Tentang Rasa Kehadiran Yang Terindah
Harapan untuk kehadapan
Aku tersesat
Menuju hatimu
Dalam hidupku yang penuh dengan gelora
Bagaikan tiada suria
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Tiba-tiba menjelma cahaya
Yang menghulurkan sejuta bahagia
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Warna hariku yang dulu kelabu
Kini mula cerah semesta
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Syukur kepada Yang Maha Esa
Kerana menciptakan cinta
Maaf jika ku tidak sempurna
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Membuatku takut kehilangan
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
9.53pm - 23 April 2012
p/s : #LuLCr
8 comments :
tak semua orang sempurna...
eita : yeah...tiada yang sempurna dalam dunia ini. :)
da lama dh x combine mcm ni =)
nice!
bahagia dunia akhirat amiin~ ^_^
HIDAYAAH :
hee...dah lama eh? ade entry yg baru before nie ade buat gak..
btw tq cikgu!
ameen..moga cikgu pun bahagia dunia akhirat..~ ^_^
aamiin..tQ =)
oo..x perasan pulak yg before ni
HIDAYAAH :
haah...sy pun dah jarang update blog nie..sbb tu cikgu tak prasan kot..
btw tq sbb melawat blog nie.. :)
Sesampai akhir nanti selamanya... Amin... ;)
f a r a :
Ameen... :)
Post a Comment