaraya Sunshine City.

Bergambar dulu!

Pika! Pika! Pika! Chu!!!


Terdapat pelbagai barangan dan cenderamata rasmi Pokemon yang boleh membuatkan anda rambang mata. 


Keychain Pikachu versi Halloween sempena Halloween yang bakal disambut pada 31 Oktober. Di Jepun, Halloween disambut secara besar-besaran, jadi tak hairan di mana sahaja anda pergi ketika bulan Oktober ini, anda pasti akan menjumpai pelbagai hiasan kedai, iklan, atau promosi berkaitan dengan Halloween.


Sebuah Pokeball besar yang terdapat di dalam Pokemon Center MEGA TOKYO ini.

Bersebelahan dengan Pokemon Center MEGA TOKYO ini terdapat sebuah kedai atau rasanya mungkin sebuah pusat nursery bertemakan Doraemon. Saya tak pasti. Tapi menarik juga kalau dapat melalui Pintu Suka Hati Doraemon yang berwarna pink tu!


Pokemon Center MEGA TOKYO dari luar.

"I choose you !!" 



5.22pm - Terletak bersebelahan dengan Pokemon Center MEGA TOKYO ini adalah NAMJATOWN.


Ianya adalah sebuah theme park yang bertemakan makanan. Disebabkan tiada yang berminat untuk memasuki NAMJATOWN ini, maka kami bergerak menuju ke J-WORLD TOKYO yang berada di tingkat 3F.

5.24pm - Kami tiba di J-WORLD TOKYO. Sebuah theme park yang wajib dikunjungi jika anda peminat anime atau komik Dragon Ball, Naruto, dan One Piece.

Anda boleh membeli tiket untuk masuk pada hari yang sama dan juga untuk masuk pada hari yang lain.

Jika anda datang selepas jam 5.00pm, harga tiket masuk dikurangkan daripada 2,600 yen kepada 1,800 yen (tiket masuk dewasa), dan daripada 2,400 yen kepada 1,600 yen (tiket masuk kanak-kanak).

Seperti NAMJATOWN, sekali lagi kami mengambil keputusan untuk tidak memasuki J-WORLD TOKYO ini.

Terdapat sebuah mesin Automated External Defibrillator (AED) di pasaraya Sunshine City ini, seperti yang terdapat di Observation Deck, Tokyo Metropolitan Government Building No.1.

5.52pm - Terdapat persembahan nyanyian yang berlangsung di ruang legar tingkat bawah Sunshine City pada ketika itu.

6.06pm - Selepas berehat seketika di dalam pasaraya Sunshine City, kami bergerak menuju ke destinasi kami yang seterusnya, iaitu ke Otsuka.


6.14pm - Tiba di Stesen Metro Ikebukuro.


Untuk ke Otsuka atau Stesen Otsuka, kami menggunakan train JR Yamanote Line dari Stesen Ikebukuro ini.

Panduan perjalanan yang saya perolehi menggunakan website Hyperdia.

Suasana yang sesak!

Menuju ke arah Platform 5 di Stesen Ikebukuro.

Stesen Otsuka terletak hanya satu stesen di hadapan Stesen Ikebukuro.

6.20pm - Tiba dan beratur di platform.

6.23pm - Kami menaiki train menuju ke Stesen Otsuka. Di dalam train ini terdapat carta panduan tempoh perjalanan dari Stesen Mejiro.

6.29pm - Kami tiba di Stesen Otsuka.

Menuju keluar ke South Exit di Stesen Otsuka.

Di hadapan Stesen Otsuka.

6.34pm - Dengan berpandukan aplikasi Google Maps di handphone saya, kami berjalan kaki menuju ke Masjid Otsuka yang juga merupakan Japan Islamic Trust Center.

6.36pm - Kami tiba di Masjid Otsuka yang terletak tidak jauh dari Stesen Otsuka.

Bergambar dahulu di hadapan pintu masuk masjid sebagai kenangan.

Masjid Otsuka ini dirasmikan pada 4 Februari 2000, oleh Al-Sheikh Dr. Omar Bin Muhammad Assubail, salah seorang imam Masjidil Haram.





Tempat mengambil wuduk yang sederhana besar dan tapi selesa.

Ruang solat di tingkat atas. Saya tak pasti sama ada ruang ini dikongsi dengan kaum wanita. Mungkin ada ruang solat di tingkat bawah untuk kaum wanita.



Waktu solat di Otsuka, Jepun. Awal bukan? Jika dibandingkan dengan waktu solat di Malaysia.

Ketika berada di Masjid Otsuka, kami terjumpa pamplet kedai makanan halal yang diletakkan berdekatan dengan pintu masuk masjid.

7.06pm - Disebabkan perut pun dah mula rasa lapar kerana penat berjalan seharian, maka selepas selesai solat Jamak dan berehat sebentar di Masjid Otsuka, kami bergerak menuju ke Restoran Saba, yang terletak tidak jauh dari Masjid Otsuka dan Stesen Otsuka.

7.07pm - Sekali lagi, dengan menggunakan aplikasi Google Maps, kami bergerak menuju ke Restoran Saba.

7.08pm - Kami tiba di Restoran Saba, iaitu sebuah restoran Pakistan.



Shrine yang terletak berhadapan dengan Restoran Saba.


Suasana di dalam restoran.



Makanan saya pada malam tersebut, Nasi Saffron, Ayam Tandoori, dan Jus Mangga.

Pijam, saya, dan Azhar.

Teringin nak makan roti nan?

8.08pm - Selesai mengisi perut di Restoran Saba, kami bergerak menuju pulang ke Stesen Otsuka.

Terdapat laluan atau rail trem dalam bandar berhadapan dengan Stesen Otsuka.



8.09pm - Kami tiba di Stesen Otsuka. Destinasi seterusnya adalah balik berehat di hotel!


Untuk ke Stesen Jimbocho iaitu di mana terletaknya hotel penginapan kami, Sakura Hotel Jimbocho, kami perlu menaiki train JR Yamanote Line ke Stesen Sugamo.

Panduan perjalanan dari Stesen Otsuka ke Stesen Jimbocho.

8.11pm - Tiba di platform.

Stesen Sugamo terletak satu stesen di hadapan Stesen Otsuka.

Berada di Platform 7/8 Yamanote Line ke arah Tabata, Ueno, dan Tokyo.

8.18pm - Train tiba di stesen.

8.25pm - Kami tiba di Stesen Sugamo kira-kira 7 minit kemudian.

Sebaik tiba di Stesen Sugamo, kami menukar train Mita Line untuk ke Stesen Jimbocho

8.26pm - Stesen Jimbocho terletak 5 stesen daripada Stesen Sugamo.


8.28pm - Tiba di platform Mita Line di Stesen Sugamo.


8.32pm - Train tiba di Stesen Sugamo.

8.42pm - Kami tiba di Stesen Jimbocho, kira-kira 10 minit perjalanan dari Stesen Sugamo.

8.48pm - Kami tiba di hotel penginapan kami. Tamat sudah hari keempat Tokyo Trip kami.

Untuk hari keempat, kami telah berjalan kaki sejauh 10.9km dengan anggaran sebanyak 16,891 langkah.


Bersambung ke bahagian seterusnya... Hari Kelima : Rabu (14 Oktober 2015) : Fuji-Q Highland



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile