Saturday, November 7, 2015

TOKYO 2015 Travelogue (Day 5 - Part 2) : Lake Kawaguchiko - Shinjuku - Kabukicho


Hari Kelima : Rabu (14 Oktober 2015) : Lake Kawaguchiko - Shinjuku - Kabukicho


12.47pm - Dari Highland Bus Station, Fuji-Q Highland, kami berjalan kaki menuju ke Kawaguchiko Station yang terletak kira-kira 2.2km jaraknya. Dengan menggunakan aplikasi Google Maps, kami mula menuju ke Kawaguchiko Station.

Rail roller coaster Fuji-Q Highland yang dapat dilihat dari tepi lebuhraya.

12.51pm - Menuju ke Kawaguchiko Sta., Jalan 707.

Berpandukan GPS Google Maps.


Terdapat Fuji Visitor Center yang terletak di tepi jalanraya.

12.56pm - Kami tiba di tepi Fuji Visitor Center. Walaubagaimanapun, kami tidak singgah masuk ke dalam. Mungkin lain kali, insyaAllah.



12.58pm - Tiba di simpang empat. Dari sini kami perlu menyeberang ke sebelah kanan jalan.


Antara papan kenyataan yang terdapat di tepi jalan. Ia merupakan tempat menunggu bas bagi Kawaguchiko Sightseeing Bus, berhadapan dengan Fujikawaguchiko High School.


Masih jauh perjalanan. 

Kerana kehausan, saya beli ini di vending machine yang ada di tepi jalan. Tak susah nak jumpa vending machine air minuman di Jepun ni.

1.03pm - Masih lagi berjalan dan berjalan.


Walaupun penat berjalan kaki dari Highland Bus Station, Fuji-Q Highland ke Kawaguchiko Station ini, namun bagi saya ianya berbaloi, kerana dapat melalui dan menikmati kawasan pedalaman sekitar kawasan Fuji.

1.07pm - Walaupun penat, selfie tidak dilupakan.

Rumah yang bagi saya unik kerana ianya dibina di atas kawasan yang sempit.






Aplikasi Google Maps ini membawa kami berjalan melalui kawasan perumahan.

1.21pm - Teringat animasi Doraemon yang sering memaparkan kawasan perumahan di Jepun. 

Taman permainan yang terdapat di kawasan perumahan ini. Sekali lagi teringat animasi Doraemon.


1.23pm - Akhirnya kami menjumpai rail kereta api, bermakna kami sudah tiba di Kawaguchiko Station!


Kami telah melalui jalan pintas ke Kawaguchiko Station melalui kawasan perumahan seperti yang ditunjukkan oleh Google Maps.


Koc kereta api lama yang terdapat di Kawaguchiko Station.


1.26pm - Akhirnya kami tiba di Kawaguchiko Station, kira-kira 45 minit berjalan kaki daripada Highland Bus Station, Fuji-Q Highland.

Sebagai pelancong atau pengunjung luar, tempat pertama yang perlu kita tujui adalah tourist information center.


Di dalam Fuji-Kawaguchiko Tourist Information Center.


Selepas bertanya kepada staf di information center, kami diberitahu bahawa destinasi yang kami tuju, iaitu Kachi-Kachi Ropeway berada tidak jauh dari Kawaguchiko Station, dan kami boleh pergi dengan hanya berjalan kaki sejauh kira-kira 400 meter. Pilihan lain adalah anda boleh menaiki bas retro yang akan singgah di Kawaguchiko Station pada waktu-waktu tertentu (rujuk jadual).

Di hadapan Kawaguchiko Station.

Anda juga boleh menaiki teksi di sini. Kawaguchiko Station ini adalah hub kepada pelbagai jenis pengangkutan, iaitu kereta api, bas ekspres, bas retro (kawasan sekitar Fuji), dan teksi.

Koc kereta api lama yang terdapat di Kawaguchiko Station.

1.30pm - Selepas mendapat informasi dan pandu arah di information center, kami menyeberangi jalan di hadapan Kawaguchiko Station dan menuju ke kawasan Lake Kawaguchiko. Suhu persekitaran pada waktu itu adalah 17.5 Celsius..





1.36pm - Sekali lagi perlu menyeberang jalan.

Terdapat kedai permainan di sini.

1.37pm - Semakin menghampiri pintu gerbang Lake Kawaguchiko.

Anda boleh membeli buah-buahan di sini.

1.38pm - "Welcome to Lake Kawaguchi"

Azhar sempat singgah di kedai tadi untuk membeli buah. 

1.42pm - Tiba di kawasan seperti pekan kecil.

LAWSON STATION ini adalah sebuah kedai serbaneka seperti 7 Eleven.

Pekan Lake Kawaguchiko.

Tempat di mana terletaknya Kachi-Kachi Ropeway sudah dekat!


Deretan bas persiaran pelancong di hadapan Lake Kawaguchiko.

Terdapat banyak kedai makan dan cenderamata di sini.

1.44pm - Kami masih lagi berjalan menuju ke lokasi Kachi-Kachi Ropeway.


Lake Kawaguchiko.

Suhu di sekitar Lake Kawaguchiko pada ketika itu adalah 16 Celsius.





Nak beli cheese cake?

Anda nampak kereta kabel?


Banyak bas persiaran dan bas retro yang melalui kawasan ini. Bas berhenti di dalam gambar di atas kerana berdekatan dengan lokasi Kachi-Kachi Ropeway.

Berjalan menaiki bukit menuju ke pintu masuk Kachi-Kachi Ropeway.


1.47pm - Sudah nampak papan tanda!

Oh yea, Kachi-Kachi Ropeway ini adalah kereta kabel.

1.48pm - Kami tiba di stesen Kachi-Kachi Ropeway.


Terdapat vending machine air minuman dan machine membeli medal cenderamata di dalam bangunan stesen Kachi-Kachi Ropeway ini.




Kaunter tiket terdapat di tingkat atas, berdekatan dengan platform tempat naik kereta kabel.


Harga tiket pergi balik bagi dewasa adalah 720 yen dan 360 yen bagi kanak-kanak. Hanya saya dan Azhar menaiki kereta kabel ini kerana Pijam tidak berminat dan beliau akan berjumpa semula dengan kami di Lake Kawaguchiko selepas ini.

Antara tawaran pakej kupon istimewa yang terdapat di sini.

Selepas membeli tiket, kami terus ke platform kereta kabel Kachi-Kachi Ropeway yang berada bersebelahan dengan kaunter tiket.


1.56pm - Saya dan Azhar menaiki kereta kabel menuju ke puncak bukit.


Inilah tiket Kachi-Kachi Ropeway.

Lake Kawaguchiko yang dapat dilihat dari stesen bawah Kachi-Kachi Ropeway.

2.00pm - Kereta kabel mula bergerak menaiki ke atas.








Kawasan sekitar Lake Kawaguchiko.

2.03pm - Kami tiba di stesen atas bukit, Kachi-Kachi Ropeway, kira-kira 3 minit perjalanan dari stesen di bawah.

2 karektor rasmi Kachi-Kachi Ropeway : Raccoon dan Rabbit.

Menuju ke bahagian atas di mana terletaknya kawasan observatory.



Sekitar kawasan Fuji dari kawasan observatory Kachi-Kachi Ropeway.


Antara jenis pemandangan Gunung Fuji yang dapat dilihat dari kawasan observatory Kachi-Kachi Ropeway ini.

Terdapat gerai menjual makanan, minuman, dan cenderamata di sini.







2.06pm - Saya menaiki ke bahagian paling tinggi di kawasan observatory ini.


Puncak Gunung Fuji dilitupi awan pada hari itu. :(

Bergambar kenangan walaupun puncak Gunung Fuji tidak kelihatan.

Azhar dan Fuji.







Ada laluan jungle trekking di sini. Mungkin sebab itu ada dijual tiket kereta kabel sehala, kerana perjalanan pulang pengunjung boleh menuruni mengikut laluan ini.

Musim luruh.

Pamplet Kachi-Kachi Ropeway.

Nak zoom Gunung Fuji dari kawasan observatory? Bayarannya adalah 100 yen.

2.16pm - Selepas puas mengambil gambar dan menikmati pemandangan di kawasan observatory, saya dan Azhar bergerak ke stesen untuk turun semula ke bawah.



Gayat juga sebenarnya bila tengok ke bawah.

2.19pm - Kereta kabel inilah yang kami naiki semasa turun ke bawah.

2.20pm - Kami bergerak turun ke bawah.





2.24pm - Dah nampak stesen!


2.25pm - Kami tiba di stesen bawah Kachi-Kachi Ropeway, kira-kira 5 minit perjalanan.

2.29pm - Kami berdua mencari Pijam yang tadi tunggu di bawah dan tidak ikut menaiki kereta kabel Kachi-Kachi Ropeway.


Salah satu jeti kecil yang terdapat di Lake Kawaguchiko.


Mesin menjual tiket yang terletak berdekatan dengan jeti.


Ada sesiapa nak naik bot itik? Yang ini kat Taman Tasik Taiping pun ada. :)


"Areev was here"


Seruan agama jangan dilupakan.




Ini adalah mesin menjual tiket tadi. Anda boleh mendapatkan beberapa maklumat seperti jadual bot persiaran berlepas dan harga tiket kombo.

Beli tiket di sini.


3.24pm - Kami berlegar di sekitar kawasan Kawaguchiko. Terdapat beberapa kedai menjual cenderamata di hadapan Lake Kawaguchiko ini.

Jepun memang syurga Kit Kat. Terdapat pelbagai jenis perasa yang dijual. Cuma saya tak pasti sama ada halal atau tidak.

Kuih bertemakan Gunung Fuji.


3.57pm - Selesai membeli sedikit cenderamata, kami bertiga singgah makan di Restoran Alladin ini, iaitu restoran halal yang terdapat bersebelahan dengan LAWSON tadi. 

'Indo Restaurant' bukan bermaksud restoran Indonesia, tetapi restoran India.

Antara menu yang terdapat di restoran ini.


Nasi Beriyani Ayam dan Air Masak.


4.23pm - Selesai mengisi perut dan mengembalikan tenaga, kami bergerak pulang menuju ke Stesen Kawaguchiko kerana bas untuk kami pulang ke Tokyo adalah pada jam 6.40pm.

Inilah dia Alladin Indo Restaurant daripada jauh.


Terdapat stesen untuk kereta elektrik mengecas bateri di tepi jalan.

4.27pm - See you again Lake Kawaguchiko!




Jika anda membawa banyak bagasi sebaik tiba di Stesen Kawaguchiko, anda boleh simpan beg atau barang-barang anda di kedai ini yang terletak tidak jauh dari Stesen Kawaguchiko.

4.36pm - Suhu pada ketika itu adalah 16.9 Celsius.

4.36pm - Kami tiba di Stesen Kawaguchiko, selepas kira-kira 13 minit perjalanan daripada Lake Kawaguchiko.

Puncak Gunung Fuji!


Anda boleh menaiki bas Kawaguchiko Tour di platform nombor 1 yang terdapat di Kawaguchiko Station ini.




Peta kawasan tarikan pelancong di sekitar Fujigoko. Selain Lake Kawaguchiko, terdapat 4 lagi tasik di sekitar kawasan ini, iaitu Lake Saiko, Lake Yamanakako, Lake Shojiko, dan Lake Motosuko.




Anda boleh rujuk papan kenyataan elektronik di dalam Kawaguchiko Station ini untuk mengetahui status dan masa ketibaan bas di stesen.

Terdapat restoran, kedai, tolet, dan locker.

Berminat nak cuba? Hanya 200 yen.

Nah saya dah cuba. Dapat pin bertemakan Fuji.

Restoran atau kafe yang terdapat di dalam Kawaguchiko Station.

Kedai menjual cenderamata dan makanan.


Carta stesen Fujikyu-Railway dan harga tambang.

Mesin menjual tiket.

Menuju ke platform train.

5.36pm - Suhu pada ketika itu adalah 14 Celsius. Kami menunggu bas di dalam stesen kerana keadaan di luar agak sejuk.

Air milk tea ini sedap!

6.36pm - Kami menaiki bas untuk pulang ke Shinjuku.


6.40pm - Tepat jam 6.40pm seperti yang dijadualkan, bas kami bertolak dari Stesen Kawaguchiko menuju ke Shinjuku Highway Bus Terminal.

6,42pm - Suhu pada ketika itu di kawasan Kawaguchiko Station adalah 12.7 Celsius.

Tidak seperti perjalanan datang ke Fuji-Q Highland pagi tadi yang bergerak sehala tanpa henti, bas pulang menuju ke Shinjuku ini pula berhenti beberapa kali di bus stop di sepanjang perjalanan.

Harga tiket pulang dari Kawaguchiko Station ke Shinjuku Highway Bus Terminal adalah 1,750 yen, iaitu sama harga dengan tiket pergi dari Shinjuku Highway Bus Terminal ke Fuji-Q Highland.

8.21pm - Kami tiba di Shinjuku Highway Bus Terminal, selepas kira-kira 1 jam 40 minit perjalanan.

8.31pm - Oleh kerana malam masih muda dan kami masih lagi bertenaga, maka kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Shinjuku pada malam tersebut.



Sesak dan ramai orang!

8.40pm - Kami tiba di kawasan 'red-light district', iaitu Kabukicho.

Memang meriah di sekitar Kabukicho ini. 

Kami sekadar berlegar sekejap sahaja di dalam kawasan Kabukicho ini kerana ianya seperti 'kurang sesuai'.

8.52pm - Kami bergerak keluar dari Kabukicho.

Salah satu pasaraya besar yang terdapat di Shinjuku, LABI.


8.53pm - Selesai berlegar di sekitar Shinjuku, kami bergerak pulang ke Stesen Shinjuku.

9.26pm - Kami tiba di pintu KEIO MALL, yang bersambung dengan Stesen Shinjuku.

Menuju ke Shinjuku Line.



Platform 5, Toei Shinjuku Line


9.30pm - Platform 5 untuk ke Ichigaya, Kudanshita, Jimbocho, Oojima, dan Motoyawata.


9.32pm - Train tiba di Platform 5.

9.49pm - Kami tiba di Stesen Jimbocho, selepas kira-kira 17 minit perjalanan dari Stesen Shinjuku.

Seperti biasa, menuju ke pintu keluar A7 di Stesen Jimbocho.


Kali ini saya beli minuman milk tea keluaran Lipton pula.

9.58pm - Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami, iaitu Sakura Hotel Jimbocho.

Saya telah berjalan kaki sejauh kira-kira 14.74km pada hari kelima dengan sebanyak kira-kira 22,459 langkah.


Bersambung ke bahagian seterusnya... Hari Keenam : Khamis (15 Oktober 2015) : Odaiba - Tokyo Tower


No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan