Seperti 3 blog posts 'Words' sebelum ini, di sini aku ingin berkongsi koleksi ayat-ayat spontan yang terlintas di fikiran lalu aku terjemahkan ke dalam ayat, dari sepanjang tempoh Ogos 2011 hinggalah April 2012. Sebarang persamaan adalah kebetulan semata-mata dan tidak disengajakan.
Untuk membaca koleksi di entry terdahulu, sila ke link di bawah ;
----------------------------------------------------------------------------
Twitter = Medan monolog dalaman secara spontan yang menyerlahkan sisi gelap atau pun cerah seseorang yang tidak ditonjolkan di alam realiti. - 25 April 2012
Disiplin dan kesedaran sivik membezakan negara maju dengan negara membangun. - 22 Mac 2012
Setiap pilihan hadir bersama amanah dan tanggungjawab. - 7 Mac 2012
Kadang-kadang, seseorang itu tidak berubah, tapi pandangan dan anggapan orang terhadap dia yang berubah. - 6 Mac 2012
Kadang-kadang, menjadi kejam adalah satu-satunya cara untuk meneruskan hidup. - 1 Mac 2012
permainan paling mencabar dan rumit dalam dunia ini adalah kehidupan. - 6 Januari 2012
tulisan itu kata-kata dari hati, namun kadangkala mungkin ia tidak sempurna. - 28 Disember 2011
Saat kita merasakan sesuatu yang teramat pedih, adalah saat kita mengetahui betapa pentingnya sesuatu perkara itu dalam hidup ini. - 19 Disember 2011
Memerhati dan berfikir mengenai keindahan alam sekeliling dapat membuatkan kita lebih menghargai kehidupan. - 18 Disember 2011
salah satu perkara yang paling mudah, namun kadangkala terlalu sukar untuk dilakukan adalah melambai tangan dan berlalu pergi. - 18 Disember 2011
kita takkan boleh mengulangi apa yang pernah berlaku, namun kita mampu untuk membuatkan sesuatu yang pernah berlaku itu berulang kembali. - 29 November 2011
Kadang-kadang dunia menjadikan kita pesalah walaupun hakikatnya tidak, supaya kita sedar dan yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. - 27 September 2011
kadang-kadang, satu-satunya perkara yang kita mampu dan patut lakukan adalah bersabar - 24 September 2011
1 gambar sudah cukup untuk menghadirkan pelbagai persoalan, tafsiran, kesimpulan, dan penyeksaan - 19 Ogos 2011
p/s : Perjalanan hidup ini umpama susun silang kata.
2 comments :
tuan tanah,
minta izin nak amik ayat2 motivasi untuk panduan.
terima kasih
exdreadlock :
silakan tuan pelawat.
sama-sama. =)
Post a Comment