Wednesday, 4 November 2015

TOKYO 2015 Travelogue (Day 5 - Part 1) : Fuji-Q Highland


Hari Kelima : Rabu (14 Oktober 2015) : Fuji-Q Highland

5.56am - Sarapan hari kelima di bumi Jepun, milo panas dan beberapa keping biskut.

Hari ini destinasi kami adalah Fuji-Q Highland dan juga kawasan sekitar Lake Kawaguchiko.

Sakura Cafe, iaitu kafe yang terdapat di lobi hotel penginapan kami, Sakura Hotel Jimbocho.

Inilah hotel penginapan kami sepanjang kami di Tokyo, Jepun.

6.25am - Selepas bersarapan, kami bergerak dari hotel menuju ke Stesen Jimbocho seperti biasa. Train merupakan pengangkutan utama kami selama kami di Tokyo ini.

Jalan utama yang berada berdekatan dengan hotel kami. Kami perlu menyeberang jalan ini untuk ke Stesen Jimbocho.

6.30am - Inilah pintu masuk untuk ke Stesen Metro Jimbocho.

Untuk pagi ini, kami menaiki train Shinjuku Line di Stesen Jimbocho untuk ke Stesen Shinjuku.

6.32am - Ramai yang bergegas di Stesen Jimbocho pada pagi itu, seperti gadis sekolah di dalam gambar di atas ini.


6.34am - Kami tiba di Platform 1, train menuju ke arah Ichigaya, Shinjuku, Keio Line.


Stesen Shinjuku adalah 5 stesen jaraknya dari Stesen Jimbocho menaiki train Shinjuku Line.

6.42am - Train tiba di platform.

6.52am - Kami tiba di Stesen Shinjuku daripada Stesen Jimbocho selepas kira-kira 10 minit perjalanan.
Agak ramai orang pada pagi tersebut. Majoritinya dalam perjalanan ke tempat kerja masing-masing.

Seperti semalamnya, pada pagi ini kami terus menuju ke Terminal Bas Ekspres Shinjuku yang terletak berdekatan dengan Stesen Shinjuku ini.


Melalui KEIO MALL seperti semalam.

6.56am - Mengikuti papan tanda Shinjuku Express way Bus Terminal.


6.56am - Sebaik keluar dari Stesen Shinjuku, anda perlu mencari terminal bas yang terletak bersebelahan dengan pasaraya Yodobashi yang berwarna merah seperti dalam gambar.

6.58am - Kami tiba di tempat untuk menunggu bas. Anda boleh merujuk status bas anda sama ada sudah sampai atau belum, dan di mana anda perlu beratur untuk menaiki bas, kerana terdapat 3 tempat menaiki bas di situ.

Saya dah jumpa Mayuyu! Tapi pada iklan vending machine je la. :(

Keadaan di terminal bas.

Terdapat 3 tempat beratur menaiki bas, iaitu nombor 2, 1, dan 26.

Pemandangan di sekitar terminal bas.

Harga tiket bas dari Stesen Shinjuku ke Fuji-Q Highland adalah 1,750 yen. Bas kami dijangka berlepas pada jam 8.40am pada pagi tersebut.




8.41am - Akhirnya maklumat mengenai bas yang bakal kami naiki muncul.




8.43am - Kami menaiki bas.

8.47am - Bas kami bertolak dari Shinjuku Highway Bus Terminal menuju ke Fuji-Q Highland.

Buat kali pertamanya pada hari tersebut saya merasmikan penggunaan modem Japan Wireless yang saya tempah ketika di Malaysia. Anda boleh rujuk entry pertama siri travelogue ini untuk maklumat lebih lanjut.


Antara pemandangan yang dapat dilihat ketika dalam perjalanan.



10.13am - Akhirnya Fuji-Q Highland sudah dapat dilihat dari dalam bas.

Destinasi : Fujikyu Highland.

10.16am - Kami selamat tiba di Highland Bus Station yang mana terletak berdekatan dengan Fuji-Q Highland.

Antara notis yang terdapat di dalam bas.

Di Highland Bus Station ini, terdapat kedai di mana anda dapat membeli makanan, tiket bas, cenderamata, dan lain-lain.

Anda boleh menaiki bas di sini menuju ke tempat-tempat yang terdapat dalam gambar di atas.


10.18am - Dari Highland Bus Station, kami berjalan menuju ke Fuji-Q Highland.


Rail roller coaster yang berlingkar-lingkar ni pasti menarik perhatian pengunjung untuk cuba menaiki roller coaster tersebut.


10.20am - Inilah pintu masuk ke Fuji-Q Highland.


Terdapat kedai menjual pelbagai barangan sebaik anda memasuki pintu masuk Fuji-Q ini.


Sebaik keluar melalui kawasan kedai menjual pelbagai barangan tadi, kami tiba di kawasan binaan bangunan yang bertemakan negara Perancis.



Terdapat pelbagai kedai di 'pekan kecil' ini sebelum anda tiba ke kaunter tiket masuk ke dalam Fuji-Q Highland.











Sempat bergambar dengan maskot yang terdapat di sini.


10.27am - Akhirnya kami tiba di kawasan kaunter tiket masuk ke Fuji-Q Highland ini. Pada hari tersebut, Fuji-Q dibuka dari jam 9.00am sehingga 6.00pm.


Kaunter tiket.

Permainan atau ride dipaparkan bersama-sama dengan waktu menunggunya.

Harga tiket masuk ke dalam Fuji-Q Highland ini adalah 1,400 yen bagi dewasa, dan 800 yen bagi kanak-kanak. Jika anda ingin membeli 1-day Free Pass pula harganya 5,200 yen bagi dewasa dan 3,800 bagi kanak-kanak.

10.38am - Akhirnya kami masuk ke dalam Fuji-Q Highland ini.


Suhu di Fuji-Q Highland pada pagi itu mencecah 15 darjah celsius.

Sebaik masuk, kami terus menuju ke attraction atau ride yang paling dekat dengan pintu masuk ini, iaitu roller coaster Fujiyama.

Anda mestilah mempunyai ketinggian minima 120cm untuk menaiki Fujiyama ini!

Roller coaster Fujiyama ini pernah memegang rekod sebagai roller coaster tertinggi di dunia (79 meter), jatuhan paling tinggi di dunia (70 meter), dan roller coaster paling laju di dunia (tahun 1996).

Di Fuji-Q ini, anda boleh membeli tiket bagi setiap permainan atau ride ketika anda beratur, iaitu sebelum tiba di platform.

Ini adalah tiket masuk ke Fuji-Q Highland.

Peringatan kepada mereka yang tidak sesuai menaiki roller coaster ini.

11.05am - Terdapat ramai orang yang beratur untuk menaiki Fujiyama ini. Waktu menunggu yang diberitahu tadi adalah sejam 30 minit.


Carta degupan jantung ketika menaiki Fujiyama?

Antara cenderahati yang dijual.


Nah, lihatlah betapa ramainya orang nak naik Fujiyama. Ini cuma 2 barisan daripada beberapa lingkaran barisan lagi yang beratur di bawah.

Sebaik tiba bersebelahan dengan platform, terdapat mesin untuk membeli tiket Fujiyama. Harga tiket untuk menaiki Fujiyama adalah 1,000 yen.

11.32am - Akhirnya kami tiba di platform.

Sebelum menaiki Fujiyama, anda perlu menyimpan barang-barang anda di dalam locker di sebelah kiri seperti dalam gambar.

Cuak juga rasanya bila tengok orang lain nak mula bergerak dari sini.

Nak ubah fikiran dan tak jadi naik Fujiyama pada saat-saat akhir? 'Chicken Way' telah disediakan untuk anda. Hehe.

Melihat mereka ini baru sampai dengan muka pucat, seronok, dan teruja membuatkan saya lagi excited nak naik. Oh ya, Seumur hidup saya, saya tak pernah menaiki apa-apa roller coaster. Dan saya pecahkan rekod pada hari tersebut dengan menaiki Fujiyama. 

11.41am - Selesai sudah menaiki Fujiyama. Kecut perut juga sebenarnya.

Panduan cara yang betul untuk duduk ketika menaiki Fujiyama.

Selesai menaiki Fujiyama, seperti biasa, terdapat gambar yang boleh anda beli untuk dijadikan kenangan.

Inilah dia gambar kami ketika menaiki Fujiyama. LOL

11.46am  Kami berjaya menaiki Fujiyama! Bermula dengan ajakan separa serius beberapa bulan yang lalu, akhirnya kami berjaya realisasikan hajat ingin menaiki Fujiyama. Eceh.

Selepas menaiki Fujiyama, kami bergerak menuju ke ride yang seterusnya, iaitu Takabisha. Tapi disebabkan masa yang suntuk, dan kami perlu pergi pula ke Lake Kawaguchiko, maka kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan sahaja selepas itu di dalam kawasan Fuji-Q. Mungkin lain kali kalau ada rezeki datang lagi ke Fuji-Q Highland, boleh la cuba main dan naik semua rides yang ada di sini.



King Of Coasters - Fujiyama



Pemandangan sekitar di dalam Fuji-Q.





Kasut pun boleh jadi muka orang. Hiks.



Antara tarikan lain yang terdapat di Fuji-Q Highland ini adalah Thomas Land dan Hide-and-Seek in the Forest.



Berehat sebentar.



12.07pm - Siapa tahu Gegege no Kitaro? Terdapat kedai dan patung karekter komik Gegege no Kitaro di sini.





12.10pm - Terdapat photoshoot sedang berlangsung ketika kami di situ. Nampak seperti dari kumpulan idol, tapi yang saya pasti bukan dari AKB48 sebab saya tak cam seorang pun.

Saya suka gambar ini.

12.17pm - Selesai berlegar-legar di dalam kawasan Fuji-Q Highland, kami pun bergerak untuk keluar.

Terdapat dedaun yang sudah bertukar warna berdekatan dengan kaunter tiket masuk ke Fuji-Q Highland ini.

12.18pm - Selamat tinggal Fuji-Q Highland!

12.18pm - Kami berjalan menuju ke Highland Bus Station, tempat kami turun dari bas tadi.


Terdapat sebuah replika Eiffel Tower di sini.






Berehat ambil gambar dengan maskot dulu!

12.38pm - Kami tiba di Highland Bus Station.

Di hadapan Highland Bus Station.

Disebabkan waktu ketibaan bas ke Highland Bus Station pada waktu itu agak lambat, iaitu kami perlu menunggu kira-kira 45 minit, maka kami membuat keputusan untuk berjalan kaki menuju ke Lake Kawaguchiko.


Bersambung ke bahagian seterusnya... Hari Kelima : Rabu (14 Oktober 2015) : Lake Kawaguchiko - Shinjuku - Kabukicho



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile